Rabu, 12 Oktober 2011

ADAKAH NI CARA MENDAHULUKAN RAKYAT....JANGAN TAK LARAT NAK JAWAB NANTI DIHADAPAN ALLAH SWT...

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta
Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Tian: PM perlu jelaskan

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

NONEBagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian (kanan) berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya.

Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharom
    Dahsyat Najib.. Bak Pepatah Rosmah, Sayang2kan anak Bini.. Bazirkan lah Duit Rakyat! Pasai nak Buat Majlis Tunang Anak.. nak tengok Menantu Kos Lawatan je RM1 juta.. tu baru pergi tengok Menantu.. Kek Tunang kos makan dari satu pesanan Hotel je 84ribu? Hal Peribadi je dah berabih Berpuluh juta... Rosak 1Malaysia... kah kah kah... Ade hati Suruh rakyat Berjimat..kah kah kah tu baru Tunang... Belum Kawin lagi..
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Najib keluar masuk berjuta juta.
    Cakap karut sini dan sana.
    Wang rakyat dia pandai auta.
    Cincin Rosmah dia sapu buta.

    ...Lihat seterusnya..
    • Raja Rajakapor · Pengulas Tertinggi
      itu duit aku punya,bukan bapak kau yang punya
    • Tajudin Mohamad · Pengulas Tertinggi · Bukit Mertajam
      org kazastan dtg sini 100 x abis..
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Tajudin Mohamad
      Mp mana yang berani tanya `OOOi Najib pasal apa mahal sangat?? ini himpun duit untuk kempen PRU13 kah? '
    • Muhammad Hafis · Top Commenter
      ini sorang lagi bahlul ....raja kapor banyak telan kapur barut....ki.. kikiki
    • Notakanan
      YB, najib pergi kos 1 juta, dia bawa balik 4,5 juta. Anwar ke Thailand, kos ditanggung Eskay, dia tak bawa balik apa2, tapi dia dapat sedap di sana. itu YB tanak sentuhkah? come on la YB, najib pegi cari pelabur, anwar pegi untuk berhibur. rugi satu juta, untung 4,5 juta. bukankah itu baik? penasihat ekonomi selangor tak pernah ajarkah? wake up YB simple bisnes rule maaa...
    • Mohd Dzul Mohd Kassim · Kota Kinabalu
      cari isu lain lagi...basi da!
    • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
      Video yang menyentuh perasaan... Saya tertanya2 mengapa masih ramai orang yg melupakan ibu bapanya sedangkan binatang buas seperti singa ini menghargai dan merindui orang yg pernah memeliharanya sewaktu kecil http://bit.ly/qfuUXx
    • Susahnya Menjadi Rakyat · Top Commenter · University of Michigan
      Notakanan : haha. kelakar la you punya statement notakanan. mana ko tahu 4.5 juta bawak balik? kalau ya pun patut kurang dari 1 juta boleh di belanjakan kat sana tu.
    • Aryl Helmy Shapiai · Universiti Teknologi MARA
      notakanan:puih!!ckp mcm HERO MALAYA..
      weh mat?skang lu pk laa..1M da mlyang..2 ari lpas..mn 4.5M ko tuu...da berbulan2 da nieh..
      weh otak lutut..ko googl etgk apa ada kt Kazakhstan ko tuu..
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      Raja Rimba...thanks share video, memang best bro
  • Zul Majid · Top Commenter
    Kenapa Tian Chua tak meminta penjelasan bila Yayasan Selangor membelanjakan lebih 1 satu untuk majlis makan malam sehingga Sultan Selangor murka? Makan malam lebih satu juta? makan apa tu? Patutlah bawah PKR, Yayasan Selangor bankrup. Bila duit Yayasan Selangor dah habis, PKR jual tanah Asrama Pelajar Miskin Yayasan Selangor di Jalan Cochrane pada pemaju. Kenapa Tian Chua tak minta penjelasan PKR bila hak pelajar miskin Melayu diambil oleh PKR?
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    SECARA LOGIKNYA. JIKA MEMENUHI UNDANGAN, BERMAKNA LAWATAN ITU SUDAH MENJADI LAWATAN RASMI.. NAJIB, ISTERI DAN ROMBONGAN MERUPAKAN TETAMU YANG DIUNDANG.. DATANG MEREKA SEBAGAI TETAMU... ADAT MENGUNDANG TETAMU DATANG KERUMAH, MAKA KEPERLUAN TETAMU PERLU DISEDIAKAN OLEH TUAN RUMAH.. TERMASUKLAH, PENGINAPAN, MAKANAN DAN PERJALANAN KE SANA SINI.. JADI RM1.072, 213.22 DIBELANJAKAN UNTUK 2 HARI UNTUK TUJUAN APA..?

    JIKALAU DIPERHATIKAN SECARA TERPERINCI SEJAK NAJIB MENGAMBIL ALIH JAWATAN PERDANA MENTERI,.. LAWATAN KELUAR NEGARA MENINGKAT BERKALI GANDA DARIPADA LAWATAN YANG SAMA DILAKUKAN OLEH PERDANA MENTERI SEBELUMNYA.. ADAKAH KERAJAAN INGIN MENJELASKAN BAHAWA PENYEBABKAN NYA ADALA KENAIKAN HARGA BARANGAN DUNIA?

    INIKAH YANG SELALU DIKATAKAN OLEH NAJIB BAHAWA DIA MAU MENJADI PERDANA MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB YANG MENDAHULUKAN RAKYAT, YANG MESRA RAKYAT?
  • Mentenet Kedek · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
  • William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    PM kita bazir duit rakyat tak mendapat apa keuntungan untuk negara, Jika rakyat masih memilih pemimpin yang boros sebegini hutang negara melonggok tinggi, semua cukai dan barang akan naik melambung tinggi. bn perlu di bungkuskan di pru13 untuk masa depan anak2 kita.

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

najib private jet 020911"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

  • Muhamad Firdaus Ramli · Pengulas Tertinggi · Process Integration Engineer di Infineon Technologies
    patutla bg duit byk2 kt rakyat masa bajet tu..sbg tanda trima kasih kerana rakyat sponsor dia p jalan2 rupanya..bguih btui PM kita ni!
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Kebetulan jalan-jalan makan angin di Perth terjumpa pulak pelajar2 Malaysia. Ada chan la, claim lawatan peribadi pada bil kerajaan. 'Perbelanjaan peribadi didahulukan. Rakyat selalu diperbodoh-bodohkan'...Najib Rosmah.
    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      tapi lawatan cuti terpaksa di pendekan bila sudah terkantoi....setiausaha politiknya cuba menyorokan lokasi PM bercuti...kahkahkahkahkah
    • Raja Rimba · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
      Video yang menyentuh perasaan... Saya tertanya2 mengapa masih ramai orang yg melupakan ibu bapanya sedangkan binatang buas seperti singa ini menghargai dan merindui orang yg pernah memeliharanya sewaktu kecil http://bit.ly/qfuUXx
  • Fadzli Hussin · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Agaknya kalau Anwar Ibrahim guna pesawat Kerajaan utk urusan peribadi sambil jumpa pelajar..apakah tajuk surat Khabar Utusan dan Buletin Utama. salah satunya ialah Anwar kena minta maaf dari Agong. Dan akana the Professor kangkong akan keluarkan teori yang pelik2.
    • Fadzli Hussin · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      boleh tak saya pinjam pesawat Kerajaan utk ke Perth? Nanti saya singgahlah jumpa pelajar Malaysia kat sana..saya bawaklah buah tangan...
    • Hasani Mohamed · Pengulas Tertinggi
      semua ini bagi membodohkan melayu...itulah kerja utama umno
    • Raja Rimba · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
      Video yang menyentuh perasaan... Saya tertanya2 mengapa masih ramai orang yg melupakan ibu bapanya sedangkan binatang buas seperti singa ini menghargai dan merindui orang yg pernah memeliharanya sewaktu kecil http://bit.ly/qfuUXx
    • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
      Prof. Kangkong tu makanan haiwan ternakan spices babi.
    • Susahnya Menjadi Rakyat · Top Commenter · University of Michigan
      Hasani Mohamed : sepatutnya kerajaan / pm / menteri kena banyak berjimat dan tidak bermewah-mewah. Korang tu bekerja untuk kami..
    • Albert Chin · Top Commenter
      Hasani Mohamed , membodohkan semua lapiran Rakyat bukan melayu je...semua lapisan Rakyat berempat kerat hanya untuk umngkok bermewah-mewah...
    • Rosnani Salleh · Mppm melaka
      Fadzli Hussin Taknpayah pinjam....tu kan hak kerajaan...KERAJJAN tu rakyat lah......
      Sesiapa pun boleh guna pesawat tu kalau ianya milk rakyat.....tuan boleh booking bila tarikh NAK pergi ke PERTH tu....nanti saya arrange dengan SU Puan najib
      Untuk urusan tu....Tuan rosmah mesti bagi punya...
      Dia TAK pakai sekarang ni sebab sibuk dok lap CINcin yang baru di BELI tu.....sayang ooi 24juta thuuuuuu
  • Sarjan Tulang · Top Commenter
    najib sambut merdeka kt sana beb....korang mana tau...hahaha....saje2 bosan habiskan duit rakyat...
  • Lawan Tetap Lawan · Universitas Rakyat
    mana perkasa, mana khairy, mana biro tenuk negara (btn) perdana menteri pun tak patriooot..rakyat umnoq patidiooot..ekekeke..hidup mat indera!..kikiki
    • Aza Putra Mdsafar · Assistant Manager at Kintetsu
      Bila ada kuasa semua boleh buat...akhirat tanggung lah sendiri..tapi..buat lah sesuatu yang halal agar dihormati..jangan banyak tipu daya...rakyat bukan bodoh tapi tak da kuasa mutlak...hai manusia... rujuk lah pada kitab suci ALQURAN..cakap semua boleh Malaysia Boleh...
  • ШДЛÐѰ ĪПfĪЛĪTѰ · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Lain kali, kalau nak buat lawatan peribadi, guna duit sendiri. jangan guna duit rakyat. Nak suruh rakyat berjimat, Pemimpin jangan boros guna duit rakyat.. Kenalah jimat gak. ada faham? Najib Razak, diharapa professional dalam hal ini. rakyat ko sendiri tanggung beban hutang negara yang banyak, ko boleh pulak boros!
  • Panglima Bentan · Top Commenter · Plumber at Plumber
    seharusnya benda ini dilakukan:
    1. Tidak membelakangkan rakyat dikala 31hb Ogos seperti rakyat didahulukan
    2. Setiap sen duit rakyat tidak boleh dibazirkan dikala rakyat susah kehidupan
    3. SPRM perlu adil menyiasat bil-bil claims perdana menteri seperti pegawai bawahan jugak.
  • William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    pergi cuti membelanjakan duit negara, subsidi barang kegunaan penduduk di tarik memimpin macam ini perlu di bungkuskan di pru13. boros menggunakan duit rakyat.
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      kawe setuju sokmo denge demo William...!!! kawe x kene bena nge perangai pemipin mace nih....!! kito pakat pakoh Pakate pulok la PRU 13 ni.....!!!
  • Gee Notty · Top Commenter · Seremban
    kesian melyu skrg ni dpt pm mcm babi...!!!
  • Wan Mohamad Desah · Top Commenter · Smk Raja Lumu Klang
    Kesal, Perdana Menteri pegi Australia ketika negara menyambut ulangtahun kemerdekaan. Tujuannya cuma lawatan peribadi, sudahlah kos perbelanjaan lawatannya rakyat yg menanggung, inikah yg dikatakan Najib mahu mendahulukan rakyat yg mesra rakyat????
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Inilah yang dikatakan sumbangan Rakyat kepada kerajaan, Rakyat bekerja kuat dan dikenakan cukai pendapatan, cukai hasil, cukai..cukai..cukai..bermacam2 cukai dikenakan. bagi balik hanya sedikit tu pun pada yang tertentu saja. Yang dapat tersenyum, riang dan tangan mengeletar menunggu dan tak sabar2 nak pangkah BN, Kononnya Najib baik, menolong rakyat, belanjawan untuk semua rakyat. Nah.. sekarang nampak apa yang dia buat selama ini. Rakyat harapkan seorang pemimpin berharmoni, berjimat cermat, membantu kemiskinan, Tapi apa sudah jadi..Orang2 Umno(BN) tidak mahu terima kenyataan lagi? harus kita bantu PM yang seperti ini untuk masa depan? Najib dan Rosmah bersikap boros. Mana pergi matan PM Mahathir. Mana ulasan kamu tentang anak didik kamu.
    • Zoren Legaspi · Works at -
      itulah anak didik mantan Mahatdir..anak didik diatu jenis keras kepala skit,x dengar kata..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Zoren Legaspi yang mendidik itu Iblis anak didiknya Syaitan botak??!!!boleh diharapkah orang seperti itu jadi permimpin negara..
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    Rakyat malaysia harus dan bersedia untuk berkerja kuat untuk membiayai kerajaan ini. bukan senang nak perabiskan duit kerajaan. kebijaksanaan
    terselah kerana ada juga yang sanggup berkerja keras untuk habiskan dana.
    yang ada.selamat 1 malaysia. tahniah kepada semua.
  • Are Dy
    Oleh kerana kamu bercuti tujuan peribadi. Walau apa alasan kamu berjumpa siapa saja di Perth tetapi kamu bukan pergi atas urusan rasmi. Kamu pergi atas urusan peribadi. Sila bayar balik kesemua kos2 perbelanjaan kamu kepada rakyat Malaysia.

MP tetap kemuka usul untuk naik gaji, elaun
Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.

Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.

"Ia ditarik balik sebab ada bantahan daripada ketua parti tertentu. (Tapi) ia tidak boleh ditarik balik begitu sahaja kerana ahli parlimen ada hak untuk membahaskannya.

"Saya faham ia mungkin tidak boleh dibahas sebab bukan rang undang-undang kerajaan, tapi akan minta ia dibahaskan.

"Saya percaya, ramai ahli akan sokong ia dibawa untuk perbahasan," katanya lagi mengulas cadangan rang undang-undang berkenaan.

Peruntukan untuk menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober lalu.


Inkuiri BERSIH: Wanita dikasari, dakwa saksi

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH 2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

"Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

"Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit "Tangkap, tangkap!

“Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya," dakwanya.

Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageMenurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.

Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.

"Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.

"Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya,” kata saksi itu lagi.

Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.

NONEPanel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.

Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.


Petani dakwa benih padi tak cukup
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan mengkaji rungutan sesetengah petani yang mendakwa bekalan benih padi tidak mencukupi di beberapa kawasan Mada dan luar kawasan Mada sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata berdasarkan laporan daripada pengeluar-pengeluar benih padi, tiada masalah tentang kekurangan bekalan benih padi.

"Kita mempunyai tiga pengeluar benih padi iaitu SPPM, Seri Merbok dan Bernas dan semua mereka mengatakan bahawa bekalan benih padi mencukupi malah mempunyai stok yang lebih.

"Kita hairan sekarang ini bagaimana sesetengah pihak mendakwa benih padi tak cukup sedangkan laporan daripada Jabatan Pertanian pun mengatakan bekalan benih padi memang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bekalan benih padi di Ibu Pejabat Mada dekat Alor Setar semalam.

Beliau berkata bagi satu musim, kawasan Mada memerlukan benih padi sebanyak 14,000 tan manakala 5,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Kedah dan 2,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Perlis.

Johari berkata antara kawasan yang dilaporkan menghadapi masalah bekalan benih padi ialah Simpang Empat, Perlis (Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1), Kangar (PPK C1) dan Simpang Empat Kuar (PPK F-2) bagi kawasan Mada dan bagi kawasan luar Mada pula ialah di Langkawi, Asun dan Changlun.

"Bagaimanapun, saya dah minta pihak Mada dan PPK buat pemantauan, kita nak lihat di mana kekurangannya. Kita akan minta pihak PPK bekalkan dahulu benih padi kepada petani untuk sementara waktu," katanya.

-- Bernama


PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan

Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran.

NONE"Tidak boleh dinafikan, bukti-bukti menerusi video dan gambar menunjukkan perhimpunan tersebut adalah aman," katanya.

Surendran yang juga seorang aktvis hak asasi manusia, berkata jumlah kelongsong gas pemedih mata yang begitu banyak menunjukkan bahawa pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan menghukum mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Katanya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat semata-mata menyatakan hak mereka untuk berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Disusuli cubaan kerajaan untuk memburuk-burukkan imej BERSIH 2.0, Surendran berkata polis juga telah disalahgunakan untuk memenuhi agenda BN.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1"Polis digunakan bagi memastikan kegagalan perhimpunan tersebut dan meranapkan pergerakan BERSIH yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bebas di adakan di negara ini.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk melanjutkan agenda politik sempit BN untuk terus berkuasa," katanya.





FBC dibayar RM83.8 juta tingkatkan profil Malaysia
Kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media, menurut jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini.

NONEAhli parlimen Batu, Tian Chua berkata perkembangan itu memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Kerajaan Malaysia melanggar undang-undang Britain kerana program (dibayar FBC Media) disiarkan di Britain.

"Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Jawapan bertulis daripada perdana menteri pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

“Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta),” kata Najib.

azlanPerdana Menteri juga ditanya sama ada kerajaan memberi arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

“Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media,” katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

“Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

“Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC,” kata Najib.

azlanMengulas lanjut, Tian berkata isu yang perlu ditimbulkan adalah tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM83.8 juta.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya lagi yang juga naib presiden PKR.

Dalam pada itu beliau turut mengaitkan FBC Media dengan satu lawatan perdana menteri ke Kazakhstan sebelum ini.

NONE"Saya dapat jawapan daripada menteri bahawa kunjungan ke World Islamic Economic Forum di Kazkhstan di mana perdana menteri juga melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri, perbelanjaan untuk kunjungan itu adalah RM1.72 juta.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.
  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
    Ada duit semua boleh jadi. Nak makan ngan OBAMA? Tak jadi masalah... Nak jadi First Lady in the World? In the World tu.. huhuhu... Tak jadi masalah... Nak beli Kapal Selam... tak there masalah.. nak beli Cincin RM24 Juta... pun tak jadi masalah...

    Janji KITA lekakan RAKYAT kita. Mana2 yg susah tu bagi jer KAIN BATIK.. hulur BERAS sikit... CONFIRM akan SOKONG kita... Mana2 yg TANAH yg ada, kita jual jer... buat RUMAH... tp jangan BESAR sangat.. nanti UNTUNG kita sikit... Bank jangan lupa pulak yer... Buatkan SKIM mereka boleh beli rumah... bayar 99 tahun pun tak per... janji FAEDAH jangan kurangkan...

    Anak2 mereka jangan lupa bagi masuk UNIVERSITI... suruh derang guna PTPTN... Faedah pun ada... MASYUK!
    ...Lihat seterusnya..
    • Masri Kulup · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Juruteknik
      Bagi rakyat Melayu Msia tengok cite hantu, nyanyi banyak2 kat TV pas tu buat lah ape pon tak pe...Melayu kan mudah lupa.
    • Sepat Laut · Pengulas Tertinggi · University of Nottingham
      Apa la hangpa mengarut...hangpa ingat kalau takde PTPTN brape kerat org melayu boleh masuk universiti? Biasela tu PM pergi buat lawatan ke luar negara. Tarik pelabur. Takan nak duduk dalam bilik buat video je kot?
    • Masri Kulup · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Juruteknik
      Sepat Laut selalu sepat dok paya..ni dok laut tu yg mata tak berapa nak nampak kena air masin..
  • Nuryk Son BJ
    setakat nak keluarkan cerita tentang malaysia sampai habis 94 juta...subsidi gula, minyak etc bukan main berkira lagi dgn rakyat sampai cakap negara sudah tidak mampu lagi nak tampung bebanan subsidi.....cuba tanya kebanyakan orang amerika, sah2 r masih ramai g yg tak tahu apa itu malaysia...
    • Hairri Mohd · Pengulas Tertinggi · Michigan
      tapi diorg tau Singapore dgn Thailand. Takde pun kempen-mempen kot.
    • Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahun
      kenp perlu FBC unt setakat nk buat promosi untuk malysia...tadke ke syarikat anak2 tempatan yg boleh buat kerja ni...KITA BUAT SENDIRI DAN HANTAR KEPADA MEDIA LUAR UNTUK HEBAHAN ..apa masalah..munkin senang nak kebas duit di luar berbanding kalau di buat dalam negeri...UMNO TAIK AYAM CANDU!
    • Luk Man · Pengulas Tertinggi
      Hairri Mohd ...tu yg bos dia suka pi thailand....
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    bila pelajar2 ipta dan ipts tak bayar hutang pengajian, kerajaan ikut sampai kelubang cacing,,,,,,, tapi apabila najib menghabislkan rm 94 juta duit raayat untuk di belanjakan benda2 yang tak berfaedah.........cuma mahu menaikan imej najib.tiada siapa pun berani menyoal nya, inilah standard MP BARISAN YANG ADA DI NEGARA INI..
    • Ubah Rakyat Mansang · Top Commenter
      biasalah tu... malaysia kan banyak duit. setiap project utk malaysia mesti juta-juta punya
      FB kementerian pelancongan pun juta juta
      cincin juta-juta juga
      IC baru utk PR juta juta
      sana sini juta juta
      harga brg naik, rakyat merempat miskin pun juta juta
  • Pemuda PAS Sec-17 Shah Alam S'gor
    Bayar Sana Bayar Sini, Berbaloi sgt ke, Itu Hari APCO RM 77 Juta, Ni FBC RM 94 Juta, Jumlah dah RM 171 Juta Utk ini aje, belum yg lain-2, Buat apa ini semua, boleh naikkan ekonomi ke, ekonomi tak ok-ok jugak, brg keperluan utk rakyat naik juga hari-hari, api naik, ayam naik, semua lah naik selagi bn brg naik ni ujud lagi di M'sia n.i 'Confirm' lah Kita Rakyat Bawahan ni susah nak hidup tanggong isteri anak sekolah PM senang-2 je guna $$$ Hampeh tak guna ~ Sila LIKEs
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    orang kita : apa macam FBC, boleh la.
    FBC : apa news mau taruk,
    orang kita : bantai la lu suka, saya kasi 94 juta apa.
    FBC : boleh mesti boleh punya. saya kasi kaw kaw punya cerita. malaysia bagus punya.
    orang kita : jangan lupa sama saya nanti. potong sikit la.
    ...See More
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Kasihan rakyat Malaysia subsidi ditarik untuk kegunaan pemimpinnya ......... jangan lupa pilih PR dlm PRU kerana jika BN menang bersedialah rakyat menghadapi kenaikan harga barang selama 4/5 tahun, apabila hendak PRU disogok sedikit kpd rakyat melalui bajet maka rakyat lupa - maklumlah melayuudah lupa (pinjam kata2 Mamak Mahathir)
    • Popeye San · Top Commenter
      cakaplah sampi berbuih mulut kuar darah..sampai sawan angau terguling terbalik terbelahak terlolong terlopong dan seangkatan dengannya..jauh disudut hati nurani rakyat Malaysia membisikkan : ADA AKU KESAH!!!!..jangan dh terhantuk sampi cedera parah baru nak terngadah..
  • Raja Rimba · Top Commenter · UC Berkeley
    Video yang menyentuh perasaan... Saya tertanya2 mengapa masih ramai orang yg melupakan ibu bapanya sedangkan binatang buas seperti singa ini menghargai dan merindui orang yg pernah memeliharanya sewaktu kecil http://bit.ly/qfuUXx.
  • Mohd Saaya · Top Commenter · MBA at Heriot-Watt University
    Tak payah bayar mahal mahal kat Media Brit. Isu scorpene di Mahkamah Perancis jika terbukti bahwa PM Malaysia sebenar nya tidak bersalah akan memberi profile rating yg tinggi kepada Malaysia oleh Masyarakat antarabangsa.
  • William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    wah............ untungnya FBC, PM mahu meningkatkan profil Malaysia dengan cara begini, aku sungguh malu ada seorang pm macam ini, ia bererti menipu seluruh dunia tentang profil Malaysia sebenar.
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      PM macam ni ke yang nak diharapkan membela nasib rakyat Malaysia...!!! Najib & Rosmah hanya tau menghabiskan duit rakyat setaip saat...!!!
  • Fl Chan · Top Commenter · Singapore, Singapore
    Apa yang ditunjukkan pada dunia? Ekonomi yang masih belum maju, tahap "lutsinar" (transparency) yang hampir tiada pada kebanyakan urusan kerajaan, kes-kes rasuah yang tidak pernah selesai disiasat ataupun projek IC untuk pihak tertentu (orang asing yang betul-betul berkemahiran tapi bukan pilihan BN sampai mati pun tak dapat status mastautin tetap) dan kebanyakan polisi pelaburan asing sekarang masih tidak setaraf dengan negara jiran lagi. Itu yang kami nak orang asing tahukah? Ya, Malaysia mungkin menjadi lebih terkenal atas semua benda buruk itu.
    Ya, Malaysia mahu menjadi terkenal kepada seluruh pelusuk dunia tapi bukan dengan asyik main iklan aje. Tapi bila meneliti polisi, kehakiman, keselamatan, pentadbiran, eifisien dan tahap "lutsinar" (transparency), semuanya jauh melest. Bila, semua ini berada pada tahap tinggi, seluruh dunia akan datang berkunjung, tak payah bazir duit iklan.
  • AntiFreemasonry Malaya · Top Commenter · Works at Nganga kt umah
    Hak tuihhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan