Khamis, 27 Oktober 2011

JELAS LAGI BERSULUH...TAK KAN MASIH BERDALIH....TAK KAN MASIH TAK SEDAR...JANGAN KITA MEMBODOHKAN DIRI...LEBIH2 MEMANG BODOH

SRC komited perjuang kebebasan dan keadilan

Selesai menyerahkan memorandum, Presiden SRC menegaskan:
“We already submitted the memorandum by hand to YB. Dato’ Seri Hishamuddin. We will follow up this issue... This is our first memorandum... If there is no further action taken by them, we will fight till the end...”

azmi

Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of academic). Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24 Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut.

Namun, meyakini bahawa penarikan semula penggantungan tersebut, bukanlah bermakna kes tersebut telah selesai, kerana Prof. Aziz Bari masih perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan serta akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dan hukuman.
Semalam, 25 Oktober, Presiden SRC sekali lagi mengetuai delegasi pimpinan-pimpinan mahasiswa UIAM, terus membuat desakan dengan bertindak menyerahkan memorandum kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin.

Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar:

  1. Memberi kebebasan intelek kepada ahli akademik dalam menyuarakan pendapat.
  2. Setiap ahli dalam bidang masing-masing diberi hak untuk megeluarkan pandangan seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam bidang mereka.
  3. Membatalkan siasatan ke atas Prof. Aziz Bari kerana beliau dalam kes ini, menjadi mangsa akibat kebebasan akademik yang disekat.

Hudud: Biar Kelantan jadi makmal | Print |
Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah tersebut.

Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia.

"Kita berharap Kelantan akan menjadi makmal kepada perlaksanaan Hudud dan jika ia gagal maka kita menerimanya jika perlaksanaan itu berjaya maka tidak akan ada alasan untuk ia ditolak dari perlaksanaannya di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana anjuran SInar Harian bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaan" di sini semalam.

Tambahnya lagi, tujuan Kelantan ingin melaksanakan hudud adalah kerana hendak menghapuskan gejala sosial dan jenayah yang ada sekarang kerana ia dilihat mampu mengurangan gejala tersebut.

"Pada masa sekarang undang-undang biasa di negara ini tidak dapat mengatasi sepenuhnya gejala jenayah dan sosial yang berlaku yang mana setiap hari sentiasa ada kes ragut, pembuangan bayi dan juga rompakkan dilaporkan.

"Bagi saya setiap apa yang di maksudkan di dalam al-Quran tentang hudud saya yakin masalah ini dapat kita selesaikan kerana hudud akan memberi kesan kepada mereka yang melakukan kesalahan," jelasnya lagi.

Sementara itu pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberitahu perlaksanaan hudud ini perlu bagaimana kita menerima undang-undang buatan manusia kenapa perlu kita menolak undang-undang Islam.

"Dalam pada kita ingin melaksanakan Hudud ini perkara yang perlu kita lakukan adalah mencari jawapan kenapa mereka yang bukan Islam menolak hukum tersebut.

"Kita perlu beri penjelasan yang sewajarnya kerana setiap kaum perlu faham tentang Hudud itu terutamanya masyarakat Cina," katanya.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip pula memberitahu apa yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Kelantan adalah betul dan hanya perlu mengubah Akta Mahkamah Syariah 1988 yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.

"Kalau sebelum ini kita melihat apa yang ingin dilakukan oleh Kelantan bertentangan denga Perlembagaan Persekutuan, tetapi bila melihat kembali undang-undang saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari yang mengatakan ia tidak langsung menyentuh langsung Perlembagaan yang sedia ada.

"Kalau nak laksanakan Hudud tak ada masalah tetapi kena pinda akta yang sedia ada yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.

"Kita melihat sekarang had hukuman yang telah ditetapkan oleh Akta Mahkamah Syariah hanya menetapkan konsep 356 iaitu tiga tahun penjara lima ribu hukuman dan enam sebatan, ini dilihat sebagai satu hukuman yang ringin sehinggakan rakyat masih lagi melakukan kesalahan walaupun telah dikenakan tindakan sebelum ini.

"Enakmen jenayah dalam bidang syariah perlu diubah dan diperkasakan seperti perlaksanaan Hudud kerana ia dapat memberi kesedaran kepada mereka yang berniat ingin melakukan jenayah-jenayah tersebut," katanya.

Wacana tersebut dikendali Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik.


Kajian ringkas Laporan Audit 2010 | Print |
Hasan Husaini| http://www.hasanhusaini.com
ULASAN: Badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.

Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.

Ringkasan audit 2010:

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.
KEMENTERIAN PERTAHANAN

1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
2. Ubahsuai katil : RM 950
3. Katil Bujang : RM 700
4. Kerusi Plastik : RM 761
5. Meja Kayu kecil : RM 950


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
2. Makanan tamat tempoh.
3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal

JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.
KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.
SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.


5. Penurunan Untung Sebelum Cukai
Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.
Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.

Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan.
HASANHUSAINI
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Jual pulau: Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman | Print |
Mohd Firdaus

KOTA KINABALU, 26 Okt: “Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah,” itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada kerajaan negeri khususnya Keyua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu (gambar) berkata, PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

“Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?” soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri itu bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut.

“PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen,” ujarnya.

Tambahnya, kempen “Selamatkan Pulau-Pulau Sabah” yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.

“DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands,” jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat, maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

“Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu,” sinisnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan