Selasa, 23 Ogos 2011

KITA DIHIMPUN DIAKHIRAT.UNTUK MENGHUKUM MANA2 HUKUM TAK ADIL ATAU TERLEPAS DUNIA..BUKAN SAMAN JUTA2.TAPI JAHAT PADA ALLAH.PENIPU DLL..NERAKA TEMPATNYA

Isu ayam: Pemuda PAS gesa JAJ bertindak tegas
Ogos 22, 11 2:49pm
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa Jabatan Agama Johor (JAJ) mengambil tindakan tegas terhadap pembekal ayam segar di negeri itu yang gagal mematuhi kawalan syariah, dengan menghentikan operasi, menyita premis dan membekukan lesen perniagaan mereka.

"Pengusaha seperti ini tidak layak untuk menjalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan," kata pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LaPAS) DPPP, Mohd Firdaus Jaafar.

sellers meat 090805 chicken sellerDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata DPPP memandang serius laporan akhbar yang menyebut JAJ mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri itu diragui status halal dan kesuciannya.

"Ini juga sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan," tegasnya yang juga ahli parlimen Jerai.

Beliau juga mengesyorkan kepada Jabatan Agama Islam di negeri lain supaya mengambil tindakan sama yang tegas seperti yang ditunjukkan oleh JAJ.

Mohd Firdaus berkata pihaknya difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

"LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIS) yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit. Bagi LaPAS, isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam.

"LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram," katanya.

bird flu 300804 chickenDalam perkembangan lain, Mohd Firdaus meminta kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, ia bagi mengelak sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam.

"Kawalan harga ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna.

"Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula 'disembelih' oleh penjual yang tidak bertanggungjawab," katanya.


'Gerakan murtadkan umat Islam semakin berani'
Ogos 22, 11 2:14pm

Isu kontroversi memurtadkan umat Islam negara ini dilakukan dengan semakin berani, dakwa akhbar harian Melayu, Sinar Harian.

“Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi,” kata Sinar dalam ruangan kolum Isninnya.

sinar harian 220811 mereka makin berani murtadLaporan itu juga berkata gerakan memurtadkan orang Islam semakin berani dan dilakukan secara terbuka. Sehubungan itu, ia merayu usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.

Ia juga memaparkan dakwaan seorang ustaz yang mendakwa pernah memutadkan lebih 200 umat Islam apabila dirinya dilatih menjadi mubaligh dan seorang paderi.

Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz, yang pernah dikenali sebagai Yohanus, adalah anak kepada seorang pemimpin ketua gereja di Kota Belud, Sabah yang dilatih menjadi mubaligh Kristian sebelum meninggalkan agama itu pada 1990.

Bagaimanapun akibat sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini dan juga atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil.

sinar harian 220811 mereka makin berani murtad“Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri,” katanya.

Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990.

“Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu,” katanya dipetik Sinar.
  • Puteri Iman · Master of Arts in Political Science
    pada tahun 2008 Persatuan Paderi mengishtiharkan lebih 250,000 orang islam dikristiankan..apa kerajaan buat untuk untuk bendung semua ni? mana perginya mufti krajaan? mana perginya menteri dalam negeri dlm membanteras perkara ni? mana menteri yg lain? mana perginya ISA? mana perginya pertubuhan islam? NGO? mana? skrg usaha dan tindakan diambil oleh pemimpin yg sayangkan agama islam di tuduh mcm2, difitnah, di api2kan kepada rakyat oleh kerajaan.. wahai orang2 yang beriman, bukalah minda setiap apa yg kerajaan dah lakukan utk agama islam.. ikutlah jejak langkah sy dengan keluar BN (puteri umno) & bacalah juadah ilmu dari kedua-dua belah pihak..jgn hanya tengok TV1, TV2, TV3 dan Tv-tv yang pro kerajaan je..tengok lah saluran pembangkang lain jugak seperti ceramah pembangkang, internet dan sbgainya..kelak kita dapat memilih siapa yg patut di pilih dlm PRU 13.. Puteri Iman
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      dh lupa ke kontroversi kes pembastian di ipoh oleh azhar mansur? dh lupa ke kes suzie teoh@nur aini yg berumur 16 thn dr KELANTAN yg memeluk islam kemudian bapanya menfailkan saman sehingga...

      tun salleh abas terpaksa simpan fail kes itu selama 2 tahun bg mencukupkan umur budak itu genap 18 tahun krn ikut perlembagaan mlys(pelembagaan kafir@law reeid) hak seseorang anak tertakluk di bwh jagaan ibu bapa selagi blm cukup 18 thn..

      akhirnya..kebijaksanaa dan keimanan Tun salleh abas,budak tu berjaya mengekalkan agama islam..sayangnya hakim yg di sanjug tinggi ini dipecat oleh bapak setan iaitu MAT THEIR merangkap presiden Untk Mattheir Neraka Ok(UMNO) ketika itu.
  • Azrul Azamho · Pengulas Tertinggi
    gerakan ini dah lama berlaku...tapi UMNo baru sekarang nak gunakan isu ni untuk main sentimen Melayu...padahal kes 'murtad' bukanlah sesuatu yg membahayakan UMno..sebab tu mereka tak halang pun...
    • Syafie M Noor · None
      jangan nak salahkan umno, kerajaan negeri yang beri jalan kepada mereka, sebab tu jadi macam ni..anwar pun main peranan juga.
  • Lukman Istiqamah · Uitm melaka
    org tak takut sebab hukum ALLAH tak gune.... KEMBALIKAN HUKUM ALLAH.
  • Dewa Perang Bonex · Pengulas Tertinggi · Boss di Pencacai
    sepatutnya inilah masanya yang tepat untuk PEKIDA bertindak.. bukan atas soal remeh temeh abg long, ayahanda..
    • Kinabalu Prince · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      DPB : hahaha, ye tak ye ek...mana suara Pekida, hari tu sibok dgn abg longnya..hello pekida, are you still there..
    • Raji Silver · Pengulas Tertinggi · Bekerja di I have my own bussiness
      perkida sudah jadi`PUKIDA`.LAH NI ORANG PERKIDA SEMUA SUDAH BUAT KERJA LAIN!DIA TAK HARAP UMNO LAGI!
      LAH NI PERKIDA JADI BAPAK AYAM PADA IBU TUNGGAL/TINGGAL DI KAMPUNG,JUAL AIR KETUM,JUAL GANJA DAN GAM DUNLOP TAYAR DI KAMPUNG UNTUK CARI DUIT.PERKIDA LAH TENGOK ROSAKAN GENERASI MUDA ANAK MELAYU!BINI /IBU TINGGAL DAN TUNGGAL SEMUA BINI DEPA!
      ITU PASAL PERKIDA SEKARANG SUDAH JADI `PUKIDA!.OK!
    • Muhammad Afiq Anuar · Pengulas Tertinggi
      Kau ni cam Ahli Pekida yang kecewa je..sian...ntah2 dlu abang long...haha
  • Osman Omar · Pengulas Tertinggi · SEK MENENGAH TUNKU SULONG, JENIANG
    Bukankah isu MURTAD ni dah lama berlaku dan Mufti PErak pun pernah mendedahkan kes MURTAD tapi PAk MEnteri UMporNO melentig sampai Pak MEnteri UMporNO berkata sapa besaq dia (Harusani) besaq ka saya besaq...Hebat kan cara Pak MEnteri ni kan..kan..kan.. Persoalannya kenapa sekarang baru nak diperbesar2kan.Jawapannya adalah ini salah satu usaha UMporNO meraih sokongan org2 Melayu yg telah tidak meyokong UMporNO lagi konon2nya UMporNO perihatin dengan masalah Murtad konon2nya UMporNO membela Islam tetapi jika benar2 membela Islam kenapa Undang2 mencegah murtad bagi orang2 Islam tidak dilaksanakan jika benar2 sayangkan dan membela Islam malah usaha PAS membawa Undang2 pencegahan Murtad ke Parlimen ditolak mentah2 oleh UMporNO...
  • Melissa Anis Harun · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    sekarang ni parti politik umno, pas dan pkr duduk sibuk menjaga hati pengundi cina sbb pru dah makin hampir...
  • Zainol Fizal Aladad Khan · Top Commenter · Works at B.Braun Medical Industries
    saya amat brsetuju dgn kenyataan Mohd Farhan tu, umat Islam murtad bukan kerana gerakan dakwah Kristian atau sebagainya, tpi umat Islam murtad kerana missionaries Kristian mempraktikkan cara dn ajaran Islam yg dibawa Rasulullah S.A.W. dlm pembagian zakat yg mereka berikan kpda umat Islam yg kesusahan dari segi ekonomi, sedangkan pemerintah umat Islam(UMPORNOCO) meninggalkan ajaran Rasulullah S.A.W. itu dn akibatnya umat Islam yg kurang ilmu, juga atas sebab pengawalan ilmu Islam yg sbenar oleh UMPORNOCO telah terpengaruh dgn cara missionaries Kristian itu membantu mereka dari segi ekonomi(pada umat Islam yg mmg mengalami masalah ekonomi), dn mereka tidak menyedari bahawa cara missionaries Kristian itu adalah cedokan dari ajaran Islam yg disembunyikan oleh pemerintah UMPORNOCO(atas kpentingan sendiri), maka mereka pun secara perlahan2 dn akhirnya memeluk agama Kristian kerana percaya ajaran Kristian itu lebih baik dari Islam, khususnya dalam membantu ekonomi mereka....
    Ini adalah hasil kajian saya utk dikongsi kepada seluruh umat Islam di Msia supaya umat Islam di Msia mengetahui kenapa dn siapa yg sbenarnya brsalah dn bertanggungjawab dlm isu ini dn apa tindakan yg sepatutnya diambil oleh seluruh umat Islam dlm menangani permasalahan ini, saya hnya nampak satu jalan saja, SINGKIRKAN UMPORNOCO@BN DLM PRU AKN DTG!
  • Guntur Gilerr · Friends with Umngok Apco
    puncanya murtad dari pemerintah yg xnk islam...cuba hukum islam tu jln... rasa2 ada x jd mcm skrg ni x.......... kaldai hadari ni hanya suka pompang2 je psl islam...itu pun nk selamatkn diri bila tersepit......... hakikatnya mcm tin kosong........
  • Ab Rahman Osman · Top Commenter
    bahang 1Malaysia hahahahaha.....ini la konsep penerimaan yang PM nak tu....
  • Kamal Ummi · Top Commenter · Jerantut
    buat lah tunjuk perasaaan besar masa pun...kalau undang2 murtad yg islam gariskan tidak di gubal....sampai bila pun masaalah ini x akan selesai....

JK khas terbatal jika parlimen dibubarkan
Ogos 22, 11 1:46pm
Syor-syor jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya akan terbatal dan menjadi tidak sah sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum ia dilaksanakan, kata timbalan speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

deputy speaker wan junaidi parliament pc 240609Jika ahli parlimen pada sidang baru menentang cadangan yang disyorkan sebelum ini, semua usaha meminda undang-undang pilihan raya di negara ini akan juga terbatal, kata Wan Junaidi dipetik akhbar Oriental Daily News.

Dalam wawancara dengan harian berbahasa Cina itu yang diterbitkan hari ini, beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa khas berkenaan akan terbubar jika Dewan Rakyat dibubarkan supaya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum panel tersebut menyelesaikan tugasnya.

Dalam erti kata lain, cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa itu akan terbatal jika ia tidak diterima pakai oleh kerajaan sebelum pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, Parlimen dan kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya akan memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan kerja yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.

Sekiranya kerajaan baru menyokong inisiatif pembaharuan pilihan raya, ia boleh membentangkan usul baru untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas parlimen baru bagi meneruskan kerja-kerja jawatankuasa sebelumnya.

Sebaliknya, jika sebahagian besar daripada ahli parlimen yang baru dilantik menentang reformasi pilihan raya, maka rancangan itu akan diketepikan.

Umno S'gor bakal saman fitnah Mustafa Ali RM10j
Ogos 22, 11 4:01pm

Umno Selangor akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menuduh parti itu mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas.

Setiausaha badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu diambil selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta Umno Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.

NONE"Sempena dengan semangat Ramadan, kami bersedia memaafkan namun Mustafa (kanan) angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan Umno Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit.

"Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah Umno Selangor yang difitnah," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Mohd Zin berkata Umno Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti.

Beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

azlanMenurutnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mendedahkan perkembangan siasatan berhubung pemeriksaan JAIS di gereja berkenaan dari semasa ke semasa kepada umum kerana rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Pada 15 Ogos lepas, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam 'perangkap' Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa Umno ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

- Bernama
Mustafa: Saya tak akan minta maaf pada Umno
Abdul Rahim Sabri
Ogos 22, 11
4:48pm
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mempertahankan dakwaannya Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor pada 16 Ogos lalu.

pas muktamar 130610 mustafa ali"Saya berpegang kepada kenyataan saya, tidak akan minta maaf," kata Mustafa dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini bahawa pihaknya akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha agung PAS itu.

Mohd Zin dilaporkan berkata pihaknya akan berbuat demikian ekoran keengganan Mustafa untuk memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor itu.

Umno Selangor, katanya, melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu yang disifatkan "adalah yang terbaik untuk mempertahankan maruah Umno Selangor".

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti.

Pada 15 Ogos lalu, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam 'perangkap' Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa Umno ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan