Sabtu, 24 September 2011

PENJAJAH INGGERIS BERJAYA MENERAP NILAI BRITISH...HINGGA KEPERCAYAAN PADA ISLAM TAK KUAT..SISTEMNYA TELAH BERJAYA

Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan
Sep 23, 11 7:38pm

Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

NONEPengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai (kanan) berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan (kiri) membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih mengkaji kes itu dan menasihatkan semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan.


  • Zainudin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Project Director di AES Builders Sdn Bhd
    Syabas DAP, sungguh tegas dan Jelas tanpa memilih bulu,. satu cth yg sungguh membanggakan,.. sepatutnya menjadi ikutan semua.
  • Nik Anwar · Pengulas Tertinggi
    kalo orang umno hanya akan bertindak cepat kpd pihak lawanya, kalo orang BN sendiri kes akan tarik berlanjutn sehingga rakyat dah lupa ataupun org tu mati dan kes di tutup.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Org akan menghormati kita dari cara kita bertindak. Leadership thru example (kepimpinan melalui teladan). Org nak tgk contoh kepimpinan & cara kita ambli tindakan menangani ssuatu isu. Cakap no. 2. Bukannya cakap berdegar2, tapi aplikasinya hampas kelapa. Bak kata org negori (n sembilan), 'buek rugi ko bogheh ajo'...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Syabas DAP. Satu lagi, tak nak ringankan hukuman ke? Cik manoharan dah minta ma'af sblom ni, kan! Terpulang la...
    • Sifu Gie · Pengulas Tertinggi
      DAP semakin matang berpolitik .....Tahniah...dan pemimpin DAP tolonglah faham isu Hudud juga...PAS tidak ada pilihan dalam isu agama islam ....Undang2 Hudud cuma untuk orang islam sahaja....anda tidak perlu takut dan memperbesarkan isu ini...Pakatan Rakyat sudah hampir ke putra jaya ...janganlah rosakkannya.
  • Harimau Malaya · Pengulas Tertinggi · Universiti Tun Abdul Razak
    GANTUNG SAHAJA? PECAT JEK LAH.. ORG MACAM NIE LAH AKN MENGHURU HARAKAN NEGARA... MENGUGAT KEAMANAN NEGARA DENGAN MENGHASUT RAKYAT JGN MENGIBARKAN BENDERA JALUR GEMILANG DAN TIDAK HORMAT BENDERA MALAYSIA.......
    • Adib Adam · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
      kalau org BN buat akan dikata itu pendapat peribadi, dan dimaafkan.. ini DAP sendiri ambil tindakan terhadap ADUNnya sendiri... beza tak antara UMNO dgn DAP... UMNO lebih samdol dr DAP... ahli2 UMNO tiada harga diri!!
    • Tajul Patail · Pengulas Tertinggi · Uitm
      komen bro AA adalah baik sekali mmg btl dalam sejarah politik umporno
    • Abd Rahim · Pengulas Tertinggi
      Adib Adam ah, presiden mca yg moral rendah tu mereka pandang lebih mulia walaupun ugut nak keluar BN jika laksana hudud. isu bendera ni jugak la yg lebih mengganggu gugat ketenteraman negara. pirahhhh!
  • Muhajir Juhari · Pengulas Tertinggi · Sek Men Sri Perak, Teluk Intan
    kpla umno kalu ckp apa pun x de hal, x kira sama ade ianya menyinggung perasaan org lain, habis kira dengan ckp pandangan peribadi! umnooo le katakan!
  • Panir Selvam · Pengulas Tertinggi
    Tahniah DAP atas ketegasan terhadap beliau wlupun kenyataan beliau pendapat sendiri..
    • Kamarudin Rahmat · Pengulas Tertinggi
      ITU WAYNG PEKJI JE
    • Dhuen Yusuf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      umnoPorno ada bran ke nak saman mader .. " mader cakap malaya tak penah kene jajah , teknikal je british jajah " ... sila saman n pecat mader " .... pooraaahhh laa umnoPorno sifat munafik je laa korang
    • Fizrin Roksul · Pengulas Tertinggi · Director di Own business
      ape2 pun tahniah kpd DAP krn tegas..tp jgn plak yg kena gntung tu merajuk bw diri or kuar parti..teruskn prjuangan utk matlamat PR,tq
Tiada cadangan laksana hudud di Selangor
Fadzly Esa
Sep 23, 11
8:00pm

Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, setakat ini tiada keputusan berkaitan dibuat, termasuk daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan badan tertinggi agama Islam negeri.

NONE"Selangor hanya akan melakukan apa-apa perubahan polisi agama Islam selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada MAIS.

"Sehingga kini MAIS tidak ada membuat keputusan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bangunan SUK, Shah Alam lewat petang tadi.

Ditanya sama ada kerajaan Selangor bersetuju sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara ini, Khalid mengulangi bahawa di Selangor tiada keputusan dibuat.

Beliau juga enggan mengulas berhubung usaha melaksanakan undang-undang itu di Kelantan yang dipimpin sebuah lagi parti dalam gabungan pembangkang PAS.

"Saya tidak akan komen mengenai perkara itu," ujarnya sambil ketawa kecil.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu DAP keluar daripada PAS sekiranya tidak bersetuju pelaksanaan hudud, beliau masih enggan membuka mulut.

"Saya rasa saya tidak perlu komen perkara itu," kata Khalid lagi.

  • Keturunanku Melayu · Pengulas Tertinggi · Jurukur Bahan di KONTRAKTOR BINAAN TANPA RASUAH
    Pada pndpt aku la..Hudud patut dilaksanakan di Kelantan dahulu sebagai model negeri contoh undang2 islam..selepas bbrapa tahun dilaksanakan cuba bandingkan statistiknya dri segi kadar jenayah, khalwat, rogol, buang bayi, dadah dn sbgnya dgn sebelum dilaksanakan hudud. Jika ia berjaya maka boleh diperluaskan ke negeri lain atas persetujuan pimpinan negeri masing2..Hudud x kejam..yang kejam adalah tidak melaksanakan hudud.Perompak tetak mangsa dgn parang kejam kan? itulah gunanya hukum hudud potong tangan bagi merompak..bezanya, setelah dilaksarnakan hudud perompak tidak akan berani merompak kerana perasaan ngeri diptong tangan berbanding sikap tidak perikemanusian semasa dia merompak dahulu yang rela menetak org akibat ingin melepaskan diri..kesedaran awal inilah yang yang menjadikan hudud ini istimewa berbanding undang2 lain. FYI Hudud dilaksanakan dikhalayak ramai bagi menimbulkan perasaan ngeri kepada org lain dan yang penting kesedaran awal yang membawa kesan amat besar bagi org yg ingin lakukan jenayah..
    • Nadal Mir · Uitm machang kelantan
      apa x cukup lagi ke cntoh zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu memang ternyata undang2 hudud adalah undang2 jenayah teragung didunia....
    • Keturunanku Melayu · Pengulas Tertinggi · Jurukur Bahan di KONTRAKTOR BINAAN TANPA RASUAH
      Nadal Mir cukup teramatlah cukup tp umat sekarang amat jauh dari umat Zaman Nabi dahulu..zaman nabi dahulu boleh tgk mukjizat di depan mata, umat sekarang mukjizat adalah Alquran..jadi sebagai meyakinkan kepada mukjizat tinggalan nabi ni..kena bermulalah dengan satu tempat dahulu..kerana ramai rakyat ISlam dan bukan Islam kt Malaysia ni tidak nampak mukjizat tu..dgn adanya perlaksanaan di Kelantan IsnyaAllah lebih ramai akan menyedari akan Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dan keagungan Allah S.W.T dan seterusnya akan merebak ke Seluruh Malaysia..
    • Nadal Mir · Uitm machang kelantan
      Keturunanku Melayu Yes Im Agreed...thanks
  • Suntong Tutok · Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    Isu ni sengaja nk lagakan Pakatan Rakyat...UMNO mmg busuk hati...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Takpe, klau itulah mksud mereka (utk melaga2kan PR). Tapi berdasarkan saya, saya percaya isu yg dibangkitkan ini bahkan akan menguntungkan Pakatan. Tgk la nnti...
    • Nurul Mubin Siraj · Pengulas Tertinggi · Sekolah paling tinggi di tingkat dua.
      apa pasal nak lagakan PR? parti lain dalam PR tak suka hudud, sebab apa? Kalau ada parti dalam PR tak suka hudud, itu pendirian BN. patut PR mesti sokong hudud utk beza dgn BN.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Nurul Mubin Siraj, saya percaya mereka dlm proses utk sokong hudud, cuma mereka x menzahirkan secara nyata. Kita kena nice & slow la (berhikmah). By the time goes, mereka akan nyatakan yg mereka sokong hudud, insyaallah...
  • Abdul Rahman Yaacob · Sekolah menengah jitra / kolej sultan abdul hamid / amal kolej swasta
    Hudud dan Al-Quran adalah untuk semua manusia...awat takut menerima kenyataan ini. x rasa bersalah ke pda agama jika menolak hukum²...kehkeh...pikiaq2 leee...deee!
    • Mohamad Rizal Mansor · Pengulas Tertinggi · UPSI
      Yang takut sekarang pencuri, penjenayah kalau hukum ini terlaksana... kena non muslim mau takut kalau tak buat salah....
    • Aly Best · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Goyang Kaki Sdn Bhd
      Mohamad Rizal Mansor asri al saudi potong stim lagi..dulu suruh rakayt sokong najib pasal isa sekarang kata banyak perkara kena selesai sebelum laksana hudud...macam bunyi umno je...
  • Hisham Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
    Isu baru BN nak laga2 PR.
  • Boy Irdzwan Jdzuraimiey · Ceo di Boy307 ent.
    Isu hudud petanda akhir pilihanraya
    • Ahmad Muaz Mohd Faisal
      Malang sungguh umat Islam bertahun2 isu ini dimainkan setiap kali pilihanraya maka hudud didendangkan akhirnya semua penipuan .

      Malah paling terhina buku @ dokumen undang2 hudud tidak pernah dibuat malah buku negara islam yang dibanggakan hanyalah sekadar melepas batuk ditangga je.
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Islam itu makamnya (tempatnya) tinggi, ianya adalah ibarat sebutir mutiara yg tiada tandingannya didasar laut. Kemana saja dicampakkan permata ini walau dlm tanah yg berselut, ianya x sedikit pun menjatuhkan nilainya, ianya tetap mutiara yg sama. Walaupun ianya x dihargai oleh umno/bn selama ini dgn meminggirkannya (sperti melemparnya kedlm selut), skrg ini, dgn sendirinya sinar & cahaya mutiara itu mula terserlah dgn ianya mula diangkat oleh org ramai dimalaysia khasnya menjelang PRU akan dtg. Alhamdulillah...
    • Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
      Nak buat buku Hudud kejadah apenyer? x cukup lg ke penerangn dlm tafsir Quran n Hadis? lg dlm kitab2 fekah pun bnyak dibincangkn oleh para ulama mu'tabar? belambak2 kitab ada sentuh pasal hudud ni.. tinggal nak laksana je yg terbantut skrg.
    • Sobri Saad · Top Commenter · Edinburgh, United Kingdom
      Ahmad Muaz Mohd Faisal enekman dan buku dah ada..kau yg tak pernah baca...
    • Mat Zakaria · Uitm perak
      Ahmad Muaz Mohd Faisal ulamak dulu-dulu dah tinggalkan bermacam-macam jawapan untuk pelbagai soalan yang tak terfikir pun oleh kita..kalau beriman sokong kalau xberiman tak payah sokong sebab rukun iman yang pertama adalah beriman kepada Allah..jangan pertikai hudud, boleh jadi kufur (kafir) kita..
    • Termizi Majid · Top Commenter · Sendirian at Pesara Kerajaan
      Ahmad Muaz Mohd Faisal, bersetuju..apa gunanya negara islam jika walausadikit pun hukum hudud tidak diguna pakaikan..
    • Mohd Noah · UiTM Shah Alam
      Pas Lagi Suka Layan Isu Remeh Temeh dari Memberi Cadangan2 Positif Dalam Pembinaan Negara. Negeri yang di perintah masih tidak menunujuukan satu perubahan model yang ingin di bina PAS. PBT masih longgar? Inilah puncanya apabila Tarbiyah Rabbani di ketepikan tapi asyik sibuk berpolitik!
    • Fairuz Hafiizh Othman · Maktab perguruan islam bangi
      Ahmad Muaz Mohd Faisal : apa punya turrr da... undang undang tu dah di luluskan dalam DUN..tunggu dilaksanakan aje..kalau tidak dihalang pusat dah lama dah...di susun oleh bekas penasihat undang undang Kelantan Almarhum Hj Idris Othman... tak tau jangan cakap...nampak sangat bodoh...
    • Muhammad Asrar · Works at MIDA
      Bro adam, aku setuju ngn Muaz... aku rase maksud muaz tu buku @ dokumen pelaksanaan undang2 hudud di Malaysia.. kenela ade dulu... jgn main terjah je laksanakan tanpa sebarang kajian bagaimana nak dilaksanakan/ siapa@institusi mana yang laksanakan...

      Aku jgk setuju dgn pendapat ko adam, memang penerangan dalam Quran dan Hadis memang dah cukup.. tapi untuk laksanakan didalam konteks Malaysia yang berbilang agama dan kaum ni... perlulah dilaksanakan dengan teliti dan teratur... pemahaman kepada masyarakat perlulah diberikan supaya takde pulak yg menentang nanti (ie: karpal, certain muslims & etc)...

      Saya sokong HUDUD!







PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia
Sep 24, 11 4:17pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.

- Bernama

  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
    Manual umat Islam ialah AlQuran & Hadis. Apabila seseorang pemimpin ISLAM itu bercakap mengenai undang2 tanpa merujuk AlQuran & Hadis, maka RAKYAT mempunyai HAK untuk MENUKAR PEMIMPIN yang TIDAK membawa undang2 berlandaskan Undang2 Islam.

    TUMBANGKAN BN pada PRU13!
    • Noriman Saari · Pengulas Tertinggi
      secara terang-terangan BN telah menolak hukum hudud. hukum Allah bukan hanya untuk di akui kebenarannya tetapi mesti di laksanakan..langsung takde usaha memberi didikan kepada rakyat tentang hukum-hukum Islam. yang beragama Islam pun tidak faham, apatah lagi yang bukan Islam..paling sedih ialah yang mengaku beragama Islam, tapi menakut-nakutkan pula orang bukan Islam dengan memberi fahaman yang tidak betul tentang Islam.
    • Mohamad Rizal Mansor · Pengulas Tertinggi · UPSI
      Kami rakyat mahukan undang-undang Islam... siapa yang menolak hukum Allah sama la macam orang kafir....tempat mereka neraka jahannam allah.. kami rakyat tidak mahu bersekongkol dalam perkara ini... minta maaf la najib ooi
    • Robied Hoon · Professional Network Marketer di Freelance
      Noriman Saari nak wat cam ne Oomno tu anak didik Yahudi!!
  • Abot Bobot · Friends with Umngok Apco
    "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan...'' siape Perdana Menteri Malaysia jika dibandingkan dengan Tuhan..perintah Tuhan bukan pilihan.. dan xde pilihan..
  • Kelab Melayu Muda · Pengulas Tertinggi · Hanya Kuli Biasa di Agensi Kerajaan Negara
    Maqasid Syariah? Berapa jiwa telah dibunuh secara salah? Berapa ribu umat islam tidak terbela dan keluar pada agamanya? Adakah akhlak para pemimpin sekarang menepati ajaran islam? Berapa banyak harta benda telah dimusnah oleh pihak kerajaan oleh disebabkan beberapa keadaan? Jangan hanya bercakap seperti Burung Kakak Tua yang hanya pandai berkata namun tidak faham apa yang cuba dicerita.Kesianla kami generasi MUDA kepada tuan hamba yang sudah patu BERSARA.
    • Mohamad Rizal Mansor · Pengulas Tertinggi · UPSI
      Semakin hari kita dengar orang islam keluar agma (murtad)... kerajaan tak pulak peduli.... pemimpin begini tak layak jadi pemerintah kepada umat islam... tumbangkan BN...
  • Ashcroftstylus Az · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Nasa Printing & Stationary
    Hudud di Kelantan bukan baru dua tiga hari tuan ooi...dah hampir 20 tahun dah. Nak komen2 pon, tgk la sejarah dulu.
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      dah terang lagi bersuluh.... memang Umngok yang mengaku melayu islam xmahukan hukuman hudud dilaksana d malaysia....!!!!!! DAP dah nyata bukan islam...diorang xfaham hukum islam........
    • Mohd Harris Ahmad Jaal · Pengulas Tertinggi
      realitinya malaysia bukanlah negara islam ... so, tak perlulah laksanakan hukum hudud .. tak gitu PM?
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      Mohd Harris Ahmad Jaal ,,,bukan soal negara islam o x...tp hukum islam yg diturun olih allah wajib diikut sbb quran itu sebagai pedoman...sbb islam itu syumul untuk seluruh alam bukan untuk PAS O UMNO SAJA...fahamlah wahai saudara ku yg mengaku islam,,,,yg menentang hukum hudud bererti menolak quran...hukumnya KAFIR.....
  • Muhamad Haslam · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pedagang Masa
    Ahli politik melontarkan "umpan" bersandarkan politik Machiavelli...namun Tok Guru Nik Aziz bersandarkan ilmu agama yang dipelajari dan diamalkannya. Isu hudud memang tidak popular dalam iklim politik tanahair, tapi kami tidak peduli itu semua, jika itu boleh menjauhkan undi kami, tidak mengapa...Yang di Langit tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.....
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      WAHAI NAJIB...ADAKAH KAMU BERUGAMA ISLAM?,,,jika ugama islam ,,bertaubatlah,,,org2 bukan islam klu dia menolak hukum allah xde msaalah,,,nanti diberi penerangan sikit2 insyaallah mereka memahami sbb hudud ini untuk org islam,,,,klu kamu mengaku lahir dr keturunan islam,,,,ikut islam,,,hidup krn islam knp menolak hukum MAHA AGUNG ini?...ko tunggu lah najib dan org2 yg bersekongkol dgn kamu xlama lg ko akan nampak n akan rasai kebesaran allah...
    • Mohd Zahir Hambali · University of Malaya
      Siapa agaknya ulama yang sependapat dengan PM ye?
    • Mohamad Rizal Mansor · Pengulas Tertinggi · UPSI
      Manman Mai sokong sangat... najib dah lupa hukum Allah...neraka Allah .... dan pembalasan azab dari Allah....kesian najib dan rosmah....
    • Lee Hashim · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      Mohd Zahir Hambali aku rasa aku tau siapa ulama tu..ini mesti ulama dunia ja
    • Alias Omar · Sultan Ismail Secondary School
      Mohd Zahir Hambali
    • Alias Omar · Sultan Ismail Secondary School
      Mohd Zahir Hambali tak siapa yang sependapat dengan pm kecuali mereka yang engkar bahkan pokok kayu, ikan didarat ikan di air burung diawan akan rasa alhamdullillah bila hudud dilaksanakan. sempurnanya hukum Allah tiada ruang waktu dan tempat.
    • Mazlan Hassan · Top Commenter · Works at X-RMN, AALBORG PORTLAND MALAYSIA.
      kesian najid
      telampau percayakan APCO
    • Mazlan Hassan · Top Commenter · Works at X-RMN, AALBORG PORTLAND MALAYSIA.
      kak masitah & abang jamil tentu sokong punyaa, pak APCO senyum jeee...
    • Yusop Mansor Yusop Mansor · Top Commenter
      Manman Mai ....hari dgr radio klasik nasional....beritanya PM dn konco2nya naik bas dari gopeng ke sg siput...wei..wei..katanya berjiwa rakyat...agaknya bas yg depa naik ialah bas yg rombongn cik kiah sewa untuk sukn komanwell....xmahu masuk buku guineas rekod ke!...sbb puak2 ni suka yg ter...ter...saja...jgn nnti tulis.....yg tersasau....
    • Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
      Kuasa dunia beraja...tuhan dah tak nampak(d hati)beginilah bila manusia terlalu ashik dengan kesenangan n kegairahan dunia...jd sebagai seorang muslim jika mengikuti orang yg membuat kenyataan begini akan d kira subhat,memperlekeh n memandang ringan hukum yg wajib d jalankan oleh seorang pemerintah beragama islam(melainkan sebaliknya)...neraka jahanamlah mereka yg sama sependampat sebegini...
    • Mustaqeem Musa · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Mohd Zahir Hambali ye tak ye jugak. teringn jugak nak tahu ulama ulama tersebut..
    • Hamidi Midi · Top Commenter · Friends with ProfMuhd Nazrin
      hasil usaha apco........
    • Tapaicorp Mat · Top Commenter · Works at Punya Usaha Sendiri
      ularrrrrmak apco si janggut merah kot.
    • Wan Azhan Wan Ali · Top Commenter · SMK Sultan Sulaiman
      Manman Mai Najib memang islam tapi pada mykad jer ah...dalam diri xda sal berpaksikan pam APCO yahudi tu..tu kan mahaguru dia.
    • Wan Azhan Wan Ali · Top Commenter · SMK Sultan Sulaiman
      Mohamad Rizal Mansor kesian kat Tun Razak dapat anak macam ni.
  • Badaruddin Mohd Tajudin · Top Commenter · UNIVERSITI KEHIDUPAN
    bangang dan bebal mat monggol ni, dengan pelaksanaan syariah la terjamin semua harta, agama, nyawa, maruah.. lepas tu cakap tak sesuai, itu dah mempertikaikan kebijaksanaan Allah, Allah tak tahu ke ada negara yang masyarakatnya majmuk mat monggol oi...
  • Muhammad Sabri · Top Commenter · UPM Serdang
    Hudud ialah taktik PAS nak jadikn Malaysia sebuah negara Islam yang tulen. Kena sokong PAS laa.. apa la punya PM.
  • Muhammad Yusri · Top Commenter · Islamic University of Madinah
    hkum hudud sme la mcm solat.wtpe nk tkt ngn hudud.spe yg x mencuri x kne la.tn guru hj hadi kn dah trgkn dah.undg2 ni hnye dilaksana kpd org islam.nmpk sngt umno wala' dan taat pd MCA.bkn mcm pas.pas hnye tahaluf siyasi ngn dap.najib ni xlyk ckp maqasid syariah.bini dia sndri dia x reti nk ckp..mah syg..ttp aurat tu wajib.sockp najib kosong.
  • Datok Sagor · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Badawi
    Bila Najib lebih pandai dari Allah yang menurunkan undang undang itu.....seolah undang undang Islam tidak diguna pakai bila raayat kita berbilang bangsa...sedangkan jika Hudud dilaksanakan hanya umat islam aja yang menerima hukuman....soal adil atau tidaknya itu dah ditetapkan oleh allah...kerana bila sesaorang telah mengaku menerima islam ugamanya makanya dia perlu juga menerima hukum islam...Orang kafir mereka dah terang terang tidak menerima Islam.....kalau Mereka tak setuju mereka boleh memilih negara lain.....tapi nak buat mcm mana Najib lebih pandai dari allah....
  • ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at Afghanistan
    Inilah kata-kata anak didik British si penjajah negara kita. Undang2 yg di gubal oleh Lord Ried lebih mulia dari undang-undang Allah!
  • Kruss C Tom · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Pemimpin UMNO lebih angkuh dari Tuhan..UMNO laknatullah.
  • Zul Majid · Top Commenter
    Buktikan kepada BN yg HUDUD relevan kepada rakyat Malaysia dan kepada PAKATAN. Laksanakan HUDUD di semua negeri PAKATAN. Laksanakan HUDUD di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Jika PAKATAN dapat membuktikan HUDUD berjaya di semua negeri PAKATAN, saya yakin Kerajaan Pusat akan melaksanakannya di Malaysia. PAKATAN tidak sepakat dlm issue HUDUD. Selangor (PKR) dan DAP, tidak bersetuju HUDUD dilaksana di negeri mereka. Kalau di dlm PAKATAN sendiri tidak ada persefahaman, bagaimana PAKATAN nak meyakinkan BN dan rakyat Malaysia?
    • Zuar Afs · Top Commenter · Aku fikir sendiri at AFS TRADING
      zul: hudud bukan setakat releven kpd rakyat malaysia sj tapi untuk manusia sejagat... hudud adalah hukum ALLAH ya terkandung dlm al-quran dan sesuai dulu, kini dan selamanye...
    • Mohamad Rizal Mansor · Top Commenter · UPSI
      sokong... kami rakyat takut pakatan pun bila memerintah masih memakai modal BN .....samapai bila cita-cita rakyat terlaksana... hanya dengan hukum Allah aje semuanya akan mendapat rahmat Allah...harap Pakatan fikir semula.....
    • Alias Omar · Sultan Ismail Secondary School
      Zuar Afs bahkan untuk semua makhluk termasuk pokok kayu, ikan, semut dan sesuai di sepanjang zaman dan serata dunia dan akhirat alhamdullillah.
  • Raheeq Makhtum · Klang
    ntahlah......kenapa hati terasa sangat sakit bila membaca statement pm malaysia ni........sbelum ni sakit jga........tapi yg ni sakit sangat.....lailahaillallah......ampunilah hamba mu ini ya rabb.....
  • Ku Faisal Fais · Top Commenter · Kolej Universiti Insaniah, Alor Star.
    Sesiapa yg menolak atau menghina HUKUM HUDUD ini, maka jatuh KAFIRlah orang itu,, ini kerana dia telah membuang AL-QURAN, HUKUM ALLAH..nauzubillah..
  • Salafi Tajdidi · Top Commenter · 18 years old
    berdolak dalik la ko atas dunia ni...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan