Sabtu, 31 Disember 2011

JANGAN CARI SUMBER YANG HARAM..NERAKA AKHIR TEMPATNYA..


Sedikit bantuan, rakyat jadi kecoh
Sekarang rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut

Mengenai bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah seharusnya diberi secara sistematik.

Lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.

Dengan adanya bantuan buku teks percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut.

Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku.

Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.

Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin ada penduduk dari luar bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM500.

Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Kita cadangkan kepada pemerintah supaya mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan.

Perancangan yang tidak teratur mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan.

Kita sarankan segala bantuan seperti yang tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja.

Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali'.

Wang tersebut hanya boleh diguna dalam berapa hari saja sedangkan kalau dilaburkan dalam bentuk sijil simpanan sekurang-kurangnya dapat digunakan apabila ada keperluan dan sudah pasti ada sedikit keuntungan dari hasil simpanan tersebut.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap.

Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja.

Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.


Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

Tuntut ilmu Allah sebelum beri nasihat
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAN), Malaysia, menasihatkan penasihat agama menteri besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab.

Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan.

Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam Umno supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media.

Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.
Umno sekongkol dengan MCA hina hukum Islam
Dewan Pemuda PAS merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.

Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (Insap), wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu. DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam.

Pemuda PAS tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Jika demikian, Pemuda PAS Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya? Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar.

Pemuda PAS mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala-Umno. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?

Pemuda PAS percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno. Itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam.

Namun sehingga ke hari ini, tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam. Kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda. Bagi mereka hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam.

Sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati.

Jika Umno gagal kemukakan contoh hukum Islam versi Umno, Pemuda PAS meminta agar Umno jangan pertikai usaha yang ingin dibuat oleh PAS. Jika ada cadangan atau kiritikan, perlu dibuat penambahbaikan, bukan mempertikaikannya.

Pemuda PAS juga sanggup menawarkan kepada Mohd Sadin dan semua ahli Umno kelas syariah bagi mempelajari asas-asas Islam supaya mereka mengetahui hukum Islam yang mana wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Umno perlu mendalami Islam supaya mereka turut sama bangkit membela Islam dan tiada lagi insiden penghinaan Islam dalam forum terbuka seperti semalam.

Dengan kejadian ini, Pemuda PAS memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam. Pemuda PAS menganggap ia suatu isu yang besar dan boleh melibatkan kepentingan agama Islam di negara ini.

Ini juga sebagai pengajaran keras buat penganjur agar lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?
Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan
kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat.

Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ?

Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain.

Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur.

Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka.

Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ?

Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti.

Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain?

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

NONEBagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.

Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

NONEKetua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.

Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember.
Rasuah: Bekas pegawai kanan DIGI didenda RM2.075j, 4 tahun penjara
Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat.

Hakim Asmadi Hussein menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh boleh dipenjara selama 14 tahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan Stanley untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM50,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh wang itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008.

Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Sinti manakala tertuduh diwakili oleh peguam M.Athimulan.

- Bernama
Dakwat kekal: Pindaan peraturan siap Februari

Jawatankuasa terpilih untuk menambahbaik pilihan raya (PSC) hari ini mengumumkan, pindaan ke atas peraturan pilihan raya untuk mewajibkan penggunaan dakwat kekal akan disiapkan menjelang 1 Februari.

Pengumuman itu dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan parlimen hari ini, yang turut menyaksikan demonstrasi penggunaan dakwat kekal berkenaan.

indelible ink psc 291211Demonstrasi berkenaan dijalankan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kepada anggota jawatankuasa berkenaan.

Dakwat berwarna gelap itu ditunjukkan oleh salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Anthony Loke melalui satu rakaman foto beliau yang dimuatkan di laman Twitter.

Foto berkenaan menunjukkan dakwat yang telah disapukan di jari telunjuk kiri ahli parlimen Rasah itu.

Individu yang enggan berbuat demikian tidak akan dibenarkan mengundi.

Dakwat yang akan kekal selama sekurang-kurangnya 48 jam itu merupakan salah satu daripada cadangan kepada PSC untuk mengelakkan undian berganda.

Menurut sumber PSC, sampel dakwat berknaan telahpun dihantar untuk ujian Jabatan Kimia Malaysia dan keputusannya telah diserahkan kepada Majilis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan