Selasa, 11 Oktober 2011

CADANGAN BAIK KENA IKUT...MENANGGUH PERKARA BAIK ADALAH TAK ELOK...YANG BAIK ALLAH SUKA...MENOLAK YANG BAIK BERERTI KITA SOMBONG...

Jenazah jemaah haji maut jatuh bangunan dikebumi
Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut seminar itu, beliau berkata penerangan tentang kedudukan sebenar Islam dan makna Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan akan diberi sepanjang progam sehari anjuran IKIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

"Bila kita sebut Islam di Malaysia, masyarakat akan mengganggap Islam sebagai agama rasmi, ada juga yang menyifatkan agama Islam hanya digunakan dalam majlis rasmi kerajaan seperti bacaan doa ataupun anggapan Islam itu sebagai cara hidup dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Seminar ini kita amat harapkan akhirnya ia akan membentuk satu kefahaman untuk melihat maksud agama Islam dalam konteks Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Jamil Khir berkata, mereka yang menggubal Perlembagaan Persekutuan sebelum kemerdekaan dulu menggunakan kebijaksanaan dalam merangkanya untuk menyatupadukan kira-kira 82 etnik termasuk di Sabah dan Sarawak dengan satu Perlembagaan yang mempunyai ikatan yang kuat.

Seminar sehari itu akan memberi kefahaman kepada peserta yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan kerajaan mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan menerusi beberapa pembentangan kertas kerja.

- Bernama

PAS cadang lantik Harussani 'pemerhati' hudud

PAS Perak mencadangkan mufti negeri itu Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "pemerhati" bagi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

NONETimbalan Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, cadangan itu dibuat kerana mereka amat bersetuju dengan nasihat Harussani kepada perdana menteri supaya membenarkan undang-undang itu dilaksanakan.

"Kami juga mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan hukum hudud tersebut.

"Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap hukum hudud di Kelantan sudah tentunya ia sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran itu sendiri," kata Dr Raja Ahmad yang juga naib ketua Pemuda PAS di peringkat pusat.

Harussani (bawah) pada 6 Oktober lalu dilapor menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai “percubaan” dan memberi peluang pada undang-undang yang digubal pada tahun 1993 itu.

Katanya, oleh kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sudah mengaku bersedia, beliau menyokongnya dan menasihatkan prosedur pelaksanaannya supaya lengkap.

NONELagi pun, tindakan pusat melarangnya juga akan menyebabkan kemarahan orang ramai, katanya kepada sebuah portal berita.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan Harussani demi menjayakan perlaksanaan hudud.

"Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," katanya.

Harussani sebelum ini mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat ekoran berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.



PM tak mahu BN parti luar bandar saja
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN harus menjadi parti yang disokong oleh segenap lapisan rakyat.

Pengerusi BN itu berkata beliau tidak mahu BN hanya sekadar disokong oleh penduduk luar bandar tetapi semua rakyat bandar terutamanya di Kuala Lumpur kerana ia merupakan ibu negara.

"Kita tak nak BN hanya menjadi parti luar bandar dan desa seolah-olah orang di bandar tidak sokong kita. Kita nak BN menjadi sebuah parti yang disokong semua termasuk golongan berpendapatan sederhana di kota raya KL ini," katanya.

Kira-kira 8,000 anggota dan pemimpin parti komponen BN Wilayah Persekutuan hadir pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru itu beliau menggesa semua anggota BN supaya melipatgandakan gerak kerja mereka memandangkan gema pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

Beliau berkata semua anggota mesti memastikan keadaan di akar umbi betul-betul tersusun dan tidak sekadar hanya tahu memberikan maklum balas positif.

"Saya tidak terima OK, saya nak tengok bukti, OK, tak OK," katanya.

Mengenai persiapan BN Wilayah Persekutuan untuk menawan Kuala Lumpur, Najib berkata beliau mahu melihat kekuatan itu betul-betul diterjemah dalam kemenangan kepada BN pada PRU nanti.

"Congak punya congak, kita memang boleh menang. Atas kertas memang boleh menang," katanya.

- Bernama

  • Muboth Bani Othman · Pengulas Tertinggi · None
    Skrg baru berkata BNumnogok x mau parti luar bandar, sebetul mmg parti tersebut utk luar bandar sbbnya media mempermaikan berita yg rapuh lagikan kotor penuh dgn pembohongan seumpama mereka satu cerita yg indah aje. Selayaknya mmg parti luar bandar sbb penuh dgn sogokan oleh wakil parti bagi penduduk luar bandar serta org lama aje. Wakil parti bnumnogok ini serupa org x pernah masuk kampong seumpama rusa masuk kampong kehairanan serta kejakunan hingga x sedar diri mereka2 ini kerja barua utk rakyat.
    • Silingcahaya Emas
      nak perbodoh kan warga felda n org2 kg jer kerja NAJIBBBBB ni yer.........agaknya e2 kot yg TERMAMPU.......
    • Nurjannatul Naim · Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
      ala jaguh kampung je BN ni..hahhaaha
    • Hubby Hussain · Pengulas Tertinggi · MC
      umNGOK, ngok ngok angguk angguk angguk, hahaha setuju, janji dapat kain batik/pelikat, beras pulut duit RM500.00 itulah amalan umNGOK sejak 54 tahun ingat tu 54 tahun dulu
  • Lawan Tetap Lawan · Universitas Rakyat
    apa maksud najib ? maknanya umnoq ni parti dah ketinggalan zaman..wakakakaka..sedar pun..umnoq hanya bergantung undi orang kampung dizaman parameswara..hina sungguh parti umnoq ni..ekekekekeke..terbukti umnoq kalah besar&byk di kawasan bandar
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      LUAR BANDAR PUN UMNO LINGKOP. .PRU13 UMNO HANCUR
    • Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi
      PRU13 ni kita langsam kasi BN lingkup Bandar & luar bandar.
    • Adam Muzammil
      Uwais Al Qarni ........setuju...kasi lingkup bn brg naik ni nyusahkan org jee....
    • Sahar Sahat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      umno parti kampung he...he..he...dulu kutuk PAS.....sekarang kene kat diri sendiri. padan muka.


Tahanan lelaki ditemui mati di lokap mahkamah
Seorang tahanan lelaki ditemui mati di dalam lokap Mahkamah Kota Baharu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata tahanan berumur 43 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam lokap berkenaan pada pukul 3 petang, semalam oleh seorang anggota polis yang bertugas.

"Seorang anggota polis pergi ke lokap tahanan itu untuk membawa tahanan itu ke Penjara Pengkalan Chepa setelah dituduh di mahkamah melihat tahanan itu terbaring tidak sedarkan diri.

"Melihat keadaan tahanan itu, anggota polis berkenaan menghubungi pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Baharu dan hasil pemeriksaan pihak hospital di lokap itu mendapati tahanan terbabit telah pun meninggal dunia," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Beliau berkata mayat tahanan itu kemudian dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Tahanan itu yang berasal dari Kampung Badang, dekat Kota Bharu disyaki penagih dan penghidap HIV.

Dia ditahan Rabu lalu dan dibawa ke mahkamah semalam untuk dituduh kerana disyaki melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Bernama
'3 asas negara berkebajikan gagal dilaksana BN'
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak faham konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi, tiga asas utama negara berkebajikan hampir tidak dilakukan BN selama lebih 54 tahun memerintah, termasuklah kewajipan ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman.

NONE"Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah perdana menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Selain itu, kata Abdul Hadi (kiri), negara berkebajikan mesti bercirikan kerajaan yang menolong rakyat memerlukan secara adil dan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.

Najib kelmarin membidas pihak tertentu yang menguar-uarkan konsep negara kebajikan supaya tidak berlagak seolah-olah orang pertama yang menemui formula itu kerana BN didakwa sudah lama mengamalkannya.

Perdana menteri dan menteri kewangan berkata, pendekatan itu sudah dilaksanakan BN, melalui pemberian subsidi barang makanan keperluan asas yang menelan belanja RM2.3 bilion.

Walaupun Najib (bawah) tidak menyebut secara langsung pihak itu, ia dipercayai merujuk kepada PAS yang mengumumkan agenda "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema muktamarnya Mei lalu.

NONEAbdul Hadi berkata, tindakan kerajaan menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan.

Beliau juga mengaitkan soal "pemberian bermusim" menjelang pilihan raya dan dakwaan berlaku manipulasi sistem pilihan raya dengan perkara itu, lapor akhbar web PAS itu lagi.

Anggota parlimen Marang itu juga berkata, agenda negara berkebajikan yang mahu dibawa PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya berbanding BN yang didakwa memfokus kepada pemberian subsidi semata-mata.


  • Krishna Kumar · Pengulas Tertinggi
    syabas pas! terutamanya tuan haji.Nik Aziz yang. telah terbukti. pemimpin. yang paling intergriti dan berjiwa rakyat!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Betul tu krishna. Kepimpinan melalui teladan. Dari kepimpinan yg berintegriti & berjiwa rakyat, maka lahir darinya keadilan & kebajikan utk rakyat. Sbb tu menjadi kemestian dlm memilih pemimpin, kena ada ciri2 integriti, telus & berjiwa rakyat. Dari sini lahirlah masyarakat berkebajikan & x tertindas. Dgn sbb ini pula, maka lahirlah masyarakat yg penyayang diantara mereka. Inilah ciri2 'baldhatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur' (negeri yg baik/sejahtera & mendapat keampunan/rahmat Tuhan)...
    • Yusri Sood · Pengulas Tertinggi
      najib perlu belajar..yg pasti,wlpon belajar dia masih xlayak utk jd ketua negara malahan ketua rumah tangga pon xlayak...
    • Gee Notty · Pengulas Tertinggi · Seremban
      Yusri Sood ,dia ni kene belajar jd pembangkang dulu bru dia matang kit dlm politik.......hidup dia selama ni atas dasar anak razak je.....siapa dia yg bcul ni tampa nama razak.....gi makamah negara sendiri pun takut........!!!xpe...klu kalah kau pilihan raya pas ni,tau la nasip ko najippppp........masanye ku rasa kan tiba jugakkkk.........
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    PAS for ALL - tidak jadi...
    PAS potong tangan - mungkin jadi.
    PAS potong Kaki - mungkin jadi.
    PAS pancong kepala - mungkin jadi.
    asyik mimpi hudud hudud hudud..... Nak jadi Taliban di Malaysia.
    ...Lihat seterusnya..
    • Abu Huzaifa Saad · Pengulas Tertinggi · Edinburgh, United Kingdom
      sesungguhnya kami tidak takut dgn amaran kamu... menang dah kalah itu asam garam politik... hudud belum laksana dah takut macam takut hantu... tgk contoh2 negara lain yang sumbernya jelas untuk menghina hukum Tuhan tersebut tanpa berpaksikan realiti... macamlah undang2 manusia sekrang tak zalim....
    • Rmy Mat Yaacob · Pengulas Tertinggi · Sek men teknik pengkalan chepa
      Kong Bu Fenzi....saya tak pasti anda muslim atau tidak....kalau anda muslim lebih baik bertaubat sekarang sebelum malaikat maut menjemput anda kerana mempersendakan hukom ALLAH TAALA....kalau anda non muslim lebih baik anda cari sapa yg arif dan paham tentang hulom hudud ,saya cadangkan anda bertemu Dr Asri bekas Mufti Perlis , Ustaz Zahzan atau mana mana ilmuan islam yang yang tidak terikat dengan BN...baru anda akan lebih paham tentang hukom hudud...saya percaya selepas anda paham , anda tidak akan hentam membuta tuki saperti pemimpin BN khususnya UMNO yang sememangnya jahil agama....
    • Mohd Noor Bj · Pengulas Tertinggi · TUNKU BESAR SCHOOL
      Allah Maha Mengetahui, mgkn kamu ni Melayu UMNO totok yg menyamar sebagai Cina... saya rasa, org Cina lebih faham kebaikan Hudud yg menakutkan penjenayah... org Cina kebanyakannya ahli perniagaan akan untung sbb penjenayah akan takut utk lakuakn jenayah... apabila kurang jenayah, pelabur akan suka dtg ke Malaysia... yg untung adalah ahli perniagaan dan rakyat Malaysia...
    • Ismail Bin Awang · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Kong Bu Fenzi nama pun x ada ciri islam KALAU LAH dia ni muslim memang dah SESAT kalau non muslim bahaya dia ni dah lah SESAT blh MENYESATKAN org lain
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Abu Huzaifa Saad
      Teruskan hudud PAS , jangan mimpi kau akan menang PRU13
      non muslim tidak menyokong kezaliman !! Kami kelab penyokong PAS akan undur sekiranya PAS lancarkan hudud di Kelantan !
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Mohd Noor Bj
      Melayu tak melayu , islam tak islam ... kami sudah bagi amaran
      http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-will-empty-out-pass-non-muslim-wing-says-chief/
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Ismail Bin Awang
      Kami sokong politiik , bukan sokong taliban !! faham
      http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-will-empty-out-pass-non-muslim-wing-says-chief/
    • Jamesellie Andrew · Top Commenter
      urang cina sudah pandai sekarang yang bodoh ialah urang UMno@BN karat
    • Khairi Zain · Top Commenter · Kepong Uphill School
      jgn dilayan si KONG ape tah ni.memang sy perhatikan dia dari dulu sgt totok.SESUNGGUHNYA HIDAYAH MILIK ALLAH JUA.
    • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
      ya ganyang sama PAS yang HAMPAS
    • Antonio Oscar · Top Commenter · Smk menggatal
      En. Kong Bu Fenzi....kalau kita tak tau @ Bodoh pada sesuatu perkara terutama hal Hukum Hudud lebih baik kita diam supaya orang tak tau sangat yang kita ini bodoh, sebab hanya orang yang tak siuman dan bodoh macam kamu yang boleh beranggapan bahawa hukum hudud itu kerjanya cuma potong tangan dan potong kaki, mungkin kalau keturunan kita perogol, perompak, pembunuh dan macam2 lagi jenayah mungkin patut kita bercakap sesuka hati disebabkan kita merasa terancam, tapi kalau kita adalah manusia yang mahukan hanya kebaikan, maka tak payahlah kita merepek lebih2 lagi jika kita tak mempunyai ilmu yang berkaitan.
    • Prudent Communication Consultant
      KBF...upgrade sket mindset kau...install antivirus yg powerful...download knowledge dari sumber yg betul...then u will be okay :-)
    • Azlan Zakaria · Project Director at Az Agriculture
      Ramesh Rao Adari Naidu
      MIC lagi HAMPAS...SAMSENG
    • Azlan Zakaria · Project Director at Az Agriculture
      Kong Bu Fenzi
      Lu ingat lu punya amaran org2 PAS takut ker...sudahlah
    • Ash RedDevils · Top Commenter · Sargeant at Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas
      kong bu fenzi orang macam kamu lah yang sepatutnya diperangi oleh islam kerana kamu nampaknya seperti menghina islam.berhati hati kamu kalau berbicara!!!!
    • Ibrahim Bin Saad · Top Commenter · University of Malaya
      ada orang kritik bila negara china jatuhkan hukuman bunuh kepada dua timbalan datuk bandar atas tuduhan rasuah (sumber mingguan malaysia)
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Ash RedDevils
      PAS itu parti politik
      Kita sokong politik
      PAS itu bukan islam
      Kita non muslim tak sokong islam
      Kami juga tidak sokong hudud atas sebab kezaliman dan sokong islam taliban. Kami tahu bezakan mana politik dan mana agama. kami bukan melayu bahlol.... asalkan Islam jadi politik !!
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Antonio Oscar
      Kau iini anak babi puak umno
      Tak perlu ...balik makan babi .. kah kah kah
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Rmy Mat Yaacob
      Taubat kepala butuh bapak kau ...kelab penyokong PAS itu orang muslim kah?? bodoh bahlol?? kelab ini beri sokongan pada PAS , sekarang PAs naik main sombong .. lancau !
    • Jabal Nur · Top Commenter · Works at Penoreh getah
      Kong :kalau tak buat salah apa nak takut.......Hudud hukuman untuk orang yang terbukti salah. Ko ingat senang2 nak potong..
    • Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
      woi hang tak pernah megaji kot
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Jabal Nur
      kami kelab penyokong PAS cuma sokong politik , bukan sokong islam . Salah tak salah itu hak kita, tak sangkut islam tak islam . kami cuma sokong PAS , bukan sokong hudud. faham??
    • Karimie Rashid · Smu raudhaztul ulum langgar
      kong kali kong....geng king kong bukan paham org cakap....hehe
    • Mrvan Long
      Rmy Mat Yaacob btl mat
      KBF ni adalah sejenis binatang melata yg terlepas dr ikatan tuannya
    • Mohd Suhaimi Mustaffa · Top Commenter · Pusat Asasi Sains
      mamat ni melayu,tp hati buta,hukum ALLAH taalah di perlekehkan,lu tau tak ko menghina hukum ALLAH bodoh.masuk neraka ko
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Kong Bu Fenzi, saya nak bagi perbezaan yg nyata, mana kah yg lebih zalim antara hukum/undang2 ciptaan manusia atau Tuhan. Cuba tgk, hukuman ciptaan manusia yg diamalkan dimalaysia skrg, x menjamin pun jenayah berkurang. x kira la samada pembunuhan, curi/rompak, ragut, rogol dsbnya. Saban hari kita dgr, bukannya berkurang. Bertambah ada! Harus diingat, undang2 hudud adalah berbentuk mendidik/mencegah spaya kita x terlibat dgn jenayah. Dan ianya bukan berbentuk menghukum. Dan sbnar2nya ia adalah bersifat 'rahmatan lli'aalamiin' (rahmat bagi sekelian alam) & penyayang, bukannya berbentuk zalim. Cuba kita analisa sedikit dgn fikiran yg terbuka, maka akan nmpak hikmah kecantikan hukum Allah ini. Saya ambil contoh undang2 hudud dlm mencuri, krn takut dgn hukuman potong tgn, maka sipencuri x akan mencuri. Dari situ, maka x akan ada pu...See More
    • Mohd Faizal · Technician at Jabatan Pengairan Dan Saliran Perlis (JPS)
      ala jngan layan sangat Kong Bu Fenzi kafir ni. bkan dia tau apa. ckap ja tp habok pn xdak..
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Awk nmpak x kong bu, dgn pelaksanaan hudud, maka terpeliharalah nyawa, harta bnda & maruah rakyat Malaysia disbbkan jenayah yg x berlaku atau turun secara mendadak. Juga terpeliharalah manusia bernama penjenayah dari terlibat dgn sebarang jenayah, maka dgn sbb itu dia pun terlepas dari sebarang hukuman. Sbb tu saya berkata, hudud adalah bersifat mencegah, bukannya nak hukum pun. Sbb tu nama dia hudud, plural dari 'had', dan sperti bahasa melayu maknanya had/had2. Ataupun had2 yg terpelihara dgn pelaksanaan hudud ini. Dari pencegahan ini, jenayah x berlaku pun. Maka terpeliharalah nyawa, harta bnda & maruah, juga bebas dari sebarang hukuman bagi keduanya mangsa & pemangsa. Inilah yg dikatakan 'rahmatan lil'aalamiin' (bersifat rahmat/penyayang pd sekelian alam). Dan 4 ur info juga semua disini, sbnarnya DHPP (dewan himpunan penyokong PAS/kelab penyokong PAS) sendiri telah pun menyokong hudud ini. Bahkan mereka sendiri yg mendesak utk dilaksanakan hudud diklantan.
    • Mazlan Abd Malek · Top Commenter · IBKL ( 92 - 94 )
      Fenzi.....memang 2008 non muslim ramai sokong PAS...tp kau harus ingat jg....DAP dan calon Cina/India PKR enang krn undi PAS......DAP menang besar di Penang krn Undi PAQs...kau tau ?????????jgn nk sombong.....kalau kau nk ugut PAS....kamipun akan pastikan DAP mampus di Penang..........jgn nak main api dgn kami.....Hudud hak kami org islam...kau jgn cuba nk masuk cmapur urusan agamakami....ada paham???????
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Mazlan Abd Malek, take it easy. Kong bu tu saya pasti bukan DAP pun, sbb DAP sendiri walaupun x setuju dgn hudud, tapi menghormati hasrat klantan utk laksanakan hudud. Makna kata, dia ni bukan org DAP...
    • Erapi Mamat · Sekolah menengah kamil
      Kong Bu ....aaah....Itu gantung sampai mati, rotan sampai pecah kulit, penjara seumur hidup.. lu agak itu cukup baik untuk luu aaah? Lu olang kelab penyokong pas ni kaki curi ka? Atau bunuh kaaa?
    • Mazlan Abd Malek · Top Commenter · IBKL ( 92 - 94 )
      Wan Adib Wan Roslan ......aku ckp marah...sbb dia guna nama DHPP......so...thats why aku tulis mcm tu......
    • Balqis Waheeda · Top Commenter
      Kong Bu Fenzi...penyapu BN...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Hukum hudud hanya dilaksanakan pd org2 Islam sj. x ada isu putar belit disini, Kong Bu. Mmg x melibatkan non muslim. Ianya hanya pilihan, sekiranya setelah pelaksanaan hudud dilakukan, mereka pula berkenan utk dilaksanakan antara mereka. Harap jelas dgn sgala pencerahan diatas...
    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Rmy Mat Yaacob : KBF TU SEBENARNYA 'FRIGHTENED AND IN FRENZY' IAITU KETAKUTAN YANG AMAT DALAM KEGELABAHAN YANG TERSANGAT, SEBAB TU DIA MENG'KHINZIR BUTA' DALAM MEMBUAT KENYATAAN TENTANG HUDUD. KESIAN, KAWANNYA YANG RAPAT PULAK ORANG YANG BUAT-BUAT BUTA TENTANG HUDUD DENGAN MELETAK BERBAGAI ALASAN BUDAK TADIKA UNTUK MENYEKAT PELAKSANAANNYA...APA NAK BUATTTTTTT. KETIKA RAMAI CENDEKIAWAN DARI BARAT DAN TIMUR MEMILIH UNTUK MENGISLAMKAN DIRI DAN PATUH KEPADA HUKUM ALLAH TERMASUK HUDUD, RAMAI PULAK ORANG YANG TELAH DILAHIRKAN SEBAGAI ISLAM YANG CUBA MEMBELAKANGKAN HUDU DAN RAHMAT ALLAH. ENTAHLAH.
    • Krishna Kumar · Top Commenter
      Kita tidak perlu takut apapun hukum yang dlaksanakan jika kita tidak membuat kesalahan'
    • Gee Notty · Top Commenter · Seremban
      klu kapir ckp mcm tu xpa la,tp klu la org islam yg mengatakan begitu,mmg la melayu umno ni dah sesat......dah xtau menilai hukum islam.......ngucap la byk bro....
    • Gee Notty · Top Commenter · Seremban
      Rmy Mat Yaacob ,uztaz yg ada dlm umno pun jahil....nak kata apa..??yg dia tau janji wang,wang,wangggg.......
    • Xamxam Adha
      hudud utk muslim la.. non-muslim leh plih nk hdud atau civil... ke kau mlayu yg banyak wat dosa takut kene hukum?
    • Nmr Nik Soh · Top Commenter
      eiiii...takutnyaa!!
    • Mohd Najib · Universiti Pendidikan Sultan Idris
      Woi benzi. Apa u tahu pasal hudud? Kalau tak tahu jangan komen. Sekiranya u orang bijak pandai, carilah maklumat berkenaan hudud. Bila u dah dapat maklumat, baru discus.
    • Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
      Buat teman2 PR.Selagi Kerajaan,Bumi n Langit ini milik Allah,ush lah kite pedulikn n gentar kpd sesiape sahaje yg memperlekehkn hukum Allah,janji Allah yg Haq PASTI mengatasi yg batil.sbg umat Muhammad kite teruskn menyokong utk menegakkn undang2 Islam.Lg pu Se ekor ayam tak berkokok hari tetap siang.
    • Md Daud · Top Commenter · Sekolah menengah dato syed ahmad
      Rmy Mat Yaacob , aku stuju tu tp klu dia non muslim mmg sah la dia non muslim dpd BN atau boleh kita gelar mereka sbg Kafir Harbi..
    • Md Daud · Top Commenter · Sekolah menengah dato syed ahmad
      Mohd Noor Bj , kong bu fenzi tu x suka Hudud sb klu bnyk jenayah n maksiat kt Malaysia boleh dia tumpang sekaki join sama.. klu dh ada Hudud mcm mana dia nk join nti dia akan di hukum...
    • Md Daud · Top Commenter · Sekolah menengah dato syed ahmad
      tak kira sama ada si benzi ni islam or kafir tp dia tetap aku kata kafir sb... jenis mkn kedarah benda haram mmg mcm tu...
    • Jailani Said · UPSI
      Kong Bu Fenzi mu ni ye ke kelabpenyokong pas semacam je cara mo komen mcm cap lain
    • Md Daud · Top Commenter · Sekolah menengah dato syed ahmad
      Ramesh Rao Adari Naidu , India2 MIC n BN ni smua jenis paria... Tp tidak India2 Pakatan...
    • Pgrm Wpkl · Director at Parti Gerakan Rakyat Malaysia
      Mohd Noor Bj BETUL BRO SOKONG
    • Pisang Madu · Top Commenter · UDM
      KONG BKN KELAP PENYOKONG PAS, TP PENYOKONG PERKASA,HAHA
    • Wilan Roketkeadilankebulan · Top Commenter · Works at Satelit puaka kuala lumpur malaysia
      aku memang sokong hudud 100 % kerana undang ISLAM adalah undang2 yg sempurna dan adil jika dilaksanakan dgn betul..takbir....3x
    • Mohd Fuad Al-Jempoli · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
      Saya setuju....Kong Bu Fenzi, klu kamu Amno baik bertaubat. Malaikat mencatat apa yg kamu lakukan. Klu anda betul2 bkn melayu dan non-muslim, hrp anda dalami ilmu Islam sebelum memberi komen.....
    • Krishna Kumar · Top Commenter
      buat apa nak takut hukum hudud,hukumannya padah dengan perbuatan jahat.Yang takut orang bersalah!SO PAS GO AHEAD!Kebenaran tetap akan direstui.
  • Isa Bin Ahmad Isma · Top Commenter · Sulaiman
    najib ni berucap ikut teks, ikut apa yg org tulis dn yg tulis teks 2 pulak kaki ampu jd najib pn jd merapu je bila berucap tanpa guna otak sendiri, sb 2 najib ckp main lepas je tanpa berfikir panjang pd najib tugas dia bentang baget selesai, yg akn berlaku kemudian cerita, janji d permatang pauh lum tertunai lg ni dh buat janji baru, semoga rakyat sedar semua gula2 ni.
  • Wak Senggol · Top Commenter · Uitm
    tindakan kerajaan menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan.
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    rm sokong ucapan hj hadi ni.hrp najib ambil pedoman.dan semua Mb KM bn pr ambil pedoman.
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    TEGUR PEMERINTAH

    “Barangsiapa melihat pemerintah yang zalim menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, yang mungkar terhadap perjanjian dengan Allah, yang menyalahi Sunnah Rasullah s.a.w., yang bekerja pada hamba2 Allah dengan dosa dan permusuhan, lalu dia tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, adalah menjadi hak Allah memasukkan dia di tempatNya (neraka)” (At-Tarikh oleh At-Tabari, Al-Islam bainal ulamak wa hukama oleh Syeikh Abd Aziz Al-Badri)
    umno/BN haramkan hukum Allah dan halalkan hukum ciptaan manusia, menghalalkan judi dengan mengeluarkan lesen, menolak Islam sebagai kuasa tertinggi memerintah negara.

    Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Khalifah Marwan bin Hakam dalam suatu solat hari raya memulakan khutbah sebelum solat, maka Abu Said telah menegur khalifah Marwan secara terbuka dan meninggalkan khalifah Marwan (Muslim jil.2/42) Dalam Sunan Abu Daud kisah yang sama Abu Said membacakan hadis Nabi s.a.w. “Barangsiapa melihat suatu kemungkaran, rubahlah dengan tangan jika tidak mampu dengan lisannya jika tidak mampu juga dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemah iman” (Abu Daud jil.2/70)

    Dalam kitab sejarah Islam dicatatkan bagaimana dua orang ulamak iaitu Sultan al-ulama Izzuddin bin Abd Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki mengkritik Raja Syria dalam khutbah Jumaat kerana membenarkan tentera salib membeli senjata di Damsyik.

    Apa yang dikemukakan di atas berlaku dalam negara yang dasarnya Al-Quran dan Sunnah, undang2 Islam dikuatkuasakan, ekonominya tanpa unsur riba, sosialnya berlandaskan sistem Islam dalam negara yang begitu hampir dengan Al-Quran dan Sunnah pun ditegur secara terbuka oleh sahabat dan ulamak waktu itu, adakah kerajaan umno/BN di negara ini yang menolak Islam, yang isytiharkan tidak akan laksanakan hukum hudud, yang hina undang2 Islam dan banyak lagi kemungkaran serta kezaliman dilakukan tidak boleh dikritik dan didedahkan segala kezaliman dan kemungkaran mereka secara terbuka?.

    KERJASAMA BUKAN ISLAM

    Nabi s.a.w. tidak pernah bersekongkol dengan kerajaan Abu Lahab di Mekah, sebaliknya Nabi s.a.w. mendapatkan bantuan bukan Islam seperti ketika Nabi s.a.w. balik dari Ta`if dan memasuki Mekah dengan jaminan keselamatan Mat`am bin `Adi, ketika hijrah mendapatkan bantuan Abdullah bin Uraiqat seorang yahudi menunjuk jalan, perang Khandak menerima bantuan Nu`im bin Mas`ud seorang musyrik, mengutus Basyar bin Sufyan seorang musyrik untuk mendapatkan berita dari orang2 Mekah bulan Zulkaidah tahun 6 hijrah dan banyak lagi peristiwa yang Nabi s.a.w. mendapatkan kerjasama bukan Islam, Dengan kerjasama dan bantuan bukan Islam akhirnya Nabi s.a.w. tegakkan Negara Islam Madinah yang bersumberkan Wahyu tidak sampai pun 15 tahun daripada tahun Kenabian, umno/BN dah 54 tahun dengan MCA, MIC, Gerakan dan 9 lagi parti lain dalam kompenun BN bukan sahaja gagal tegakkan negara yang menguatkuasakan undang2 Islam bahkan umno sendiri jadi juara tolak Islam dan hina undang2 Islam. Oleh itu umat Islam di negara ini wajib tolak umno/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti......


Rakyat risau empangan Perlis pecah

Ternyata apa yang diwar-warkan oleh sebelum ini - bahawa kerajaan Perlis akan memulakan projek ‘Saliran Khusus Empangan Timah Tasoh' seawal tahun 2012 setelah proses pengambilan tanah selesai - tidak benar.

Ini kerana dalam pembentangan Bajet 2012 oleh perdana menteri merangkap menteri kewangan Jumaat lepas menyebut dengan jelas bahawa peruntukan hanya melibatkan kerja menaik taraf Empangan Timah Tasoh dan mendalamkan Sungai Arau sahaja.

Justeru, kestabilan rakyat Perlis, khususnya penduduk sekitar kawasan yang pernah dilanda banjir masih dirundung gelisah.

Persoalannya apakah sekadar mendalamkan sungai yang sedia ada mampu mengatasi limpahan air Empangan Timah Tasoh yang akan dinaik taraf? Sudahkah kajian terperinci dibuat ataupun hanya sekadar mahu menunaikan janji?

Persoalan yang selama ini menghantui penduduk Perlis mengenai tahap keselamatan Empangan Timah Tasoh masih belum terjawab.

Banjir besar yang melanda Bangkok sehingga mengorbankan ratusan nyawa berpunca daripada saliran sungai sedia ada tidak mampu menampung pembuangan air empangan akibat hujan lebat.

Natijahnya hampir seluruh kota itu ditenggelami air, sekali gus melumpuhkan aktiviti penduduk. Kejadian yang menimpa Bangkok ini wajar diambil iktibar oleh semua.

Empangan Timah Tasoh yang terletak lebih kurang 20km dari bandar Kangar dan Arau kini dianggap sebagai "bom masa".

Mungkin ada yang menganggap hal ini lucu dan tidak masuk akal. Namun siapa sangka gempa bumi di Jepun baru-baru ini menyebabkan kerosakan reaktor nuklear hingga menimbulkan keresahan masyarakatnya.

Walaupun Malaysia di luar lingkaran gempa, namun negara ini tidak terkecuali merasakan gegaran gempa di negara jiran seperti Indonesia dan Burma.

Sesungguhnya warga Perlis amat bimbang seandainya Empangan Timah Tasoh retak, pecah dan runtuh akibat faktor luar jangka seperti gegaran gempa bumi. Dan apakah kerajaan negeri sudah bersiap sedia dengan rancangan kecemasan sekiranya hal ini terjadi?

Malaysia juga berpotensi menghadapi masalah tanah gelungsur akibat peningkatan projek dan aliran air dalam tanah yang tidak diurus dengan sempurna.

Kenyataan tentang projek menaik taraf Empangan Timah Tasoh yang kapasiti simpanan air semasa 33.3 juta meter padu kepada 87 juta meter padu sudah pasti akan menambahkan lagi ancaman keselamatan kepada lokasi popular banjir seperti Beseri, Kampung Syed Omar, Bintong, Kampung Jarak, Kangar, Repoh, Santan, dan Arau.

Dijangkakan sekiranya empangan ini pecah akibat faktor luar jangka, ia hanya memerlukan lebih kurang setengah jam untuk menenggelamkan seluruh Kangar dan Arau. Ia bukan sahaja membawa air tetapi segala benda yang ada.

Sehubungan dengan itu kami ingin mendesak kerajaan mengotakan janji untuk mempersiapkan saliran khusus ke laut dari empangan ini demi keselamatan dan ketenteraman seluruh warga Perlis.

Kami ingin hidup selesa dan tidak mahu diganggu lagi dengan igauan buruk setelah beberapa kali mengalami banjir besar yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan korban nyawa.

Maka kami akan terus mendesak kerajaan negeri supaya memikirkan sedalam-dalamnya dan mengambil langkah berani dengan melaksanakan segera saliran khusus untuk tujuan aliran stok limpahan air dari Empangan Timah Tasoh.


Penulis merupakan pengerusi jawatankuasa bertindak rakyat Perlis atasi masalah banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan