Ahad, 28 Ogos 2011

MENANG JADI ARANG...KALAH JADI ABU....BUAT SESUATU ELOK FIKIR BURUK BAIK...TERGESA2 PERBUATAN SYAITAN...BUAT SESUATU DGN HIKMAH SERTA MATANG

Harapan Komuniti terima ugutan bunuh
Aidila Razak
Ogos 27, 11
3:11pm

Harapan Komuniti, yang menganjurkan majlis makan malam amal di perkarangan sebuah gereja di Petaling Jaya semasa ia diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, membuat laporan polis semalam berikutan ancaman bunuh yang diterimanya.

Menurut sumber yang rapat dengan NGO itu, ugutan berkenaan dikesan diletakkan di pintu masuk premisnya di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, awal pagi semalam.

harapan komuniti frontimage"Ia datang dalam bentuk bungkusan, dan diselitkan nota yang berbunyi 'jangan cabar Islam'. Mereka tidak membuka bungkusan itu dan menyerahkannya kepada polis ketika membuat laporan, " kata sumber itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sumber, yang juga arif dengan kes serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada awal bulan ini berkata NGO itu membuat laporan di balai polis Sea Park pada jam 10 malam semalam.

Laporan itu disahkan oleh seorang anggota polis yang menerimanya walaupun butiran laporan berkenaan tidak didedahkan.

"NGO ini mengendalikan sebuah pusat untuk ibu-ibu tunggal dan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS serta menjalankan sebuah pusat tuisyen untuk kanak-kanak miskin. Mereka kini amat takut dengan keselamatan golongan itu, terutamanya kanak-kanak. Mereka telah memindahkan operasi ke tempat lain buat sementara waktu," kata lelaki yang enggan namanya disiarkan itu.

NONEMenurut sumber itu lagi, beberapa orang daripada 12 umat Islam yang dikesan pada serbuan 3 Ogos lalu dan diminta menghadiri sesi kaunseling oleh JAIS juga telah menerima panggilan telefon pada lewat malam oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya daripada JAIS.

"Hanya individu wanita menerima panggilan itu. Sudah tentu kita tidak boleh pasti sama ada orang ini adalah benar-benar dari JAIS," katanya, sambil menyalahkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan identiti individu-individu berkenaan di internet.

Serbuan JAIS itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi, dengan ada pihak yang menuding jari kepada pihak zakat kerana gagal membantu umat Islam yang miskin sehingga mereka terpaksa menagih simpati daripada gereja dan pertubuhan Kristian.


Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
Aidila Razak
Ogos 27, 11
12:44pm

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.


Buku teks Komsas: Penulis dakwa royalti tak dibayar
Aidil Razak
Ogos 27, 11
3:57pm

Lima penulis telah mengutuskan surat terbuka kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikutan kegagalan mereka menuntut bayaran terhadap karya-karya mereka yang digunakan sebagai teks komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Malaysia (Komsas) di sekolah-sekolah menengah.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinMenurut surat yang diperolehi daripada penulis novel Uthaya Sankar SB yang menerimanya selaku presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), kelima-lima penulis berkenaan "tidak menerima satu sen pun" dalam bentuk royalti, walaupun karya mereka digunakan oleh ribuan pelajar di seluruh negara.

Penulis berkenaan, Rohani Deraman, Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri, Hazama Harun @ Aida Shahir, Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal dan Erda Roslan Khairi, mendakwa bahawa pihak penerbit telah enggan melayan tuntutan mereka.

“Kami merasakan diri kami teraniaya kerana penerbit bagaikan menafikan hak kami berlima untuk menerima royalti bagi karya-karya itu yang merupakan hasil cipta dan harta intelek kami sebagai penulis kreatif,” kata mereka.

Berikut disiarkan surat berkenaan:

Kepada:

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia

Daripada:

1. Rohani Deraman, Johor

2. Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri, Kelantan

3. Hazama Harun @ Aida Shahira, Kuala Lumpur

4. Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal, Kuala Lumpur

5. Erda Roslan Khairi, Putrajaya

Perkara: Surat Rayuan Terbuka kepada Menteri Pelajaran

Tan Sri,

Nasib kami berlima adalah ibarat kata peribahasa Melayu, “Malang Pak Kaduk, ayamnya menang, kampung tergadai”.

Karya kami, sama ada berbentuk puisi, cerpen atau novel, terpilih untuk dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) tetapi kami merasakan diri kami teraniaya kerana penerbit bagaikan menafikan hak kami berlima untuk menerima royalti bagi karya-karya itu yang merupakan hasil cipta dan harta intelek kami sebagai penulis kreatif.

1. Cerpen Warkah Daripada Ibu karya Rohani Deraman diterbitkan oleh Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd pada 2001. Kini cerpen itu diterbitkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) dan digunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Dua. Malangnya, penerbit tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.

2. Novel Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman diterbitkan pada 2001. Kini novel itu digunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Tiga di Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan. Malangnya, penerbit tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.

3. Puisi Seorang Insan Istimewa karya Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri termuat dalam antologi Apologi Kepada Alam pada 2010 sebelum terpilih sebagai teks Komsas. Malangnya, penerbit tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.

4. Cerpen Limau Bali dan Semangkuk Daging karya Amy Suzani Mohd Ainuddin memenangi hadiah kedua Pertandingan Cerpen Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara pada 1995. Cerpen itu tersiar dengan judul “Budi Semangkuk Daging” dalam antologi Budi Semangkuk Daging pada 2010 sebelum terpilih sebagai teks Komsas. Malangnya, penerbit tidak mahu membayar royalti walau satu sen kepada penulis.

5. Novel Di Sini Bukan Duniaku karya Hazama Harun @ Aida Shahira diterbitkan pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Bukan Duniaku dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Melaka. Malangnya, penulis hanya diberi sedikit saguhati dan diminta menandatangani resit kononnya menerima bayaran hampir lima kali ganda. Penulis juga tidak diberikan salinan resit itu apabila diminta.

6. Novel Satu Pengajaran karya Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal diterbitkan pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Hikmah dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Malangnya, penerbit meminta penulis menuntut bayaran daripada penerbit asal manakala penerbit asal pula mengatakan ia sudah membuat bayaran kepada Apenerbit sekarang.

7. Cerpen Israk karya Erda Roslan Khairi tersiar di majalah Dewan Siswa pada tahun 2010. Kini cerpen itu diterbitkan dalam antologi Harga Remaja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Empat di seluruh negara.

Malangnya, penulis tidak pernah dihubungi oleh penerbit mahupun Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran untuk memaklumkan hal itu atau meminta izin terbit bagi karyanya.

Dengan segala dolak-dalik pihak terbabit, kami berlima merasakan diri kami bagaikan teraniaya dan mungkin juga dipergunakan pihak tertentu untuk mengaut untung.

Maka kami berlima memutuskan untuk mengemukakan surat rayuan terbuka ini kepada Tan Sri.

Kami merayu Tan Sri menggunakan kuasa dan hak sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri untuk campur tangan dengan segera bagi menyelesaikan isu royalti, hak cipta dan harta intelek ini.

dewan bahasa dan pustaka logoPada masa sama, kami berlima memuji sikap profesional dan penuh beretika yang diamalkan oleh Sasbadi Sdn Bhd yang sudah pun membuat bayaran royalti pertama pada 25 Ogos 2011 kepada Timah Baba bagi karya anaknya, Hizairi Othman, yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Dua.

Kami merayu Tan Sri membela nasib kami berlima sebagai penulis yang berhak menerima royalti dan hasil pendapatan halal menerusi penulisan karya sastera.

Kami berharap kes ini tidak dilihat sebagai kes terpencil dan dipandang ringan.

Kami berlima mengharapkan “berita gembira” berupa pembelaan terhadap hak cipta, harta intelek dan hak royalti kami menjelang 1 Syawal 1432.

Pada kesempatan ini, kami dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tan Sri sekeluarga serta seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian. Terima kasih.



Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?
John R Malott
Ogos 27, 11
10:45am

ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Mebenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

azlanTerdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

azlanJadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

azlanTerdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. 'Wartawan Tanpa Sempadan' menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

NONE1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmadDi negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

utusan on pas election2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

azlanSesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.



  • A Tam Sbk Rizal · Pengulas Tertinggi · Manager di Mafia Wars Assassins
    Lagi satu yg paling aku benci. Tak ada parti/org lain selain BN@UMNO boleh takbir Malaysia... nie paling aku benci. Jika kita lihat Ahli2 PARLIMEN dr BN@UMNO tidak punya pendidikan tinggi & kebayakan mereka bukan dr professional. Oleh itu mereka tidak punya mutu & idea yg lebih baik. Tetapi jika kita lihat Ahli2 Parlimen dr Parti PAS, PKR & DAP punya pendidikan yg bagus & meraka lebih terbuka/mahir dalam byk bidang.
  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    PENDAPAT SAYA, APA PUN DI-NILAI DARI SUDUT APA PUN, SE-TELAH SAYA MEMBUAT RUMUSAN RAKYAT MALAYSIA SELURUH-NYA MAHU KAN PERUBAAN , OLIH ITU PARTY UMNO ATAU BN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI, RATA RATA SUDAH TIDAK MAHU UMNO LAGI.
    • Mentri Penyelesaian · Ahli Mesyuarat Tingkap di Lembaga Penyelesaian
      Salam kepada Cik Srikandi Ayahnye. T kasih memberi laluan untuk MP menikmati keindahan bahasa Saudari di laman ini.
    • Mohd Yusra · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan rompin
      Lihat la pada perkataan nya (apa yang dia kata)
      bukan siapa yang berkata- saidina Ali r.a. Aku memetik kata dari seorang sahabat rasullulah yang telah diredhai Allah. benar kata-katanya. Kalau seorang menteri berbohong dia tetap berbohong tapi kalau kita terlalu melihat siapa yang bercakap kita mula kagum bila kagum kita jadi taksub bila taksub kita akan rasa mustahil seorang menteri boleh berbohong tapi itulah hakikatnya. kata-kata ini aku tujukan untuk fanatik umno. sekian terima kasih
    • Mohd Nadzri · Technical University of Madrid
      Bagus andaian tu. Ada buat kajian tak. Boleh tunjukkan kat saya.
  • Azman Hussin · Pengulas Tertinggi · SMPS
    3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog.

    Satu statement yg dikeluarkan oleh pengerusi SPR yg jelas menunjukkan bahawa SPR dimiliki dan dikuasai oleh BN. mmg tak telus la SPR nih..
    • Shalehudin Abu Bakar · Pengulas Tertinggi · Friends with Maba Budu
      Dah bercakap pun macam ketua bahagian Umno, nak telus mai mana lagi?
    • Wak Senggol · Pengulas Tertinggi · Uitm
      Ulasan pegawai SPR memang benar dan dia dilantik juga atas flatform UM no, sampai bila nak bersih macam ni. kecuali dilantk oleh suruhanjaya diraja mereka yg benar2 berkeculi spt mereka yg terlibat dlm ngo bebas atau pernah berkhidmat dgn suhakam yg sah tak berpihak
    • Fuarlan Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kkerian
      SPR=suruhanjaya penipu,pembohong,pembelot,pelawak,pengerit rasuah.....yang selalu di perjuang oleh rakyat umno.
  • Borneo Menggugat · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
    bicara dgn SPR ni bukan bicara adil, berat sebelah atau tidak adil langsung, bicara dgn mereka BERSIH 3.0

    Semua dok makan gaji kat SPR tu (pengerusi/timb pengerusi/setiausaha) CARMA je, pangkat tinggi tapi NURANI DACING, BUAT APA BELAJAR TINGGI-TINGGI, KALAU ADIL DAN ZALIM TAK TAHU NAK BEZA......LAMA DAH MAKAN DUIT GAJI TAN SRI/DATOK KAN HE.HE.HE... SEDAP KAN GAJI BESAR, KERJA SOKONG JEEEEEE, BUDAK TADIKAPUN BOLEH BAAAAAH ITU
  • Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji
    RTM media jijik!!
  • Mannszar Czar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Kerajaan adalah terdiri daripada rakyat.
    Rakyat akan menentukan kerajaan sterusnya.
    SPR adalah dillantik utk memenuhi tugas dan amanah oleh kerajaan.
    SPR pon akan tumbang apabila tidak menjalankan tugas dan amanah.
    Semuanya bermula dengan nama rakyat.
    ...See More
  • Mohamad Taib · Top Commenter · UPM Serdang
    UMNO/BN BERGANTUNG KAPADA RAKYAT YANG BEBAL MAKLUMAT UNTUK MENANG PILIHANRAYA. MEREKA INI BOLEH DIKELINTONG DENGAN KETERANGAN SEBELAH PIHAK YAITU UMNO/BN. KALAU RAKYAT BERMAKLUMAT DAH LAMA UMNO/BN DIHIMBAN OLEH RAKYAT TERMASUK ORANG KAMPUNG DAN FELDA-FELDA. BERANIKAH UMNO HENDAK MEMBEBASKAN MEDIA? ATAU MEMBUAT REFORMASI PILIHANRAYA?
  • Wak Senggol · Top Commenter · Uitm
    sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

    apa macam RTM boleh laksana cam tu?, kalau tidak ertinya masih belum bersih, masih banyak manipulasinya...
    • Muboth Bani Othman · None
      RTM nak laksanakan??? Menteri dia sdiri ada kes rogol da tentu munafik pembohong, kalau berckp mmg baik punya tapi kaki bodeh dan tipu org. Berkuasa dlm RTM semuanya x ada kontol penakut lebih lagi x dpt nilaikan sesuatu yg benar. Cari mkn katakan snggup gadai maruah anak bini dan keterunan sdiri...itulah org RTM/umno
  • Azman Hussin · Top Commenter · SMPS
    tapi kalau kita perasan kan, semenjak dua menjak nih, timb pengerusi SPR yg lg banyak bg komen and statement berbanding pengerusi SPR sendiri kan.. dia nih tgh cuba nak naikkan nama dia ker apa nih.. tengah sibuk jek org atasan naik pangkat la ni ek... tp kut yer pun idea yg diberi tuh biar aa bernas sikit... jangan banyak cakap cam budak sekolah menengah.. malu ooo..
  • Azrul Hafiz Shahdan · Top Commenter · Segamat
    Di atas segala kekurangan ini lah kami dalam Pakatan Rakyat mencuba untuk mencari & terus mencari keadilan untuk memastikan hak kepimpinan diberikan kepada yang berhak. semoga sistem pilihan raya Malaysia akan pulih sepenuhnya dari sebarang manipulasi dan ketidakadilan kepada mana2 pihak agar pemimpin yang dipilih rakyat nanti benar2 layak & dipilih secara adil.
    • Muboth Bani Othman · None
      Cam ne SPR nak berikan keadilan dlm pilihanraya...skrg pun ckp cam lidah 2. berbelit belit cakap seperti org x ada ilmu kebenaran dan keberanian dlm perkara yg sahih. mereka bertuhankan umporno bukan ALLH yg sebenarbenarnya....kalau da menafik tetap munafik....
  • Alfonso Albuequarque · Top Commenter
    Umno/Bn dah terlalu lama memperbodohkan rakyat Malaysia dan merompak hasil mahsul negara ini secara lnsg atau tak lnsg.masanya tlh tiba utk semua kebobrokan mrk ini dihentikan.
  • Vijayan KrsnaZing · Top Commenter · Associate at Yogeshwara Krishna
    Semua perkara di atas sudah pun diketahui oleh rakyat.....rakyat perlu fikir masak masak dari semua sudut pandangan dan ketahui kebenaran telus....
  • Deqmat Sasakio · SMK Khir Johari SP
    memang berat sebelah pun...lahanat punya RTM dan Bernama...rakyat bayar cukai bukan suruh mengampu BN...
  • Saw Leng Tat · Top Commenter
    inilah kononnya 1 malaysia, Satu orang nak control semua.
  • Siti Jarum · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    sistem pilihan raya di malaysia adalah korupsi apabila pegawai pengendali sistem pilihanraya benar-benar korup dan tidak pandai buat kerja, suka jadi pak turut, pengampu, penindas dan ingin menjaga periuk nasi sendiri
    • Siti Jarum · Top Commenter · Kuching, Malaysia
      pengampu dan penjaga periuk nasi sendiri sepatutnya sudah lama berhenti, meletak jawatan jgn suka memikul beban biawak hidup...paling tidak cerdik apabila tunggak di spr cuba menegakkan benang basah sdgkah mereka tidak ada "telor" untuk berhujah dengan pihak Bersih 2.0
  • Nezwan Jamil · Top Commenter · Works at Penang International Airport
    berani nak tunjuk @ pamer berita pasal pembangkang(PR)? kot satg habis semua yg kje kat tv@ suratkabor tu habis semuanya kena buang kje..kontrak penyiaran pun mmg akan haram xdapat dah...tu pasai la xberani nak bagi sama level, PR dan KRAJAAN..haram jadah, penakot punya BN..puiiii...
  • Mohd Azahar Dzahari · Top Commenter
    Mengapa personal attack, perkataan kurang elok dibenarkan untuk diguna oleh pihak Malaysiakini di komen-komen bahagian bahasa melayu? Sedangkan di bahagian berbahasa inggeris TIDAK dibenarkan? Double standard.
    • Musa Grapix · Top Commenter · Unibesiti semandin
      kalo x puas atie, toksah ulas.pegi aa ke web papagomo ke, parpukari ke yang jauh lebih seimbang dari sini.abis cerita
    • Victor Megong · Sibu, Sarawak
      Sebab anda perlu Subscribe untuk membaca dalam Bahasa Inggeris. Bukankah pengundi Melayu, pengundi majoriti, memerlukan pandangan seimbang? Takkan Utusan Malaysia halal, Malaysiakini haram? Apa salah Bahasa Malaysia jadi percuma di Malaysiakini?
    • Mohd Azahar Dzahari · Top Commenter
      Freedom of speech.
  • Kita Rakyat · Top Commenter
    mana Khairy? kan dia cakap pemuda umno boleh bekerjasama dgn bersih dan spr utk merefomasikan sistem pru? Tapi sekarang diam diam jer.. seorng yg dua muka..
  • Amir Halus · Top Commenter · Pondok Pasentren
    tak laama dah rakyat malaysia akan menyesal seumur hidup.
  • Muhamad Saamah · Top Commenter · Pengurus at TSAC Engineering
    bersih 3.0 hendak lah di mulakan sekarang sebelum terlambat , lambat bererti berputih mata.
  • Bang Mat · Top Commenter
    JAWAPAN KPD JOHN R MALOTT YG BUTA REALITI:

    1) MEDIA MILIK KERAJAAN ADALAH MENDUKONG KERAJAAN YG MEMERINTAH DAN TIDAK AKAN BERKEMPEN UNTUK PEMBANGKANG. LIHAT DUNIA YG LAIN. IA GUNAKAN WANG NEGARA, BUKAN WANG RAKYAT.

    2) SYARIKAT MEDIA SUDAH TENTU MENYOKONG MAJIKANNYA/PEMILIKNYA. PARTI PEMBANGKANG BOLEH BELI SYARIKAT2 MEDIA TANPA HALANGAN. AKHBAR RASMI PARTI MILIK UMNO ATAU MILIK PEMBANGKANG TIDAK BOLEH DIJUALKPD UMUM. TAPI PEMBANGKANG DAH LANGGAR UNDANG2.

    3) TIADA APA2 PUN SEKATAN KEATAS BLOG2 PEMBANGKANG DI INTERNET. KAMU PEMBOHONG BESAR.
  • Liau Peng Chuan · Top Commenter
    Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Malaysia, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Barisan National dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan UMNO dan sekutu-sekutunya.
  • Bayu Bharuna · Universitas Padjadjaran (UNPAD)
    UMNO-BN seperti parti Golkar di Indonesia pada masa sebelum reformasi 98. Golkar kini masih jadi parti yang ikut SPR tapi bukan lagi yang terbesar. Kini parti Demokrat yang berkuasa hendak bertingkah seperti Golkar dimasa lalu, begitulah selalu parti yang bekuasa nantinya
  • Masmin Kadad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    ...baru semalam i dah tulis perkara ni,,, betulkan..Ini adalah negara Komunis..yg membabat demokrasi rakyat..ini diikuti penipuan dlm praya, kerananya usia BN mungkin sampai ke 200tahun memerintah jika cara ini tidak diubah...anarkis...
  • Omar Lateh · Top Commenter · Friends with Norasiah Mahat
    bercakap dengan SPR ni, saya rasa buang masa saja lah, kita kata kanan dia kata kiri, kita kata atas dia kata bawah, nanti kita kata U berhenti baru dia tau
  • Muboth Bani Othman · None
    Aku nak komen ttg penyiaran RTM dan sebagainya..... Semmg dulu lagi kos dan perbelanjaan dari wang cukai rakyat tetapi pihak media perdana ini cam rasa BAPAK DIA PUNYA... selama aku hidup lebih 50thn aku hanya dgar semua berita baik saja dan enak dimata dan telinga tapi sebaliknya kebanyakan umpama duri dlm daging. Bohong, tipu, temberang dan sonsang sama sekali berat sebealh sbb itu aku x membenarkan anak2 aku mendengar siaran berita perdana kerajaan yg gila kuasa dan haloba pada harta rakyat...........lebih lagi khabar utusan meloya, berita hairan, berita metrompak dn sebagainya yg terlibat sama. Pada anak2 Malaysia pd ari ini harap sedarkan diri kamu selama ini hanya hiburan dan hiburan saja yg diberikan tapi hidup yg sebenarnya amat menyeksakan semua......
  • Prudent Communication Consultant
    ayat standard yg UMNGOK/BeEnd akan repond dari article di atas adalah.."siapa yg sependapat dengan penulis jelas menyokong Amerika / Yahudi..."...inilah cara UMNGOK perbodoh rakyat dgn menggunakan sentimen agama dan semangat patriotik rakyat semata2 untuk kepentingan temolok mereka...dan mereka akan menang dan terus menang...jgn persiakan peluang PRU13 untuk kita lakukan reformasi besar-besaran landskap politik negara yg kita cintai ini...
  • Zakri Nyan · Top Commenter · UKM
    Semua rakyat Malaysia x halal cukai mereka digunakan untuk kepentingan politik tertentu, melainkan berita yang benar dan seimbang utnuk rakyat.
  • Al Apun · Top Commenter · Automobile Broker at Roda Kayangan S.B
    Ini Malaysia, keturunan 'mereka' yang punya. Dari bapa sampai ke anak.
  • Zulkifli Hamzah · Top Commenter · Designer at Autokeen sdn bhd
    satu ulasan yg tepat...

Peguam: K'jaan tak rasional, takut pembangkang
Ogos 27, 11 1:35pm
Seorang peguam Inggeris yang mewakili pertubuhan hak Hindu yang diharamkan, Hindraf tetapi dihalang memasuki Malaysia untuk berjumpa dengan anak guamnya telah membidas kerajaan BN dalam wawancaranya yang agak kritikal dan disiarkan di akhbar Britain, The Guardian.

imran khanImran Khan (kiri) telah dihalang memasuki Malaysia pada 12 Ogos di ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atas alasan bahawa dia mungkin menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara. Beliau ditahan kira-kira 12 jam sebelum diusir pulang.

Mengimbas kembali kejadian yang dilabelnya sebagai "menghina tetapi 'membuka mata'", Imran menulis bahawa dia datang ke Malaysia untuk mengumpul bukti bagi menyokong kes yang difailkan oleh pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy.

"Ketibaan saya di Malaysia telah menerima publisiti terlebih dahulu daripada pihak polis yang cuba menakut-nakutkan penganjur tempat di mana saya dijangka menemu-bual pihak-pihak yang membuat dakwaan berkenaan.

"Justeru, ada kebimbangan apabila saya melaporkan diri di kaunter imigresen setiba di KLIA," tulis Imran.

NONEMimpi ngerinya bermula selepas pasportnya diperiksa. Beliau diheret ke pejabat imigresen tanpa sebarang penjelasan.Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover (kanan), telah dibenarkan masuk ke negara ini.

Lawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.



FBI didesak putus hubungan dengan keluarga Taib
Ogos 27, 11 3:37pm

NGO barat meningkatkan tekanan ke atas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat supaya memutuskan hubungan mereka dengan pemilik bangunan yang disewanya, Wallyson Inc kerana dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

NONENGO berpangkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) dan Projek Borneo yang berpangkalan di San Francisco telah menulis kepada Pengarah FBI Robert Mueller bagi membatalkan kontrak sewa FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle, yang menempatkan ibu pejabat FBI bahagian Seattle yang dimiliki oleh Wallyson.

Surat itu juga meminta biro berkenaan untuk menentukan sama ada pelaburan keluarga Taib di Amerika Syarikat adalah selaras dengan undang-undang anti-pengubahan wang haram di negara tersebut, kata BMF dalam satu kenyataan pada hari Khamis lalu.

"Walaupun memerangi rasuah awam perlu menjadi keutamaan FBI, namun badan itu menyewa bangunannya dari keluarga Taib, salah satu rangkaian rasuah yang terbesar di Asia Tenggara.

"Kami khuatir FBI pula akan dilihat sebagai penyokong keluarga Taib dan aset luar negaranya yang haram", tulis BMF.

Salinan surat yang dialamatkan kepada Mueller itu juga diedarkan kepada beberapa agensi dan pemimpin utama kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Setiausaha Negara Hillary Clinton, setiausaha perbendaharaan Timothy Geithner, peguam negara Eric Holder dan jawatankuasa kongres badan kehakiman yang menyelia FBI.

Wallyson adalah salah satu daripada lima syarikat di Amerika Syarikat yang disenaraihitamkan oleh BMF daripada senarai 44 syarikat di seluruh dunia yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Taib.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan