Sekretariat Pakatan Rakyat |
Pada mesyuarat minggu ini, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah memberi tumpuan kepada proses penyediaan Bajet itu sendiri. Tumpuan pihak media dan masyarakat awam selama ini hanyalah kepada ucapan pembentangan Bajet Menteri Kewangan . Selepas hari-hari berikutnya kita disogok dan disibukkan dengan petikan demi petikan berbagai golongan berkepentingan yang memuji melambung, perhatian pihak media dan masyarakat awam kemudiannya akan dialihkan kepada perkara lain pula. Perkara yang sering dilupakan adalah tujuan utama sang Menteri Kewangan memberi ucapan dan membentangkan Bajet cadangan tersebut, iaitu: “Bajet cadangan yang dibentangkan itu adalah untuk penelitian, pertimbangan dan kelulusan Parlimen.” Di dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen, YB ahli-ahli Parlimen adalah di pertanggungjawabkan untuk memberi pengisian dan pengawas-seliaan keatas perancangan pihak Eksekutif, iaitu kerajaan yang memerintah. Fungsi ini dianggap begitu penting hinggakan tidak kurang dari 18 hari bersidang iaitu hampir satu bulan kalendar bekerja diperuntukkan untuk perbahasan mengenai Bajet cadangan itu di peringkat Jawatankuasa. Di peringkat Jawatankuasa ini, Bajet untuk setiap Kementerian sepatutnya akan dibincang dan dibahaskan secara terperinci. Namun begitu, pada masa ini perbahasan yang terperinci tersebut bagaikan mimpi indah sahaja di Malaysia.
o YB Ahli Parlimen tidak mempunyai peluang untuk membina ketrampilan dan pengetahuan khusus untuk kementerian tertentu; o YB Ahli Parlimen yang mempunyai pengetahuan, kebolehan dan wawasan untuk disumbangkan mungkin tidak dapat berbuat demikian sekiranya tidak berjaya menarik perhatian Speaker/ Yang Dipertua Dewan; o YB Ahli Parlimen mungkin mengalami kelesuan tumpuan sekiranya Parlimen bersidang hingga larut malam untuk mengejar jadual perbahasan; o Masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi kerana kesemua 25 kementerian persekutuan itu akan dibahaskan oleh “jawatankuasa” yang sama dalam tempoh masa 18 hari sahaja; Sebarang sumbangan pengisian dari YB Ahli-ahli Parlimen mestilah dianggap penting dan berharga. Ini adalah kerana mereka mewakili kepentingan rakyat. Pakatan Rakyat mahu supaya dilaksanakan perbahasan peringkat jawatankuasa yang sebenar-benarnya,:
Pakatan Rakyat percaya usul ini akan melahirkan Bajet-bajet akan dating yang lebih berkesan dan memaparkan keperluan dan kehendak rakyat sewajarnya:
Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan 7 buah Jawatankuasa berikut dan kementerian-kementerian yang akan diawas-selia dibawahnya (penamaan kementerian adalah mengikut apa yang dilaksanakan kerajaan sekarang dan tidak sesekali mencerminkan pemikiran dan pendirian PR) : 1. Hal-ehwal Nasional dan Antarabangsa
2. Ekonomi & Kewangan
3. Keselamatan
4. Pendidikan, Bakat & Pekerjaan
5. Pertanian dan Pembangunan Wilayah
6. Infrastruktur, Pengurusan Sumber & Alam Sekitar
7. Kesejahteraan Komuniti
DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT Oleh wakil-wakil parti:
YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Islam Se-Malaysia YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa Democratic Action Party YB NURUL IZZAH ANWAR, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
9 September 2011 |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 10 September 2011
GUNA KEPAKARAN AGAR DAPAT PAHALA DISISI ALLAH...BUKAN MENIPU ...MENGHIMPUN DOSA..TAKUT TAK TAHAN DIBAKAR DALAM NERAKA ALLAH...
Guna kepakaran, ketrampilan dan bakat ahli parlimen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan