Selasa, 27 Disember 2011

BULI SAPE KITA NAK BULI..ITU PUN SALAH DARI SEGI HUKUM...LAGILAH SALAH KITA ADA KUASA..BULI HUKUM DAN KESUCIAN ISLAM...MUFTI2 BOLEH JAWAB

TPM: Isu 'buli' hanya bangkitkan perkauman

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah "tidak betul" melihat pelaksanaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai membuli golongan minoriti.

Katanya, tindakan membangkitkan isu sebegitu hanya untuk membangkitkan perasaan perkauman dan tidak puas hati serta tidak akan membantu usaha meningkatkan perpaduan rakyat.

azlan"Ini tafsiran tak betul. Apapun ini telah termaktub dalam perlembagaan. (Ia) ada sejarahnya, rasionalnya. Perlembagaan beri keistimewaan bagi semua kaum. Ia tak perlu dicetuskan," katanya.

Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Eu Hong Seng pada Sabtu dilaporkan berkata, terdapat perbincangan berterusan terhadap hak kumpulan majoriti bawah peruntukan itu tetapi hak minoriti jarang diperkatakan.

Dalam ucapan pembukaan dalam majlis minum petang tahunan perayaan hari Natal anjuran Persekutuan Kristian Malaysia, beliau berpendapat tindakan itu sama seperti "membuli".

Nota sarkastik novelis seksi wahabi

Tahun 2011, gandingan kata Faisal Tehrani dan ‘kontroversi’ di Google hanyalah “177,000 results”. Saya berharap untuk melonjakkan lagi jumlahnya menjadi setengah juta untuk suku kedua tahun 2012.

Tahun 2011, karya saya menempa sejarah kerana diharamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Saya berharap dua buah manuskrip saya yang sedang dalam proses penulisan akan menempa nasib yang sama (ada penerbit yang mahu?).

It will be good in my CV untuk memohon jawatan sebagai felo di Oxford.

azlanTahun 2011, saya tidak begitu berjaya menyusup “agenda” saya dalam masyarakat, ramai orang dapat menghidunya.

Saya berhasrat untuk menjadi lebih berjaya berselindung seperti 'individu itu'. Saya akan mengeluarkan lebih banyak komen meski dalam bidang yang saya tidak ada kena mengena dan bukan kepakaran.

Tahun 2012, saya harap dapat mengundi. Tak sabar nak mengundi.

Tahun 2012, saya harap dapat mengkhatam dua lagi buah buku almarhum Prof Dr Syed Hussein Alatas dan tiga buah buku anakandanya, iaitu Profesor Madya Dr Syed Farid Alatas untuk melayakkan saya mendapat gelar "I am Attasian".

Tahun 2012, saya harap berjaya mementaskan sebuah play tentang subjek kegemaran saya - wahabi. Mengapa?

Tahukah anda gandingan kata Faisal Tehrani dan Sunni di Google adalah 52,400 results. Sementara gandingan kata Faisal Tehrani dan Syiah pula hanyalah 16,800 results.

Paling mengejutkan gandingan kata Faisal Tehrani dan wahabi mengatasi semua, dengan jumlah 66,700 results.

Dalam pada itu gandingan kata Faisal Tehrani dan novelis hanya mencatat jumlah 144,000 results. Itu bagaimanapun masih tidak mengatasi gandingan kata Faisal Tehrani dan kalimat seksi, iaitu sebanyak 152,000 results.

Ternyata bacaan secara literal: "Faisal Tehrani adalah seorang novelis wahabi yang seksi" menurut Google.

Untuk itu semua berlaku, saya harap 2012 tak kiamat. Tak sabar menanti 2012!


faisal tehraniFaisal Tehrani atau nama sebenarnya Dr Mohd Faizal Musa merupakan pengarang terkenal dan felo penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Perhimpunan 16 jam pro-Adam Adli di UPSI

Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

NONE"Malam itu kita namakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti... Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik.

"Akan ada juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri (kiri).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Syukri berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya merancang beberapa aktiviti, antaranya meletakkan bunga di hadapan pintu masuk UPSI.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ia berikutan tindakannya menurunkan bendera Najib selepas SMM menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

NONETindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai khususnya sekumpulan penyokong Umno.Pelajar tersebut juga berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.

Sementara itu, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) pula dalam kenyataannya hari ini berkata, UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam" (atas) menjalankan hak sivil sebagai warganegara".

"Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal.

"Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan