Jumaat, 23 September 2011

HUDUD OH HUDUD..JIKA UNDANG2 ITU ZALIM...TAK SESUAI KE...SOKONG JE..BIARKAN KELANTAN LAKSANAKAN...JIKA BENAR ZALIM DAN TAK SESUAI..ORANG AKAN TAK SOKONG LAGI PAS...NI KENAPA HALANG...HALANG HUKUM ALLAH HENDAK DILAKSANA...ROSAK IMAN...JANGAN CAKAP BAB AGAMA KALAU BUKAN BIDANG KITA...KITA PATUT FAHAM..TAK KAN KITA NI BODOH SANGAT...

Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

“Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun dirakamkan sebagai menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. Sememangnya Hudud bukan dasar bersama Pakatan.

“Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

“Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran Umno serta urus-tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi. Tidak dengan Hudud pun kita boleh tentang Umno dan Ketuanan Melayu sempit Umnoputeranya” tambah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas itu.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

“Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak ikhlas dan tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,” soalnya.

“Jelasnya Umno dan Mahathir memang memusuhi Hudud yang merupakan sebahagian dari Qanun Jana’iyah Islamiyah-yang dituntut Islam ke atas penganut-penganutnya. Mungkin yang lebih takut Hudud adalah elit Umno yang didakwa merompak wang rakyat. Orang Kristian, Hindu atau Budhists tidak perlu khuatir kerana Hudud tidak terkuatkasa ketas mereka pun”, ujarnya lagi.


Surat PM halang Kelantan laksana hudud | Print |
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 22 Sept: Surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” katanya pada respon melalui facebook hari ini.

Dr Mahathir seperti dillapor media hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan melaksanakan hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi berada di kerusi perdana menteri sekarang.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 melulus rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II).

Bagaimanpun pelaksanaan perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak ada kerjasama kerajaan pusat termasuk amaran perdana menteri ketika itu.

“Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Semalam beliau juga melahirkan rasa tidak setuju pendapat bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap suasana belum sesuai dilaksanakan hukum hudud di negeri ini.

Sedangkan katanya, kerajaan Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.

“Telah banyak program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan seperti pemerintahan Kelantan berasaskan tiga teras iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.

”Di samping itu pelbagai program kebajikan seperti skim Kifaalah, bantuan beras percuma Al-It’aam dan pelbagai lagi itu bertujuan memelihara kebajikan rakyat,” ujar beliau.

Dr Asri ketika membentang kertas kerja pada seminar ulangtahun hudud di Kelantan baru-baru ini menyifatkan suasana belum kondusif bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan hukum Islam.

Hudud: Dr M patut nasihat PM, kata PAS
Sep 22, 11 5:42pm

Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menasihati perdana menteri menarik balik surat yang didakwa "mengugut" mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hukum itu, melalui Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan, kata naib presiden PAS.

NONE"Kalau Dr Mahathir boleh menasihati (datuk Seri) Najib (Razak) supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin Ayub (kiri).

Salahuddin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir pada 14 Ogos 1994 memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hukuman itu.

Semalam, Dr Mahathir dilapor mempersoalkan kenapa Kelantan masih tidak meminta kebenaran Najib bagi melaksanakan hudud, sebaliknya terus menyalahkannya ekoran kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu.

Sempena bulan Syawal ini, Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

azlan"Beliau (Dr Mahathir) pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik "persendaannya", antaranya terhadap hukum potong tangan memandangkan ia diperintahkan dalam al-Quran.

"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.

Ayat tersebut merujuk arahan supaya tangan pencuri tetapi dan menegaskan sekiranya penjenayan itu bertaubat, Allah akan menerimanya.
  • Anwaaru Ramadhan · Pengulas Tertinggi · Maahad qiraat shoubra
    bab hukum ni susah sket pd org bernafsu besar mcm beliau.sket² nak mengelak takut ramai yg terkena dari puak dia.padahal hukum tu ALLAH punya bukan PAS.
    • Ahmad Fikry · Pengulas Tertinggi · International islamic college
      nak buat macam mana yg lupa bukan melayu tapi che det ni la..apanama..apanama
    • Md Shukri Aziz · Pengulas Tertinggi
      Ahmad Fikry : apa2 hukum pun kita settle kes liwat & porno Anwat berahim dulu..menyokong pakatan bermakna membenarkan Anwar sebagai PM !
    • Ahmad Fikry · Pengulas Tertinggi · International islamic college
      Md Shukri Aziz : apa ada hal..aku yakin sampai sudah kes anuar tak setel lagi satu ..hang nak sebuk kes anuar pasai apa..dia belum bersabid salah lagi...hangpa yg karut lebih..cakap pasal maruah tapi tak ada maruah nak ikut cara undang2 yg betul..kalau mamat tu dalam perbicaraan biar hakim yg tentukan jangan nak berlagak pandai..

      lagi satu sapa cakap anuar akan jadi PM kau ni penilik nasib ka?
  • Syed Saifuddin Syed Harman · Pengulas Tertinggi · Union President di Marubeni Corp.
    TUN BUKANNYA MENENTANG HUDUD ISLAM TETAPI YANG DITENTANG OLEH TUN IALAH HUDUD PAS. BETUL TAK?
    • Lutfy Amed · UKM Bangi
      hdud umno tak ada ka....alasan saja...hati tak mau kpd islam...pastu paksa rakyat taat pada rukun omputeh...merdeka apa ke nama macam tu...
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Syed, apa saja hukum Islam,UMNO memang benci. Tun bukan saja memperlekeh Hukum Hudud malah pernah beberapa kali menghina Rasulullah SAW. Bro, ingat bila kamu dah mati nanti dan ketika dihidupkan semula, kepada siapa kamu hendak meminta syafaat bagi mempercepatkan timbangan amal? Bro, umno kununnya tegakkan Islam tetapi pada masa yg sama mengambil YAHUDI APCO sebagai perunding penasihat. Sedangkan hampir setiap hari Yahudi membunuh umat Islam Palestin. Bro Syed Saifuddin, kamu ada fikir ke tidak akan pembunuhan Yahudi ke atas rakyat Palestin?
    • Syed Saifuddin Syed Harman · Pengulas Tertinggi · Union President di Marubeni Corp.
      SDR JAMIL......SEBELUM PAS BERTERIAK PASAL HUDUD, PAS PERLU CERMINKAN DIRI PEMIMPIN PEMIMPINNYA YANG DAH SEMAKIN REPUT IMANYA. SEBAGAI CONTOH, MAT SABU YANG DIPILIH SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS IALAH SEORANG PENJENAYAH SEX YANG AKHLAKNYA AMAT MELOYAKAN. BELIAU TELAH DITANGKAP BERKHALWAT BERSAMA ISTERI ORANG DIBILIK NO. 121 HOTEL PERDANA, KOTA BAHRU PADA TAHUN 1995. KEMUDIAN KITA JENGOK PULA APA YANG TERJADI DI SELANGOR DIMANA PAS BERKONGSI KUASA DENGAN KUMPULAN PENYAMUN DAP DAN PKR. PUSAT JUDI, KEDAI ARAK, RUMAH URUT 69 DAN KEGIATAN PELACURAN TUMBUH MACAM CENDAWAN. DALAM HAL INI, PAS SELANGOR DAN PAS PUSAT MEMBISU SERIBU BAHASA. BILA GAMBAR ELIZABERT WONG SEKUTU RAPAT PAS TELANJANG BOGEL TERSEBAR LUAS DI SELURUH NEGARA, SEKALI LAGI PAS JADI LEMBU BISU. SEPERTI NYANYIAN SM SALIM, " APA DAH JADI,......APA DAH JADI......KEPADA PAS DI BAWAH HADI ? JELAS KELIHATAN, PERJUANGAN HUDUD PAS SUDAH HILANG ENTAH KE MANA. APA ,YANG TINGGAL HANYALAH KHAYALAN DAN IMPIAN KOSONG SEPERTI CERITA MAT JENIN YANG TERJATUH POKOK KERANA BERKHAYAL BERKAHWIN DENGAN PUTERI RAJA.
  • Abuafifammar Fammar · Pengulas Tertinggi · Institut pertanian malaysia
    Biaar je Dr M ni nak cakap apa2 pun...org muda sekarang ni bijak menilai....Islam Pasti Menang..
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Pengulas Tertinggi
    Oi PAS pilah nasihat anwar, suruh dia buat sumapah laknat ataupun ujian LIE DETECTOR! Lu ularmark ularmark PAS manyak kuat temberang oh! kejap islam kejap kebajiakan! apa lah punya orang seruoa itu BIAWAK SASAU saja! tui tui tui tui.
  • Ismadi Ismail · Pengulas Tertinggi · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
    Kita minta dijauhkan dari berperangai macam che det. Allah boleh terbalikkan hati manusia mengikut kehendakNya. Kita sbgai manusia hanya mampu berdoa padaNya. Kita cuma mampu berikhtiar agar tertegakknya hukum Allah di bumi ini.Yang lain terserah padanya.Jgan layanlah org yg belum lagi membiasakan diri kerumah Allah tu....adakah termakbul doa almarhum Ust.Fadhil Noor agar dipanjangkan umur Che det agar sempat melihat apa kehinaan pada agamanya selama ini terpampang didepannya hasil perbuatan tangannya sendiri.....
    • Noriah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Sciences Inc.
      che det dan kuncu2nya takut tangan mereka terpotong jugak sb mereka ni pencuri besar negara.Pasal tulah hukum Hudud tak boleh dilaksanakan.
  • Mass Pilot · Top Commenter
    Nampaknya PAS dan akan kena apabila isu ini dtimbulkan semula. Sudah tentu Gerakan & Mca akan mencanang isu ini habis habisan. Najib tentunya akan berpura-pura setuju. Jadi, Pakatan Rakyat akan terperangkap. DAP & PAS akan betelagah. Hentikanlah. Jangan Terperangkap
    • Juan Montoya · Top Commenter · Teluk Anson, Perak, Malaysia
      septut nye jngan dilayan Tun M ni, sbb dah tak de ape2 pekdah melayan dia ....brcakap ikut sdap mulut jer....., jika ditakdir kan DAP nak kuar Pakatan...biar kan je.....
    • Janet Limz · Top Commenter
      Juan Montoya : Pakatan dah macam cacing kepanasan sekarang..tuhan dah tunjuk kebenaran..bermacam2 isu & kenyataan bodoh yg keluar dari wakil2 pakatan..mereka2 ini tidak layak memerintah negara..
    • Juan Montoya · Top Commenter · Teluk Anson, Perak, Malaysia
      Janet Limz : ko x perasan ke kenyataan2 bodoh dari pmimpin2 BN ? mane nak prasan sbb media x nak heboh kan.....BN dah kelam kabut nak hdapi PRU pun ko x prasan gak ke ?....ye aku pun prcaya Tuhan akan tnjukkan jalan tuk BN mnjadi pmbangkang d malaysia
  • Satu Dua
    34 Al-Maaidah 5 49 Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
  • Satu Dua
    12 A-li 'Imraan 3 23 Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
  • Satu Dua
    http://www.youtube.com/watch?v=ZmGi77cf7IU
  • Satu Dua
    71 An-Nur 24 18 Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
  • Zulkiflinordin Pak Uda · Pegawai kastam pencen at Government
    wauu! tinggi songkok tu bang? mat dead ni dia rasa dia baguih dia rasa dia paling sesuai jadi idola mcm firaun zaman nabi musa..mengaku tuhan..tak pecaya ngn allah..nabi di cemuh dicaci...hayat dah sampai dihalqum tapi masih sibuk ngn hal2 dunia..tua kutuk..nauzubillah.
  • Lima Papah · Top Commenter · University of entahmano
    la dr m ni dah mudah lupa baik jangan layan dia... nyanok dah orang tua ni... cuma nak tunggu UMNO/BN tumbang baru boleh gi dengan aman...
  • Wan Nor · Top Commenter
    orang tua selalu nya cepat lupa...
  • Satu Dua
    Al- Baqarah 2 208 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
  • Satu Dua
    2 Al- Baqarah 2 152 Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
  • Nur Suzana Khamaruddin · Top Commenter
    mamak....oh....mamak......ingatkan keluar masuk icu sudah taubat.....perangai perompak sama saja....takut hudud...
  • Azmi Mohd · Top Commenter
    ntahler,... x tau nak kata apa kat yg tolak hudud ni.....adakah ciptaan manusia lebih perfect???..naper solat? naper pose?...naper raya?...pelik2
  • Fasya Zainal · Top Commenter
    Amin, bukakanlah hati pemimpin2 kami ke arah jalan yg benar... Amin!
  • Wan Hafizam · Top Commenter
    Makhluk ni tak percaya Quran atau Hadis sebab tu dia rasa dia tuhan juga..
  • Ahmad Naqib
    Melayu mudah lupa konon.
    die yg the lupa diri mne die asl.
  • Khirrudi Kajaga · Top Commenter
    saya cadangkan supaya biarkan lah Tun Mahathir dengan labu labu nya. kalau nak terjun, terjun lah, dia dah tua, bkn budak hingusan. dia PM bukan Pos Master.
  • Ibn Abd Halim · Top Commenter · DTC
    Kalau dilayan karenah suku sakat Ibnu Salul sampai bilapun tak selesai.
  • Raja Bugis · Top Commenter
    macamana orang tua nyanyuk nak nasihat parti yang nak mampus.
  • Satu Dua
    72 An-Nur 24 34 Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
  • Heyy Gong · Insaniah
    makin karut warga tua!!
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    cik det... hang dah tua.. kubur dah melambai2.... janganlah lagi nak mempermainkan Islam.. kalau hang benci Islam sekalipun... hang duk diam2 la... janganlah menambahkan lagi pergaduhan sesama Islam... hang bila la nak insaf.... tak takut ke balasan Allah....
  • محمد عصمد اواع · PSAS
    xtahu ke HUKUM HUDUD itu adalah perintah ALLAH..hukum ini tok org islam...org yg bukan blh diberi peluang jika disabit melakukan kesalahan, samada nk ambik hukuman islam atau hukuman yg sedia ada...fikir lah diluar kotak skit..
  • Ayah Din Samin
    sampai mati pun x akan aku ampun kan sesiapa jua umat islam yang dengan senaja menghalang atau mempersenda kan hukum hudud d jalan kan.
  • Irkiz Rith
    AWAT DAH DEKAT 10 TAHUN MAHATHIR LETAK JAWATAN BARU TUAN HAJI SIAM TERINGAT NAK BUAT HUDUD.
  • Ahmad Hassan · Top Commenter
    banyak sangat sindir Mahathir tentang islam ni, nabi simpan janggut keranA PISAU TAK ADA.Bolehkah opembangunan Kelantan maju dengan hanya berdoa...........dan banyak lagi.
  • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    apanama...saya tak ingat...apa nama....melayu mudah lupa...apanama.
  • Ddin Ali · Top Commenter · UUM
    Tun M dah nak DIVERT isu hudud ni ke Najib pulak!
  • Saimil Liza · Top Commenter · Smk al falah parit tok ngah , tg piandang perak , 1976-1981
    Tun dah nyanyuk la tu dia tak ingat apa yang dia buat semasa jadi PM ..
  • Muhammad Nazmi · Top Commenter · Al-Azhar University, Cairo
    nauzubillah...dari mempersendakan hukum Allah..tu yg filem skang makin biadab pd Islam..umno yg ajor.
  • Mohamad Ismail · Top Commenter
    ambil mudah, jangan fikir teruk-teruk buat sakit kepala. katakan lah kalau nak sembahyang, yang satu mahathir jadi imam dan yang satu lagi tok guru nik aziz jadi imam. mana satu yang kita nak jadi makmum. iman ni mesti pimpin dunia dan akhirat. mahathir ni tak pernah ingat mati ker. dah rumah kata pergi, kubur kata mari, bertaubatlah..... pemimpin akan ditanya tentang pimpinan dan orang yang dipimpinnya. main-mainkan hukum Allah, kalau tak jadi pemimpin hanya dengan Allah saja, bila jadi pemimpin, bagaimana pula orang-orang yang menyokong pendapat yang sesat tuh. Banyaknya dosa.
  • Antimelayu Petualangislam · Top Commenter · Friends with El Danish Ilham
    HUKUM HUUDUD TAK SESUAI DILAKSANAKAN DI NEGRA BERBILANG KAUM...ANTARA UCAPAN NYA..YG MENGHINA HUKUM HUDUD ITU...ANAK DIA ADA SAHAM KILANG ARAK DI FILIPINA PUN DIA TAK MAMPU NAK NASIHAT..KITA NAK IKUT E NASIAHAT MAHATHIR HAPRAK NI.
  • Mohdzaki Halim · Top Commenter
    Ayuh pakat2 'mengaji' agama. Hukum agama dlm Islam sampai ke dalam tandas, bukan setakat muamalat, pentadbiran dll.
  • Satu Dua
    Dalam rukun Iman salah satu / Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

    satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.

    Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)

Anwar sokong hudud dilaksanakan di Kelantan
Sep 22, 11 3:42pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak-hak orang bukan Islam dan pentadbiran yang adil adalah dijamin.

NONE"Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.

"Ia tidak dalam apa cara sekalipun mencabuli hak-hak orang bukan Islam," kata Anwar, ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Anwar menegaskan bahawa pandangan berkenaan dalah pandangan peribadi beliau dan Pakatan Rakyat belum membincangkan perkara itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar PAS yang memerintah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Perbalahan antara Mahathir dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung undang-undang hudud bermula pada bulan Jun lalu apabila bekas perdana menteri itu mempersalahkan DAP sebagai penghalang cita-cita PAS memperkenalkan undang-undang Islam.

NONENik Aziz menjawab bahawa bukan DAP atau pengerusinya Karpal Singh yang menjagi penghalang itu tetapi sebaliknya, dalang itu adalah Mahathir. Menurut Nik Aziz, Mahathir bertanggungjawab menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Isu itu tercetus semula baru-baru ini apabila bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa keadaan di negeri Kelantan tidak cukup "kondusif" bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.

'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'
Sep 22, 11 11:32am

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

NONEKatanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.

"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

Rasai kejujuran Nik Aziz

Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".

Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

  • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
    Memang bukan salah Kelantan tidak melaksanakan HUDUD... tapi salah PM yang tidak melaksanakanya. HUDUD nih bukan kepunyaan Kelantan ataupun PAS tetapi hukum yang wajib diteggakan oleh pemimpin yang mengaku beragama Islam.
    • Mohd Firdaus · Pengulas Tertinggi · UUM
      Terbaiiiiiiiiiiiiiik
    • Rasman A Karim Rasman · Pengulas Tertinggi · MPTI
      niat yang baik.... tapi bila dipolitikkan semua porak poeranda..
      pas terlalu sibuk berpolitik hingga lupa tuasal
    • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
      Rasman A Karim Rasman Kalau PAS terlupa UMNIO tolong laa buat kan ... senang jee solutionnya kan :D
  • Meor Shukri · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
    Setahu saya untuk mengubah perlembagaan atau menukar ke hukum hudud, perlu sokongan 2/3 dlm parlimen, bukan boleh senang-senang tukar cam tu jer. PAS memang tidak akan dapat sokongan sebanyak itu di dlm parlimen disebabkan golongan penentang seperti umno ini lebih ramai dari PAS. Justeru bukan salah PAS tetapi salah mereka yg islam yg tidak menyokong hudud dlm parlimen.

    Dari luaran umno menyalahkan PAS kerana tidak kotakan janji utk melaksanakan hudud, tetapi rakyat tidak tahu bahawa PAS memang tidak dpt laksana hudud jika tiada sokongan dlm parlimen. Jadi nampak macam PAS tidak tunaikan janjinya.

    So, siapa salah disini, sudah semestinya kerajaan pusat kerana tidak menyokong hudud. Dah la tak mau buat, sokong orang yg nak buat pun tak mau...

    Benarlah kata Nik Aziz, jika Allah tanya beliau diakhirat mengapa tak laksana hudud, beliau akan jawab kerajaan pusat yg halang. Nanti jawablah PM mana yg berkuasa pada ketika itu...
    • Notakanan
      kah kah kah dap akan angat tangankah untuk sokong majoriti 2/3 tu? dari 222 kerusi parlimen, berapa kerusi melayu islam? bijak sikit bro
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      Notakanan bukan soal perlimen o parti tp pemerintahan dr pemimpin islam itu...knp kelantan nak jalankan hukum hudud xdibenarkan,,,untuk kerajan negeri,,,sbb jika kelantan menjalankannya,,,sudah tentu rakyat dpt menilai kebersanan hukum hudud itu,,,sbb itu umno takut ....takutkalah dlm PRU,,,,XDE MANUSIA MANA YG DAPAT MENGALAHKAN HUKUM ALLAH
    • ويلون جاكه · Pengulas Tertinggi · Friends with Dppk Bakri
      Notakanan ni bioll..
  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    PERDANA MENTERI MALAYSIA.

    YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
    Menteri Besar Kelantan.
    KELANTAN
    ...Lihat seterusnya..
    • Sifu Ug · Pengulas Tertinggi
      tapi apa kes sampai nak saman kerjaan negeri kelantan???
    • Izaan Azyan · Pengulas Tertinggi · Tutor di Mind Research Consultant
      kenapa perlu takut dengan hukum Allah? Hanya pendosa yang takut dengan hukuman.
    • Muhammad Zukhairi · Bekerja di Azmi & Associates
      kalau surat ini ditulis oleh PM, maka saya sarankan seharusnya penasihat2 PM perlu meneliti semula kandungannya. Sbg contoh, saya percaya dlm keranga undang2 jenayah Islam yang ingin diterapkan oleh kerajaan kelantan meliputi bukan hanya hudud malah ta'zir. Dalam isu rogol, ianya perlu dilihat secara holistik i.e. merangkumi Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah.
  • Leeboroy Perutboroy · Pengulas Tertinggi
    "Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

    SELAGI UMNGOK DAN BE END PERINTAH... SELAGI TU JANGAN HARAP NAK AMBIL TINDAKAN YANG WAJAR.
  • Ustaz Zulqarnain Hassan · El-Azhar
    Bagi saya, suasana kondusif yang sebenarnya ialah bilamana kerajaan BN (yang selama ini diberikan peluang memerintah 54) jatuh dalam PRU akan datang. Hudud adalah hukum Allah yang pastinya akan mendatangkan keadilan bila dilaksanakan. Persoalannya sekarang ulama Islam sendiri terpengaruh dengan momokan musuh dan barat yang cuba memburukkan "Hudud". Petunjuk asasi bagi sebuah pemerintahan Islam islam ialah 'Mendaulat Syariat Allah" dan hudud adalah termasuk dalam syariat.
  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter
    biar lah kelantan menjadi contoh dulu, kalau pun kerajaan perseketuan masih ragu-ragu, walaupun kerajaan pusat banyak memiliki ulama yang memilik phd dari barat...kita sebagai orng yang mengaku islam kena patuh pada perintah allah dan rasul..pada yang tak mahu berhukum dengan hukum allah biar lah,,, untuk mu agama mu,"untuk ku agama ku",, kalau salah tolong perbetulkan,, insyaallah pada yang non muslim akan tertarik dengan keadilan hukum allah..disertai dengan keikhlasan pemimpin yang menjalankan hukum tersebut..lillahitaala...bukan parti, bukan kaum, bukan bangsa, hanya untuk mendapat rahmat allah semata-mata.wallahuatlam..
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Betoollllllll..Buatla di kelantan dulu. Atau semua negeri PoRn dulu. x payah nak tg dapat memerintah bru nak laksana.
    • Azroy Ismail · Top Commenter
      Sepat Laut camner nk buat... federal nk saman kelantan kalau buat... tah apa2...
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Azroy Ismail : Biasela tu bro... nak menegakan hukum tuhan mmgla banyak rintangan. Tapi buat jela. Pduli ape die nak saman. Yang penting dah jalan hukum tuhan. Tapi aku tgk pas tak laksana pn dah nak salahkan kerajaan. Tu macam nak menutup kelemahan sendri sebab tak mampu laksanakan hudud. Jangan mcm tu, professional sikit.
  • Pemuda PAS Sec-17 Shah Alam S'gor
    Sebab Tu Berlambak Permasalahan Baru Lama Kita Tak Selesai-2 Dgn Masalah Sosial Buang AnakNya, PerceraianNya, JenayatNya, RasuahNya, DLL, Juga Antara Sebab harga bn brg naik sana sini. Yg susah adalah kita Semua Hidup Tak Aman Tak Bahagia Ada-2 Aje Masalah Yg Macam-2 Ragam, Sebab Kita Tak Ikut Hukum Islam Yg Allah Pencipta Kita Suruh Itu Je ~ Sila LIKEs.
  • Naushad Jeliang · Kuala Kangsar
    Undang2 Lord Reid x sape nk canggah pun! tp nk laksana hudud pase ape nak cabar mencabar..kalau Tun Mahathir nk tengok hudud hang srh Najib beno kelantan buat..mcm hapus ISA tu..senang je umum kan!
  • Noriah Yusoff · Top Commenter · Works at USANA Health Sciences Inc.
    Kalau bukan sekatan daripada pihak kerajaan, pasti hukum hudud akan dilaksanakan..sebab Hudud bukan milik kita semua..ia adalah milik Allah.
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Buakn sebab kerajaan. Sebab PAS sendiri pun lemah. PAS dah ade peluang laksanakan hudud di kelantan sejak mereka pegang kelantan. Tapi sebab takut dgn mahathir mereka tak laksana hudud. Lepas 2 nak salahkan mahathir pulak
    • Noriza Yusoff
      Dh mmg salah mahathir pn,jd kna mrh dia la..kaji dlu bru ckp.klu x tau sejarah baik diam je klu ckp jgk nanti org tau kita mmg bodoh.
    • Adnan Bin Bakar · Jasin Secondary English School
      Surat Pernolakan Madey Pada Kelantan.
      http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22166#709010
  • Osman Omar · Top Commenter · SEK MENENGAH TUNKU SULONG, JENIANG
    Pak Det saja nak buat lawak bodoh, nak kelirukan rakyat yg disangkanya bodoh mana UMporNO...
    • Rasman A Karim Rasman · Top Commenter · MPTI
      bodoh-bodoh cek det... ada proton.... orang yang ngaku pandai ada apa...... air liurja.....
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Rasman A Karim Rasman : Bukan saja proton..banyak lg tu sumbangan die.
    • Ahmad Fahmin Hussain
      Rasman A Karim Rasman & geng.. awat la hampa ni teruk sgt.. ni pasal agama la.. setiap apa yg kita buat di dunia ni,cmua akan dibentangkan di hadapan Allah nnt, x kecuali satu pun. hg dok tgk cek det buat proton,hg bangga sgt la.. awat hg x tengok firaun buat piramit, lg dahsyat.. awat? hg nak ikut dia gak? hampa jgn bercakap sedap mulut ja, ni bab hukum Allah. silap aribulan terima padahnya di akhirat yg kekal abadi.. nauzubillah..
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    "Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
    sokong tulisan itu bawa ulama2 progresif sunnah al azhar seperti yusuf al qaradawi dan seangkatan dgnnya untuk membahas supaya dapat membuat ijtihad2 baru..
    Yang penting hudud itu bukan versi taliban, somalia dan sudan.
  • Suhairy Nor · Top Commenter · UPSI
    ALHAMDULILLAH...satu kenyataan yang dinantikan rakyat... trima kasih Dr. Asri... anda akan dapat ganjaran di Akhirat nati... InsyaAllah...
  • Noorul Habibi · Works at Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(JAWI)
    Penjelasan terbaeeekkkk...meme dasar kegho je'en kapir..54 thn doh memerentoh..dari politik, sapa ko hukuman, dok main pitih skalo..so pun xdok hok ngikut hukum al-Quran..dendo, bayar..dendo..bayar..pitih saman, demo wak gapo.pitih cukai lagi demo wak gapo.malah nok hurai panje..jd sabit ko mugo lain, demo sakit ati plop..
  • Sheik Daud Hamid · Self Employed (Business) at My own business
    dalam khutbah terakhir BAGINDA RASULULLAH SAW berkata sesungguhnya aku tinggalkan keapada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamnya itulah AL-QURAN DAN SUNNAHKU fikir2kan lah wahai kaum muslimin dan muslimat.
  • Pakatan Haram Yang Haram · Top Commenter · Friends with Mykini Gateway
    sebelum ni salahkan Tun Dr M pasal x leh nak laksanakan hukum hudud....skrg PM Najib...pegi la wat permohonan nak laksanakan hukum hudud....jgn cakap jer pasal nak pilihanraya....kalau benar2 ikhlas nak laksana hukum hudud....jgn lupa itu kapal sinki kasi ikat dulu....take kalo dia ada marah....
    • Tokeman Mohd Sidek
      Karpal hidup lagi....mana boleh laksanakan hukum Hudud!!!!!!......N ajis x berani......
    • Sifu Ug · Top Commenter
      Tokeman Mohd Sidek ... kau nik lagi bak dicipta jadi babi je... rasa itu lagi baik...
    • Muhammad Yusri · Top Commenter · Islamic University of Madinah
      Tokeman Mohd Sidek - karpal singh hentam hudud dlu.skrg hkum hudud tn guru nik aziz bgktkn balik..ade karpal bising mcm dlu..umno yg lme mentadbir.npe x laksana hkum islam tu?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan