Isnin, 1 Ogos 2011

TERSEPIT...TERDESAK...TERGUGAT DAN MACAM2...APA SAJA KAEDAH AKAN DIBUAT....KERANA NAK MENANG...KUASA DITANGAN ALLAH...INGAT SIKIT....

Najib jalani pembedaha lutut di HKL esok
Jul 31, 11 11:09pm

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.


Pelajar di luar negara mengundi, k'jaan sedia bincang dengan SPR
Jul 31, 11 10:07pm

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelajar Malaysia di luar negara mengundi dalam pilihan raya umum.

"Sekira ada keperluan seumpama itu, maka kerajaan akan mengkaji dan membincangkan dengan SPR," kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada sesi dialog sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima hari ini.

Terdahulu itu, Najib menyampaikan ucapan penutupan sidang kemuncak anjuran Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia du Inited Kingdom (UKEC).

"Bagi membolehkan ia menjadi kenyataan, kita perli mendapatkan majoriti dua pertiga sebelum pindaan dapat dilakukan.

"Kita akan melihatnya dan mungkin dapat sokongan pembangkang bagi mencapai majoriti dua pertiga dan meminda
Perlembagaan," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan juga komited untuk pembaharuan proses pilihan raya dan juga menangani isu pengundi hantu dan salah satu langkah diambil ialah dengan memperkenalkan sistem biometrik.

Sidang kemuncak dua hari itu dengan tema "Piecing Together The Malaysian Puzzle" dihadiri oleh kira-kira 1,000 pemimpin pelajar dari unversiti tempatan dan luar negara.

Sidang kemuncak itu merangkumi dialog dengan beberapa pemimpin terkenal negara dalam pelbagai bidang berkaitan dengan pembangunan negara dan belia Malaysia masa kini.

Antara penceramah tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

- Bernama


Belajar dari sejarah, kata pakar ekonomi PBB
Hazlan Zakaria
Jul 31, 11
8:47pm

Kegagalan untuk belajar dari sejarah menjadi halangan terbesar bagi Malaysia dalam perjalanan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

NONEIni adalah ingatan dari penolong setiausaha agung bagi
pembangunan ekonomi di jabatan halehwal ekonomi dan sosial, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jomo K Sundaram.

"Adalah penting untuk belajar daripada kegagalan dan kejayaan kita. Jika kita tidak tahu tentang sejarah kita, bagaimana kita hendak teruskan perjalanan?" hujahnya.

Jomo bercakap di sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Beliau menjadi anggota panel yang membincangkan tajuk bagaimana Malaysia boleh mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau merujuk kepada pengalaman Malaysia mengharungi kemerosotan ekonomi pada awal tahun 80-an dan pertengahan tahun 90-an. Sesuatu yang menurutnya, boleh dielakkan jika kerajaan kita lebih tajam akal.

Jomo melihat pengajaran dahulu sebagai petanda yang berharga dalam perjalanan kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi bimbang kerana kerajaan, menurutnya, menutup mata terhadap kesulitan dan masalah yang sama.

Beliau mengeluh ketika menyentuh tentang FDI neagara, walaupun menurutnya, ada tanda-tanda amaran dari kesukaran yang lalu.

Di kebanyakan negara, tegasnya, pelaburan domestik menjadi peneraju dan FDI mengikutinya, tetapi di Malaysia, ia adalah sebaliknya.

Dasar sedemikian, kata beliau, melemahkan kerajaan kerana ia kemudiannya menjadi terhutang budi kepada pelabur asing yang mengharapkan insentif dan imbuhan-imbuhan lain.

Dari hujah Jomo itu, kita dalam merumuskan bahawa Malaysia akan dijadikan tebusan oleh para pelabur asing yang boleh menarik diri jika keadaan tidak menguntungkan mereka.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Selagi umno memrintah.
    Malaysia menerajui bankrap.... tapi bagi menteri menteri umno.
    Setiap hari tipu rakyat , kata ekonomi malaysia semakin maju...
    maju apa? kroni umno pun mula lapar ,
    Ramai pelabur asing mula cabut... bye bye malaysia.
    Ini lah kecapaian yang paling unggul dimainkan oleh umno.
    Tipu rakyat pagi petag siang malam...
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3sapa yg undi dia tu xnyesal ke,atau ada komisen n kepertingan,dulu betul perjuang itu pun aku rasa sampai kat bapa dia je kot,lepas pd tu semua nya pengampu n pertualang
  • Yaakob Hj Harun · Smk dato kamaruddin
    bersetuju benar pandangan dr Jomo..sayangnya pentadbir negara kita lebih mementingkan ekonomi politik..pandangan ahli ekonomi yang bernas dan mampu memacu kemajuan negara akan diketepikan sekiranya tidak menguntungkan UMNO/BN..mustahil kita tak punya ahli ekonomi yang bijaksana, pastinya kita ada..cuma kita tak ada pemimpin yang bijaksana dan benar2 mendengar denyutan nadi rakyat iaitu eleman penting dalam sistem ekonomi..teringat kata2 penulis SINAR HARIAN..pemimpin dinegara maju memang bijak sebelum jadi pemimpin sebab itulah jadi pemimpin..tapi kat Malaysia bijaknya pemimpin setelah diangkat menjadi pemimpin melalui kemenangan menajdi Ket Bahagian..sebab itu bila berupaya mencipta retorik Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan..realitnya rakyat dikebelakangkan, pemimpin diutamakan..lihatlah kekayaan negara, tapi majoriti rakyat miskin tapi semua pemimpin politik UMNOBN mempunyai harat bernilai jutaan RM..
    • Pengiran Othman Leo · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      nak buat mcm mn.. rasuah kan dah menjadi darah daging umnobn
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3,lebih2 ide peeengiran,yg lain sekadar slogan utk tutup kebocoran n ketirisan dan yg pling penting dpt tipu rakyat
    • Thierry Amri · Top Commenter
      patut slogan yg btul, "Duit Rakyat Didahulukan, Pencapaian Kroni Diutamakan"...snang, x bebelit, aku pon bley terima sbb mmg dah tau fitrah umno-yahudi ni....
  • Ahmidin Jiffar Maidan
    Quoted from Malaysiakini - "Dari hujah Jomo itu, kita dalam merumuskan bahawa Malaysia akan dijadikan tebusan oleh para pelabur asing yang boleh menarik diri jika keadaan tidak menguntungkan mereka" - Adui, pedas gak hujah PBB Economist Expert.
  • Abuafifammar Fammar · Top Commenter · Institut pertanian malaysia
    nak maju...gunalah Dinar dan Dirham sebagai matawang dlm bermuamalah...dan simpan emas untuk masa hadapan...ter angkat lah ekonomi ummah...
  • Silversempoi Kl · Top Commenter
    Macam mana la nak jadikan negara Malaysia berpendapatan tinggi sedangkan rakyat pun ramai yang hidup susah.Pendapatan RM3000 dibandar besar pun ditakrif miskin inikan yang bergaji tak sampai RM1000.Beli barang pun kena jimat betul2.Terpaksa la beli barang kat kedai 1 Malaysia sedangkan taukenya Mohamad Mydin aka MYDIN..
    • Rimau Sumatera · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      selagi pemerintahan secara kukubesi ini diteruskan.....jangan harap rakyat dapat menikmati kesenangan sebagai negara berpendapatan tinggi....gaji naik sedikit namun barang naik lebih dari sedikit sehinggakan yg cukup makan jadi papakedana....

Ramadan: KDN timbang bebas 7 k'tangan imigresen tahanan ISA
Jul 31, 11 9:01pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbangkan sama ada akan membebaskan atau tidak tujuh anggota Jabatan Imigresen yang sedang ditahan di bawah ISA kerana terlibat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Ketujuh-tujuh anggota Jabatan Imigresen itu ditahan polis pada tahun lepas.

"Saya sedang timbang (untuk membebaskan mereka), mungkin sudah bertaubat dan mahu bersama keluarga sempena Ramadan, tetapi (sama ada) lepas atau tidak ia berdasarkan maklumat polis," katanya menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.

Isu terbabit katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, sindiket pemerdagangan manusia mengaut keuntungan daripada aktiviti haram itu.

"Jikalau 500,000 warga Bangladesh yang berada secara haram di negara ini membayar RM10,000 setiap seorang kepada sindiket, maka jumlah keseluruhan mencecah RM5 bilion," katanya.


  • Saidatul Asyiera Haziq · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Wah3! Kalo kena kuncu2 dia senang2 jer nak lepas.. Cuba kalo pserta demonstrasi.. mau 3 4 taun baru lepas. Dasar Kroni. ptuiihhh..
  • Ditindas Bn · Top Commenter · 51 years old
    gimik sebelum PRU! biasa dah rentak dan taktik ni....
  • Anuar Safian · Top Commenter · Institut Teknologi Tun Abdul Razak Alor Setar
    Hairan.. begitu mudah untuk melepaskan kakitangan kerajaan dengan hanya menerima pengakuan taubat dari mereka.. bagaimana dengan rakyat awam yang tiada berjawatan dalam kerajaan yang ditahan dan ada diantara mereka ditahan lebih dari 10 tahun?! Adakah kakitangan kerajaan itu tidak terikat sepenuhnya dengan ISA?! adakah ini satu isu double standard yang lain ingin dilakukan oleh kerajaan BN.. malang kenyataan sepupu najib ini menunjukkan kebodohan dia sahaja.
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      dia dok fikir apa saja cara yg bolih myokong kpd kbaikan dia,seperti mana dia nak pancing undi org india,dia lantik org india jd menteri,dok ada kuasa ni buat lah apasaja
  • Boon Ng · Top Commenter
    Apa..kalau tak bebas mereka...negara akan tergugat ka?
    "Isu terbabit katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam."
    bodoh punya Menteri...tipu kuat dan puleti elek...
  • Boon Ng · Top Commenter
    apa kata kalau tak bebas 7 org tu..mereka boleh gugat negara?
    "Isu terbabit katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.
    bodoh punya Menteri...penakut.
    puleti elek..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan