Selasa, 20 September 2011

KENYATAAN...MENDEDAH PEKUNG KAWAN2 SENDIRI...ADA PUNYA KERETA DAN RUMAH MACAM VILLA...DIKIRA ELAUN DAN PENDAPATNYA PUN TAK LAYAK...NI SAPE NAK JAWAB..

MB enggan dedah laporan penuh JAIS
Abdul Rahim Sabri
Sep 19, 11
7:33pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan mendedahkan isi kandungan laporan lengkap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Katanya, "apa-apa pengumuman" mengenai laporan itu akan dibuat pada minggu hadapan".

NONE"Pagi tadi, saya berkesempatan mengadap dengan Tuanku Sultan. Saya menerima laporan dari JAIS (berhubung pemeriksaan terhadap DUMC).

"Saya juga minta laporan itu diserahkan kepada Tuanku, supaya baginda meneliti laporan tersebut, dan apa-apa pun, saya akan mengadakan perbincangan dengan Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita dalam majlis Aidilfitri di Shah Alam hari ini.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau akan membuat "beberapa pengumuman" berhubung laporan tersebut selepas berbincang dengan baginda.

"Oleh kerana terdapat lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, saya saya rasa apa-apa pengumuman, mengenai laporan tersebut, akan dibuat pada minggu hadapan," katanya.

azlanDiminta menjelaskan isi kandungan laporan siasatan tersebut, Khalid berkata: "Saya akan beri kenyataan pada minggu hadapan".

Isu pemeriksaan JAIS itu mendapat reaksi pelbagai pihak, sehingga Khalid menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikannya bagi menyelesaikan kontroversi tersebut.

Ekoran itu, beliau mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak - JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja berkenaan - bagi mendapat penjelasan berhubung dakwaan terdapat kegiatan menyebarkan agama lain dalam majlis tersebut.

Jabatan kerajaan itu sebelum ini menghantar laporan awal berhubung pemeriksaan mereka pada tarikh tersebut.

  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
    Biar LAMBAT ASAL SELAMAT.

    Di sinilah POLITIK ISLAM itu penting. Apabila terjadi sesuatu isu mengenai AKIDAH ISLAM, seorang PEMIMPIN perlu tahu memainkan PERANANNYA.

    TP SAYANG, JAIS telah menggunakan JALAN BELAKANG berjumpa Sultan supaya semua AHLI POLITIK tidak boleh BERCERAMAH di SELANGOR. Tambahan pula mengenai KEMAJUAN ISLAM.
    ...Lihat seterusnya..
    • Ramizi bin Md Noor · Shah Alam, Malaysia
      Ingat Sultan adalah ketua agama Islam ng Selangor.
    • Panglima Jowo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara Kerajaan
      Dalam Islam memang ada politik, tanpa politik Agama Islam tidak akan dapat berkembang dan terkenal diseluruh dunia. Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah keMadinah tidak ada membawa apa2 barang yg berharga untuk menjamin hidup baginda senang disana. Tapi cuma satu barang yg sangat berharga baginda bawa bersama iaitu "Politik Islam". Baginda Nabi Muhammad SAW diMadinah berdakwah sambil berpolitik dgn memujuk cara berhikmah hingga hampir keseluruhan penduduk Madinah memeluk Agama Islam. Apakah JAIS tidak mahu belajar dan mengambi ikhtibar seperti apa yg Baginda Nabi Muhammad SAW lakukan?. Agama Islam itu luas jangan disempit2kan.
    • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
      Aku setuju apa yg dibicarakn oleh Panglima Jowo. POLITIK ISLAM itu sangat BESAR. Lebih BESAR dari segala apa yg ada dalam DUNIA nie.

      Sangat SEDIH apabila orang2 yg mempunyai KEPANDAIAN dalam ISLAM hanya MAMPU melihat dari 1 sudut.

      RENDAHKAN EGOMU wahai orang2 yg JAIS. KAMU akan nampak INDAHnya POLITIK ISLAM itu jika niatmu bekerja IKHLAS kerana ALLAH.
  • Mohd Remi · Pengulas Tertinggi · Friends with Azni-Aishah Idris
    kelakar kelakar. harituh YB khalid bagi extension kat JAIS, semua maki maki JAIS. nih YB khalid sendiri nak extend seminggu, takda plak orang nak marah. Korang semua nih memang adil. Semoga tuhan menerima semua amalan kita di dunia ini :-)
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      kenalah berbincang dgn sultan dulu...kalau tidak nanti puak Umngok tuduh membelakangkan dan menderhakai tuanku pula...... bukankah tuanku ketua agamaaaaa.....!!!!
    • Linda Hasanah · Pengulas Tertinggi
      Salehudin Hanafi : aritu kemain, puak2 korg maki hamun jais.. cakap rasist lah, propaganda laa.. bile dah kuar video kat youtube.. baru tau..
    • Hishahmuddin Dahlan · Pengulas Tertinggi
      Sape yg keluarkan video tu ye Linda Hasanah,Linda tau tak?nak juga tahu,tak kan kaitangan bocorkan rahsia,boleh didakwa ni sbb tak amanah..
  • Pas Beruk · Pengulas Tertinggi · Marketing Excutive di Advantage Sales & Marketing
    TAK PERLU LA BAGI KOMEN WAHAI KHALID JAMBAN. KOMEN YG GAGAP LAGI BODOH HANYA DI TERIMA OLEH PENCACAI DAP ANTI ISLAM SAHAJA. NAIK HERAN JUGA BILA ADA YG PERCAYA DAP ITU BANTU PAS? BERAPA RAMAI YG DAH MASUK ISLAM? AKU TGK GEREJADI SELANGOR SEMAIN BESAR DAN MEMBESAR....
    SEMUA KEPIMPINAN TERTINGGI DAP JUGA CINA BERAGAMA KRISTIAN. KENAPA PUOK NI TAK BISING BILA BUDDHA MASUK ISLAM? TAPI BISING BILA PELUK ISLAM?
    KORANG MEMANG HANJING LA..... TUIH!
  • Mohd Kamal · Pengulas Tertinggi · Ikbn
    klu sebukan blh tunggu, tak kan seminggu lagi tak boleh nak tunggu kan.
  • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
    klu be end haram nak dedahkan pada umum...rakyat akan disorok dgn kebenaran..
    • Linda Hasanah · Pengulas Tertinggi
      aritu kemain, puak2 korg maki hamun jais.. cakap rasist lah, propaganda laa.. bile dah kuar video kat youtube.. baru tau..
    • Syahror Sa'ari · Pengulas Tertinggi · Smk simpang
      skg pun MB blm umum laporan penuh JIAS...tggu dan lht apa hasil laporannya..xsbr nak tgk apa jwpn JAIS
    • Yahya Jamil · Pengulas Tertinggi · N/A di Taylor Lautner
      Linda Hasanah Bila sebut laporan tak sehelai, tentu banyak lain...nk baca sepintas lalu, baca dengan teliti dan baca kesimpulannya pulak...engko ni UMNONGOK betulllllll. Sabar aje lah....
Benz S-Class: Tian Chua tuntut Gerakan mohon maaf
Sep 19, 11 5:26pm

Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800,000 yang jauh melebihi kemampuannya.

Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup.

"Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah," katanya.

NONELim, Sabtu lalu, menyindir dan mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000.

"Mercedes S-class ini tidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya. Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90,000," kata Chua.

Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan.

"Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai. Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90,000. Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1,368.

"Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu. Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan