Isnin, 5 Disember 2011

BENAR HADIS DARI RASULLULLAH SAW...JIKA BAIK HATI...MAKA BAIK LUAR@AKHLAKNYA...JIKA SEBALIKNYA MAKA TENTU BURUK AKLAKNYA...NI BERMAKNA CEMARKAN DIRI

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?
Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan
kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat.

Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ?

Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain.

Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur.

Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka.

Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ?

Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti.

Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain?


  • Zamri Ismail · Pengulas Tertinggi
    Sejak bila pulak ahli2 UMNO pandai berhujah dan berdebat..Anwar ajak Najib debat pasal Budget 2012 pun x berani! Abistu maki jala boleh!
    • Mohd Karim · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      setahu aku budaya memaki hamun bermaula dari
      PR..dari PAS..ke PKR dan DAP....asal pula ko namapak dar umno je..
    • Fairuz Kg Pandan · Pengulas Tertinggi
      zamri ismail kan cakap kau bodoh kau kecik ati ... sebelum anwar nak debat ngan najib tu askar2 lama dia nak ajak dia debat kalah kan askar dia baru dia citer besar okey
    • Shahril Khasin · Setiausaha Agung di Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012
      zamri ismail oooiii... buat pa Najib nk debat ngn Anwar putaq alam tu... bajet pembangkang nk tarik pengundi, slama ni pun jnji tapi x buat!!! pembohong...16 September!!! kah kah kah... sokong khairy: jadikan lipatan sejarah plig bodo
  • Mior Ahmat Zaudi · Pengulas Tertinggi · UKM
    Itu menunjukan mereka ketandusan idea bernas kebodohan tanpa cerdik dialaf cyber ini. Sepatutnya mereka lebih bertambah matang bukan sebaliknya. Berkemungkinan ini tanda tanda kehancuran UMNO sedang membilang hari, semoga pandangan ini merubah jatidiri UMNO kealaf baru. Sedarlah wahai UMNO anda diambang bahaya sekarang jika anda tidak mau berubah mengikut acuan rakyat berbilang kaum bukan berpaksikan ketuanan melayu semata-mata malah akan menjerumus kehancuran memalukan diri sendiri.
    • Mohd Karim · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      keruanan melayu itu penting....kalau kita tak rase kita tuan....cina akan fikir dia tuan....susah nak cakap dgn ko ni...cina senatiasa ada agenda tersendiri..dia nak kita jaid hamba
      ...ko dok ukm...universiti yg terbina dgn duit org melayu.come on lah..budaya sembunyi kertas taHUN2 soalan...kedekut ilmu..itu budaya diorg....
    • Abe Gadet · Pengulas Tertinggi
      Mohd Karim

      Tahu kah kamu cukai adalah salah satu pendapatan negara, dan jumlah cukai yg dibuat oleh orang-orang BUKAN Melayu melebihi 90% Dr Mahathir mengakui perkara ini. Jadi dari mana kamu dapat maklumat bahawa universiti yg terbina dgn duit orang Melayu?

      Kenapa melayu suka tuduh orang lain mempunyai agenda lain untuk menutup kelemahan sendiri... Kamu ingat Cina mahu orang melayu jadi hamba ka? kenapa mereka lebih suka ambil pekerja yg bukan Melayu? Sebab Melayu malas mahu berusaha sendiri asyik minta kontrak lepas tu jual sama cina macam mana mahu maju.
    • Yop Nazeri Sain · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed as a Certified Masseur Reflexologist & Aromatherapist
      Abe Gadet : Itu Mohd Karim memang amat bodo... langsung tak pandai bepikir, itu pasal la dia sokong Amenoo...... Mooooo... Mooooo.... (Bunyi Lembu Shahrizat !)
    • Yasin Faizin · Top Commenter · SMA Wachid Hasjim Maduran
      mohd karim
      kamu merupakan generasi penerus UMNO, penyokong tegar dan manusia yang ketinggalan jaman. bukan lagi masanya mendewakan ketuanan melayu.

      dari dulu kita asyik menyanjung melayu, tapi apa kita dapat? yang ada hanyalah merendahkan orang lain, iikah budaya melayu?
    • Bro Rosman · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
      Mohd Karim ...ukm duit orang melayu je ke...pehhhh..abis tu bangsa lain bayar cukai tu duit sape...bangsa yg paling banyak sebagai pembayar cukai ialah cina..apa celita...kami bukan asyobiah...pada kami semua bangsa dari satu iaitu adam as dan hawa...yg bezanya pegangan agama..juga...golongan jahat dan golongan baik..itu aje..hak jahat..tak kira bangsa kami lawan yg baik kami kawan...maaa..
    • Zulkifli Abd. Rahim · Top Commenter · Prifysgol Cymru University of Wales
      Umno mngunakan DAP dlm PR utk menakutkn melayu. Apelah beza PR yg brsama DAP dgn BN brsama MCA. Klu PAS dan PKR yg brgabung dgn DAP diangap pengkhianat bangsa, UMNO lebih dulu menjadi pengkhianat sbb brgabung dgn MCA sejak dulu lg...
    • Shah Rukh Din · Top Commenter · Works at PMB Pensioner now join RTM
      Mohd Karim rakyat melayu skrg dh muak dgn hujah2 perkauman lapok dr org yg sdg ketakutan hilang kuasa kerana dgn kuasa mrk boleh merompak harta negara/rakyat.... retorik jk umno kalah cina yg akn berkuasa...melayu skrg bkn bodoh..yg bodoh cuma melayu umno...faktanya 222 kerusi parlimen dap cuma btnding xsampai separuh & dikwsn majoriti cina...cmner pulak dap boleh perintah M'sia?...jwb la bodo!!
    • Joe Nana Joenana · Top Commenter · University of Oxford
      Abe Gadet ..itu lah sebabnya melayu kena berpadu..x payah nak gaduh2..apa yg kerajaan buatpun untuk kebaikan melayu khasnya dan malaysia amnya...yang menjadi masalahnya org melayu yg nak menjatuhkan melayu..tepuk dahi tanya akal
    • Mohd Azinuddin Ahmad Mokhtar · Works at 1st Base Laboratories Sdn. Bhd.
      Abe Gadet

      untuk makluman mmg UKM dibina dengan menggunakan duit org Melayu. Sila semak sejarah penubuhan universiti kebangsaan malaysia.

      Data cukai yang digunapakai mungkin lebih kepada peruntukan universiti selepas terbinanya UKM....
    • Joe Nana Joenana · Top Commenter · University of Oxford
      Yasin Faizin apa yang kita dapat ko tanya? Ko ni duduk kat Malaysia ker luar negeri...?dah ramai bijak pandai melayu, rama jugak yang kaya atas perjuangan kerajaan daripada dahulu..aku pun dapat keje dgn aman kat malaysia ni...ko tak rasa begitu ker?
    • Joe Nana Joenana · Top Commenter · University of Oxford
      Shah Rukh Din umno bukanlah parti perkauman..ia adalah parti yang memperjuangkan orang melayu dan islam..dan bergabung dengan MCA dan MIC untuk menjadi kerajaan yang menjadi tunjang kemakmuran negara..kalau parti perkauman dah lama malaysia ni huruhara...
    • Joe Nana Joenana · Top Commenter · University of Oxford
      Zulkifli Abd. Rahim Kaji la dulu sejarah PAS, PKR dan DAP ni..semua perjuangan asal mereka adalah berbeza..so fikirlah..
    • Mohammad Ismail · Top Commenter
      Joe Nana Joenana ,kau ingat mca,mic,gerakan dan umno tu asal nya sama ke.jangan sok sendirilah
    • Obserber Politik Bebas · Top Commenter · 21 years old
      Mohd Karim ingin saya nak bagi tahu kamu, seorang daripada keluarga saya berjaya dalam peniagaan sekarang boleh di katakan taraf jutawan, dia tiada kaitan dgn politik, oleh kerana dia gigih berusaha dgn tulang 4 kerat belajar dari rakannya bebansa Cina, dari tujuk ajarnya maka ia berjaya sabai ushawan yang berjaya dan dia tidak sombong dgn dirinya bergelar bangsa Melayu beragama Islam.
    • Antong Bin Utoh · Top Commenter · Works at SMK Bunot Payung
      Abe Gadet bangang wei, lu ingat olang bukan melayu bayar cukai 90% itu wang datang dari langit ka dari negeri cina, kalu tak orang melayu kayakan orang cina macamana dia mau bayar cukai sampai 90%, mana kedai cina yang melayu tak masuk, gua ingat kedai jual babi saja olang melayu tak masuk, yang lain semua olang melayu yang belanja, olang melayu sendiri tak suka belanja kat kedai olang melayu, cina ada belanja kedai melayu ka, dalam 1000 mungki 1 saja yang belanja kedai melayu, itu pun pasal terpaksa, itu mahatir punya cakap pon banyak tipu maa..
    • Zainal Othman · Top Commenter
      Mohd Karim ,betol
    • Sham Khalis · Top Commenter · Doggy and missionary at Self employed
      Mohd Karim ketuanan Melayu pala hotak kau!! aku tgk org Melayu lain byr barang2, minyak keta..sama ja..takda beza pon...Sudah lah jgn dimainkan otak sempit Umngok tu..tak habih2 agenda Melayu yg tak kemana-mana tu...yg kaya hanya segelintir kroni ja.. pirahh!!!
    • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Mohd Karim: Orang bercakap menggunakan fakta yang d"search" dari pelbagai sumber, bukan macam ko, sembang kedai kopi bolehla.
    • Abdghani Ghani · Padang Serai, Kedah, Malaysia
      Diga Gamindal ya memang betul tu,,,,tapi tuhan dah nyatakan dalam al quran ,,,terbahagi 2 golongan ,1] yang kufur 2] yang beriman ,,,,kalau awak sokong umno maka awak termasuk golongan yang no,1...
    • Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
      Mohd Karim huhuhu kamu kan antara puak usung kepala lembu bersuara hari tu!
      kenapa sekarang masih tak dapat Projek lagi ker dari TSKI di selangor.. huhuhu.. meroyan saja lah kamu karim ooiiii jangan jadi lembu sudah lah..

      antara cina dan melayu.. aku lebih suka pada kaum cina jika mereka itu lebih beramanah dan tidak menyolap harta bukan milik mereka. berbanding Dengan UMNO dan khir toyo.. dapat jadi MB habis tanah2 di selangor di pulun nya untuk di jadikan Istana bali untuk diri sendiri..
    • Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
      Joe Nana Joenana huhuhu sekor lagi lembu tido baru bangun dari kandang! apakah selama ini kerajaan UMNO lakukan pada bangsa Melayu malaysia?
      cuba habaq sat kat sini!
      menjual guubng Sepah pada Genting!
      menjual Pulau Jerjak pada YTL.
      mengadai Tg paggar pada Singapore
      ...See More
    • Abdghani Ghani · Padang Serai, Kedah, Malaysia
      Farouk Harakiri sebenarnya ,,,orang tu masih belum kenal diri sendiri ,dan,agama pun belum pasti kot ....kalau lembu macam ni tak layak untuk buat korbannnnnn,,,,bagi makan buaya ..,,.. memang sesuai
    • Adam Sidik · Top Commenter · Maktab Perguruan Mohd Khalid
      Mohd Karim kau yg bangang, kebanyakan pecacai umno ni tulis tak ada poin langsung,penulisan tahap budah pra sekolah je.16 sept akan ditunaikan selepas pru 13 nanti, insyaalah
    • Abdghani Ghani · Padang Serai, Kedah, Malaysia
      Adam Sidik ;;;;;ya saya sokong , hanya tarih saja tak nyatakan tahun ,,,memang itu budak tak reti ...
    • Ban Ploka · Top Commenter
      Mohd Karim ,

      Macam mana Cina boleh jadi Tuan? Yang aku tahu, Tuan Cina untung dari lesen Alibaba adalah.
    • Sulaiman Mohd Daud · Top Commenter
      Mohd Karim Duit untuk jaga lembu dibeli kondo apa nama nya? Pecah amanah? Rasuah? Kronism? Tanah yang milik rakyat Malaysia bukan bapak PM punya senang2 tukar dengan Singapura tanpa persetujuan rakyat/ referendum? Tulisan JAWi dipinggirkan dengan dasar UMNO hinggakan generasi RUMI sukar nak baca Quran apatah faham Quran! Kemudian buat pulak dasar belajar Mathematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kononya bahasa Ibonda tak mampu nak bersaing , lembab dan akhirnya kena terima hakikat anak bangsa sendiri keciciran dalam pembelajaran sains dan mathematik! Lu baca dan faham ke ni semua! Ini fakta dan sejarah tidak melupakan nya. Jujurlah dan beramanahlah bila memberi pandangan tu. Ingatlah kita semua diberi amanah yang akan ditanya nanti dihari yang tiada kesudahannya...
    • Sinar Fatamorgana · · Top Commenter · Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
      baik prti pmerintah atau prti pembagkag, amalkanlah politik yg sihat... brsaig mmbrikan yg trbaik kpd rkyat bkn mncri klemahan lawan utk raih skogn rkyat... Sperti ulasan Us Asri, bdaya politik hri ni seolah2 hnya aku yg terbaik utk rkyat pilih krana aku tak meliwat mcm musuh aku tuh... Sedih dgn trend politik hari nih...
  • Ehduk Classic · Top Commenter · Manager at Own bussiness
    apabila perbuatan dan tingkahlaku parti pemerintah semakin beria2 untuk memikat hati rakyat , tetapi malangnya ucapan demi ucapan semakin menambahkan lagi mudaratnya, semakin banyak ucapan mencaci parti lawan maka setiap rakyat tentu berfikir dan mencari sasuatu kenapa berlaku demikian dan sudah tentu kaki menghasut akan menghasut rakyat supaya menentang dlm pru-13 nanti ,'senjata makan tuan'.
    • Antong Bin Utoh · Top Commenter · Works at SMK Bunot Payung
      satu perhimpunan yang memalukan dan menunjukkan kebodohan pemimpin orang melayu, sangat membazir dan x berkualiti, ingatkan buat perhimpunan ada agenda bagaimana nak memaju dan memertabatkan bangsa melayu agar dihormati dan dipandang mulia oleh bangsa lain dimalaysia, rupanya perhimpunan mencaci dan menyalahkan orang lain yang tidak sekapal dengan umno, tak adakah cara lain bagaimana nak mencari pengaruh agar rakyat menyokong umno/bn selain dari memaki hamun parti yang tidak sealiran dengan mereka, pelik pelik....
    • Ehduk Classic · Top Commenter · Manager at Own bussiness
      setuju dgn kawan ,syabas kpd anda.
  • Mior Ahmat Zaudi · Top Commenter · UKM
    Mohd. Karim, saudara masih punya minda yang tertutup komenlah yang bernas bukan isue perkauman dibangkitkan. Islam tidak mengajar kita begitu, semua manusia itu sama cuma warna kuli, t fahaman agama saja yang berbeza tapi halatujunya tetap sama kearah kebaikan. Mana ada agama menyuruh penganutnya menjurus kejahatan. Sedarkah anda bahawa bangsa Melayu telah dijajah oleh bangsa kita sendiri, rakus, rasuah tidak amanah penting diri sendiri dan kroni. Macam mana Melayu mau maju kalau bangsa kita menyekat kebijakansanaan orang orang melayu sendiri. Kalau boleh mereka saja yang bijak kita ni bodoh.Kita diperbodohkan seolah-olah kita diera tahun 50'an masyarakat sekarang sudah bijak tentang politik tidak boleh diperkotak katikkan sekarang. Kuasa melayu yang sedia ada telah dilacurkan oleh bangsa melayu kita sendiri, mana tanah tanah rezab Melayu itu sendiri? sudah banyak terhakis dijual oleh bangsa kita sendiri kepada orang asing. Jangan terperanjat satu hari nanti bangsa melayu akan merempat dinegara sendiri jika melayu itu tidak sedar dan merosakan negara dan bangsa sendiri. Berpaksikan kepada ketuanan melayu tidak cukup Islam itu adalah keutamaanya Al Quraan itu pentunjuk jalannya.Saya tidak memihak mana mana parti politik yang benar tetap disokong yang salah tetap disanggah menerimanya dengan minda yang terbuka.
    • Azman Jan
      Baik lah ,spedirman sudah bersuara,maka nya mereka patut membina jamba tan persudaran bukan mengentam lawan ,mereka lebih kuat bila dimaki hamun.Tabik la spaider
  • Selee Ganu · Top Commenter
    "Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain......... "
    PERNYATAAN YANG TERBAEKKKKKKK...
  • Abu Kassim Azmi · Top Commenter
    sebanarnya Najib Altantuya dan Rosmah C4 dah bagi makan tahi lembu kering(dalam bentuk biskut) pada semua perwakilan umno...menyebabkan mereka menjadi gila, meracau, meroyan dan pikun, bodoh.....kebanyakan melayu yang hadir perhimpunan umno adalah atas tujuan untuk makan saja, nak isi tembolok lapar....malang nya termakan tahi lembu belaan tengkachi selak kain sharizat.....kesian.
  • Salahuddin Al-Ayyubi · Top Commenter
    Cara PEMUDA DAN WANITA UMNO PADA HARI INI MENUNJUKAN MEREKA SEMUA SUDAH MENGETAHUI YANG MANA UMNO SEDANG MENUJU KEHANCURAN, olih yang demikian mereka sudah tidak ada lagi cara lain untuk melepas kan geram.Mereka mereka ini juga seolah olah tidak lagi menghiraukan kerja keras PEMIMIPIN NO 1 MEREKA YANG BEKERJA KERAS UNTUK MEMULIHKAN DAN MEYAKINKAN RAKYAT BAHAWA UMNO DAN BN MASIH LAGI BOLIH MENERAJUI KERAJAAN DENGAN MELAKUKAN BERBAGAI PERUBAHAN DIBAWAH KONSEP 1MALAYSIA.WAHAI PEMUDA DAN WANITA UMNO SEKIRANYA ANDA SEMUA TAKUT SANGAT KEHILANGAN KUASA ANDA SEMUA BOLIHLAH MEMBAWA USUL KAPADA KERAJAAN ANDA SUPAYA MENGHARAMKAN SEMUA PARTI PARTI POLITIK LAIN YANG ADA.KERANA SEBELUM INI PUN PARTI ANDA TELAH BERJAYA MELUCUTKAN KEKEBALAN RAJA RAJA MELAYU.SETELAH PARTI LAIN DIBATALKAN NANTI BOLIH LAH PARTI UMNO MEMERINTAH MALAYSIA HINGGA HARI KIAMAT.a.
    • Wahab Saga · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun
      ahli umno kebanyakan pak turut dan seratus peratus menyokong walaupun dihati ada sikit curiga dgn ketua mereka tapi kerana ada sifat kebendaan sifat nak berduit sanggup gadai fitrah diri masing-masing manusia mcmnilah yg akan mengadai negarani kalau kita biarkan mereka terus berkuasa kerana mereka tiada sifat malu .. malu dgn manusia dan juga ALLAH..........
    • Azizun Haji Ahmad · · Works at Polis diraja malaysia
      PERHIMPUNAN AGONG UMNO YG PALING MALU UNTUK DIIKUTI...DAH HILANG JIWA MELAYU DAN ISLAM.......WALLAHWUALAM
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Bapak Borek Anak Rintik. Umno tiada Idea untuk mengembangkan keyakinan rakyat kepada BN kalau ia bercakap lembut dan benar. Umno terpaksa mengguna perkataan yang kasar dan jahat untuk memaki dan mencaci parti lawan. Tapi era sekarang Rakyat dapat menilai baik buruk Umno.KERANA MULUT BADAN BINASA.
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    MAKI HAMUN, CERCA ORANG, SINDIR ORANG, MENGHINA ORANG, MENEMPLAK ORANG MENJATUHKAN MARUAH ORANG,. ITU LAH BUDAYA UMNO.
    • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
      ADA LAGI , UGUT MENGUGUT, UNGKIT MENGUNKIT, CAKAP BESAR, GUNAKAN AGAMA, BERCAKAP LUPA YANG KUASA. BILA BERCAKAP MEREKA SAJA YANG BETUL, BETUL-KAN LAH DIRI KAMU SEMUA DULU !!! TAK PERNAH LANGSUNG MERENDAH DIRI
  • Ali Tinju
    kamu salah tu yg mulakan adalah PKR PAS DAP bRO......suka maki UMNO BN. Apakah kamu buta mata, telinga. jgn suka tulis Bro....
  • Zainal Othman · Top Commenter
    l umno berpegang lah kpd islam jgn hanyut semata2 nafsu mazmumah , bila perhiponan umno semua ada maki hamun kata mengata nampak sangat rendah akhlak melayu dan para hadirin bertrpok tangan.bukan menaikan bangsa , memalukan je, tolnglah tak layak nak pinpin negara.
  • Abdullah Llah · Top Commenter · Sm telok chegai
    bila dah makan benda yang tak di redzo tuhan jadilah manusia yang suka berbohong/mencuri/merompak/rasuah dan merasuah apa lagi..................... memaki hamun orang...........hati dah gelap
  • Utoh Pirot
    Pandainya Tan Soo Aun mengulas.. Dasar anda wartawan yang tarafnya macam dubur babi.. Tak sadar diri. Jangan terlalu melihat kepincangan bangsa Melayu.. Lihatlah kepincangan akal fikiran anda.
  • Adlan Ismail · Top Commenter
    Betul2....sebab mengumpat, fitnah, jatuh menjatuhkan, buat ilmu sana ilmu sini nak jatuhkan org (dlm perniagaaan) mmg kegemaran org Melayu...jadi UMNO lagi la confirm ada sifat macam tu, absolute sekali.
  • Aiman Tajuddin · Top Commenter · Nurse Trainee at Kementerian Kesihatan Malaysia
    malu kena tempelak balik dengan kaum lain..kata orang melayu, kita diajar budi bahasa, sopan santun, tata susila..yela pn, dlm UMNO, kbykannya kan melayu cap 'cokelat celup'...lol ~.
  • Mohd Saad Awang · Top Commenter
    merka ini lah dari golongan masarakat kaum yahudi akan terikut budaya mereka, maka kita di malaysia jgn terikut ikut (termasuk ulama BN).
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Lps ni prwakilan pemuda umno yg sebut bangsat tu akn jwb, "mane ader kami sebut 'DAP bangsat' kami cuma sebut 'DAP baik, intan payung', ini semua dalah fitnah dr M'siakini yg pro-pmbangkang...", dh masak sgt dgn trick puak2 umno ni...
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    jangkitan sifat lembu dan kebinatangan namanya.
  • Manman Jejaka · · Top Commenter · Pasir Dua, Jawa Barat, Indonesia
    aik. puak mana yg kuat maki hamun nie?.sendiri mau taulah...hahahaha
  • Hjda RidZuan · Al-Azhar University
    lembu dah meroyan sawan... baik disembelih shj.
  • Nor Afzan · Top Commenter
    Dulu, kini dan selamanyer..
    • Nor Afzan · Top Commenter
      Pimpunan kali ini adalah yang paling meroyan dalam sejarah!
  • Ketam Kapit · Top Commenter · Unimap
    nak buat mcmana, dah lahir dari keturunan perompak......dulu kini dan selamanya asyik dok maki hamun.............
  • Zaty Hazwani · Top Commenter
    haha so-called pemimpin UMNO ni tak profesional langsung, baru kena jentik sikit dh menggelabah nak emo tak tentu pasal, ckp semua tak ada point, last2 memalukan diri sendiri.
  • Al-Malik Wali Sepuluh · · Top Commenter · Wali 10 at Pejuang Islam
    Baik UMNO mahupun PAS. 2 x 5. 5 x 2. Kedua-duanya menegak benang yang basah. Masih berpegang kepada ideologi Penjajah British dulu , Divide & Rule.Cakap tentang Islam, tapi halal boleh haram dan haram boleh halal. Akhirnya, bangsa Melayu juga yg jahanam.Islam kemana bangsa kemana!!!!!!
  • Ally Llye · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    mrk pandai sebab ada yg mengajar. dap dan pkr serta pas byk ajar mrk. kata org, "if u cannot beat them, join them....". sedara yg tulis ni pun buat tak perasan je yg dap n pas lagi pandai memaki hamun dari umno. kira ok le tu...adil. yg tak adil si tan soo aun ni. org dap maki dia buat tak tahu. umno maki heboh lak nak komen!
    • Tok Mat
      klu dap,pkr dgn pas xde moral sbb maki hamun....UMno pun nak ikut xde moral lah nii....gitu ka kawan....isshhh2.....sian...
  • Othman Jamal · Med Lab Technology
    Pemuda UMNO dah jadi lembu Sharizat semuanya tapi tak bertanduk, atau tak reti menanduk(PONDAN) bahanlah banyak mana duit rakyat 250 juta ke Pemuda PONDAN ni nak hak aku aje janji aku ada share sama.
  • Che Ku Zaid Cheku · SMA DAERAH KISARAN
    UMNO sudah jadi budaya maki hamun--aku setuju 100%???
  • Albert Chin · Top Commenter
    umno apo....umngkok namanye...perangai dan sikap yang cukup lumrah bagi umngkok dulu, kin dan selamanya....tak heran la...umngkok mangkuk ayun...
  • Ahmad Tajudin · Top Commenter · Mpsk
    Melayu maki Melayu boleh. Bukan Melayu maki Melayu boleh. Melayu maki bukan Melayu tk boleh. Rasis. Sila rujuk balik semua komen dalam Malaysiakini. Siapa maki siapa. He, he, he. Mengata dulang paku serpih....
    • Tok Mat
      mengata org...umno yg lebih....hahahahaaaaaaa
  • Mohd Izamri · National University of Malaysia
    salah seorang perwakilan persidangan umno kata PAS Parti ajaran sesat. mmg biadap dan x bertamadun. kalau BN agak2 bleh gelar ape akronimnya.
  • Yahaya Gmg · Top Commenter · SMK Tengku Sulaiman
    PEMUDA UMNO NI JAGA LEMBU BELAGA SESUAI LA DGN PEMIKIRAN MEREKA YG SEMPIT TU.....
  • Asnizam Tahir · Managing Director & CEO at Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang
    I wish...kalau PRU kali nih UMNO kalah, lepas nihh org Melayu akan bersatu...sebagaimana orang Cina bersatu...xsalah kalau kita lihat atau ambil contoh yg baik dari org Cina Nih...pernah dengar nih.."Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China"...org Islam wajib percaya nihhh...
  • Fadly Kamdi
    tu tajuk utama kali ni bah suka mengatakan parti orang lain tapi parti sendiri tak tahu pula lagi teruk.
  • Ashaha Lee · Top Commenter · Sek men bukit mercu kuala kangsar
    MEDAN MAKI HAMUN DAN MENYERANG PERIBADI HALAL DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNGOK. TV 3 SUKU BEGITU GAIRAH SIARKAN KEBIYADAPAN PERWAKILAN .MOGA SELEPAS PRU 13 PEMBERSIHAN DIBUAT TERHADAP TV 3 SUKU.
  • Putera Reneg · Works at Ibu Kota Negeri Sabah
    Parti budaya maki hamun, sebab bodek presiden nak jadi calon.


Mohon SPR, JPN bertindak secara profesional
Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.

Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/BN. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?

Sehingga kini, SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu. Pengiktirafan itu, yang dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang-dua, tetapi sehingga lebih 60,000 nama.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskan jerut ditengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh.

Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam Negara.

Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam negara.

Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal. Mengapakah tiada agensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini? Ini adalah suatu kesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara.

Sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, “hantu-hantu” ini perlu mempunyai kad pengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua (atau berganda). Penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN.

Maka, mengapa petugas-petugas yang mendaftar ini tidak di soal siasat? Bahkan jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita.

Pihak polis perlu menahan “hantu-hantu” ini kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara.

Setelah siasatan dibuat, pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaran haram hantu-hantu ini perlu dibuat. Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka di kaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan.

Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN.

Sepatutnya, tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihat demokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.

Jika tindakan-tindakan ini tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang hendah membela hantu-hantu ini atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah. Ini kerana SPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN.

Kami memperingatkan SPR dn JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti.

Salam Maal Hijrah dan salam penghijrahan demokrasi mulia 1433H.


Penulis adalah pengerusi, Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS

Minta SYABAS dibubarkan

erujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.

Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?

Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.

Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.




Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN
Saya ingin menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat dewan tertinggi BN petang Jumaat lalu adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti gabungan itu kembali kepada prinsip asal aitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.

Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak Hussein yang merupakan mantan perdana menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan di manakah rasionalnya tindakan serta ungkapanNajib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tafsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.

Penulis adalah ketua penerangan PAS Perak dan ADUN Parit Buntar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan