Selasa, 27 September 2011

BIARLAH PUNYA DIRI MENENTUKAN..SUSAHNYA BUKAN KITA TOLONG...ALLAH TENTUKAN UMUR DAN REZEKI...REZEKI ALLAH LUAS..CUMA KITA SUKA BERGANTUNG PADA GOMEN..

Lanjutkan persaraan sektor swasta kepada 60 tahun
Sep 26, 11 6:37pm

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Azlan Zainol berkata, beliau berharap pelanjutan umur persaraan itu dibuat pada pengumuman bajet akan datang.

azlan"Saya berharap pada 58, jika tidak 60, sebagai umur persaraan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mengharapkan sesuatu bagi gaji minimum dimasukkan dalam bajet tersebut.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Azlan berkata, dua isu yang perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang efisien.

"Satu daripadanya ialah jumlah rakyat berusia yang meningkat pantas dan keduanya, jumlah simpanan persaraan yang rendah yang menjadikan pesara terdedah untuk menjadi miskin,” katanya.

Azlan berkata Perancis dan AS masing-masing mengambil masa 115 dan 69 tahun untuk berubah menjadi negara "meningkat tua" kepada "berusia", Malaysia dijangka mengambil masa hanya 27 tahun.

Mengenai ketidakcukupan simpanan persaraan, beliau berkata kebimbangannya dua kali ganda.

"Pertamanya, jumlah bulanan lebih kecil berbanding pendapatan garis kemiskinan 2009 sebanyak RM800 sebulan dan anggota bukan aktif, yang pada 2010 berumur 54 mengatasi anggota aktif sebanyak tiga kali," katanya.

Beliau berkata melihat kepada pengagihan sebenar simpanan kumpulan berkenaan, sebanyak 73 peratus daripadanya mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan manakala hanya 17 peratus mempunyai lebih RM100,000 pada masa persaraan mereka.

"Lebih memburukkan lagi, banyak anggota membelanjakan wang persaraan mereka terlalu cepat," katanya.

Satu lagi faktor ialah peningkatan tempoh persaraan, katanya.

"Apabila ia mula diperkenalkan pada 1951, umur pengeluaran penuh bagi dana kami ialah 55 tahun yang sama puratanya dengan jangka hayat rakyat Malaysia ketika itu.

"Kira-kira 60 tahun kemudiannya, umur pengeluaran penuh kekal tetapi jangka hayat purata rakyat Malaysia bertambah kepada 75 tahun," katanya.
Rakyat Malaysia kini perlu menyimpan untuk tempoh persaraan 20 tahun berbanding waktu singkat pada 60 tahun dulu.

- Bernama
  • Razlan Syah · Pengulas Tertinggi · Eksekutif di Ayamas Malaysia
    Laa..60 je ke. Apsal tak minta lanjutkan smpai umur 80 tahun ke. Baru banyak skit simpanan hari 'tua' tu..
    • Nik Nadya
      Maroh benor nmpknye kamu ni, Lan.. Heheheheh... Btw, nik pn stuju gk utk xnaikkn lg umor psaraan... Udoh2 ler tu.. Bg can anak2 muda plak nk kroje nyer... Kami ni pueh dah mtk kje ngn kompeni plg BESAR kt msia ni, tp punyala byk tapisannya... Lotihhh~
  • Hishamuddin Ghazalli · Bekerja di Maakl Mutual
    Memang ada buruk dan baiknya. Dari segi keburukan, saya setuju Datuk Haziq. Tapi dari segi kebaikan, ia meberi masa tambahan utk bakal pesara membuat persediaan dgn tabungan secukupnya utk bersara. Saya rasa kerajaan pandang dari sudut ini. Bukan mudah menempuh tempoh persaraan yang memakan masa 15 - 20 tahun dalam keadaan tiada pendapatan. Belanja mcm biasa. Perlu makan, pakai, bayar bil dan sebagainya. Tambahan pula keadaan kesihatan makin merosot. Ia memerlukan wang banyak. Kesimpulannya, semua orang diberi pilihan sama ada nak pencen 55 (kalau dia dah bersedia) atau meneruskan pekerjaan utk menyara hidup di samping mambuat tabungan. Syaratnya dia mestilah boleh bekerja. jgn menjadi beban kpd majikan pulak. Wallahuaklam. Ini pendapat peribadi saya.
  • Lukas Fahmi Gerard · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    rasanya lebih elok setakat 55thn sahaja...sekiranya lebih dari itu berdasarkan kontrak antara pekerja & majikan...kdg2...ada lelaki yg umur 55thn masih lagi cergas n body mantap..sekiranya menjaga kesihatan dari muda n pergi ke gym.....byk kat oversea lelaki mcm tu....tak salah benda ni.....
  • Azri Hakimi · Pengulas Tertinggi
    Aku rasa kalau macam nii...tak payah sampai umor 60 lah.... selagi tak masuk Kubur..suruhlah kerjaa.... kejarlah dunia nii... biarlah org lain tak naik pangkat....biarlah produktiviti menurun...yang penting kerja....kerjaa......kerjaaaa.....
  • Harmy Sani · Sekolah pondok jer
    kalau difikirkan sampai ke umur korang semua ke angka 55 thn ...memang jodoh dan maut ditangan ALLAH tapi kena ingat yang umur umat NABI MUHAMMAD S.A.W . lelaki sekitar 60 thn ..perempuan 65 thn . kalau LEBIH TU DAH DIKIRA EKSTRA DAH TU ..ALHAMDULILLAH LA KAN ...dalau masa usia menjangkau ke usia uzur tu kan ke lebih baik perbanyakkan amal ibadah .. .. ni tidak kena tambah 5 thn lagi baru boleh rileks .. dan harus dingat kebanyakan pencarum K.W.S.P tak sempat nak merasa duit simpanan pasal dah masuk dalam .. dan dianggarkan berbilion2 ringgit itu diamanahkan kepada yakni AMANAH RAYA BERHAD. kalau korang nak cuba cuba korang amanahkan reta benda korangg kat amanah raya sure korang kena charge gila2 punya tak pasal2 separuh reta hilang.
  • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
    Ini berita kurang memuaskan, nampak gayanya ekonomi negara kita akan tenat tahun depan. Sampaikan KWSP minta kerajaan buat arahan dalam budget caruman boleh dikeluarkan masa umur 60 tahun. Betul kerja gila atau simpanan dalam KWSP telah berkurang kerana pinjam pada FELDA dan syarikat yang tak berfaedah. Atau KWSP mengalami kerugian yang teruk?
  • Sabariah Abdul Rahman · Teacher at Education Department of Malaysia
    asanye apa yang boleh dibuat ialah edarkan borang survey dan bagi pilihan kepada pekerja2 untuk memilih nak bersara awal ke (55 thn) atau nak lanjutkan hingga 60 thn. Buatla kerja cara demokrasi sikit, jangan main paksa-paksa...Tak kira la Penjawat awam ke or pekerja swasta. Kita sama saja jadi kuli. Kita sepatutnya berganding bahu untuk mendapatkan faedah atau kemudahan bagi kita, pihak pekerja. Kerajaan sepatiutnya akur, tanpa pekerja2 seperti kita, belum tentu negara makmur dan maju. Jangan nak buat gimik saja. Cakap itu ini, janji itu ini, last2 pekerja2 juga yang merana. Orang atas kaut untung.
  • Ali Musa Abdul Hamid · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    pendapat peribadi saya, cukup tempoh persaraan 55, selepas umor 55 majikan izin kan pekerja itu terus berkerja sehingga 75 sekiranya kesihatan mengizin atas kehendak perkerja itu bagi yang masih berminat untuk meneruskan berkidmat, setangah orang yang berjimat cermat ketika berkerja berjaya berjaya membeli kebun dan dusun jadi selepas umor 55 dia becadang untuk bersantai didusun dan kebun menunai haji dan tumpu beribadat untuk menambah bekalan akhirat.
  • Datuk Haziq · Top Commenter · Smk kota kuala muda at Teacher
    Umur persaraan yg terbaik ialah 55tahun. Sebab2nya:
    1. Memberi peluang kpd golongan muda mendapatkan pekerjaan.
    2. Tidak menyusahkan rakan2 sekerja kerana banyak MC.
    3. Berpeluang untuk mendekatkan diri dgn amalan2 agama.
  • Mohd Firdaus Dk · Clerk at MARDI
    nk lama2 wat pe?x ckp pon 55 dh jalan...Faktor orang blh kerja pon dlm 50 pon dh lupa ini kan pula nk suh 60 thn.jwbnya trun la produktiviti keje kan?ckp2 la cari harta dunia.cari la pulak harta akhirat k.
  • B.s. Lim · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    lanjut tak lanjut tu lain cerita, tapi aku mahu wang EPF aku diselesaikan bayar pada aku bila sampai umur 55! wang tu bukan wang kamu, wang tu wang aku!
  • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
    Dari satu sisi, saya setuju dgn kebimbangan Tan Sri Azlan. Simpanan yg sedikit dan perbelanjaan yg tinggi. Tetapi untuk melanjutkan umur persaraan adalah suatu yg sgt subjektif dan tidak ekonomik. Diusia ini efficiency purata adalah sangat rendah dan tenaga sgt terhad. Kita faham kebimbangan ini adalah disebabkan faktor gaji yg rendah dan kos sara hidup yg tinggi. Tan ri Azlan seharusnya dalam masa yg sama mendesak agar pihak kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing dan memastikan rakyat Malaysia didahulukan dalam sektor2 dan bidang2 yg brpendapatan tinggi. Kerajaan juga menerusi kementerian sumber manusia harus memastikan bidang2 yg bergaji tinggi ini dimonopoli oleh rakyat tempatan.
  • Demi Rakyat Rakyat · UNIVERSITI RAKYAT
    x sesuai dilaksanakan. sepatutnya umur persaraan kembali kepada 55@56 tahun.
    1) mengatasi masalah pengangguran yang serius dalam negara.
    2) efektifnes dalam kerja akan berkurang semakinlama bekerja.
    • Hairi Amir Hasan · Top Commenter
      ...malaysia ramai pekerja asing, kenapa ramai orang malaysia menganggur...anggaran kasar ada 1juta pekerja asing bermakna terdapat 1 juta peluang pekerjaan jika negara tidak menggunakan pekerja asing..
  • Muhammad Nabil
    utk atasi masalah2 kos sara hidup jom simpan sikit hasil titik peluh kita dalam emas 999.9 http://billtrade.blogspot.com/2011/04/you-see-you-deside-you-should-buy-now.html.
    sebab nak debat2 perkara mcm2 gini luar kemampuan kita cuma berceloteh.sementara stok emas belum dikawal selia adalah waktu terbaik utk memilikinya.harga semasa RM181/gram kos penghataran diserap.minumum 10 gram.
  • Peace All · Top Commenter · UUM
    SAYA AMAT2 SETUJU DENGAN CADANGAN NIE.. TERAMAT2 SETUJU! BIAR SEKTOR SWAST NIE BELA KERAJAAN BOROS NIE! KAMI IBARAT KULI BATAK D NEGARA SENDIRI! GAJI MNIMUM? KOS SARA HDUP? BAGUS2 SETUJU SANGAT2! ORANG2 DSEKTOR SWASTA XDAK KHIDUPAN MCAM SEKTOR KERAJAAN...
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    Tan Sri pada hemat saya sebenarnya umur 55 tahun sudah cukup bagi mereka melambaikan tangan ditempat kerja, berilah peluang pada orang baru yang terdiri dari lepasan kolej, universiti, politeknik, baru habis SPM .
    55 tahun ada yang mengidap pelbagai penyakit akan menjadi beban pada majikan kerana mereka sering ke hospital tidak boleh menjalankan kerja dengan lancar, penglihatan dah kurang macam2 lagi fikirkan lah
  • Saidi Liasan · Top Commenter · Pen.Kanan Kokum at KPM
    Umur persaraan seseorang kakitangan swasta atau penjawat awam dalam kerajaan patut disingkatkan 50/55 tahun.Beri peluang mereka berehat secukupnya selepas bersara.Lebih ramai lagi generasi muda mendapat peluang pekerjaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pesara.Menggurangkan pengganguran, sekarang ini ribuan generasi kita menunggu dan mencari pekerjaan.....
  • Sabarudin Sabri
    Lg bgs kerajaan bg insentif pd warga emas..x pyh kerja lagi..duk rumah buat amal n bole join badan amal..kesian tgk ramai org2 tua x berapa sihat kena kerja cari sesuap nasi utk tampung kos sara hidup yg meningkat..
  • Saupi Ibrahim · Top Commenter · SMK DATO' MAHMUD PADUKA RAJA, TANAH MERAH
    NUTE dah pun memperjuangkannya sebelum ni..harap dapat sokongan daripada ahli semua
    • Zainal Abideen Dan Zaleha · Top Commenter
      BAIK SURUH KERJA SAMPAI MAMPUS , MAKAN LAH DUIT KWSP AKU, AKU TAK HALALKAN
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
      buatlah apa pun tapi jangan usik HAD UMUR SEKARANG bagi tujuan pengeluaran.
    • Othman Aman · UITM Perak, 1987 - 1991
      Zainal Abideen Dan Zaleha - duit kwsp anda, anda lah yg punya org lain mana lah boleh amik jika anda meninggalkan dunia yg fana ni utk berhijrah ke alam baqa' pun sudah pasti lah kwsp anda akan di tuntut oleh waris2 anda jd anda x halalkan duit kwsp anda tu anda bercakap pd siapa???
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Perlu ada persetujuan antara pekerja dan majikan ttg Had usia persaraan.
  • Hafiz Puma Loco · Semenchu
    bodoh...ingat org nk keje smpai dh nk dkat mati agaknye..org tue umur 50 pun dh mengeluh klau umur mcm die keje lg...
  • Are WE · Works at Keje dgn ore
    cukuplah 55 tahun tu..aku kalu boleh..nak 55 tahun je gak..tp dipaksa ambil 58...bagi yang muda2 peluang keje gak..umur dah penghujung2..dah xlarat keje..baik perbanyakkan akhirat..insyaAllah..
  • Johnny Malcom · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    kerajaan dah x there duit kot...blum sempat rasa wang EPF dah dpt seru dah...ish3.
  • Zul Suhaile Abdul · Top Commenter · Safety & Security Manager at Metrojaya
    setuju dapat simpan duit tapi kesihatan fizikal perlu diambiil kira dulu.
  • Diga Gamindal · Top Commenter · IBKL, UNY & UPM
    hw about k/tangan awam? 70, 80 tahun?:)
  • Razman Abd Razak · Top Commenter · Jitra
    Kalau macam tu, aku kena kerja sampai mati la baru boleh nak merasa duit KWSP aku tu, hutang rumah, kereta, bila mau habis bayaq? Lu orang pikir la sama. Kerja swasta bukan macam kerja gomen. KWSP bagi pijaman untuk projek Bakun, PTPTN, berapa lu orang untung? Lu suka-suka labur sana sini duit macam duit mak abah lu, time nak bayar dividen, ciput saja lu bagi.
  • Zulkhfli Alias · Top Commenter · Kuala Terengganu
    umur 58 dah tua sangat dah.patut pencen dah tetapi aku fikir pencen dinaikkan 90% bukan 60 % bagi yang berkhidmat melebehi 25 tahun. ganjaran dinaikkan minima RM 300,000 keatas.
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Cukup2 lah tu berilah peluang anak2 kita yg baru nak hidup dan bekerja kenapa tak puas2 lagi mencari duit - tapi tak kaya pun.
  • Abu Bakar
    tiap2 tahun yg keluar U beribu-ribu.yg kerja tak pencen2.sebenarnya KWSP dah takdak duit kot nak bayar pencen
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Kerajaan perlu perkenalkan dasar tangga gaji minimum dan kenaikan gaji tahunan untuk pekerja swasta yang perlu dilaksanakan oleh syarikat swasta! Melalui dasar ini kerajaan menyediakan inisiatif kepada pihak swasta seperti pengurangan cukai syarikat dan sebagainya!
  • Azhar Abd Salam · Sek men dato seri amar diraja
    Lebih baik cadang sampai MATI... org lain pun nak kerja jugak... jangan fikirkan diri sendiri... Boss yang duk kat atas boleh le tukang arah aje...
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    udah2 le tu 55 tahun ramai lagi orang tak de kerja, ptptn dah tunggu, lepas pencen kalau miskin daftar dengan jabatan kebajikan
  • William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    sampai umur berapa bukan kita yang tentukan, tuhan yang tentukan jika dapat hidup sampai 60 pun mahu tengok sama ada kita mampu kerja atau tak. jika mampu kerja adakah pihak swasta mahu mengambil kita kerja atau tak.
  • Cast Grunge · SMA Negeri 3
    Persaraan umur 60 tahun adalah releven bagi kakitangan kerajaan dan swasta. kenapa tidak boleh dilaksanakan di Malaysia, sedangkan negara maju umur bersara pun ada sampai umur 62 tahun dan mampu melaksanakan tugas dan kerja. cuba kita lihat apabila pegawai tinggi kerajaan bersara pada umur 58 tahun sekarang ni, disambung lagi perkhidmatannya 1 tahun hingga 2 tahun dengan syarat pelantikan jawatan kontrak dan ada juga pesara kerajaan di lantik semula untuk memenuhi polisi dan dasar kerajaan.Kalau begitu disokong agar kakitangan awam dibagi 2 pilihan lag iaitu bersara umur 58 tahun atau 60 tahun opsyen lagi. kalau di fikir masak2 dan di teliti kakitangan awam kerajaan mampu bekerja hingga umur 66 tahun seperti di negara-negara maju contoh Eropah, Amerika Syarikat dan lain-lain negara..Singapura pun umur persaraan adalah 60 tahun-62 tahun dengan kadar kesihatan dan mampu menjalankan tugas.....
  • Shaharuddin Mat Yasok · Works at Consultant
    bagi pendapat peribadi saya, pengeluaran duit kwsp dibolehkan pada umur 40 thn, 45 thn, 50 thn dan seterusnya. Buat ape nk sekat, reta dia ikut suka dia la, yang kita dok susah buat ape.
  • Zamzuri Shafie · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn Bhd
    Cukup2 lah tu banyakkan masa kearah kerohanian pulak kerje-kerje dan kerja sampai tua.......
  • Gee Mokhtar · Works at Di sungai petani
    60 tahun memang ok sesangat...tapi depends pada tahap kesihatan seseorang
  • Fl Chan · Top Commenter · Singapore, Singapore
    Pertambahan Jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah satu kenyataan. Selaras dengan itu, perkhidmatan kesihatan yang lebih baik juga telah meningkatkan kesihatan rakyat pada umur 50an dan 60an. Golongan ini mampu berkerja lagi.
    Jika bersara kat 55 tahun, wang pencen mana cukup tahan selama 20 lebih tahun kemudian, melainkan kita duduk kat rumah sepanjang hayat, apa punya tak mampu buat. Dalam erti lain, tunggu mati selepas persaraan.
    Saya rasa ramai yang ingin ada satu persaraan yang "bersinar" (boleh pergi melancong, makan dengan baik dan lain-lain). Maka, kenalah kerja lama sedikit.
    Berpulang kepada masalah pengangguran, definasinya ialah seseorang yang mampu berkerja dan ingin mencari kerja tidak mendapat kerja. Kalau semata-mata nak angka pengangguran nampak cantik saja, boleh kurangkan umur persaraan jadi 45 tahun. Pasti ...See More
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Cadangan tersebut sebenarnya tidak membantu untuk meningkat simpanan persaraan dalam KWSP sekiranya kerajaan masih GAGAL memperkenalkan gaji maksimum/minimum kepada pekerja! Berapa ramai rakyat Malaysia yang gaji bawah RM1,000? Berapa banyak potongan pekerja dan majikan yang mereka boleh dapat untuk tambahan 5 tahun lagi sampai umur 60 tahun? Lain lah kalu untuk pekerja yang bergaji besar!
    Apa yang patut kerajaan lakukan ialah dengan memberikan dividen dengan kadar mengikut pasaran bukannya ditentukan berapa kerajaan nak beri dividen! Sebenarnya dalam keadaan ekonomi berkembang pesat, kerajaan boleh berikan dividen lebih daripada 5% tetapi disebabkan faktor menjaga "kantong" kerajaan maka diberikan jumlah 5% atau lebih sikit sebagaimana penentuan dividen ASB yang tidak mencerminkan pasaran semasa keuntungan yang dijana!
  • Husaimi Amy · Works at Jengka
    watper nk panjang tempoh? keje tahap umor 50 lebih jer...dh tua2 duk rumah jer wat ibadah...main dgn cucu...nk tekan komputer pun dh x larat...apela...pk5.
  • Muhammad Asyraf · Smk kgv
    Kerajaan patut kekalkan 55 tahun dah cukup lah, habis orang muda nie bila nak dapat peluang kerja kerajaan? Orang muda patut diberi peluang.
  • Chin Puipui · Top Commenter · Smkb
    saya rasa keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya umur persaraan ini dilanjutkan ke 60 tahun:- keburukan.
    1. Penggangguran akan meningkat kerana peluang pekerjaan untuk graduan muda menjadi terhad.
    2. Peluang untuk kenaikan pangkat bagi kakitangan dinafikan kerana org lama akan terus kekal di jawatan asalnya.
    3. Bagi kakitangan kerajaan yg beruniform adalah tidak sesuai apabila umur melepasi 55 sebagai contoh bagaimanakah seorang anggota polis, kastam atau lain2 penguatkuasa dapat menjalankan tugasnya di bawah dengan berkesan.
    4. Produktiviti bagi seseorang pekerja yg berumur 55 tahun keatas adalah ditahap menerun kerana di gangu masalah kesihatan iaitu masa akan lebih banyak dihabiskan dihaspital, klinik dan berubat kecuali pekerja dlm bidang profesional.
    5. Peluang untuk menikmati simpanan kwsp juga mungkin tidak kesampaian.
    sekian..........
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Cadangan tersebut sebenarnya tidak membantu untuk meningkat simpanan persaraan dalam KWSP sekiranya kerajaan masih GAGAL memperkenalkan gaji maksimum kepada pekerja! Berapa ramai rakyat Malaysia yang gaji bawah RM1,000? Berapa banyak potongan pekerja dan majikan yang mereka boleh dapat untuk tambahan 5 tahun lagi sampai umur 60 tahun? Lain lah kalu untuk pekerja yang bergaji besar!
    Apa yang patut kerajaan lakukan ialah dengan memberikan dividen dengan kadar mengikut pasaran bukannya ditentukan berapa kerajaan nak beri dividen! Sebenarnya dalam keadaan ekonomi berkembang pesat, kerajaan boleh berikan dividen lebih daripada 5% tetapi disebabkan faktor menjaga "kantong" kerajaan maka diberikan jumlah 5% atau lebih sikit sebagaimana penentuan dividen ASB yang tidak mencerminkan pasaran semasa keuntungan yang dijana!
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Kerajaan diingatkan jangan sesekali gunakan duit KWSP untuk menyelamatkan kroni mereka yang nak MUFLIS sehingga menjejaskan pemberian dividen setiap tahun!
  • Ahmad Saiful Auctiva · Top Commenter · Asst. Engineer at FFM Berhad
    Hari tu Felda pinjam RM 6 billion. La ni boleh la Felda pinjam RM 60 billion lagi kalau mahu.. Walaweh...ada masyuk la kali ni...
  • Uma Wanmat
    73% < rm50 ribu, 17% >100 ribu. cadangkan supaya syarikat bayar saguhati lebih pd persara2 tu..harap duit epf tu nak tahan lama mana..ramai lagi generasi muda yg lebih sihat & produktif tak ada kerja..ni idea mau pegang duit epf supaya gomen bulih pakai dulu kaa..
  • Ezam Razali · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Gila, cadangan yang gila. fresh graduate nak letak kat mana? Kalau umur dah 60, tapi boleh meneruskan khidmat letakkanlah dalam kontrak basis. Tak payahlah nak dipaksa suruh kerja lagi.
  • Mazlan Md Saad Maz · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Dah bg felda sikit,, sana sikit,, sini sikit,, pas tu nak propose retired pd umur 60 tahun pulak,,, Setuju,, tapi hanya ahli-ahli UMNO yg setuju, sebab mereka nak kaut saki baki duit negara yg ada lagi tu,, conclusionnya memang Kerajaan dah nazak , dan dah tak berduit lagi untuk bayar kepada pencarum yg dah nak retired. Taktik pengotor UMNO rakyat dah boleh baca..asal buka mulut je, nak tipu rakkyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan