Sabtu, 20 Ogos 2011

TERIMALAH JIKA IANYA BENAR....TAK BENAR TOLAKLAH...JANGAN KITA ALLAH ANGGAP GULUNGAN TAGHUT...DAN ALLAH TAK BERI HIDAYAH...NAYA KITA...

Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih
Harakahdaily

RAWANG, 20 Ogos: Kempen untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil dijangka semakin bersemarak di hari raya Aidil Fitri ini dengan pelbagai pendekatan.

Pemuda PAS Gombak misalnya mencetak dan menjual sampul duit raya Bersih. Ia memaparkan lapan tuntutan Bersih di belakang sampul itu.

Dua malam lalu, hampir 1,000 sampul itu dijual oleh Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir.

"Malam ini saya bawa 300 je, harap semuanya habis malam ini. 3 bungkus RM10 je," kata Salahudin ketika memberikan tazkirah di sebuah surau dekat sini.

Bagi beliau, masih ramai yang tidak tahu lagi apa tuntutan Bersih. Oleh itu, dengan menggunakan kad ini bermakna tuntutan ini diberitahu kepada lebih ramai orang, katanya.

Malam kelmarin, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mengajak semua jamaah surau itu agar memakai baju kuning untuk hari raya tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar kuih muih dibuat dengan warna kuning "dan jangan lupa kita buat juga pulut kuning,"
kata beliau.

Dengan cara ini, kata beliau ia akan mengingatkan semua orang tuntutan Bersih agar pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan daftar pemilih dan penyelewengan sistem pilihan raya didedahkan kepada media.

Baru-baru ini empat bekas tentera mendedahkan mereka diarahkan membuang undi bagi pihak anggota tentera yang lain.

Ekoran itu, panglima angkatan tentera menyifatkan mereka melanggar etika tentera dan boleh disifatkan sebagai pembelot.

Namun kenyataan ini dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media bekas tentera itu.

Harap p’raya bersih macam minta sisik ikan keli
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: “Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, katanya, seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatankuasa itu sebagai reaksi Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih.

“Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah kopi,” kata Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika Najib jujur supaya perjalanan pilihan raya bersih dan telus, maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menangguhkan pilihan raya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan.

“Sebaliknya, beliau menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan,” ujarnya lagi.

Ketika bercakap kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.


Jika p'raya telus, sudah lama BN pembangkang
Fakhri Ali

BUTTERWORTH, 20 Ogos: Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.

"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka.

"Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara.

"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil.

Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih.

"Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi.


Armalah terima sumbangan kerajaan negeri
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 20 Ogos: Sejumlah RM30,000 telah disumbangkan kepada golongan armalah (ibu tunggal) membabitkan 300 penerima dalam tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian.

Penyampaian sumbangan kepada armalah itu merupakan siri dalam Program Ihya’ Ramadhan 1432 Hijriah yang berlangsung di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, kelmarin.

Sumbangan yang serupa disampaikan kepada 300 orang golongan miskin (11 Ogos 2011) dan kepada golongan anak yatim (19 Ogos 2011) dari kawasan yang sama.

Turut hadir pada majlis sumbangan itu yang berlangsung petang tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk, Takiyuddin Hassan.

Hadir sama pada program tajaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu ialah Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).

Sumbangan-sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Zubaidah Abdul Hamid.


Jemaah lapor polis terganggu ceramah Azmil



PETALING JAYA: Seorang bilal bersama beberapa jemaah Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini, tampil membuat laporan polis berhubung ceramah berunsur politik dan menghasut yang disampaikan pelakon zaman 80-an yang popular melalui filem Ali Setan, Azmil Mustapha.

Laporan dibuat semalam, di Balai Polis Kampung Baru Subang, ekoran tindakan pelakon itu yang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 jemaah sebelum solat Tarawih.


Bilal 1 masjid berkenaan, Mohd Sani Nasib, berkata ceramah berunsur politik di dalam masjid tidak wajar kerana mengganggu amal ibadat orang lain.

Katanya, disebabkan ceramah itu, kira-kira 20 jemaah tidak sempat melakukan solat Tarawih dan pulang ke rumah ekoran tidak mahu dihasut.


“Dalam ceramahnya, dia menuduh kerajaan tidak mengamalkan ajaran Islam kerana sekolah mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah Islam.


“Azmil turut mempertikaikan perlembagaan sekarang yang perlu ditukar kepada keluhuran al-Quran selain tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang Dipertuan Agong serta yang perlu diagungkan adalah Tuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan laporan polis, semalam. Menurutnya, pelakon itu berulang kali mengeluarkan perkataan Melayu bodoh.

“Azmil turut mempertikai pertemuan antara Perdana Menteri dengan paderi Kristian dan menyatakan mempunyai niat tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Selain itu, turut mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru dan perlu ditukar kepada Dasar Ekonomi Bodoh,” katanya.


Sementara itu, Azmil berkata, dia tidak berniatmemberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit parti politik.

“Saya tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih dan hanya berniat untuk memberi ilmu agama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan