Ahad, 16 Oktober 2011

PERKARA KEDEPAN BUKAN DALAM ILMU KITA@MANUSIA....JANGAN BERCAKAP TIDAK BERDASARKAN TAUHID...CAKAP MAIN2 TEMBAK2@AGAK2....PI SURAU BELAJAR DENGAN USTAZ

60,000 pelajar hadap FB 4 jam sehari
Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.

azlanBercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat Kangar malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka.

Ismail berkata, ada pelajar yang berterusan membuang masa dengan laman sosial meskipun di saat menghadapi peperiksaan penting.

Antara kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan termasuk ada kes pelajar lari daripada rumah kerana ingin bertemu rakan barunya yang dikenali dalam laman itu selain kemerosotan pelajaran, katanya.

Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Arau juga bimbang dengan sikap orang ramai yang gemar mendapatkan maklumat mengenai perkara terkini melalui sumber yang diragui di internet.

Menurutnya, mereka sepatutnya mematangkan diri dengan mendapatkan maklumat sebenar mengenai negara dan sesuatu perkara melalui media arus perdana dan sumber yang sebenarnya.

-- Bernama


Chegubard mahu terbit brosur cincin RM24 juta

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.


Hudud: 100 tahun lagi jika Pakatan bentuk k'jaan

Saya amat tertarik dengan hujah agama yang diberikan oleh Dzulfikar Mashoor dalam suratnya bertajuk ‘Hudud Harus Berlambatan atau Bercepatan’ yang disiarkan Malaysiakini.

Saya andaikan hujah Saudara Dzul dilakukan berasaskan konsep prioriti atau mengutamakan kemashalatan lebih besar terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan. Selepas itu barulah boleh difikirkan kemashalatan yang ingin dilaksanakan seumpama pelaksanaan Hudud.

Tidak pasti samada saudara Dzul bertindak sebagai seorang ejen PAS atau pun tidak, namun agak pasti terdapat keanehan cara berfikir di sini apabila beliau meletakkan Hudud sebagai perkara yang boleh ditangguhkan sehingga kejayaan besar dicapai.

Kesilapan beliau terletak kepada kaedah pemilihan cara berfikir apabila beliau membandingkan kisah kemasukan Islam ke kota Mekah melalui beberapa siri perjanjian (rujuk surat saudara Dzul) yang akhirnya menyebabkan Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya dapat menakluk kota Mekah secara keseluruhannya.

Perbandingan ini pastilah tidak sesuai kerana penaklukan kota Mekah tidak ada sebarang kesamaan dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang juga dinaungi oleh kelompok majoriti Islam.

Secara perbandingan, lebih jelas unsur-unsur Islam yang diamalkan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan juga di negeri Selangor.

Kesilapan kedua beliau adalah meletakkan unjuran yang salah dalam penulisannya kerana apa yang diunjurkan itu tidak berasaskan kepada andaian yang tepat.

Dalam situasi apa pun, dalam bidang pengajian apa sekalipun sesuatu unjuran yang dibuat perlu berasaskan kepada perkara-perkara semasa yang berlaku. Misalnya, dalam mengunjurkan pertumbuhan ekonomi tahun hadapan, perlu dilihat kepada faktor-faktor ekonomi semasa, kuat atau lemah. Begitu juga unjuran kemajuan bola sepak di Negara kita perlu berasaskan kepada prestasi dan program-program semasa yang dirangka pada masa ini.

Mari kita lihat unjuran melaksanakan undang-undang Hudud yang ditangguhkan dahulu sekarang ini, yang diandaikan saudara Dzul akan dilaksanakan selepas kejayaan menumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Andaian-andaian semasa adalah seperti berikut; kegagalan total pihak pengurusan tertinggi PAS dalam memujuk (convince) pemimpin utama Pakatan mengenai pelaksanaan Hudud walaupun hanya di peringkat percubaan yang terhad untuk umat Islam di negeri Kelantan sahaja.

Keduanya, yang juga berkait dengan andaian pertama ialah penentangan yang amat keras oleh tiga tokoh utama dan penentu dasar semasa DAP, iaitu Pengerusi DAP, Penasihat serta Setiausaha Agungnya sehingga mewujudkan keadaan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’, nama lain bagi perkataan konflik.

Ketiga, yang saya kira paling besar ialah menghadkan rujukan bersama pakatan ialah kepada tiga ‘pelan’ suci, iaitu Buku Jingga,Dasar kerja Bersama 2009 dan Kerjasama Bersama 28 September.

Tidak terbetik langsung di benak pemimpin PAS untuk memasukkan Kitab al-Quran misalnya sebagai salah satu rujukan penting dalam meletakkan asas-asas kepada dasar Pakatan Rakyat.

Dengan itu unjuran yang lebih boleh diterima berasaskan 3 andaian tadi ialah PAS tidak mungkin mampu menlaksanakan undang-undang Hudud dalam kerangka kerjasama mereka dalam Pakatan Rakyat pada masa sekarang dan akan datang sekalipun Pakatan memenangi PRU ke 13.

Pemikiran seperti ini lebih realistik, nampak lebih saintifik dan tidak kelihatan sebagai cubaan memanipulasi rakyat supaya meneruskan sokongan kepada mereka di kawasan-kawasan yang tinggi semangat keIslamannya.

Saya menunggu hujah saudara Dzul jika andaian saya ini salah.


Umar Zain, Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM)

  • Raja Abdul Rahman · Petaling Jaya, Malaysia
    Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Kita sentiasa diujiNya untuk mengetahui samada kita taqwa atau tidak. Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang yang diredhaiNya untuk mengetahui samada kuasa itu digunakan untuk jalanNya atau tidak. Sebagai seorang Islam kita perlu patuh kepada semua perintahNya dan meninggal laranganNya.Mengatakan undang-undang Hudud tidak akan terlaksana jika Pakatan rakyat menang adalah tidak wajar. Kita misti yakin bukannya sesuatu parti politik itu yang menentukan terlaksananya atau tidak undang-undang Hudud. Hanya Allah yang berkuasa membalik-balikkan hati manusia untuk menerima Hudud atau tidak dalam masa terdekat. Negara Brunai dikhabarkan berminat untuk melaksana Hudud dan sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan kepada pemimpin dan rakyat kita.

    Kita hendaklah ikhlas dalam semua perbuat...Lihat seterusnya..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Yg dok kata PAS x mungkin mampu melaksanakan hudud samada skrg atapun akan dtg sekiranya Pakatan memenangi PRU13, adalah contoh org2 yg dangkal pendapatnya. Mesyuarat antara pimpinan Pakatan baru2 ni ttg isu hudud menyatakan sebaliknya. Pd dasarnya, mmg DAP x bersetuju dgn hasrat PAS utk laksanakan hudud diklantan. Walaupun DAP x bersetuju, ia tetap menghormati & tak menentang hasrat PAS itu, atas dasar hormat menghormati antara semua pihak dlm Pakatan. Dan DAP x bersetuju pun bukannya krn apa, krn hudud itu bertentangan dgn perlembagaan persekutuan. Dan bagi saya itu bnda mudah, dgn Pakatan memenangi PRU13 nnti, maka sudah tentu pihak Pakatan yg memerintah masa itu akan menggubal undang2 yg baru spaya memungkinkan pelaksanaan hudud. Yg x mungkin berlaku pelaksanaan hudud, adalah kerajaan umno/bn skrg, yg mana bukan sj parti komponennya (Mca) menentang, bahkan umno sendiri menentang & x akan laksanakan hudud. Ini adalah sperti yg dikata oleh datuk najib sendiri...
    • Zahary Ezanne · Pengulas Tertinggi · Kaunselor di Guru
      PAS dlm mesyuarat terbaru PR tentang Hudud, memilih utk memberi komitmen pada MOU politik iaitu deklarasi buku jingga sbg haluan politik. so, eloklah semua penyokong PAS balik baca buku jingga dan cari perenggan mana yg mengatakan hukum hudud akan dilaksana jika PR berjaya memerintah nanti........ MOU politik yg tidak selari dgn dasar akan menyukarkan pencapaian dasar. dasar adlh destinasi manakala MOU adlh proses perjalanannya. bagaimana mungkin dapat sampai ke destinasi jika proses perjalanan tidak ke arah destinasi.
    • WaHoO AnGleRs ClUb (WAC)
      Hudud tidak patut dibahaskan dan perlekehkan. Hudud datang dari arahan Allah SWT adalah HUDUD MUKTAMAD untuk laksanakannya keatas manusia. Ini dikatakan cabaran dan dugaan Islam menghadapi tentangan oleh hebat kaum2 munafik, fasik, majusi, dan kafir laktanullah..insyaAllah ia pasti tertegak juga hukum Hudud di Malaysia sebelum kiamat..nntkannya wahai kaum2 yg dilaknat Allah...
  • Zanal Bahran · UTM
    Nak laksana Hudud bukan main kene ikot Perlembagaan Persekutuan, tapi kalo buat huru-hara kt kl nape x mintak kebenaran krajaan Perskutuan? konon nk tegakkan Islam... nape Pok nik x nasihatkn Pak brahim brsumpah, itukn sebahagian dr Hudud....
    • Safiyyah Shawqi · International Islamic University Malaysia
      salam...nak bersumpah tu kena guna ikut mahkamah syariah..ni yg cover pasal kes ni under sivil..sivil dgn syariah untuk sumpah2 ni lain ma.....cuba bagi syariah yg cover,,mesti ai sumpah je
    • Hazilawati Hamid · Labok di Maahad syamsul maarif lelaki labok
      UTM kurang fahaman agama
    • Sepat Laut · Pengulas Tertinggi · University of Nottingham
      Hazilawati Hamid Yela2..orang PAS je yang paham agama. Islam ni korang puye agaknye
    • Zanal Bahran · UTM
      Sepat Laut : hahahaaaa.... yup mmg org pas je yg paling bagos bab ni.....
    • Ismahaji Abu · Top Commenter
      Pelik sungguh manusia yg ngaku Islam...solat 5 waktu...baca doa iftitah...waktu takbiratul ihram angkat kedua belah tgn simbol penyerahan diri dan penerimaan tanggungjawab sebagai muslim disegenap kehidupan...sujud menhinakan diri dan mengaku Allah itu maha tinggi...tapi menentang terhadap pihak yg nak mematuhi perintah Allah dan mengamalkannya disegenap kehidupan...sila renung diri masingx...sempurnakah iman kita...atau kita termasuk golongan abdullah bin Ubai...Cek balik keyakinan kita terhadap rukun iman yg jadi foundation kita sebelum syahadah dilafazkan..Adakah islam kita didirikan umpama diatas paya atau tanah yg lembik...atau ditapak yg kukuh dgn keyakinan terhadap rukun iman dgn jazam...ketuk lah hati kita...tanyakan..apakah kita ini muslim yg mukmin yg muhlis yg muhsin...atau kita manusia yg terpedaya dgn tipu helah iblis dan kuncuxnya...
    • Noriman Saari · Top Commenter
      nampak sangat orang melayu Islam jahil tentang hukum Islam. orang yang kena tuduh pulak yang bersumpah...sepatutnya orang yang menuduh kena kemukan 4 orang saksi...yang kena bersumpah jika kes suami menuduh isteri berzina tanpa 4 saksi...isteri pun boleh bersumpah untuk menafikannya...wallahua'lam
    • Noriman Saari · Top Commenter
      Sepat Laut , Islam bukan hak atau kepunyaan golongan tertentu..tapi kita sebagai orang Islam wajib mendalami Al-Quran. wajib patuh segala suruhan dalam Al-Quran dan tinggalkan segala larangan ...
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
      Hazilawati Hamid BETUL songkok tinggi tak paham agama tapi nak bincang hal agama. dan SEPAT LAUT-Kalau tak 100% pu,majoriti orang PAS lebih paham pasai agama kerana itu surau dan masjid lebih banyak di makmurkan olih orang PAS.Orang UMNO pula menjadikan karaoke dan disco sebagai budaya.
    • Mohd Nasir J
      bang.cakap jagan sedap mulut.Islam bukan sembahyang je.belajar dulu berapa kitab dah abis.
    • Mohd Joharuddin · Pantai Valley, Kuala Lumpur, Malaysia
      Nak laksana hudud adalah untuk melaksanakan undang-undang, berbeza dengan Bersih Zanal Bahran, Bersih menyuarakan hak.
      Hak bersuara juga ada dalam Perlembagaan Malaysia.
      p/s: anda komen seperti orang yang tidak boleh berfikir dengan rasional.
    • Mohd Joharuddin · Pantai Valley, Kuala Lumpur, Malaysia
      Contohi Brunei, Belajar dari Malaysia tetapi mendahului Malaysia dalam perlaksanaan Hukum Al Quran.
      http://www.kl-today.com/2011/10/brunei-to-implement-hudud-laws/

      p/s: Brunei hanya 66% beragama islam dimana sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kaum.
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Mohd Rejab Ahmad Hahahahhahah...orang PAS ni betul2 perasan la. Hang ingat hang je yang baik, hang je yang islam? Mana hang tau yang orang yg p masjid 2 banyaknye orang2 PAS? ade cop kat dahi ke? ke asal masuk masjid je orang PAS?

      Kawan2 aku yang PAS ramai yang paginye cakap berapi2 nak menegakan islam la, hudud la. Tapi petangnye pergi beromen dengan awek masing2, masuk rumah urut sana sini.

      Nila fitnah terbesar yg nabi takut. Islam dipagi hari, kafir di waktu petang. Pagi sibuk cakap paal islam, petangnye turun ke jalanan menjilat bontot pariah ambiga yang terang2 nak jatuhkan islam....Ape cer?
    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Sepat Laut : Kalau terkena batang hidung sendiri selkalu memang hilang sabar kecuali orang yang ikhlas dalam kehidupan.
    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Mohd Nasir J : Kalau dah tak sembahyang tu Islam apa sebab solat itu tiang agama Islam, mana ada rumah tanpa tiang? Paling tidak rangka dindingnya adalah asalnya berupa tiang.... jawab dengan ikhlas dan tepat serta berasas dan logik serta betul.
    • Mouhammadou Elias Benzema · Top Commenter · University of Quebec at Trois-Rivieres
      Bro Sepat Laut , baik itu tidak boleh dilihat kpd berulang aliknya sesaorang ke masjid atau buat apa2 bentuk kebaikan yang lain. Tak kira orang PAS atau UMNO atau PKR. Yang betul2 baik ialah mereka yang beriman dan bertaqwa, dan itu mestilah datang daripada Aqidah yg mantap dengan ilmu yg mendalam. Berapa ramai di sana, yg berulang alik 5 waktu ke masjid, tapi anak isteri tak tutup aurat. Betapa ramai di sana yg puasa 6 syawal tak miss setiap tahun, tapi tak mengerti apa itu tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan tauhid asma' wa sifa'.

      Berapa ramai yang menderma setiap kali jumaat di masjid2 tapi tak faham, bahawa AlQuran dan Sunnah sepatutnya menjadi rujukan dalam semua perkara dan semua urusan dunia samada politik, penerangan, pendidikan, ekonomi, sosial, hubungan antara kaum, dan sangat penting, undang2 yang mentadbir seluruh urusan hidup manusia.

      sesaorang yg berilmu itu lebih baik dari seorang ahli ibadat / 'abid yg jahil, kerana yg berilmu itu dapat membezakan yg benar dan salah, tetapi ahli ibadat yg jahil akan sentiasa terdedah kepada penipuan. tk.
    • Ahmad Khalil · Top Commenter
      Sepat Laut kalau golongan mungkar memang payah nk paham islam.kalau kamu kata urang pas je yg faham...pas je yg punya agama islam..itu yg merugikan ko...
    • Hakam Adli · UKM
      Sepat Laut Islam ni bkn pas yg punye tp mereka yg mndokong nk tegakan Islam di Msia, hrpkan umno sampai kiamat la Islam kena perintah bknnya ;ISLAM YG MMERINTAH, ada beza tu....
    • Ibnu Tarmizi · Kolej matrikulasi kedah
      Khas untuk Sepah Laut ~ Orang kata, nak tahu perangai orang, kita tengok perangai kawan dia. Kalau kawan kau yang sokong PAS perangai macam tu, kau pun mesti lebih kurang je bro... Kalau kau orang baik jugak, takdela kau biarkan kwan kau tu terus mcam tu... kau pun sebijik je bro... so, shut up...
    • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
      UTM, jenis pakai sokok yang tak boleh cuci walaupun kena diberak cicak sekalipun,tetap kata bersih.Orang pakai ketayap kotor sikit boleh cuci.
    • Fxtraderwin Pro · Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
      Mohd Joharuddin tahniah pemimpin Brunei saya doakan semoga negara lain mengikutimu
    • Erwan Najhan
      Mohd Joharuddin Kenapa untuk bersih orang sanggup buat huru hara tapi untuk HUDUD lebih kepada "mainan bicara" jek..kat Perak sanggup baring atas jalan semata-mata untuk kuasa tapi kenapa bila nak laksanakan hukum ISLAM kene tunggu PRU. Dah menang PRU pun belum tentu nak laksanakan. kalau tak dah takde modal nak berpolitik lagi dah..
    • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
      En Zanal niiii kelakar la kata belajar tinggi itu pun tak faham keee.......bersumpah cara mereka mereka tu tak betul itu pun tak tau keee....masyallahhhhhhh kaji dulu baru cakap
    • Fxtraderwin Pro · Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
      Mohd Joharuddin saya tahun ini beberapa kali pergi negara Brunei ..Sejuk hati saya dengan suasana aman damai dan paling ketara tiada anak2 muda lepak .alangkah bagusnya jika suasana ini berlaku dinegara kita,sejuk hati ibubapa.
    • Ibnu Tarmizi · Kolej matrikulasi kedah
      Khas untuk Erwan Najihan ~ Kalau kau rasa yang UMNO ikhlas perjuangkan hukum Allah, PAS tak ikhlas, korang minta UMNO buat la di Terengganu, kalau tak pun, kau biar je PAS buat hudud.
      Kalau aku jadi UMNO, aku biar je PAS buat hudud. Nanti, aku boleh cakap, "Kami beri peluang kepada PAS untuk buat hudud. Kerana kami menyokong hudud. Tapi, di negeri kami, kami masih belum berupaya dapat majoriti undi di DUN". Lepas tu, PAS dah tak ada "modal politik" lah nak kata UMNO anti-hudud. advantage macam ni pun, UMNO takleh fikir ke?

      Pada aku, masalahnya ada pada UMNO. UMNO tak yakin pada hudud.
    • Rohaiza Majid · SMK Tengku Bendahara
      Sepat Laut ...mana ada sepat kt laut...ikan sumpit ada la dekat2 dh nk sama ngan ikn sepat....islam bukan hak pas atau hak tuk guru islam adalah hak ALLAH maka kita hambanya yg dijadikan utk mengabdikan diri kepadaNYA maka kita dengar dan taat dengan AL QURAN dan SUNNAH baginda rasullullah saw sekiranya kita tau mengapa Allah jadikan manusia maka kita akn takutkan Allah sekiranya seorang hamba takut kepada tuannya maka ikutlah segala perintahnya sesungguhnya tuan seluruh sekalian alam adalah ALLAH swt yg maha bijaksana lagi maha mengetahu tanpa diragu dan di takwil2 lagi Allah itu maha benar
    • Gragos Gragas · Top Commenter
      kita orang islam kn..mnggangkt AL QURAN dlm SYAHADAT kn..AL QURAN ktab pnduan n rujukn bgi umat islam..yg kmu sbgai umat islam mnentag hkum islam KNAPA...mnandakn kmu x suka AL QURAN..ia d dalam syarat SAH sbgai org ISLAM...MNENTAG HKUM ISLAM TRBATAL IMAN B ISLAM..ORG INI YG MNGAKU ISLAM TP MNENTG SYIAR ISLAM TMPATNYA D NRAKA TRAKHIR SLPAS NRAKA ORG2 KAFIR...TAUBAT TAUBAT LAHHHH
    • Chuppa Yang Bersih
      zainal bahran..tak ckup tgi lg songkok tu..tak abes2 ngn sumpah ye..takpe la..kek g jd sesumpah la ko..
      mende simple pun tak nk gune otak..
      klo berani msuk mahkamah syariah la..panggil yusuf qardawi sebagai pemerhati bebas..br mcm jantan..
      ketua ko yg tak cool sgt tu dah nyawa2 ikan g slamat g..
      pru13 klo tak men kotor alamat lingkup la umporno ko tu..
    • Radzi Rosidi · University of Malaya
      BELAJAQ MANA SUMPAH TU SEBAHAGIAN DR HUDUD PAK ZANAL?
    • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
      Fxtraderwin Pro ,Nak undang islam cam na kat Malaysia,bini pemimpin 1 Malaysia pun tak pandai pakai tudung lagi
    • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
      Zanal Bahran ,Huduh-hudup perangai orang Pas di mata umno,boleh juga baca khutbah jumaat ,buat iman surau.Berapa ramai pemimpin umno oleh baca khubah atau jadi iman surau.Kalau kareoke ramai pandai puak umno.
    • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
      Sepat Laut Sepat Laut ,orang umno baca Fatihab pun tak betul tahgwi.Hapal Lirik lagu pandailah.Berapa ramai pemimpin umno boleh baca khutbah berbanding puak pas.Pandai orang umno kalau mati, pandai cari tok guru pas baca talkin dan tahlil
    • Safiyyah Shawqi · International Islamic University Malaysia
      Sepat Laut islam ni agama untuk semua..cuma nak atau tak nak je...
    • Mohammad Ismail · Top Commenter
      Mouhammadou Elias Benzema ,boleh cerita sikit orang yang berilmu tapi tidakmengunakan ilmunya dalam kehidupan ini.
    • Safiyyah Shawqi · International Islamic University Malaysia
      Sepat Laut at least org yg wat salah tu nak kepada pimpinan islam sebenar....dorg tau yg dorg tu sgt memerlukan islam untuk guide dorg..lagi stu, mmg pas je nk kat islam..lau betul la bn nk islam gak..cuba la wat hukum hudud...ni tak, org bn mengaku islam tapi tak pernah pun nak mempertahankan ape yg ALLAH suruh laksanakan.konon nya, malaysia negara berbilang kaum, so tak leh wat hudud, korg (bn) ingat ALLAH tak tau ke yg rakyat malaysia ni berbilang kaum/. apepun, tepuk dada, tanya iman...
    • Zainuddin Salleh · Top Commenter · UM
      Ish... Ish kamu ni, kena msk sekolah farduan ain balik.. Dlm islam ada dua je sumpah ... Sumpah lian yg melibatkan tuduhan zina antara suami dan isteri, dan yg kedua sumpah laknat.. Yg melibatkan akidah... Try tanya yg pakar agama pernahkah berlaku dlm zaman nabi & sahabat ada sumpah yg selain ini dlm islam... Sedangkan nabi juga menyuruh seseorang itu membawa bukti & bukannya terus bersumpah... Kalau semua nk bersumpah xpayah ada mahkamah....
    • Nain Arshavin · Top Commenter · Ikm jasin melaka
      Hazilawati Hamid ...betul tu HH....dia cakap melalut....pemerintah yang ada skrg yang halang hukum hudud....UTM hoi melalui kuasa baru blh tegak hudud...kau ingat hudud undang2 tepi jalan,ni undang2 allah...
    • Syak Syahzana
      Sepat Laut status pengulas tertinggi...tp merapu..tgk le konteks yg di diskus antara zanal n safiyyah
    • Mohd Zakri · Top Commenter
      Siapa yang huru-hara KL?Pegi lihat dan rasai sendiri,baru tahu.jagan kata seronok berkahwin,sedangkan saudara tidak berkahwin..Marina Mahadhir pun turut serta dalam perhimpunan..So, nak tulis biar berfikir
    • Mohd Sulaiman · Maktab Perguruan Kota Bharu
      rakyat malaysia ni berpegang pada aqidah PM, kalu PM kata hudud tu sesuai dilaksana, maka berbondong2 la ahli2 agama,semua akhbar dan tv akan kata hudud tu sesuai dilaksanakan....tepuk dada tanya iman...Dunia dah akhir zaman...
  • Ahmad Ziakari · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Jika itu kehendak Allah yang selepas 100 tahun baru hudud boleh dikuatkuasakan kita terima. Tapi kita umat Islam sekarang mesti jadi sebahagian dari penggerak untuk hudud dijalankan walau pun menghadapi pelbagai rintangan oleh orang Islam dan bukan Islam. Kita mengambil 500 tahun untuk sampai keperingkat wanita Islam kita menutup aurat seperti yang kita lihat sekarang. Mereka yang cuba menutup aurat dicemuh dan dikatakan dengan macam-macam label negatif. Tapi mereka istiqamah dengan perjuangan mereka kerana mereka patuh kepada Allah.
  • Muzammil Daud · Top Commenter · Project Manager at Private multinasional
    Solat disuruh dalam Quran. MCA dan DAP tiada masalah orang Islam solat. Puasa dusuruh dalam Quran. MCA dan DAP tiada masalah orang Islam puasa. Malah, MCA dan DAP join skali majlis2 buka puasa tanda hormat. Baik, Hudud juga disuruh Quran. Tiba2 MCA dan DAP tak setuju orang Islam laksanakan Hudud. Walaupun ulangkali disebut hanya keatas orang Islam. Apa hak MCA dan DAP halang hak orang Islam laksanakan suruhan Quran?
    • Mohe Balmain · Kuala Lumpur, Malaysia
      Die dok jelah masaaloh oghang cine zzina ngang oghang sselang. Masaaloh oghang cine curi baghang org sselang. Masaaloh org cine masuk sselang pahtu nok murtad semula.
      Deme kene pejelah hok tu ko dieoghang wang..
    • Ahmad Bin Muhammad · Top Commenter
      Mohe Balmain gagap ke bro ?
    • Ahmad Bin Muhammad · Top Commenter
      DAP dan MCA tak setuju sbb PAS hanya mempolitikkan isu ini saja.
    • Omar Musa · Puchong
      Kalau setakat MCA Dan DAP tak heran sbb orang kafir tak akan redha dengan Islam sampai bila2. Tapi yang heran orang Islam sendiri yang bermatian tak setuju dengan hudud. Lihat the Sun hari ni.....
    • Ahmad Bin Muhammad · Top Commenter
      mereka tak setuju sbb mereka tak tahu ..... pihak yg sepatutnya bertanggungjwb utk memberitahu lbh cenderung utk mengutuk dari memberitahu.Maknanya di politikkan ..
    • Muzammil Daud · Top Commenter · Project Manager at Private multinasional
      Katakan kepada DAP dan MCA, "Lakum di nukum waliya din", "Bagimu agama mu dan bagiku agamaku". Agama mu tak suruh hudud, itu hak mu tak mau hudud, Agama aku suruh hudud, berikan hak aku laksanakan agamaku.
    • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Ahmad Bin Muhammad: Bukan gagap, terengganu kite..
  • Muhammad Mukhtar · UiTM Shah Alam
    Diharapkan sebahagian kita org Islam membetulkan kesalahfahaman didlm memahami sejarah Islam...Kemasukan semula Rasulullah SAW ke Makkah tidak boleh sama sekali dinamakan Penaklukkan Makkah kerana Rasulullah bukan menakluk TETAPI perlu difahami sebagai Pembukaan Makkah atau Fathul Makkah...Dapatkan istilah yg betul demi menunjukkan adab kita dengan Rasulullah...wallahulam.
  • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
    Aku dah tak minat membaca apa saja yang di tulis dan diulas kerana SEMUA , bercakap bercakap bercakap terutama mereka yang mengaku amat arif dengan HUDUD tetapi HABUK PUN TAK ADA.Contohnya tajuk catatan penulis ini, HUDUD 100 tahun lagi jika Pakatan bentuk kerajaan.Orang bodoh pun bolih soal:Kalau Pakatan tak mungkin 100 tahun bolih ujud hudud, adakah BN yang perintah sekarang telah buat.
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
      atau kena tunggu hingga dunia hampir kiamat kalau mahu lihat BN laksanakan hudud.
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
      Kah kah kah-ini jenis melayu yang penaku,hanya berani bersuara tapi bersuara di sebalik dinding.Bukan apa,bolih makan dua belah kalau pr pula perintah.A Samad Said mata jenis CARMA.
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
      Hudud ialah hukum dan tidakinya ada mengenai dengan jalan penyelesaian cara singkat.Pergilah belajar agama pada guru guru agama dan bukan pergi ke disko atau karaoke untuk dapat apa yang Islam ajarkan.Sejagat Melayu-Melayu bukan agama.
  • Yusoff Alias · Top Commenter · Owner at Self Employed and Loving It!
    nama saja kelab penyelidik politik tapi cara tulisan kamu sepeti budak menjawab soalan peperiksaan tingkatan lima. sudahkah kamu buat penilaian tentang program2 agama di negeri pakatan rakyat terutama negeri selangor? kalau dah dapat memerintah secara total baru lah hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa kekangan. awat bodoh sangat.
  • Nik Azmi Nik Mat · Top Commenter · Sm melor
    sebelum menulis tu cuba rujuk dulu sejarah PAS..jangan syok sendiri rasa diri pandai sangat..baca dulu apakah tujuan PAS ditubuhkan..PAS tak pernah lari dari tujuan asalnya..cara dan jalan untuk sampai boleh berubah tapi matlamat tak akan berubah sampai kiamat..insyaallah..
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    ada kajian mengatakan 100 tahun lagi manusia tak perlukan apa2 agama?
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Yg jelas ada motif politik di sebalik penulisan Umar Zain atau beradik dgn Maher Zain ni. Dia ingin kita menentang pendapatnya supaya bila PR memerintah hudud dilaksanakan secepatnya. Ini akan menyebabkan DAP akan marah. sedangkan hukum hudud tidak wajib ke atas org bukan Islam... Ini taktik lapok..taktik yg di ambil dari UMNO..di ambil dari penjajah British..
    • Aizat Mohd · Universiti Malaya
      Pakai Otak Hukuman Allah hanya sesuai untuk orang ISLAM?manakala x sesuai untuk BUKAN ISLAM??hukum dari TUHAN, x melingkupi semua org?? biar bebenor beb...
  • Rafie Mohd · Top Commenter
    Bila BN tumbang, kawalan UMNO keatas SPR, JPN, POLIS, Mahkamah dll akan terlerai.Dgn ini, pilihanraya dpt dijalankan dgn adil. Sbb tu, misi kita adalah menumbangkan UMNO dlm pru 13 supaya pada pru 14 atau 15 lebih byk kerusi Melayu Islam di Dewan Rakyat. Dgn kata lain, kita nak ajak penyokong umno beralih arah menyokong pas. Pada pru 12, pakatan rakyat sgt kuat (Sehingga dpt merampas 4 negeri dan mengekalkan 1 negeri.) dlm keadaan semua jentera kerajaan dikawal umno. Kemenangan di 5 negeri itu hanya gambaran sebahagian drpd kekuatan serbenar.
    • Muhammad Mukhtar · UiTM Shah Alam
      Jgnlah terlalu yakin kalau PR ganti BN semua akan berlaku seerti yg kau kehendaki...tetapi kau mesti belajar memahami bahawa apa2 yg terjadi dialam ini adalah seperti yg Allah kehendaki...
    • Rafie Mohd · Top Commenter
      Muhammad Mukhtar ; Saya baca komen anda.. Tapi kenapa anda tak komen post saya di bawah?
  • Dzul Akmal Al-Taqi · Top Commenter
    Hudud jadi dilaksanakan atau tidak, aku hanya mampu berdoa ianya dapat dilaksanakan..APA2 HAL PUN, ITU UMNO KITA KASIK BUANG JAUH2! apsal aku tertekan caps lock ni.kah kah kah.
  • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    You concern orang Agen PAS or Pakatan, U seems like BN Agen. What's the different? Don't use la Kelab Penyelidikan Politik Malaysia tag and try to look neutral. Its easy to smell whether u neutral or taking side.
  • Mohd Farizal · Top Commenter · Uniuni
    Di sebabkan penulis berhujah panjang lebar menyalahkan PAS Kelantan kerana masih tidak dapat laksanakan hukum hudud/Al-Quran...Pertamanya PAS bukanlah semena2 menagguhkan hukum tersebut...banyak kajian dan kertas kerja telah mereka lakukan...tetapi yg menjadi halangan ialah kata dua dari kerajaan persekutuan utk menghalang mereka ini melaksanakan nya (ini adalah fakta yang boleh dirujuk dari mana2 artikel Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan melarang Kelantan dari melaksanakan Hudud.) Ini adalah sebab mengapa Kelantan terpaksa menangguhkan dulu perlaksanaan nya...bukan atas kurang kemampuan mereka...umat islam yg paling kuat bertindak dgn tangan (melaksanakannya) yg kurang kuasa pula bertindak dgn secara menegur/bersuara...dan yg paling lemah adalah sekadar niat dihati...disini kita dapat lihat PAS belum berkuasa sepenuhnya (mengu...See More
  • Rafie Mohd · Top Commenter
    Kalau media perdana tidak dikawal oleh umno, pas tentu boleh promosikan tentang keluhuran undang2 Islam. Cara utk dptkan akses media perdana ialah dgn cara menumbangkan BN. Sdr.Umar Zain berhujah bersandarkan andaian (kononnya unjuran dia) yg hanya logik jika difikirkan dlm kepompong msyarakat yg tak faham Islam sepenuhnya. Sepatutnya kita kena optimistik..dgn usaha berterusan dan yakin dgn Al-quran, insya Allah..unjuran yang dilihat panjang itu akhirnya menjadi pendek dan akhirnya kita berjaya melaksanakan syariat (Hudud)tersebut.
  • Mohd Zakri · Top Commenter
    Saya amat teruja dengan tajuk yang saudara dzul tulis iaitu "100 tahun lagi"..PAS ialah sebuah parti yang meletakkan al-quran dan as-suannah sebagai rujukan.Saudara Umar pun tahu yang DAP tidak setuju dengan HUDUD, mana mungkin setuju Al-Quran sebagai rujukan, PAS bersatu dengan matlamat menumbangkan kerajaan yang ada kuasa tetapi tidak lansung memikirkan HUDUD dengan alasan yg lemah, iaitu negara kita MAJMUK..Walaupun 100 tahun tidak boleh laksana hudud, tetapi terus istikhomah utk laksana lebih baik dari 50 tahun memerintah lansung tidak membincang apatah lagi melaksana HUDUD.Dengan kesedaran politik yang ada pada hari ini, tidak mustahil 101 tahun pakatan memerintah PAS boleh melaksanakan hudud.Bukan semua ahli DAP menetang HUDUD, tetapi jika mengikut rentak saudara Umar memang PR akan musnah, ini merupakan satu provokasi halus dari musuh Islam..Boleh saudara Umar berikan langkah yang perlu PAS lakukan demi mempercepatkan pelaksanaan HUDUD? Adakah saudara Umar menyelidik dan mengadakan perbincangan tentang HUDUD..Dengan erti kata lain, sebelum kita berkahwin, kita ada proses mengenal pasangan, walaupun tidak bercinta sekurang2nya kita kenal latar belakang bakal pasangan kita.HUDUD perlu didokong oleh semua umat Islam tidak mengira PAS, PKR hatta DAP...HUDUD hukum Allah, jangan kita menggunakan akal yang Allah beri utnk melawan hukum Allah.
  • Mpm Wwf · Design arciitect at Self Employed (Business)
    dlm al.quraan allah berfirman dng maksud " kamu agama kamu aku agama aku".x kan faham kot.
    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Kalau dah ngaku Islam tapi tak mahu terima hudud maknanya baca Qur'an untuk sembahyang sahaja tapi dalam hal lain tak perlu Qur'an..betul ke gitu? Nabi Muhammad dah pesan.."...telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu tetap dengannya maka kamu tidak akan sesat itu Qur'an dan Sunnahku..." tak faham lagi ke?
    • Ahmad Khalil · Top Commenter
      Jalal Man payah sungguh nk seru manusia kejalan kebaikan jalan yg diredho allah...sesungguh nya agama yg diakui allah adalah Islam.Wahai sekelian manusia kembalilah kejalan Allah.
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Belum ada PAKAR dalam melaksanakan perundangan HUDUD di negara kita. Ingat dalam Quraan, tiada perincian yang boleh diceduk begitu mudah dalam Quraan.Oleh itu, sesuatu undang-undang yang digubal tanpa kepakaran akan melahirkan undang-undang yang kuang sihat. Percayalah... Kita tidak mahu negara kita menjadi negara TALIBAN yang kedua di dunia. Konon melaksanakan undang-undang Islam TULEN, pada hal semua apa yang mereka lakukan tidak lebih daripada tindakan meletakkan Islam itu di bawah telapak kaki. Kembali kehidupan di zaman primitif yang tiada undang-undang yang benar-benar adil. Mengubal Undang-undang negara tidak semudah mengukur baju di badan, jahit dan pakai. Jujurlah kepada diri sendiri..
  • Md Rofaizol · Top Commenter · Puncak Alam
    penulis:berhujah la dengan Allah di akhirat kelak..bila neraka xsampai sejengkal di ubun dan tapak kaki...perkara dalam al-quran xboleh diperdebatkan..nabi pun taat dan patuh sahaja..siapalah kamu untuk untuk berdebat urusan Allah ini...
  • Sang Algojo · UM
    Sumpah menyumpah sebahagian dari hudud ? Jadi org2 UMNO dah lama paraktik hudud le yer...x sudah-sudah sumpah menyumpah hi hi. Eh Come on la...terpaksa lah ikut perlembagaan bangang tu...kalau tidak umno akan guna segala taktik termasuk tentera dan polis menggagalkan hudud...ingat ugutan Dr M dulu....?
  • Ismie Mohd Asraf · Guru at Kementerian Pelajaran Malaysia
    http://www.bt.com.bn/news-national/2011/10/13/secular-laws-failed-deter-crime
  • Mohammad Zahid Abdul Gaffor · Top Commenter · Instructor at Naza Kia Academy
    PAS mampu laksana hudud..... dikelantan PAS dihalang walaupun dibenarkan pelembagaan.... Jika PAS kelantan tidak dihalang dr dulu dan HUDUD dikelantan berjaya ditonjolkan maka Terengganu juga telah mengikut jejak langkah PAS.... dan Kedah juga akan dimaktubkan hukum HUDUD.... andaian 100 thn lg hanya boleh jadi kebenaran dgn tentangan dr UMNO atas HUDUD.... tanpa tentangan dr UMNO HUDUD telah lama dimaktubkan dlm undang2 syariah negeri dibawah PAS......
  • Jamal Soe · Photographer at Ceria.photography
    tulisan haprak. andaian penulis terang-terangan salah kerana menghina dan merendahkan hukum Allah (100tahun baru boleh hudud), ergo menghina Islam.
  • Zainuddin Salleh · Top Commenter · UM
    Dalam... Pakatan masih ada semangat nak laksanakan hukum allah, dlm BN pula jauh panggang dari api, dahlah tu PM, Menteri & sanatornya yg islam memperlekeh & mempermainkan hudud yg bererti memperlekehkan yang maha pencipta... Pas cuba menjauhkan umat drp api neraka tetapi umno cuba mencampakkan rakyatnya kedlm api neraka...
  • Ismeil Ali · Works at Mps
    Hudud...hukumnya wajib.
    Tak kira BN atau PR...
    siapa berkuasa dialah kena jalankan...
  • Prudent Communication Consultant
    x payah buat cakap pandai la UZ...pokok pangkalnya hati ko tu sokong hudud ke tak? UMNO dh kompom 54 tahun x buat2 pon...x payah nk analisis2 unjuran2 mengarut tuu..saja nk tunjuk pandai...buang masa jer...
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Walaupun 100 tahun lagi sekurang-kurangnya hudud dilaksanakan di Malaysia..Bukannya spt kata pak najib kita, " Hudud tak akan dilaksanakan di Malaysia"...
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Yg jelas ada motif politik di sebalik penulisan Umar Zain atau beradik dgn Maher Zain ni. Dia ingin kita menentang pendapatnya supaya bila PR memerintah hudud dilaksanakan secepatnya. Ini akan menyebabkan DAP akan marah. sedangkan hukum hudud tidak wajib ke atas org bukan Islam... Ini taktik lapok..taktik yg di ambil dari UMNO..di ambil dari penjajah British..
  • Ismie Mohd Asraf · Guru at Kementerian Pelajaran Malaysia
    http://www.bt.com.bn/news-national/2011/10/14/syariah-compliant-penal-code
  • Rohaiza Majid · SMK Tengku Bendahara
    pasai pa takut sangat ngan hudud ni ....sedangkan pencipta hudud itu jugalah yg mencipta manusia....sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk hamba@nya......kita yg diberi sedikit akal cuba2 utk mencipta sendiri undang2 yg di sangka lebih baik dari undang2 ciptaanNYA...mana mungkin manusia dapat merungkai apa yg telah di ciptanya sekiranya dikumpul beratus2 kepala ahli pikir yg sebijak tun mahadir utk mencipta sehelai daun pun nescaya mereka tidak mampu ...tu pun ada hati nk memandai sendiri....wasalam
  • Rashid Hussein · Top Commenter · Mystic, Connecticut
    apa pendapat anda' kalau semua peminpin serta orang melayu islam kat malaysia ni pakat pakat sokong hukum hudud ni' agak agak jadi tak hukum hudud dilaksanakan kat malaysia ni,? kempen' beri perangan kepada yang tak paham,, jangan jadi bodo.. ini soal agama' jangan pandai berhujah saja.. sebap apa tak sokong hudud? sebab pas? sebab tak berpengalaman? hukum hudud tu bukan pas yang reka'' dah menjadi tanggug jawab kita yg megucap dua klmh shadh'.
  • Abuddin Ibrahim · Top Commenter
    HUKUM ALLAH JANGAN PERTIKAI...ADA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM BERKATA"HUDUD BONGOK...JADI DISINI AKU TAK HERAN LANGSUNG KALAU 200 RIBU ORG ISLAM MURTAD KENYATAAN MUFTI DI MALAYSIA. UTUSAN MALAYSIA PUN PERSENDA HUDUD. JADI APA NAK DIHERANKAN...JADI KUFFUR DAN MURTAD TIDAK SEPERTI AYAM DISEMBELIH. SEBENARNYA UMNO BN AWAL LAGI MENOLAK HUDUD, BUKANNYA PAKATAN RAKYAT WAHAI UMAR ZAIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan