Ahad, 11 Disember 2011

GHIBAH@MENGUMPAT...YANG DIHARUSKAN DAN YANG DIHARAMKAN

6 PERKARA YANG DIBENARKAN MENGUMPAT DI DALAM SYARA'


  • Bismillah.

    Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam. nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.

    Amma Ba'du,

    Di dalam agam kita tidak blh mengatakan perbuatan mengutuk seseorang atau mengumpat seseorang adalah haram semata2, ini kerana di dalam Islam terdapat 6 perkara yang dibenarkan bagi seseorang mengumpat..

    Untuk perincian dan tafsilan penghujahan kami ini, secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, kami bawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah oleh Al-’Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani, Juzu’ 3, m/s 87-89, baris 12 dari atas.(Sahdan) Ketahuilah oleh mu bahawasanya sekalian kelakuan mengumpat itu Haram dan tiada diharuskan (tiada dibolehkan) oleh Syara’ melainkan 6 perkara.

    (Pertama, At-Tazallum , iaitu kerana di zalimi atau untuk mencari keadilan.)

    Yaitu, mengkhabarkan akan kejahatan orang yang zalim akan dikau kepada Qadi, supaya menghukumkan ia akan dia.

    Atau, mengkhabarkan akan kejahatan Qadi yang zalim akan dikau kepada Sultan, supaya menghukumkan ia akan dia. Maka, yang demikian itu harus (boleh).

    ( Iaitu, mengatakan kepada Qadi bahawa Si Fulan bin Si Fulan menzalimi diri saya. Atau, mengatakan kepada Sultan bahawa ada seorang Qadi telah menzalimi diri saya. – Pent.)

    ..................

    (Yang Kedua , iaitu kerana mencari pertolongan kerana mahu menolak kemungkaran, dan mahu menolak perkara-perkara maksiat supaya perkara itu jadi bagus.)

    Ertinya, harus (boleh) mengkhabarkan akan kejahatan orang kepada orang besar atau raja kerana sebab meminta tolong akan dia atas menolakkan kejahatan orang itu.

    Dan, harus (boleh) pula mengkhabarkan akan kejahatan orang yang berbuat maksiat kepada orang besar atau kepada raja-raja, kerana sebab meminta tolong akan dia supaya mengembalikan ia, akan dia orang yang berbuat maksiat itu kepada berbuat kebajikan.

    ..................

    (Ketiga, Al-Istifta’ , iaitu meminta fatwa daripada Mufti.)

    Yakni, harus (boleh) mengkhabarkan kejahatan orang kepada Mufti kerana menuntut fatwa kepadanya, seperti berkata seorang kepada Mufti,

    “Bapa ku atau saudara ku, ia menzalimi akan daku dengan berbuat kejahatan akan daku. Apa hukumannya, dan betapa (apakah) jalan yang melepaskan akan yang demikian itu?”

    Seperti apa yang diriwayatkan daripada perempuan yang bernama Hindun. Maka, mengadu ia akan hal suaminya, Aba Sufyan kepada Nabi saw dengan katanya;

    Ertinya, “Bahawasanya Aba Sufyan laki-laki kikir (kedekut). Padahal ia tiada memberi akan daku dan akan anak ku makanan dan pakaian yang memadai akan daku.

    Dan, adakah harus (boleh) aku mengambil akan makanan atau pakaian itu dengan tiada ia mengetahui akan yang demikian itu?

    Maka, Sabda Nabi saw,

    “Ambil olehmu akan makanan dan pakaian itu yang memadai akan dikau dan akan anakmu dengan yang Ma’ruf (Kebaikan), dan jikalau tiada ia mengetahui akan yang demikian itu sekalipun.”

    ...................

    (Keempat , iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan.)

    Ertinya, harus mengkhabarkan kejahatan orang kerana menakuti akan orang Muslim daripada kejahatan orang itu.

    Apabila engkau lihat akan seseorang baharu menuntut ilmu itu. Padahal, ia berulang pergi pada orang yang bid’ah. Yakni orang yang tiada baik iktiqadnya atau orang yang tiada baik agamanya.

    Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang itu supaya jangan ia mengaji kepadanya atau supaya jangan ia bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan orang demikian itu membawa kepada membinasakan akan agama.

    ...............

    (Dan demikian lagi) Jika engkau lihat akan seseorang yang berulang-ulang pergi datang mengaji kepada orang yang fasiq atau Ulama yang jahat. Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang yang fasiq dan kejahatan ‘ulama yang jahat supaya menjauhi orang itu daripada berguru kepada orang yang demikian itu.

    Tetapi, (hendaklah) engkau qasadkan yang demikian itu kerana Allah Taala dan jangan engkau qasad kerana dengki akan dia.

    ..........................

    (Dan demikian lagi) Jika engkau lihat akan seseorang berkehendak membeli akan sahaya (hamba). Padahal engkau ketahui akan sahaya itu pencuri atau berbuat maksiat. Maka harus engkau khabarkan akan orang yang berkehendak membeli akan dia, akan kejahatan sahaya itu supaya menjauhi ia daripada membeli akan sahaya itu.

    ..........................

    (Dan demikian lagi) Jikalau bertanya seseorang akan dikau akan hal orang yang dijadikannya akan saksi itu, jikalau engkau ketahui akan orang itu jahat. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan orang itu.

    ..........................

    (Dan demikian lagi) Jika orang yang berkehendak beristeri. Maka bertanya ia akan dikau akan perempuan yang hendak diperbuatnya isteri itu. Padahal, ia jahat perbuatannya. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan perempuan itu.

    ..........................

    (Dan demikian lagi) Jika seseorang berkehendak mempersuamikan akan anaknya perempuan, dengan seorang laki-laki yang jahat. Maka harus engkau khabar kepada bapa perempuan itu akan kejahatan laki-laki itu dan barang sebagainya.

    Seperti Sabda Nabi saw,

    Ertinya, “Sebutkan oleh kamu akan orang yang Fajir, yakni orang yang fasiq itu akan kejahatan yang ada di dalamnya itu supaya menjauhi akan dia itu oleh manusia.”

    ..........................

    (Dan yang kelima)

    Harus menyebutkan akan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan akan aibnya itu seperti Si Fulan yang Buta. Atau, si fulan yang tempang. Atau, barang sebagainya.

    ..........................

    (Dan yang keenam)

    Harus menyebutkan akan kejahatan orang yang telah masyhur akan fasiqnya itu, seperti orang yang masyhur dengan berzina. Atau, yang masyhur dengan berliwat. Atau, orang yang masyhur dengan meminum arak. Atau, barang sebagainya.

    Dan, kata Hasan Al-Basriyy Rahimahullahu Taala,

    “Ertinya, tiga orang tiada haram atas orang yang mengumpat bagi mereka itu.

    (Pertama) Orang yang bidaah.

    (Dan kedua) Orang yang Fasiq yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya itu, nescaya tiada ia benci akan yang demikian itu.

    (Dan Ketiga) Raja-raja yang zalim. Maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu.”

    ....................................

    Kesimpulannya, terdapat enam jenis umpatan yang dibenarkan di dalam Syarak.

    Oleh itu, jika kami ada menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai keburukan atau sesuatu jemaah itu mempunyai keburukan. Maka, inilah yang dikatakan sebagai "tahzirul muslimin minal syarri", iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan seseorang.

    Sedarlah wahai para pembaca yang budiman sekalian! Tujuan kami menyebarkan peringatan ini bukan sebagai memecah belahkan Umat Nabi saw seperti apa yang didakwa oleh orang-orang Jahil agama.

    Tetapi, sebagai menyampaikan Perintah dari Allah swt kepada kami, agar melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar (Mencegah daripada Kemungkaran). Iaitu, dengan menyebarkan Aqidah dan Tauhid yang benar, dan mencegah manusia dari terjerumus ke lembah ‘Bidaah Aqidah dan Tauhid’ yang mungkar.

    *TAMAT*

    Bismillahirrahmanirrahim...
    wasallallahua'la saiyidinamuhammad waa'la alihi wasahbihi wasallam...

APAKAH BENTUK MENGUMPAT YANG DIBENARKAN?


Jika kita lihat isu semasa tanah air kita di dada akhbar, televisyen, dalam ceramah agama mahu pun khutbah jumaat terlalu banyak limpahan isu yang berbaur fitnah, bersifat menyerang peribadi, saman menyaman, tuduh menuduh dan acara hentam menghentam. Soalnya, kita sebagai permerhati bagaimana kita menilai isu yang berbangkit dengan berlandaskan Al-quran dan sunnah? Bagaimana kita melihat isu politik dalam perspektif islam?

Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Yup! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan!

Mungkin permulaan sudah cukup untuk difahami, namun untuk olahan lebih lanjut secara ringkasnya akan membincangkan isu :

1. Mengumpat yang dibenarkan dalam islam
2. Cara menilai umpatan yang sahih (benar) dan bukan khabar angin
3. Pandangan penulis menjawab dilema si pemerhati



MENGUMPAT (GHIBAH) YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Apakah hukum mengumpat?

Hukum asal (mengumpat) memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Namun dikecualikan bagi 6 situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim dan Riyadhus-Salihin) :

A) Apabila diri dizalimi. Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

B) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

C) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama). Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

D) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan. Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

E) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

G) Untuk memperkenalkan seseorang. Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.




MENGUMPAT DALAM CERAMAH?

Secara praktikalnya, apa yang ingin ditekankan dalam kita menghadam setiap ucapan, isu dan kenyataan baik dari segi peribadi, parti politik atau sesuatu badan persatuan, adalah kenapa isu ini timbul?

Apa yang boleh saya berikan pandangan :

1. Supaya masyarakat tahu dan ambil tahu tentang situasi yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

2. Supaya mereka tidak dizalimi dan tertipu oleh pemimpin dan golongan tersebut.

3. Jika ada gelaran buruk yang sering terbit dari bibir penceramah dalam ucapannya, dari sudut positif, mungkin sebagai perumpamaan, analogi atau bahasa yang paling mudah untuk difahami dalam melabelkan individu tersebut. Dari sudut negatif, perlu ditegur dan diperbaiki.

Mungkin niat penceramah, dan isi kandungan ceramahnya bersifat baik dan mulia, namun bila diselangselikan dengan gelaran tidak baik atau isu kontroversi yang belum sahih kebenarannya, ia perlu diselidiki dan ditegur secara berhemah agar tiada salah faham.

4. Supaya masyarakat dapat menilai dan mengangkat pemimpin yang benar-benar bertaqwa, ikhlas dan BERSIH dalam memperjuangkan islam tanpa kompromi rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan maksiat




CARA MENILAI UMPATAN YANG BENAR

A) Memerhati niat dalam hatinya. Apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir dari keinginan nafsunya sahaja.

Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

B) Hendaklah mengukur natijah darinya. Adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

C) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

D) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain. Yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.




SATU PANDANGAN YANG KERDIL

Tak salah sebenarnya dalam mengikuti dan mendengar ceramah politik asalkan kita bijak menilai dan tidak cepat melatah. Pendek kata, harus perlu berdisplin dalam menuntut ilmu. Ceramah politik adalah salah satu pentas alterbatif untuk kita dapatkan pendedahan isu atau maklumat yang sebenar. Mungkin ada kelemahan dari segi teknikal tetapi harus diingat setiap ciptaan pasti ada kelemahan dan kitalah generasi yang perlu men-TRANSFORMASI-kannya ke arah keredhaan Ilahi.

Jangan disebabkan kelemahan ini, ia menjadi alasan dan penyebab untuk berseteru dan membelakangkan para ulamak dan golongan alim. Selagi mana ilmu mereka diiktiraf halal di sisi Islam dengan penilaian dari sudut kaca mata Al-quran dan bukannya mereka yang bernafsukan kuasa dan material, maka sewajarnya kita mengangkat, menghormati! serta meraikan kepelbagaian pendapat dan kuasa pemikir mereka.

Kita sedar dan insaf bahawa zaman penuh fitnah ini sangat mudah untuk bergelumang dengan najis tipu daya syaitan jika mengabaikan lunas-lunas syariat. Itu adalah suatu kemestian sebagai manusia yang lemah. Andai kata kita ternampak kepelikan yang luar biasa daripada kebiasaan orang beragama, maka jalankanlah tanggungjawab kita.


Mungkin, sampai di sini sahaja coretan yang boleh dibangkitkan dalam keterbatasan waktu. InsyaAllah akan bersambung. Maaf sangat atas pendapat yang tipis.

Nota : untuk penjelasan lebih lanjut dan lebih hebat, telah diwartakan di sini (klik). Selamat membaca!

Mengumpat

Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:


"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)

Dalil-dalil tentang mengumpat

1. Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )
Hadis ini menunjukkan kepada definasi mengumpat.


2. Satu ketika, Aisyah mengumpat isteri Nabi Muhammad SAW ( Sofia), “ Dia itu pendek. ” . Maka Nabi bersabda, “Kamu telah menyebut perkataan yang mana sekiranya ia bercampur dengan air laut nescaya akan berubah air laut itu. ” (Hr Abu Daud dan Baihaqi)


3. Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun! “ Rasul bersabda, “ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“ (Hr Thabrani – sahih)

Daripada Ibnu Jabir, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba, kami tercium bau yang amat busuk. Rasul bersabda, “ Adakah kamu tahu apakah bau ini? Inilah bau bagi orang-orang yang mengumpat orang-orang beriman.” (Hr Ahmad)


4. Suatu hari, Fatimah binti Kis memberitahu Rasulullah SAW, ada dua orang yang ingin meminangnya. Maka Rasul berkata kepadanya tentang kedua-dua orang tersebut. “ Dia itu fakir, tiada harta padanya. ” Tentang seorang lagi, “ Dia tidak pernah meletakkan tongkatnya di bahu. “ (dia selalu memukul perempuan)
Hadis ini menunjukkan dibenarkan mengumpat pada perkara-perkara yang dibenarkan syara’.

Adapun, jika seseorang itu mempunyai nama atau gelaran atau sifat yang dibencinya, tetapi dia tidak akan dapat dikenali tanpa perkara-perkara tersebut, maka ini dibolehkan dengan tujuan ingin mengenal pasti seseorang tadi, bukan untuk memanggil atau menyerunya.

Dibolehkan mengumpat jika terdapat dua perkara :

1. Keperluan
2. Niat yang baik

Kitab Halal Haram karangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi


Assalamualaikum,

Saya ada persoalan yang ingin utarakan kepada yang lebih arif tentang soal ini , Bolehkah kita mengata/mengumpat/bercerita ...etc berkenaan dengan pemimpin kita sendiri?

Wassalam


From: "NurulAT"
Date: Wed, 21 Apr 1999 16:50:00 +0800
To: muslimat@hizbi.net
Subject: Re: H-Muslimat-Net* Mengumpat/Mengata
     Assalamualaikum wbt,            Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang'atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada  ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.       Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan       keesaaan Allah s.w.t.      Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.      Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.      Berhati-hati:      Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam  hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak  kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.      Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia-sia dan tidak baik.      Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud. "Manusia itu ada tiga macam (jenis).      Pertama: Yang mendapat pahala.      Kedua:   Yang selamat daripada dosa. Ketiga:  Yang binasa.      Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa  melakukan perkara-perkara maksiat."          Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:       "Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai       kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."      Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak       diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita  bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w.  menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."       Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana  tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang  bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.   Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah   menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah  menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.      Bertentangan:      Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."      Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan  antara satu sama lain.      Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau       menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah  masyarakat huru hara dan porak peranda.      Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila  bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.      Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga mendapat dimenafaatkan bersama dan juga utk rekan-rekan yg lain.                 Wallahu a'lam    

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan



Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).

Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

..

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

..

Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. Wallahu a’lam bishshawab


Mengumpat: Antara yang diharuskan dan diharamkan

Apabila Islam mengharuskan orang untuk menyatakan keburukan orang lain, orang yang tidak faham atau kurang ilmu serta tidak bertanggungjawab akan mudah menggunakan alasan ini untuk mengumpat. Perbuatan ini lebih menjurus kepada memporak perandakan orang ramai daripada mengundang kebaikan dan keadilan. Dua dosa diperolehi walaupun bermula dengan niat baik iaitu hanyalah untuk mengelakkan penderitaan atau kemaslahatan orang ramai.

Ghibah atau mengumpat merupakan satu perkara yang amat dilarang dalam Islam. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Lihatlah betapa besarnya dosa orang yang mengumpat. Ringan di mulut, berat timbangannya di akhirat. Yakni ringan sahaja untuk kita mengumpat, tetapi dosa itu teramat berat dan besar di sisi Allah. Perkara ini terlalu biasa bagi kita sehingga tidak sedar akan dosa-dosa dari perbuatan mengumpat.

Pun begitu, di dalam Islam terdapat perkara-perkara yang mengharuskan atau membolehkan kita untuk mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain. Sebagaimana terdapat di dalam beberapa hadis dengan huraian yang jelas dan dapat difahami di dalam kitab-kitab muktabar seperti Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi. Apakah jenis mengumpat yang dibolehkan dan apakah disiplin-disiplin serta prinsip yang membolehkan seseorang itu mengumpat dengan maksud yang dibolehkan oleh syarak. Disiplin-disiplin inilah yang mesti ditekankan secara terperinci sebelum seseorang itu mendedahkan kesalahan orang lain yang mana ia akan dipertanggungjawabkan dan akan dibicarakan di mahkamah Allah pada hari akhirat kelak.

Perkara pertama yang perlu ditekankan adalah adakah dengan perbuatan mendedahkan kesalahan orang lain ini boleh menyebabkan orang lain berhati-hati atau boleh menyebabkan orang lain berjaga-jaga daripada keburukan yang dibawa oleh orang yang didedahkan keburukan tersebut? Jika ini berlaku, maka ia dibolehkan. Contohnya, jika kaum tertentu mempunyai sikap yang tidak elok seperti suka memukul orang lain, tidak menjaga harta benda orang lain, suka memaki hamun, maka kita dibenarkan menyatakan keburukan kaum tersebut kepada orang lain agar lebih berhati-hati terhadap mereka. Demi untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan di pihak yang lain.

Tetapi, jika perbuatan mendedahkan kesalahan seseorang boleh menyebabkan orang lain memandang rendah kepada orang yang kita dedahkan kesalahannya, memperlekehkannya, mentertawakannya, mengejek serta menghinanya, maka ia adalah mengumpat yang termasuk di dalam perkara haram. Mengumpat disini bukanlah untuk kemaslahatan orang lain, tetapi hanya suka-suka ataupun niat yang buruk dan sikap yang berlebih-lebihan. Inilah yang ditekankan oleh Allah di dalam Quran yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruksangka (kecurigaan), karena sebagian dari buruksangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.(QS 49:12)

Justeru itu, sasaran ataupun tujuan untuk mendedahkan kesalahan orang itu perlu jelas dan mempunyai matlamat yang dibenarkan. Niat seseorang itu mestilah betul dan ikhlas dalam memperkatakan keburukan seseorang itu. Yakni yang boleh memudaratkan orang ramai jika tidak diperkatakan. Bukanlah dengan niat mendapatkan pangkat, kuasa, wang mahupun kerusi politik. Tetapi niat tersebut hanyalah untuk mengelakkan penderitaan atau untuk kemaslahatan orang lain semata-mata. Mereka-mereka yang dizalimi juga dibenarkan untuk memberitahu kesalahan orang yang menzaliminya kepada orang lain agar pembelaan yang adil dapat dilakukan sebagaimana dalam firman Allah dalam Al-Quran: Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS 4:148)

Perkara kedua yang perlu ditekankan dan yang paling penting adalah kesahihan sesuatu maklumat. Keburukan atau benda yang tidak baik yang hendak dinyatakan itu mestilah benar dan sahih semata-mata. Jika tidak, ia akan jatuh ke lembah fitnah. Apabila Islam mengharuskan orang untuk menyatakan keburukan orang lain, orang yang tidak faham atau kurang ilmu serta tidak bertanggungjawab akan mudah menggunakan alasan ini untuk mengumpat. Perbuatan ini lebih menjurus kepada memporak perandakan orang ramai daripada mengundang kebaikan dan keadilan. Dua dosa diperolehi walaupun bermula dengan niat baik iaitu hanyalah untuk mengelakkan penderitaan atau kemaslahatan orang ramai.

Jalan yang paling selamat, adalah jika sesuatu berita itu masih samar-samar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jangan terus menyebarkan berita-berita tersebut kerana bimbang tidak berada di pihak yang benar. Islam amat menekankan supaya kita berhati-hati terhadap berita-berita yang dibawa oleh kaum fasik. Islam juga amat menititberatkan dan menyuruh kita menyemak dan mengkaji dahulu berita-berita yang kita terima. Allah menjelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS 49:6)

Walaupun mengumpat itu dibolehkah dengan syarat-syarat tertentu, tetapi dalil-dalil dan nas amat menitikberatkan supaya kita jangan mengumpat atau membuka aib sesama muslim. Juga jangan memikirkan, menilai dan mencari-cari kesalahan orang lain. Kita tidak diberikan hak untuk menilai dan mendedahkan aib atau maruah orang dan juga tidak diberi hak untuk menghukum. Kecuali dengan hukuman dari Allah samaada di dunia ataupun di akhirat. Tetapi jika ianya melibatkan masyarakat seperti membunuh, mencuri, merompak, rasuah dan sebagainya, perkara ini wajib kita dedahkan jika telah mempunyai bukti. Adapun yang melibatkan aib dan maruah seseorang yang tersembunyi, serahkan kepada Allah S.W.T. Kita tidak berhak menilai dan menghukum.

Justeru itu, jauhilah mengumpat dan berhati-hati dalam setiap perkara yang diperkatakan. Teliti dahulu apakah akibat, kesan sebelum dan selepas kita mendedahkan keburukan orang lain. Atas tiket Islam membenarkan mengumpat, akan jadi lah umat yang suka mengumpat jika tidak dikawal. Wujudlah suasana yang tidak harmoni dan kurang kasih sayang antara satu sama lain. Dengan tujuan-tujuan atau kepentingan yang tertentu, umpatan dibenarkan berleluasa. Maka, hentikanlah perbuatan mengumpat, memaki hamun, mencela dan sebagainya yang dilarang oleh Islam. Mengumpat itu boleh, tetapi teliti dahulu adakah umpatan itu tergolongan dalam umpatan yang dibenarkan atau diharamkan. Tepuklah dada, tanyalah Iman. Di pihak manakah kita dalam memperkatakan keburukan orang lain. Adakah harus, wajib, makruh atau haram? Jika tersilap, nerakalah tempatnya. Nauzubillah Himinzalik

Maka, janganlah mengumpat dan memperkatakan keburukan orang lain yang tidak izinkan syarak. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan