| Aslani M | ||||||||||||||||||
| JELI, 4 Sept: Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga tiga hari iaitu hari-hari tasyrid. Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga. Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah. “Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. “Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali. Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka. Seorang guru agama dari Pondok Sungai Durian berkata, umat Islam hanya disunatkan bertakbir Hari Raya Aidilfitri sebelum solat hari raya dan selepas itu tidak lagi disunatkan. “Hendak bertakbir pada waktu lain tidak menjadi kesalahan tetapi masanya sudah habis kerana takbir pada Hari Raya Aidilfitri disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. “Kalau hendak buat juga tidak ada lagi pahala sunat seperti diajar agama Islam. Amalan bertakbir itu berlaku di luar waktu ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini. Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, nampak sangat pemimpin Umno tidak mengambil berat solat agama apabila melakukan perkara mengikut akal semata-mata. Katanya, budak sekolah rendah pun tahu disunatkan bertakbir pada Hari Raya Puasa sebelum solat sunat Aidilfitri. “Mungkin juga mereka bertukar dengan bertakbir Hari Raya Haji yang disunatkan sehingga tiga hari,” ujarnya. Sebelum ini bekas Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dikatakan pernah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Asar.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 4 September 2011
BILA JARANG ATAU TAK MENADAH KITAB...MALANG LAGI KALAU BENCI MAJLIS ILMU...JAUHKAN DIRI DENGAN SYARIAT ALLAH...LAGI BERAT..KEMBALILAH PADA ISLAM...
Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno
SERDANG, 4 Sept: Lebih 1,000 orang hadir di kediaman keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Taman Serdang Raya di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada jurukamera BernamaTV itu yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.
Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Hashim Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada petang 1 Syawal lalu.
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan program jelajah yang akan ‘menyerang’ Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu.
KOTA BHARU, 4 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang.
Beliau juga bertanya sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno sendiri di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan