Rabu, 21 September 2011

BUKAN HANTU BONCENG AJE...BANYAK LAGI MELANGGAR HUKUM..TAK TUTUP AURAT...BERCAMPUR GAUL..DAN BANYAK LAGI

PAS beri jaminan tak akan tukar bendera | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat (PR) ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya Jalur Gemilang.

Beliau menyifatkan, Jalur Gemilang tiada salah dan berdosa sebagai bendera Malaysia.

“Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera,” tegas beliau dalam satu kenyataanya melalui sms kepada Harakahdaily.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menegaskan bahawa PAS tidak akan bersetuju dengan mana-mana cadangan untuk menukar bendera Malaysia.

“PAS bagi jaminan tak akan tukar bendera,” tegasnya lagi.

Adun DAP Kota Alam Shah, M Manoharan telah memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya dalam Twitter beliau baru-baru ini, di mana beliau menyatakan akan bertindak menukar design bendera Malaysia sekiranya menang.

Namun begitu, serangan Umno terhadap beliau masih bertali arus.

Semalam Tuan Ibrahim turut menegaskan tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.

Disebabkan itu, katanya sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun,” tegas beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” nasihat beliau.


ISA: Tak mahu mohon maaf, kerajaan angkuh | Print |
Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: "Tak layan lagi bagus", demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada keengganan kerajaan meminta maaf terhadap mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Tidak mahu layan maknanya tak mahu memohon maaf. Tak layan lagi bagus, biar rakyat dan seluruh dunia menyaksikan keangkuhan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Buat salah, buat zalim, selepas itu berlagak sombong dan takbur tak mahu meminta maaf.

"Sekarang rakyat nampak dengan lebih jelas lagi sikap angkuh, sombong dan takbur kerajaaan BN," kata beliau yang dua kali ditahan di bawah ISA.

Mohamad mempersoalkan, jika ISA bukan akta yang zalim dan digunakan sesuka hati oleh kerajaan BN untuk melakukan kezaliman, rakyat tidak menentangnya dan ia tidak perlu dihapuskan.

Tetapi, katanya lagi, bila terbukti selama ini rakyat bersungguh-sunguh menentangnya secara berterusan dan selepas itu kerajaan pula tertekan sehingga terpaksa menghapuskan akta itu, ia dengan sendirinya membuktikan ISA memang zalim dan berkali-kali digunakan untuk melakukan kezaliman.

"Bila sudah melakukan kezaliman, seseorang akan memohon maaf jika ia insaf.

"Tetapi, apabila enggan melayan seruan memohon maaf, terbukti kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak pernah merasa insaf melakukan kezaliman.

"Bukan sahaja tidak insaf dan tidak meminta maaf, malah dengan angkuh, sombong dan takbur mengumumkan kepada seluruh dunia tidak mahu layan seruan supaya meminta maaf," katanya.

Beliau yakin rakyat akhirnya akan menilai sendiri jenis apakah kerajaan yang enggan memohon maaf setelah melakukan kezaliman.

"Dengan perangai seperti itu, tidak hairanlah jika populariti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jatuh merudum sedangkan sebelum ini apa yang dilihat sebagai popularitinya diharap dapat mengimbangi kebencian sebahagian besar rakyat kepada Umno BN," katanya.

Sebelum itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuntutan Mohamad supaya kerajaan meminta maaf terhadap bekas tahanan ISA berikutan pemansuhan akta itu tidak perlu dilayan.

Mohamad yakin, dengan sikap angkuh yang ditunjukkan oleh kerajaan dan pelbagai pendedahan negatif terhadap kerajaan termasuk mengenai daftar pemilih serba meragukan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib memerlukan masa yang sangat lama untuk memulihkan popularitinya walaupun beliau dilaporkan menggunakan khidmat orang-orang yang pernah menaikkan imej bekas Perdana Menteri British, Tony Blair.

Beliau juga yakin, percubaan untuk menonjolkan imej Najib kononnya sebagai moderat yang reformis bagi mengimbangi imej Umno yang bengis dan semakin kelihatan suka berkelahi tidak akan berjaya.

Rakyat khususnya masyarakat pertengahan yang cuba diumpan oleh Najib, katanya, tidak buta dan mereka nampak dengan jelas sikap Najib dan Umno dan yang tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menghulur salam tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".

"Bila ada perbezaan pandangan, mereka bukan mahu berhujjah tetapi mengancam mahu menyalahgunakan kuasa, memfitnah dan menunjukkan perangai suka berkelahi, walaupun kita sedia berhujjah.

"Itu bukan sifat moderat yang reformis, itu sifat samseng," katanya.

Mohamad melihat sifat itu sudah begitu sebati dengan kerajaan Umno BN.


Mudah jadi warganegara macam beli barang e-lelong | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Pendedahan Menteri Bangladesh bahawa rakyat negara itu begitu mudah diberi kewarganegaraan Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan.

Biarpun dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak benar, namun ianya sukar diterima rakyat dikala kes demi kes berhubung pendatang asing boleh mengundi didedahkan.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, jika benar dakwaan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed bahawa rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi, bermakna untuk mendapat taraf kewarganegaraan di negara ini begitu mudah seperti membeli barang melalui internet.

"Kalau sebelumnya didedahkan oleh pihak pembangkang, sekarang didedahkan oleh laman web kerajaan Bangladesh. Kita tunggulah apa pula jawapan daripada raja lawak BN.

"Nampaknya hendak menjadi warganegara begitu mudah seperti memberi barang di dalam e-lelong," katanya.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai .

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Idris berkata negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa yang sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional.

"Apakah pemimpin negara ini sudah hilang maruah demi kepentingan kuasa dan harta sehingga menggadai maruah untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada sesiapa yang dirasakan dapat memberi keuntungan jangka pendek.

"Apakah strategi ini terpaksa dibuat kerana anak watan di negara ini sudah mual dengan kerajaan yang ada pada hari ini, maka jalan terakhirnya mendapat bantuan daripada orang luar walaupun merbahaya kepada masa depan negara," soalnya.


Pengawal keselamatan lapor polis dakwa diainaya majikan | Print |
Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 20 Sept: 72 orang pegawal keselamatan yang bekerja dengan Power Security Consortium Sdn Bhd mendakwa gaji mereka tidak dibayar sepenuhnya sejak dua bulan lalu.

Selain itu, majikan mereka juga didakwa berdolak dalih apabila merekodkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO dalam slip gaji mereka sebelum ini, tetapi pada hakikatnya ianya tidak dicarum.

Sehubungan itu seramai 25 orang daripada mereka semalam membuat satu laporan polis di Ibu Polis Daerah Shah Alam menggesa majikan mereka disiasat.

Menurut salah seorang dari mereka, laporan itu juga meminta pihak polis menyiasat berkenaan ganguan seksual yang dilakukan oleh penyelia syarikat terbabit kepada seorang pengawal wanita.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 72 orang pengawal keselamatan itu.

Komitmen Rodziah itu disampaikan oleh pegawainya Naim Jusri yang turut hadir mengiringi pekerja tersebut membuat laporan polis di sini.

Naim memberitahu, Rodziah akan memberi bantuan dan akan berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi melihat saluran bantuan kewangan yang sesuai diberikan kepada semua pekerja tersebut

"Kita lihat seramai 72 orang pekerja sehingga sekarang belum menerima bayaran gaji yang penuh sejak dua bulan yang lepas dan keadaan ini amat memeritkan mereka apatah lagi sewaktu kita menyambut Syawal yang lepas dan ada diantara mereka tidak dapat menyedaikan persiapan hari raya kerana tidak mendapat gaji," jelasnya

"Apa yang kita tahu ialah syarikat tersebut hanya membayar caruman kepada KWSP sehingga bulan Mac 2011 sahaja dan selepas itu tiada caruman dilakukan walaupun terdapat potongan dilakukan," sambungnya lagi.

Wakil kepada pekerja yang membuat laporan polis, Zainudin Mohd Nor, 50 tahun mahukan pihak kerajaan dapat menyelesai masalah yang mereka hadapai, malah berharap isu ini disegerakan.

"Kami rasa amat terhina kerana diperlakukan sedemikian, kami bukannya peminta sedekah yang perlu meminta dan apa yang kami nak adalah hak kami hasil dari titik peluh kami sendiri.

"Apa yang kami hadapi ini boleh mendatangkan masalah yang besar malah akan menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, kami tersepit dengan masalah kewangan sehinggakan ada diantara kami ingin meminjam dengan 'along' kerana hilang punca untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarga," katanya.

Selain membuat laporan polis ini, mereka juga akan membuat laporan kepada KWSP, Jabatan Tenaga Kerja malah akan mengambil tindakan undang-undang.


10 lagi IC palsu siri kedua didedah | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.

Sebelum ini, Suhaizan menjelaskan, menjadi amalan biasa di pusat-pusat pengundian mereka yang mempunyai kad pengenalan yang hanya sedikit sahaja bezanya dengan nombor kad pengenalan yang ada dalam daftar pemilih dibenarkan mengundi dengan cara mendapatkan kebenaran dari ketua tempat mengundi.

Mereka dibenarkan mengundi dengan cara mengisi satu borang akuan bahawa mereka adalah orang sebenar berdasarkan kad pengenalan dan nama dalam daftar pemilih itu.

Berikut adalah maklumat-maklumat individu tersebut seperti disemak dalam web SPR:



Mengulas lanjut beliau berkata, beliau tidak mahu menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu namun menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar.

"Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

"Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya," katanya.

Sehubungan itu juga beliau mahu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang masih membisu seribu bahasa tampil menjelaskan perkara itu kerena mereka lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.


Hentikan tayangan filem Hantu Bonceng | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," katanya.


PTPTN: PAS gerakkan referandum rakyat | Print |
Nazri Abdullah

BANGI, 20 Sept: PAS akan mengadakan pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ianya akan diusahakan oleh Lajnah Pengguna PAS (LPP) melalui Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) yang baru diwujudkan dibawahnya yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi LPP, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Uniknya, pungutan suara tersebut akan dikumpulkan melalui laman sosial Facebook jawatankuasa itu di www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP bermula Oktober ini.

"Kita mintak semua rakyat khusunya peminjam dan bakal peminjam menyertai kita di Facebook ini untuk memberi pandangan atau cadangan kepada kita," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Taufek, antara isu-isu serius PTPTN yang akan dibawa JIP termasuklah menuntut kos pentadbiran tiga peratus dari jumlah pinjaman ditukar kepada satu nilai tetap yang sama rata tanpa mengira jumlah yang dipinjam.

Selain itu JIP jua akan memperjuangkan agar tempoh bertenang enam bulan dipanjangkan sekurang-kurangnya satu tahun.

Ianya bagi memastikan peminjam mampu mendapatkan pekerjaan sebelum boleh dipaksa membuat pembayaran balik pinjaman.

Mereka juga akan menuntut agar pihak PTPTN mematuhi Akta Had Masa pinjaman iaitu enam tahun dan bukan 12 tahun seperti diamalkan sekarang.

"Maksudnya bulan ke enam kalau peminjam tak bayar, kena ambik tindakan.

"Kita bimbang kalau pihak PTPTN sengaja melewatkan tindakan contohnya bulan ke 11 semata-mata untuk keuntungan mereka," katanya.

Selain itu, tindakan menyenarai hitam peminjam juga didesak untuk dikaji semula.

Dalam isu penukaran pinjaman kepada skim Ujrah pula, mereka mahu syarat-syarat pertukaran dipermudahkan.

Menurutnya, syarat yang dikenakan sekarang ini sangat ketat, menyusahkan dan tidak menolong menyelesaikan masalah peminjam yang mempunyai tunggakan dan saman di mahkamah.

Turut serta pada sidang media itu Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dan Yang diPertua PAS Serdang Hj Shafie Ngah.

Menurut Mahfuz, adalah tidak wajar seseorang yang belum mendapat kerja sudah dibeban dengan hutang PTPTN.

"Sebab itu kita mahu melihat respon pengguna tentang akta ini sama ada mahu mendesak agar Akta PTPTN 1997 (Akta 566) dimansuhkan atau ada cadangan lain.

"Hasil referendum itu akan dibawa kepada kerajaan malah sampai kepada Yang DiPertuan Agong,"katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan