Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.
Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.
Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.
Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.
- Bernama
- Ipoh Mali · Top Commenter · 17 years oldGEMPAR! Hari Ini Doktor Mendedahkan Mengapa Najib Terpaksa Dibedah Lututnya. Apabila Doktor Pakar HKL Buat Scan Xray didapati Di Lutut Najib ade Otak Najib.. Tu Sebab Selama Ini Otak Najib Letak kat Lutut! Itu sebab dia Jahat dan Zalim , Cakap Putar Belit..Kuat Menipu..akibat Otaknya diletakkan di Lutut.. tu la sebabnya.. Kah kah kah Tu la Tuhan Dah Tunjuk.. Hari tu Kata Mat sabu ngan Anwar Berlakon! Mana yg Logik Orang kena langgar Kereta kena bedah lutut Atau Org tendang Penalty kena Bedah lutut? Jadi Siapa yg Menipu.. Kah kah kah.
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
- Zaman Bujang · Top CommenterAwat lambat operation .... kalau cpat skit ari tu bleh masok wad sama2 dgn Mat Sabu ... dok katil sebelah menyebelah .... sambil operation bleh gak bincang pape yang patut ..... nak mintak maaf pon boleh ....
- Luqman Al Fudail · Top Commenter · 24 years oldHari tu kata Anwar pura2 sakit, yang ni real ke Dato Seri? hehe
- Othman Mat · Top Commenter · Works at Stesen Penyiar Negara
- Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.
"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya ketika dihubungi.
Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.
Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.
- Bernama
- Manjalara Setiyasyafakallah MB UST AZIZAN....rakyat kedah mendoakan anda..
- Mohd Dzarikashpisaya doakan semoga ustaz disembuhkan Allah SWT.
- Pendeta Khusyairimungkin inilah sebabnya..beliau mcm x pernah nampak kat mane2 PRK kan...
- Teori Ditempat Gelap · Universiti Sains Malaysiasemoga menteri besar kesayangan rakyat kedah cepat sembuh....kami org kedah masih nk ustaz azizan terus mentadbir kedah.
- Talikasutkayu Dc · Top Commenter · Friends with Syed Othman Abdullahsemuag MB cepat sembuh..kami rakyat jelata mendoakan kesihatan terbaik untuk MB kesayangan kita.
- Zainal Abidin · Top Commenter · Pendakwah at Pendakwahdoa ana sempena bln yg mulia ust azizan akan cepat sembuh utk menjaga rakyat....amin
- Wan Don · Top Commenter · Pembantu Tadbir (P/O) at PesarasEMOGA yab CEPAT SEMBUH DAN TERUS MENTADBIR NEGERI
MB Kedah stabil, dirawat di IJN
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan