| Hazayani Zakaria | ||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) menangguhkan pertemuan dengan PAS yang sepatutnya berlangsung petang ini. Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menerima surat daripada pihak GMDU semalam meminta pertemuan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
"Saya dapat surat semalam, GMDU minta tangguh dulu, bukan batal. "Sebab yang diberikan isu ini sudah menjadi terlalu umum dan ditafsirkan macam-macam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Mustafa juga berkata, GMDU juga pada asalnya tidak mahu sebarang liputan media diadakan sewaktu pertemuan tersebut. "Dalam surat pertama dahulu pun, GMDU memang tidak mahu sebarang liputan media. Jadi PAS cadangkan pertemuan diadakan di tempat lain. "Tapi mungkin GMDU lihat terlalu banyak komen, jadi mereka minta tangguh dahulu. Lagipun media selalu tanya pasal pertemuan ini," katanya. Ditanya harapan PAS terhadap pertemuan tersebut, Mustafa berkata ianya bagi mendengar penjelasan daripada semua pihak. "Oleh kerana tidak bertemu lagi, jadi tidak ada kesimpulan lagilah," katanya. Pertemuan yang sepatutnya berlangsung di GMDU 4 petang ini melibatkan sembilan pimpinan PAS termasuk beliau. Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman. Pertemuan dengan Jais yang sepatutnya berlangsung semalam juga dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor. PAS bagaimanapun berharap Jais mahu menemui mereka selepas selesai mengeluarkan hasil laporan siasatan.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 16 Ogos 2011
SUKA FITNAH BUKAN2...NAK KUTUK DAN JATUHKAN KAWAN DENGAN FITNAH...MACAM TAK BERTAMADUN DAN TAK SEKOLAH TINGGI BETUL...LAWAN SECARA MATANG@JANTAN...
Gereja minta tangguh jumpa PAS
Menurut Mustafa, GMDU dalam suratnya menyatakan ianya terpaksa ditangguhkan kerana isu ini sudah menjadi terlalu umum dan mendapat pelbagai tafsiran daripada pelbagai pihak.
IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakai cermin mata hijau supaya lembu memakan rumput kering sudah berlalu.
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengeluarkan senarai terkini produk tidak halal sebagai panduan orang ramai.
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.
TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan