Khamis, 13 Oktober 2011

TIPU..LANGGAR UNDANG2 NEGARA...RASUAH...MENFITNAH...UGUT@SAMSENG...MENIPU...JANJI MENANG...NI TAK BERMORAL...

Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

NONEExco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

NONEBagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

NONEMenurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

NONEMenurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang didakwanya tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya





Hakim Abdul Malik undur diri berikutan usul 'plagiat'
Hampir seminggu selepas seorang ahli parlimen mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman kerana didakwa memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, beliau hari ini bersemuka dengan hakim itu.

NONEIa adalah pertemuan yang janggal bagi ahli parlimen itu, Karpal Singh yang juga seorang peguam terpaksa berdepan dengan panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Malik (kanan) mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes yang diwakilinya berkenaan dakwaan pengedaran dadah.

"Yang Arif, saya mohon Yang Arif Abdul Malik menarik diri daripada mendengar kes ini berikutan tindakan yang saya failkan di bawah Perkara 127 atas dakwaan salah laku kerana memplagiat penghakiman bertulis oleh hakim Singapura."

Hakim Abdul Malik, bagaimanapun berkata beliau telah menerima arahan dari Presiden Mahkamah Rayuan (Datuk Md Raus Sharif) untuk mempengerusikan panel itu.

Timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa berkata pihak pendakwaan mempunyai keyakinan dengan panel tersebut.

Namun, Karpal mengingatkan akan timbul persoalan persepsi jika Hakim Abdul Malik memutuskan untuk terus mendengar kes itu.

Berikutan itu, Hakim Abdul Malik memutuskan untuk mengundurkan dirinya.

"Kes tersebut akan didengar pada 14 Nov di hadapan panel lain tanpa diri saya," katanya dengan tenang.

Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

NONE“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

majlis raja raja rulers council 300609 2Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.



DAP mohon bahas siasatan terhadap KM S'wak
DAP memohon penggantungan urusan parlimen untuk perbahasan segera siasatan yang dijalankan oleh tiga kerajaan asing terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONE"Kami menghantar notis kepada speaker (pagi ini). Beliau akan memutuskan sama ada untuk membenarkan kami membahaskannya selepas sesi soal-jawab esok," kata ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen (kanan).

Ia berikutan laporan media bahawa pihak berkuasa di Switzerland, Australia dan Jerman telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Taib dan keluarganya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membuka fail terhadap Taib selepas laporan-laporan dibuat mengenainya.

"Sehingga kini, kita masih belum mendengar apa-apa hasil (siasatan dari SPRM)," kata Chong.

Lelaki maut jatuh kondo bukan petugas imigresen
Jabatan Imigresen hari ini menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, semalam bukan lagi petugas jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.

"Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia kerana subjek telah diambil tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuatkuasa 10 Mei 2011 di atas kesalahan tidak hadir bekerja," kata beliau dalam satu kenyataan.

Laporan akhbar menyebut seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara di ibu negara, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, mangsa Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap rumahnya untuk ke laluan tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.

Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Faekah dakwa Satim cuba laga MB dan istana
Kenyataan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), menunjukkan Umno sudah tiada isu lain hendak diketengahkan, dakwa setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

NONEMenurutnya, menteri besar tidak pernah menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti yang digembur-gemburkan pemimpin Umno.

Sebaliknya, Faekah (kanan) mendakwa, ia sengaja dicetuskan untuk membangkitkan keresahan umat Islam.

Malah, tambahnya, menteri besar juga tidak pernah meminta maaf bagi pihak JAIS kepada DUMC atau penganjur majlis makan malam amal seperti dilaporkan.

"Setelah membaca laporan awal JAIS, Datuk menteri besar hanya menyatakan kesal dengan kejadian yang berlaku kerana beliau yakin amat sukar bagi JAIS mempertahankan dakwaan," katanya sambil menambah, ternyata, pandangan menteri besar selari dengan pandangan baginda Sultan.

NONEKatanya, menggesa menteri besar meminta maaf kepada sultan atas perkara yang Satim (kiri) sendiri tidak jelas hujung pangkal, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, tegasnya, seluruh rakyat Selangor maklum bahawa menteri besar sentiasa menghormati Sultan Selangor selaku ketua negeri dan ketua agama Islam di Selangor.

Justeru, tegas Faekah, walaupun diasak media dengan pelbagai soalan, menteri besar tetap tenang dan hanya akan mengulas selepas Sultan Selangor bertitah.

Faekah juga mendakwa Satim cuba melaga-lagakan menteri besar dan istana dan pada masa yang sama, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak membela umat Islam.

27,293 permohonan kerakyatan dilulus sejak 2008
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan telah diluluskan sehingga Ogos tahun ini.

azlanJumlah berkenaan meliputi permohonan telah diluluskan sejak tahun 2008, katanya dalam satu jawapan bertulis di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta Hishammuddin menyatakan jumlah tersebut mengikut kawasan parlimen.

Dalam jawapannya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, rekod berkenaan tidak disimpan oleh kementeriannya.

Isu berhubung kelulusan permohonan kewarganegaraan itu timbul ekoran pertikaian demi pertikaian yang dibuat sejak beberapa bulan lalu ke atas kesahihan status pemilih.


MP: Kenapa takut hingga hantar pulang peguam Perancis?
Ahli parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan kerajaan yang "seolah-olah begitu takut" dengan perbicaraaan satu kes rasuah di Perancis melibatkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Hinggakan, katanyha, kerajaan Malaysia telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis yang menangani kes berkenaan ke negara asalnya Julai lalu.

Sedangkan, peguam William Bourdon hanya berada di negara ini untuk menghadiri satu majlis mengutip dana untuk membiaya perbicaraan kes tersebut.

"Saya tak tahu apa yang kerajaan takut sangat. Saya agak, sebagai seorang profesional, dia tidak akan dedahkan maklumat yang belum disahkan di mahkamah.

"Apa yang ditakutkan Malaysia hingga beliau ditahan dan dihantar keluar daripada Malaysia?

"(Tindakan tersebut) tunjukkan Malaysia takut dengan kes ini, seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan," katanya di bangunan parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan bertulis oleh menteri dalam negeri di parlimen yang menyebut, tindakan itu diambil atas Bourdon kerana peguam hak asasi tersebut telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, menurut jawapan bertarikh 11 Oktober itu lagi.

"Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan kaitan dengan, atau arahan yang diendors di atas mana-mana pas, permit atau pas sempadan, adalah melakukan kesalahan terhadap peraturan ini."

Bourdon berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali atas kesalahan tersebut.

Menteri dalam negeri juga menepis soalan yang dikemukakan Tian bahawa beliau telah memberi kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan ketua pengarah imigresen berhubung kes berkenaan sebelum ini.

"Perkara yang dinyatakan menteri dalam negeri dan ketua pengarah imigresen adalah mempunyai maksud yang sama dan berlaku kekeliruan oleh laporan akhbar tersebut," jawapan itu dipetik.

Remaja piatu henti sekolah bantu nenek sara keluarga
Usianya baru 14 tahun tetapi kesempitan hidup memaksa Ahmad Nazri Abu Bakar melupakan alam persekolahan kerana mahu membantu neneknya mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sejak darjah enam ketika berusia 12 tahun lagi, Ahmad Nazri mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan di sebuah kawasan pembinaan dengan menyusun bata.

"Saya kesian tengok tok (nenek) kerja seorang saja sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal beberapa tahun lalu. Bila habis darjah enam saya nekad tak mau sambung belajar dan nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah. Biarlah adik-adik saja yang sekolah," katanya di rumah neneknya di Kampung Peremba dekat Alor Setar.

Ahmad Nazri berkata, selepas tamat darjah enam dua tahun lalu, pelbagai kerja dilakukannya semata-mata mahu melihat emaknya, Nor Aishah Daud (yang baru meninggal dunia bulan lalu) dan adik-adiknya, Nor Hidayu, 13 dan Nor Erdiyani, 8, boleh hidup dengan sempurna.

"Saya pernah kerja basuh ayam di Pasar Besar Alor Setar dan terpaksa berhenti kerana tidak cukup umur dan sekarang ini saya ikut tok kerja katering dengan dibayar gaji antara RM10 hingga RM15 sehari. Lagi pun tok bukannya menyara kami adik beradik sahaja, malah tok juga terpaksa menyara pak cik kami yang sakit kencing manis," katanya.

Ahmad Nazri berkata, semasa dia buat keputusan untuk berhenti sekolah, emak dan neneknya menentang keras hasratnya itu tetapi mereka terpaksa akur apabila memikirkan kesusahan hidup yang dialami.

"Saya memang teringin nak sekolah tapi saya kesiankan tok sebab kalau saya pergi sekolah tok terpaksa kerja seorang dan menanggung persekolahan kami tiga beradik. Bila saya berhenti sekolah sekurang-kurangnya saya dapat bantu ringankan beban tok walaupun pendapatan saya tak seberapa," katanya.

Ahmad Nazri berkata, sebelum emaknya meninggal dunia pada 11 September lalu, emaknya berpesan supaya dia menjaga adik-adik dengan baik.

"Saya akan ingat pesanan mak dan saya akan pastikan adik-adik tak terbiar," katanya.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Logman Husien, berkata pihaknya akan memberi bantuan bulanan kepada keluarga itu secepat mungkin.

"Apabila kita melihat kesusahan kehidupan mereka sekeluarga, kita akan berikan bantuan bulanan sebanyak RM400 sebulan bermula November ini bagi meringankan beban mereka dan saya harap bantuan itu nanti akan dapat membantu cucu-cucu Fatimah bersekolah," katanya.

Untuk permulaan, pihak zakat menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan dapur kepada keluarga Fatimah.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah, pula berkata pihaknya akan berjumpa dengan Pegawai Pendidikan Daerah bagi membincangkan proses kemasukan persekolahan Ahmad Nazri.

"Kita juga akan usahakan untuk memberi sedikit peruntukan bagi membantu keluarga ini membaik pulih semula rumah mereka yang daif," katanya yang turut memberi bantuan kewangan kepada keluarga berkenaan.

- Bernama



Taman burung terbesar - satu pembaziran, kata DAP
Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membina sebuah taman burung di Taman Botanikal Melaka dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar di kawasan berkenaan, dakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Selain itu, katanya projek berkenaan juga, membawa terlalu banyak pembangunan ke kawasan terbabit.

NONE"Mengapa perlu dibina satu tarikan hanya untuk membolehkan peminat burung datang ke Melaka sedangkan Melaka sudah ada satu tarikan cukup popular untuk peminat burung di Tanjung Tuan?

"Apa yang saya risaukan adalah projek ini akan menjadi satu lagi projek gajah putih sebagaimana dibuktikan oleh projek-projek lain kerajaan negeri," katanya.

Wakil rakyat DAP itu juga berkata, pembangunan pesat di kawasan Taman Botanikal berpotensi memberi kesan kepada faktor semula jadi, sekaligus menafikan akan kemudahan rekreasi semula jadi yang kian berkurangan di negeri ini.

Menurutnya, keghairan kerajaan negeri membangunkan kemudahan itu jelas menunjukkan ia lebih mementingkan pelancong semata-mata dan bukannya memikirkan tentang rakyat negeri ini.

Khoo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan kerajaan negeri baru-baru ini bahawa sebuah taman burung yang dikatakan terbesar di rantau ini akan dibina di kawasan Taman Botanikal Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya menggunakan peruntukan RM30 juta dari Kementerian Pelancongan bagi memperbaiki dan menaiktaraf tarikan pelancongan sedia ada.

"Saya kesal dengan tindakan menggunakan peruntukan ini untuk membina sebuah tarikan baru dan bukannya menyelenggara apa yang sedia ada. Ini merupakan satu pembaziran," katanya.

Menurut Khoo lagi, tarikan sedia ada seperti kawasan bersejarah mempunyai beberapa masalah yang boleh diselesaikan seperti masalah meletak kenderaan serta kesesakan lalu lintas.

MCA bidas blog papar porno kaitkan dengan Beliawanis
Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari menyelar tindakan blog propembangkang yang memaparkan gambar lucah wanita dan mengaitkannya dengan Beliawanis MCA.

"Sebagai Ketua Pemuda saya sangat sedih dengan gelagat dan tindakan yang jelas tidak berertika itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

mca youth agm 011011 wee ka siongWee berkata beliau menerima laporan daripada Beliawanis MCA mengenai perkara itu dan ada di antara anggotanya yang menangis kerana dimalukan sedemikian rupa.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk mereka menyertai politik dan menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) sebagai pendedahan hingga menjadi sasaran pembangkang?" kata Wee.

Beliawanis adalah cabang Wanita MCA khusus untuk wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun.

Kehadiran beberapa wanita muda yang dilaporkan anggota Beliawanis MCA sebagai pemerhati pada AGM Pemuda MCA baru-baru ini menjadi tajuk utama akhbar berbahasa Cina.

Isu itu juga dibangkitkan beberapa blog yang tidak percaya wanita muda berkenaan anggota Beliawanis MCA dan mendakwa mereka sekadar penghias majlis.

Mengulas lanjut, Wee berkata peguam Pemuda MCA sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah tersebut.

- Bernama
  1. II
PKR: 'Video hotel baru' bagi tutup kepincangan Bajet
PKR hari ini memnbidas taktik kotor pihak-pihak yang membocorkan satu lagi klip video seks yang didakwa memaparkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, naib presiden PKR N Surendran, tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 yang disifatkan sebagai bahaya dan lemah.

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks. Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat dii Bangkok, Thailand.

Surendran mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh kumpulan tiga yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Datuk T’, mempunyai pendekatan yang sama dengan konspirasi Umno-BN yang licik.

anwar four frame video 030611"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan