Sabtu, 15 Oktober 2011

JANGAN NAFI2 ATAU SOROK2.....AKHIRNYA TERBONGKAR....KAN SUSAH...MANA NAK LETAK MUKA....AKHIRAT LAGI NAK JAWAB...NI LAGI BERAT...

Isu IC: Jingga 13 serah memo kepada IGP

Sekumpulan aktivis sebuah NGO hari ini menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung dakwaan isu pemberian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing.

Seramai 12 orang dari Sekretariat Jingga 13 yang diketuai ketua koordinatornya Fariz Musa menghantar memorandum tersebut di ibupejabat polis Bukit Aman kira-kira jam 3.15 petang tadi.

NONEMemorandum tersebut disampaikan kepada Pegawai Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam DSP N Venugopal di hadapan pintu masuk ke ibupejabat polis itu.

Dalam memorandum tersebut, mereka mendesak supaya Ismail mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut yang didakwa mereka sebagai "satu pengkhianatan" kepada negara.

"Ini satu perkara yang serius...Kami berharap ketua polis negara membuat siasatan segera terhadap memorandum ini dan mengambil tindakan tegas (terhadap mereka yang terbabit)," kata Fariz.

Dakwanya, ia berdasarkan bukti-bukti sumber berita yang dilaporkan dalam Wikileaks, Malaysiakini dan laman sesawang stesen TV SCTV di Indonesia.

Antaranya adalah dakwaan Wikileaks yang mendakwa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah.

Bagaimanapun, Abdul Rashid dilapor oleh akhbar New Straits Times, menafikan dakwaan dalam Wikileaks itu dan menegaskan beliau “tidak kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam laporan itu, beliau juga menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Abdul Rashid dalam laporan tersebut bulan lalu.

Selain itu, sekretariat itu turut melampirkan laporan laman web SCTV bertarikh 25 Ogos 2005 yang mendakwa ribuan nelayan Bugis yang berasal dari Indonesia telah diberikan MyKad.

Fariz yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR memberitahu pemberita demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut.

NONESekretariat itu juga melampirkan laporan-laporan berita tersebut yang dikepilkan bersama sebagai bukti dalam memorandum 13 muka surat itu.

Ia juga memohon agar satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) berhubung dakwaan "kewujudan identiti palsu dalam daftar pemilih SPR".

Fariz berkata tindakan menyerahkan memorandum itu sebagai langkah susulan selepas membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, bekas timbalan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklum balas berhubung aduan mereka itu.

"Kita tidak mahu timbulnya prejudis (rakyat) yang menggambarkan polis juga terlibat jika tiada tindakan," katanya.

  • Shahrul Nizam · Pengulas Tertinggi · Seri Kembangan
    Syabas sdr Fariz Musa & rakan2 serta semua yang terlibat dalam usaha menyelamatkan negara dari terus tergadai angkara UMNO yg terdesak utk terus berkuasa.
    • Yahaya Gmg · Pengulas Tertinggi · SMK Tengku Sulaiman
      BUANG MASA KITA SAJA P MENGUNDI MAU MCM NI.....TAUBAT X MENANG MAU WARGA ASING BLH DPT IC MENGUNDI BN....
    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      kahkahkahkah...boleh jugakla nak report pun, tapi jgn mengharap tinggi pada keputusanya, paling koman tunggu la lg 2-3 tahun baru keluar hasil siasatan...kahkahkahkah
    • Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
      utu la sikap yg ada pd UMCObn sggup berbelanja besar mengunakan wang rkyt dan memberi MYKAD kpada warga asing demi kemenangan dlm pilihanraya walau negara tergadai.xlama lg bangla pun blh bertanding...itulah UCObn..!
  • Wel Fred · Bekerja di Gd
    Projek IC palsu sebenarnya telah bermula di sabah dengan tujuan menukar kerajaan PBS ketika itu.....akhirnya PBS menang tipis namun tidak bertahan menyaksikan umno/BN memerintah sabah hingga kini...sebuah suruhan jaya siasatan diraja sering di minta oleh para pemimpin sabah namun tidak di endahkan..PROJEK IC ini kini menular di semananjung dan merampas hak rakyat semananjung memilih kerajaan.....
    • Panchis Asing · Start up crew di Metso
      kamu juga yang undi tu .. he..he..
    • Zaiton Hamzah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hospital besar melaka
      pernah sorang lelaki muda pakistan dtg kat klinik aku bekerja nak buat rawatan,dia tunjuk ic.ckp melayu tapi pelat pakistan yg teruk sekali.tanya dia mcmana dpt ic?dia kata bpk dia kerja kat sabah suruh dia cpt2 dtg ke sabah sbb kerajaan sedang bagi ic pada org2 pakistan.
    • Marcus Lasat · Pengulas Tertinggi
      pernah satu perkerja kayu Balak sarawak mendapat mykad dia orang indon (Tator) ada ic malaysia.bila saya tanya dia bilang ada project IC untuk orang indon bayar rm 500 ringgit saja.
    • Raymond Joseph · Works at SKC S/B
      kalo kalian hairan mana pegi itu 'orang sabah' yg bnyk2 d telipok, menggatal, pulau gaya, sepanggar, tawau, keningau, kota kinabalu, dan semua itu, cuba kamu cari di selangor. banyak sangat bhijrah tinggal d p.klang, klang, pandamaran, bukit tinggi, shah alam, kl, etc. tinggal d flat murah, rumah kedai. kerja kilang, tukang urut, menjaja ini itu, kerja kontrak pbinaan. Ic no 12 (sabah) atau 71 (??). Paling sedap bila tanya apa bangsa, semua bagitau MELAYU. Sedap kan? IC valid owh, bukan main2.
    • Raymond Joseph · Works at SKC S/B
      Lucu hari ini. Tadi pagi, ada polis datang meronda ke rumah kongsi di tapak pembinaan. Biasalah, nak tanya ini itu, IC, pasport dan sebagainya. Itu foreman/ketua pekerja yang tolong jawab semua. Mereka ni kategori 'orang sabah terjun'. " Mungkin diorang pn tak mau tanya bnyk2 sebab sy pakai baju ni," jelas dia kepada sy tadi. Dia pakai baju biru dengan perkataan tertera, "Undilah BN". (baju2 free time2 election).
    • Nordin Supu · Top Commenter · Smk kuhara tawau
      Sya stuju WF..dlu sya adalah pnyokong tegar PBS..sya kgum dgn klantangan pemimpin PBS dlm mmprjuangkan hak rakyat Sabah..trutama masalah IC..tpi kini smua tgl KENANGAN..stelah masuk BN..mcm SINGA tiada gigi..kita orang Sabah fikir2kan lah masa dpan kita dan anak2..
    • Rey Nolds
      WASPADA la kita dari sekarang ...bukan saja minyak atau kepulauan dijual tapi negara ini satu hari nanti bukan lagi milik kita ...inila cara mereka untuk dapat kuasa..membantu dan dibantu ,mengadai dan tergadai dan akhirnya kita terpaksa merempat di negara sendiri.....
    • Joe Azlan · Sandakan
      Kaum Peribumi Tulin Sabah sudah mual mendengar slogan 'Ketuanan Melayu' dilaung-laungkan. -SABAH NORTH BORNEO-
    • Gragos Gragas · Top Commenter
      moral pmimpin umno x da nilai,,mreka2 ni prompak ngara n pngadai ngara ..mreka ni lah musuh ngara no SATU..RAKYAT MLAYSIA MESTI BGUN MNENTG MREKA DRI UMNO NIII..
  • Zainal Abidin · Top Commenter · Puchong
    AWAS! para penyokong Pakatan Rakyat. UMNOPORNO sedang melaksanakan sebuah penipuan terhebat dlm sejarah pilihanraya Malaysia. Semata-mata utk memenangi semula Selangor sekali gus mengekalkan kuasa mereka di Putrajaya. Usaha Jingga13 ini wajar dipuji dan menjadi ikutan semua penggerak dan penggiat Pakatan Rakyat. Bangkitlah seluruhnya mempertahankan Selangor dari usaha terdesak UMNOPORNO.
    Pastikan rakyat tidak tertipu dan terpedaya dgn gula-gula belanjawan oleh BN APCO.
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      KENA GERAKKAN KESEDARAN BG ORG2 MELAYU SUPAYA MENGUNDI PR, UTK SELAMATKAN NEGARA DR BN YG GADAI NEGARA.
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    SEKARANG ADUAN RASMI MELALUI MEMORANDUM TELAH DIBUAT OLH NGO, PDRM JANGAN TUNGGU LAGIMPDRM JANGAN TERUS ZZzzzzzzzzzzzzzzz
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      polis x zzzzz dia org tunggu arahan KDN..KDN tunggu arahan Hisamudin..Hisamudin tunggu arahan Najibb.Najib tunggu arahan kak Ros..Arahan dr kak ros>polis kne buat2 ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
    • Diga Gamindal · Top Commenter · IBKL, UNY & UPM
      Corleone Don
      SETELAH DISIASAT DI SANA SINI....TEDA BUKTI BAH!! ITU SEMUA FITNAH DAN TOMAHAN SEMATA2...INI SEMUA KERJA PEMBAMNGKANG!! PEWEEEEEETT!!! .....KDN.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Diga Gamindal Polis, SPR dan JPN talibarut UMNO?!..termasuk awak...
  • Jailani Abdullah · Branch manager at ASM AS
    Nak suruh polis siasat KDN? Ibarat anak nak siasat bapa..
  • Linsang Lumimbu
    salam 1malaysia......jangan haraplah....tunggu bulan dan bintang jatuh dahulu.
    • Mohd Shukri Shohimi · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      kau cakap mcm nak melawan kuasa Allah..bertaubatlah dan insaflah kita manusia tiada daya kekuatan utk menahan sesuatu perkara yg hanya ada dlm pengetahuan Allah. Jgnlah kerana hanya bencikan musuh politik, iman dan Islam digadaikan dan jadi seperti org yg tidak beragama...wallahu'alam..
    • Kuasa Rakyat · Top Commenter
      Mohd Shukri Shohimi bila masa pulak nak gadai Islam2 ni? Ko jgn nk putar alam la. Binawe betul. Kami ni la yg sdg bertungkus lumus nk perjuangkan Islam dlm pelbagai bidang. Geng ko asek nak tumpukan isu gereja tu la. Tak berkembang langsung perjuangan. Kelantan nk laksana hudud, geng ko la yg halang, bg 1000 alasan. Ko tengok Brunei, skrg dh nk laksana Hudud. Bodoh betul la ko ni.

'Sindiket IC': IGP tak terima apa-apa laporan lagi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar enggan mengulas dakwaan Pemuda PAS berhubung kegiatan satu kumpulan yang didakwa sindiket yang memberi kad pengenalan kepada warga asing.

"Saya tak terima apa-apa laporan lagi," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di pusat latihan polis hari ini.

Pemuda PAS mendakwa telah mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket tersebut kelmarin di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya.

Dalam serbuan tersebut, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, Pemuda PAS juga pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu.

Operasi berkenaan dijalankan untuk menangkap kumpulan sindiket yang juga didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Pemuda PAS mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan dibimbangi akan berterusan hingga Disember tahun ini - dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik ketua polis daerah Sepang, Imran Abdul Rahman menafikan dakwaan Pemuda PAS itu.

Beliau dilaporkan berkata selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

Akhbar itu memetik Imran sebagai berkata, maklumat yang diperolehi menunjukkan semua warga asing itu berada di pusat peranginan itu untuk menghadiri kursus keusahawanan.

  • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
    Warga asing menghadiri kursus keusahawanan? Wakakakaka. Whatever la.
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
      Kes ni naturenya ialah pemalsuan kerakyatan. Sorry to say, polis yg jawab macam tu sgt2 tak kompeten kerana ini isu keselamatan negara.

      Kalau orang tak report sekalipun, sekurang kkurangnya polis perlu jawab, INI ADALAH ISU YANG AGAK SERIUS. KAMI AKAN MEMBERI PERHATIAN. KAMI MEMINTA KERJASAMA PIHAK YANG TERLIBAT UTK MEMBUAT LAPORAN BG KAMI MEMULAKAN SIASATAN.

      Takkan nak cakap camtu pun nak kena diajar? Aduhai.
    • SHiv Sk
      Sejak bila gov start bagi kursus keusahawanan utk rakyat asing??? gila ka luuu?
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
      Funny bluff .... lol.
  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Director di Own business
    WARGA ASING ADA KURSUS KEUSAHAWANAN ? AJAIB ! TAK MASUK AKAL! APA SUDAH JADI NI?
    • Sanmugan Raman · Friends with Mazlan Arshad
      Apa sudah jadi sama Malaysia nie....harap GE13 nanti, kita sama2 pangkah pembangkang!
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      UMNO mmg sangsi dgn PATI, jika bg IC adakah mrk undi UMNO?. Kursus usahawan ini gula2, isi borang pinjaman, lulus lepas PRU13.
    • Ikbal Hamzah · Pengulas Tertinggi · Friends with Norasiah Mahat
      Alasan xpress bila kantoi..
    • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
      BANGUN SELURUH RAKYAT MALAYSIA , LIHAT APA YANG SEDANG TERJADI , MARI KITA UBAH DENGAN YANG JUJUR
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Apa perlunya warga asing kursus keusahawanan? ada udang disabalik batu..
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Seronoknya jadi PATI. Sudah masuk secara haram, dapat IC pulak. Dapat pulak kursus keusahawanan, Waduuuh....waduuuh...enak sekali Mat Indon disusukan, rakyat Malaysia disembur dgn air kimia, gas pemedih mata hanya kerana menuntut PRU bersih.... Suatu masa nanti Mat Indon dan Mat Bangla yang akan menemuduga rakyat sini yg hendak memohon pekerjaan di sektor awam atau swasta. Apa dah jadi negaraKu? Tumbangkan UMNO/BN masa PRU13! WAJIB TUMBANGKAN BN!!!!
    • Saharudin Hamzah · Top Commenter
      warga asing diutamakan ..... rakyat di anak tiri kan ...IGP pula asyik le bagi jawapan BODOH ..... memang bodoh bendul betul. pi le wat siasatan, nak tunggu apa lagi .... ini kes berat, kalu telok x ada letak jawatan ..... buat malu melayu je ......
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    Dari Projek 6P, sekarang dah boleh bergelar USAHAWAN? Wahh! Baik sungguh Kerajaan Malaysia. Siap sediakan BAS lagi... Wah! Apa? Tido di Resort! Wahhh! kekekeke.....

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!
  • William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    buat laporan polis pun tiada guna. tiada sebarang tindakan dan siasatan akan di jalankan.
    • Marcus Lasat · Top Commenter
      apa dah jadi dengan Malaysia ni?'' syabas pemuda PAS'' sebarkan berita ini ke seluruh Negara tunjukanlah kepada kami di sarawak bagaimana mereka melakukan dan bagaimana nak bedungkan nya
      ramai orang asing di sarawak,
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      secara logiknya bila berpuluh puluh bas dgn muka indon didalamnya, polis harus peka dan sensitif dan mengambil tau kemana arah tujuan bas tersebut...melucukan kemana perginya polis putrajaya pada masa tersebut...kahkahkahkah
    • Shareman Keramat · Top Commenter · Friends with Maba Budu
      kalau bab lain laju je puak2 pencacai diorg buat berpuluh report..ni tak ade langsung..hehe..
  • Mohd Idris · Universiti Kebangsaan Malaysia
    macam mana nak report, sedangkan ada maklumat memberitahu polis iring setiap bas...... rumah kena rompak, nak report kat perompak?
  • Hamzah Mahmod · Top Commenter
    hhhh....warga asing datang buat program 'motivasi keusahawanan'......patutlah ada lebih dua juta PATI kat M'sia ni....macam-macam program mereka buat kat M'sia....alahai polis....

Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran
Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

  • Mohd Farizal · Pengulas Tertinggi · Uniuni
    Sejak bila warga asing dapat kursus keusahawanan? secara logiknya bolehkah mereka ini berniaga disini?
    • Muhammad Abdullah · Pengulas Tertinggi · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
      Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    • Ahmad Kamil Harun · Pengulas Tertinggi
      MF...bukan secara lgiknya, memang tak logik langsung!!! mereka bukan konsortium. Aku seorg usahawan, memang susah gila2 nak dapatkan modal dari kerajaan. Semua nak cagaran, EPF, geran.. PATI ni ada apa?
    • Ahmad Kamil Harun · Pengulas Tertinggi
      Kalau zaman Mahathir dulu (yelah nak konsider PR), kakitangan kerajaan pun tak blh bisnes, nikan pulak PATI, PR. Nampak sgt kerajaan utamakan rakyat asing dari warganegara!!! mcm ni nak sokong lagi????
  • Ahmadzaki Abuateif · El-Azhar Tanta
    perghhh dengan tak semena2 warga asing diberi kursus keusahawanan...apa jenis lawak la ni.
  • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
    Apa ke jadah nye bagi org asing kursus keushawanan ni. Dah gila ke. Ramai lagi belia2 kita, askar pencen dan lain2 lagi yg perlu diberi kursus ni.bukan orang asing woi...Dia org datangh nak jadi kuli kat sini, Bukan suruh nak jadi tokeh tau tak..kenapa apakai duit cukai rakyat untuk latih bekas2 Pati ni. Apa special sangat org asing ni nak dilatih jd usahawan. Woi latih dia org jadi kuli..Aku rakyat Malaysia dah hilang kesabaran..tak pernah aku marah macam ni. Ini semua pengkhianat negara. lebih jahat dari Chin Peng, atau Mat Indera yg dikata Kominis tu.
    • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
      aku pun marah... marah gilaaaaa!!! 8 bank aku jaja nak cari modal bisnes, semuanya sampah. Aku upah manager bank buat paper work tapi semuanya jadi sampah. PR pulak senang2 dapat kursus keusahawan. Kursus kepala butuh dia!!!
    • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
      Ahmad Kamil Harun ko yg ada pelajaran pun tak dapat bantuan dari agensi kerajaan. Ni orang yang tak tau baca tulis , PR lak dibagi keistimewaan. 240 org, brapa kos nye. NI la kera dihutan disusui, itik di air mati kehausan...gila betul aku baca lapuran ni. Takde negara yg sensible buat keje macam ni...Aku nak tengok berapa ramai org malaysia yang sokong agensi kerajaan yg buat kebajikan pada warga asing ni..
    • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
      JA.. kita sama2 pantau mcm mana jadinya. Polis pun jgnlah hilang pertimbangan. Kau umno, mca, mic ke hapa ke jgn sampai gadai maruah bangsa dan negara. Fikirlah pakai otak dan hati, kalau menang pun pr13 ni, lepas tu nak jadi apa? Nak jadi apa dgn negara ni? polis tu tetap kat situ jugak!!! jgn jadi bodohlah. Jgn kerana perut sendiri, habis satu negara digadai....
  • Suhaizan Kayat · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    Istimewanya warga asing ini. Duduk di JB dapat latihan keushawanan di Selangor. Datang pagi. Petang dah sattle. Kursus apa kalau setakat duduk-duduk aja kat resort itu? Jangan temberang lah.
  • Pemuda Pas Segambut
    umpama bila polis kata "POLIS TIDAK MELEPASKAN GAS PEMEDIH MATA KE HOSPITAL" namun bila siasatan diadakan "POLIS SEMEMANGNYA BERSALAH MELEPASKAN GAS PEMEDIH MATA KE HOSPITAL" hari ni pulak polis kata "MEREKA HADIRI KURSUS KEUSAHAWANAN, BUKAN AMBIL IC" namun bila siasatan dijalankan, ternyata"PATI2 TERSEBUT SEMEMANGNYA.....ERRR....ERRR..." [KANTOI SUDAH].
  • Zam Bin Zom · Top Commenter · Boss at 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
    warga asing tu di angkut ramai2 utk diberi kursus keushawanan? biar betuk en polis. baik nya kerajaan Msia..pendatang asing di bagi kursus usahawan..siap tanggung semua ker?
    cerita ni bdk2 darjah 6 mungkin lah percaya.
  • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
    di minta semua yang cintakan negara kita supaya membawa perkara ini ke perhatian YB kita. Minta menteri beri Jawapan di Parlimen. Kalau nak buat untuk pati kursus usahawan gunakan duit personel menteri2. Aku nak duit rakyat diguna latih belia2, lepasan sekolah, OKU dan lain2 yg boleh bagi menafaat pada negara. Ayuh bangun belia2 patriotik, kita tentang pengkhianat bangsa dan negara untuk masa depan kamu semua.
  • Kang Razzi Armansur · Top Commenter · Suicide Bomber at Suicide Bomberr
    Kursus keusahawanan? Hahahahahahahaahahahaha! Oppsss... Saya budak Tadka, saya percaya.
  • Ahmad Shaari Abdul Kadir · Top Commenter · Smk rkt lasah
    MEMALUKAN JIKA PEHAK POLIS MENAFIKAN PERKARA INI.. JELAS PDRM SUDAH JADI BARUA.. emm KENAPA lak pati diberi kursus KEUSAHAWANAN? PELIK.. APAKAH SUDAH JADI BODO SEMUA YG DI PDRM JUGA KERAJAAN BN MENJAWAP DGN BEGITU DANGKAL TENTANG KEWAJARAN PROGRAM KEUSAHAWANAN ITU... NAK MENIPU PUN BIARLAH BERAKAL SIKIT.. JGN JAWAPAN PUN SUDAH SERUPA LEMBU JUGA...
  • Emeritus Intel · Top Commenter · Casting Process Engineer at Aluminium alloy industries
    kursus keusahawanan untuk warga asing? ini mmg lawak yang melawakkan..nak pecah perut aku dgr...punya baik majikan or kerajaan nak hantar warga asing pergi kursus keusahawanan, di tempat peranginan lagi tue...lain kali nak menipu pls la guna alasan warga asing tu adalah pelancong ker, hadiri kursus kawin ker, kursus english ker...ni kursus keusahawanan utk warga asing..inilah yg dinamakan lawak malaysia.


Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?
PAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.

NONE"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,
sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

bangi resort foreigners citizenship 121011Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.

  • Dusun Tatana · Pengulas Tertinggi · Mogadishu, Somalia
    bila sdh berada di atas, turun ke bawah adalah perkara mengaibkan... sdh jelas alasan budak tadika digunakan. Klu ini berterusan rakyat Msia akan jd pedatang di Tanah air sendiri.
  • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
    inilah kerajaan bangsat namanya...rakyat m'sia sendiri hidup susah nak cari mkn, mat indon, mat bgla dibela...woi org melayu jgn jd buta la..mn juak2 umNo dah takut nak komen ka
    • M Ganeson Munu · Pengulas Tertinggi
      lepas tu pakat kata DAP yang rosak kan negara ?? asik nak salahkan orang yang bukan islam..
    • Ismawi Ishak · Pengulas Tertinggi · Marmara, Balikesir, Turkey
      jangan la kata warga asing mat Indo, mat bangla..mereka tak salah..yang salah pemimpin UMNO Najib ........
    • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
      mat indon mat bgla apa lg...panggil terus kaum kerabat mai m'sia ramai2 sb dpt layanan istimewa,dpt ic sng,dpt mgundi lg...mmg bangsat...mak bapak aku keja cam nak mmpus cari duit byr mcm2 cukai,hrga brg dok naik xturun2...
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Ini nak memelayukan indon.
    Kenapa umno begitu sayang umno?
    sebab indon itu muslim , beragama islam , saudara islam kena beri bantuan keusahawanan. kah kah kah.
    Ini lah negara yang gila power, gila kuasa..hingga neraga tergadai, malah sanggup rakyatnya dirogol depan mat indon dan mat bangla.
  • Stephen Jinho · Top Commenter · Dallas
    1 Malaysia! Kerajaan yang amat memalukan! Suatu suatunya BAHAN KETAWA BAGI DUNIA!
    KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN! HAAAAARRK PTUIIIII!
    KURSUS KONON... INGAT ORG MELAYU SKRANG NI BODOH SANGAT KE?
  • Kamaruzzaman Bin Ahmad · Proton training center shah alam
    Itu alasan terdesak namanya, lgpun Rakyat Malaysia tak mudah diperbodohkanlah dng alasan2 yg tk masuk akal ni..Klu pun nk menang sngt dlm PRU 13 ni, jnglah sampai gadaikan negara tercinta ini...
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Siakap senohong gelama ikan duri pemimpin pembohong pengikut pencuri akhirnya negara tergadai seperti Singapura, Pulau Batu Putih, KTM Tanjung Pagar serta Woodland
  • Tok Gondang · Top Commenter · Consultant at Self employed
    Mereka mestilah diberi kursus untuk menjadi warganegara yang baik yang akan menumpahkan taat setia kepada Najed.
  • Normiza Safuan · Top Commenter · USM Penang
    teruk sunguh UMproNo ni. Pengkaiant.
    WArga asing dijaga, warga sendiri dibiar.

    TAHNIAH UMNO dan BN.
  • Tok Gondang · Top Commenter · Consultant at Self employed
    Malaysia kurang dengan warga yang mau undi BN, jadi inilah penawarnya.
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Sy teringat kpd satu pepatah : ' Satu pembohongan yg dilakukan akan memerlukan lebih bnyk pembohongan utk menutupnya'...
  • Sagitarius Tarius · Top Commenter
    pegawai polis yang bagi laporan tu bodoh tahap gila babi
  • Ahmad Bebakar · Top Commenter · Universiti Sains Malaysia
    Babi dihutan disusui, anak dirumah mati kebuluran, pengundi tempatan dinafikan hak kerana undi pembangkang, sangup jual agama, bangsa dan negara asal hajat kesampaian. Bila perangi huduh Umno akan berakhir>.
  • Sagitarius Tarius · Top Commenter
    Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

    Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

    “Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

    APABILA PIHAK POLIS TELAH MENJADI BARUA PIHAK KERAJAAN
  • Satu Dua · Top Commenter
    25 Al-Nahl 16 71 Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

    Kita usaha rezeki yang di beri oleh Allah dengan baik dan jujur , kehilangan rezeki adalah kesalahan kita semua bila lupa ALLAH.
    Jika rasuah dan ketidak adilan maka mereka menzalami diri mereka dan masyarkat mereka sendiri.
  • Zul Peli
    kalau nak bohong pon agak2 la , mana ada dalam pejanjian pengambilan pekeja asing bg kursus keusahawanan , ni memang kes tahap bingai terok dah ni
  • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Kenape le Pegawai kerajaan kita bodoh sekali. Mana ada logik nak bagi krusus usahawan utk buruh asing. Buruh asing memang tak boleh berniaga disini, jadi apakah feadah untuk mereka ikut krusus ini. Kenapa polis tak siasat siapa penganjurnya.........
  • Satu Dua · Top Commenter
    A- Jadi kita kena ingat apa yang di beri keusahawanan usaha dengan baik jangan nak jadi bos saja.
    - 13 Al-Maaidah 5 88 Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

    20 Yunus 10 31 Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
  • Wroy Yowl · Top Commenter · Works at Managing director
    Yamh bernama Jang, Eden, Kome, Hang, Demo, dan Kau, mereka semua warga asing kelas bawah di Malaysia sekarang.
  • Ismail Ramali
    menandakan umno sudah nazak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan