Selasa, 30 Ogos 2011

JIKA ORANG CONTENG MUKA KITA TAK PE LAH....BAGAIMANA KALAU KITA SENDIRI YANG CONTENG ...MAKA ELOKLAH SALAHKAN DIRI SENDIRI....

Salam Aidilfitri dari Malaysiakini
Ogos 29, 11 5:25pm
Malaysiakini mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca.

Doa kami, anda semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan kembali semula dengan selamat selepas bercuti panjang sempena hari lebaran ini.

Semoga sambutan Syawal 1432 Hijrah kali ini lebih meriah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Memandangkan sebahagian besar wartawan kami akan dan sedang bercuti, kami akan beroperasi dengan tenaga minimun tetapi berjanji akan kembali menerbitkan berita-berita politik tanah air seperti lazimnya pada hari Jumaat, 2 September 2011.

Kepada pembaca budiman yang dihormati, sekiranya ada tersilap dan salah, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf.

Sekali lagi, selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin dari kami warga kerja dan sidang pengarang Malaysiakini.



Insiden Tung Shin: Saksi didakwa enggan kerjasama
Ogos 30, 11 9:15pm
Keengganan saksi untuk bekerjasama telah menyebabkan kelewatan melengkapkan siasatan dakwaan bahawa gas pemedih telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu di Kuala Lumpur semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEMenteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) berkata saksi terdiri daripada doktor, jururawat dan pesakit di hospital berkenaan enggan tampil untuk membantu dalam siasatan insiden tersebut.

Katanya beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa supaya mempercepatkan siasatan.

Bagaimanapun, saya dimaklumkan beberapa saksi gagal hadir semasa siasatan, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Aidilfitri di Seri Perdana, di Putajaya hari ini.

NONELiow berkata laporan siasatan itu akan dikemukakan kepada Kabinet.

Katanya dua pasukan, satu dari kementeriannya dan satu dari pihak polis, ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terhadap pasukan polis atas kejadian itu.

- Bernama




Tiada motif politik rumah terbuka Aidilfitri di P Pinang
Ogos 30, 11 9:23pm

Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 Sept ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim interview 160409 02Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.

"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.

Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.

azlanMengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana hari ini, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.

Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik.

- Bernama


Penerangan: Kepimpinan Najib diterima rakyat
Ogos 30, 11 4:25pm

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 070809 03Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

rosmah and najib bakti event 070709 05Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Sehubungan itu, Rais yang meragui kajian Merdeka Research Centre itu menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.

NONE"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya," katanya.

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lalu juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.

- Bernama
K'tangan 'keras kepala' jejas pentadbiran S'gor
Ogos 30, 11 9:57am

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

xavier jayakumar pc 190110 01Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan yang memetik Jayakumar sebagai berkata, "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri”.

Kabel nota diplomatik yang dihantar oleh kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kepada Jabatan Negara di Washington DC itu didedahkan oleh portal pembocor maklumat Wikileaks. Menurut laporan itu, Jayakumar juga mengadu pada September 2008 bahawa penjawat awam mempunyai "kesetiaan yang mendalam" terhadap bekas kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno.

Jayakumar juga dilaporkan memberitahu bahawa pegawai kanan kerajaan negeri juga mengingkari arahan kerajaan Pakatan supaya tidak merobohkan mana-mana tempat ibadat atau membenarkan papan iklan baru didirikan, kerana terdapat banyak aduan bahawa wang daripada papan iklan tersebut disalurkan ke dalam akaun persendirian.

dap mbpj billboard eyesore 010806 obstructionADUN Seri Andalas itu dalam pertemuannya dengan duta Amerika ke Malaysia pada 11 September tahun berkenaan berkata "kebanyakan kakitangan awam peringkat negeri "dibayar dan ditadbir oleh kerajaan persekutuan". Tindakan itu mengehadkan kuasa kerajaan negeri terhadap mereka

  • Salleh Ibrahim · Pengulas Tertinggi
    Kakitangan awam sepatutnya kena faham, gaji mereka dibayar oleh wang cukai dari rakyat, bukan dari wang parti yang memerintah..
  • Brewin Edward Emprang · Pengulas Tertinggi · National University of Malaysia
    kerja UMNO nak mensabotaj kerajaan negeri pimpinan pakatan rakyat memang dah dari dulu lagi. ini lah masalah civil service di malaysia. setia sangat pada BN. sebab dah byk sangat didoktrin dengan pelbagai program BTN lah tu.

    perkhidmatan dah lah teruk! korang yg kerja kerajaan tak malu ke? mcm mana lah negara ni nak maju kalau mcm ni. malaysia memang perlu reformasi! dari civil service sampai ke kabinet kena tukar.
    • Papa Zahari Najme · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Roszeli M
      civil servant sepatutnya badan bebas dr faktor politik.. dan lakukan kerja sempurna tanpa berfikir siapa pemerintah.. lakukan demi rakyat! jgn terpengaruh dgn ugutan umno-bn, anda selamat!
    • Mohd Halim A Rahim · Pengulas Tertinggi
      Sudah terlalu lama mereka itu ...makan BN, tidur BN, main BN.... semuanya BN. Tetapi kerjaan PR perlua ambil pendekatan berlembut. Kena rajin turun ke bawah dan anjur aktiviti bersama mereka.... lambat laun mereka akan berubah.
    • Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
      Mungkin teori RAHMAN ada benarnya..

      R - Rahman
      A - Abdul Razak
      H - Hussien Onn
      ...Lihat seterusnya..
  • Aiman Tajuddin · Pengulas Tertinggi · Nurse Trainee di Kementerian Kesihatan Malaysia
    my God...ni namanye kesetiaan berbelah bahagi...what the...u should know that, Be eNd-Umno bkn pembayar gaji korg, tp kami sbg rakyat ni, yg bayar gaji korg..jalankan amanah dan tggung jwb dgn sepatutnya, bkn dgn ketaatan membabi buta..engat, gaji kamu adalah cukai kami..
  • Pemerhati Senyap · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
    Masalah kakitangan yg xbleh menerima kenyataan peralihan kuasa dari Bn ke Pakatan Rakyat telah berlaku di Kelantan tahun 1990, kerenah tersebut dapat diatasi dengan kebijakan MB umpama manarik rambut dalam tepung akhirnya semua bleh menerima Kerajaan kepimpinan TGNA. Kpd yang berkenaan berpegganglah dgn pepatah "Patah tumbuh hilang berganti" halx politik serahkan kepada ahlinya, sebagai kakitangan awam bekerja kerana Allah untuk rakyat.
  • Mahadi Lamartinaevisu · Pengulas Tertinggi
    sabar..kelantan pn sama...kita hapuskan dajal2 bn dipusat...tebang..ranting2 akan mati bersama..semoga pr terus tersemat di hati rakyat yg dahagakan keadilan...rakyat ditindas oleh anjing apco yahudi 1mesia...lawan tetap lawan...Tok Guru Nik Aziz pn walau berumur..tetap gagah melawan bn korup...BN barang naik...
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    keadaan sama berlaku diperak masa kerajaan pakatan dulu.kebanyakan penjawat awam suka kerja yg ringan dan tak perlu betul2 berdedikasi sedangkan kerajaan2 pakatan berkerja dgn cekap dan dedikasi.disini mereka melihat kerajaan pakatan rakyat membebankan mereka berbanding zaman bn yg kerja ala ala aje....
  • M Syafiq Roslan · Top Commenter · Shinjuku-ku, Tokyo, Japan
    kakitangan kerajaan negeri sepatutnya berkhidmat utk kerajaan negeri dan rakyat ngri tersebut. bukan nya mengada-ngada nk berkhidmat dgn parti2 politik.. pecat je mereka yg keras kepala ni. biar mereka cari makan ditempat lain.. mahu pecah kepala mereka fikir nk cari kerja nnt..
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    Teman ramai juga kekawan yang kakitangan kerajaan adalah ahli PR, tetapi teman cuba dapatkan maklumat dari tempat mereka bertugas samada mereka ada sabotaj atau engkar arahan, apa yang dimaklumkan kepada teman mereka menjalankan tugas sebagai seorang yang profesional, walau pun mereka orang PR tetapi kerja tetap kerja. Tetapi puak2 umno ini spesis yang paling primitif yang masih wujud pada hari ini. Ada seorang pegawai tinggi kerajaan orang kuat umno, suatu hari pada 2008 selepas PR bentuk kerajaan di Perak, beliau berbual dengan teman dalam kereta beliau selepas balik dari minum pagi, dia kata umno dah sediakan RM5juta jika ada ADUN PR yang nak lompat parti, umno memang tak boleh terima kekalahan. semoga Allah hukum umno/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti. Aamiin......
  • Uwajin Suprato · Top Commenter · Pejual Ikan Di Pasar at GLCC
    Pecat Pegawai atau kakitangan yang degil atau ingkar arahan kerajaan negeri. Tiada jalan lain lagi. Mereka ini sombong dan bongkak semasa pemerintah lama. Satu jalan lagi pulangkan mereka kepada Putrajaya.....mereka2 ini yang akan menyusahkan pemerintah skrg bagai duri dalam daging.
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    Senang saja Y.B. kita lembut kan mana-mana mereka yang keras kepada dengan surat amaran pertama, kedua dan ketiga akhirnya kita tamatkan perkhidmatanya banyak lagi yang menggangur perlukan pekerjaan Y.B.
  • Mohd Saaya · Top Commenter · Herriot Watt University
    Tak susah nak handle yg keras kepala. Suruh org awam bagi rasuah, simpan rekod dan panggil interview tanya samada nak berhenti atau masuk mahkamah. Tapi kalau kakitangan yg tak mahu terima rasuah, kakitangan tersebut patut dipupuk untuk menguatkan integriti kerajaan negeri. Reward yg sepatut nya pada mereka yg jujur.
  • Adrastos Vinco · Friends with Bumiputera Berjaya
    buang saja mana2 kakitangan yg engkar arahan.
  • Stephen Chung · Top Commenter · Los Angeles, California
    Setahu saya kakitangan perkhidmatan awam ini boleh dibahagikan kepada dua golongan yakni pegawai perkhidmatan awam di bawah bidangkuasa pentadbiran persekutuan dan juga pegawai perkhidmatan awam di bawah pentadbiran negeri, Oleh yang demikian pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan disiplin dan tatatertib terhadap kakitangan di bawah jagaannya sekiranya ingkar perintah termasuklah penamatan perkhidmatannya.

    Dalam konteks ini, Disebabkan Pakatan Rakyat yang memerintah di Negeri Selangor Darul Ehsan, maka kesemua pegawai perkhidmatan negeri di bawah bidangkuasa kerajaan negeri hendaklah patuh kepada segala arahan dari pihak kerajaan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan.
  • Abu Hurairah Tan · Top Commenter · Tankerman at Itsquest
    Fenomena yg sama menumbangkan kerajaan PAS Trenegganu PRU 1999-2004, gunting dlm lipatan atau musuh dlm selimut ini patut di cantas dari awal....tapi sikap ulama TG Hj Hadi masih mahu memberi peluang pada mereka2 itu...mana boleh di baiki, kita baiki dulu...tapi belum sempat di perbaiki apalagi di bantu oleh umno pusat, kerajaan PAS Terenganu tumbang di celah tipu helah SPR dan maklumat2 dari barua2 umno dlm kerajaan negeri....
    Saranan saya agar kerajaan PR negeri Selangor jangan bagi peluang pada barua2 ini....andai di kenal pasti sekalii dgn bukti...tindakan keras dan tegas patut diambil terhadap mereka....makin di biar...mereka akan memberi masalah pada kerajaan negeri....
    Selamat Hari Raya.....AllahuAkbar!
  • Liau Peng Chuan · Top Commenter
    102. AT TAKAATSUR

    [102.1] Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,

    [102.2] sampai kamu masuk ke dalam kubur.

    [102.3] Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

    [102.4] dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

    [102.5] Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

    [102.6] niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

    [102.7] dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin,

    [102.8] kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
  • Radin Bin Adil Adil
    Betule tu Salleh - Gaji dibayar bukan dari parti yang memerintah - jadi sekarang PKR memerintah Negeri Selangor je. Takde masalah lah jika k/tangan awam mereka keras kepala & setia kepad kerajaan persekutuan sbb gaji mereka dibayar dari wang rakyat yang memilih Pemerintah Persekutuan. Nask ikut cakap pemerintah negeri terpulang kpd masing2 individulah......
    • Stephen Chung · Top Commenter · Los Angeles, California
      Satu pentakrifan yang salah.
    • Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
      ktgn persekutuan dibayar oleh persekutuan, negeri dibayar negeri. apa pun kena ingat amanah. prinsip AAMANTUBILLAH. setiap gaji diterima akan dihisab.Ramai kawan sy org kuat PAS, kerja dgn kerajaan BN tapi sentiasa cemerlang dan dedikasi, berkali2 dapat anugerah, dan mereka adalah staf yg boleh diharap. Yg pembodek kerajaan pulak ramai yg mengular dan curi tulang. baginya gaji itu untuk mengampu, bukan utk kerja
  • Zain Sulaiman · Top Commenter
    Betul kata YB. Seperti JAIS dia ikut arahan kerajaan pusat. Sebab itu issue agama maseh tak boleh selesai. Zakat Selangor pun sama. Nama je Selangor tapi orang Selangor nak dapat zakat susah. Kalau bekas bekas UMNO senang aje. Kalau kita menang Putra Jaya kita buang aje orang orang macham ini. Yang pertama kita buang ketua SUK.....
  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    Bukan senang nak kikis daki yang sekian lama ditinggalkan oleh UBN. Kekadang tu kena pakai berus keluli. Sabo je la PR Selangor. Lelama lembut la tu. Cuma kenal kekalkan pemerintahan berhemah dan sokongan rakyat selangor.
  • Mohd Farizal · Top Commenter · Uniuni
    Ambil tindakan tata tertib terhadap penjawat yg "degil" PR patut ada Birotatanegara sendiri ala2 BTN...untk brain wash mereka yg degil itu...kalau BN boleh buat mengapa bukan PR?
  • Ismel Zaid · Top Commenter · Sek Men Methodist NTebal
    memanglah camtuu..dah berpuluh2 taung dok menetek susu karat biru be end., tau-tau PR ambilalih gomen ngri..gelabah bewak lah depa..mulalah idea2 perut busuk asuhan umno meresap dlm otak kaki-tangan gomen tadi.Patut mau ditendang terus saja atau bagi akuan sumpah supaya taat kat gomen negeri.10 org pergi 100 yg menganggur yg setia dgn gomen negeri boleh ganti.Pergi mampuihlah depa dgn keras kepala tuu.
  • Guntur Gilerr · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    klu dh dasar barua umno tu mmg ssh la nk ditegur........... yg lg ssh klu dh tua nk mampos tu....... dia punya taat setia mengalahkan bau pekat minyak atar kahhhhhhh3.....
  • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia
    kakitangan kerajaan...sila berhadapan dgn amanah rakyat untuk disoal siasat di alam barzakh nanti.
  • Perangi Corruption · Top Commenter
    ala diorang ni antar aja kat jin bertendang baru padan mukanya...ramai lagi yg nak berkerje dgn ikhlas dan amanah untuk rakyat....
  • Budin Othman · Top Commenter
    rakyat selangor patut taat pada kjaan yg adil bukan yg korup sptr BN. jgnlah nnt menyesal diakhirat.
  • Ahmad Saiful Auctiva · Top Commenter · Politeknik port dickson
    Tempeleng je penjawat awam ngok ngek ni.
  • Alwee Yusoff · Universiti Kebangsaan Malaysia
    Apa susah.... buang aje mereka tu....
  • Dayang Liela · UiTM Shah Alam
    kita mempunyai hak masing masing..tak boleh paksa kiranya kita beranggap perkara tak betul...jangan buat kita orang macam LEMBU CUCUK HIDUNG...
  • Suhaimi Emi · Smk iskandar shah
    harap manfaatkan gaji yang diterima...... kerajaan bukan buat bisness rakyat tapi bagi kebajikan kpd rakyat.....

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata
Ogos 29, 11 1:40pm

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.
azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.
Populariti Najib tercalar: MCA kurang setuju
Ogos 29, 11 9:22pm

Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim berkata kaji selidik yang menunjukkan bahawa tahap kepopularan atau puas hati rakyat terjadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merosot enam mata kepada 59 peratus, bukan perangkaan yang berwibawa.

NONE"Merdeka Center adalah pusat banci dan kaji selidik pendapat. Ia telah menjalankan kajian dan penyelidikan. Saya akui ia sebuah badan bebas, tetapi ia tidak boleh mewakili apa yang kita namakan sebagai autoriti.

"Dalam sektor kewangan, kita ada Standard and Poors dan Morgan Stanley. Bagi Merdeka Center kita boleh melihat dan membuat pertimbangan," kata Lim, yang juga timbalan menteri kewangan.

Katanya kajian Merdeka Center boleh digunakan sebagai rujukan, tetapi cepat untuk berkata bahawa data berkenaan mungkin sangat subjektif.

Menurut badan itu, tahap puas hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan oleh presiden Umno itu pada Jun tahun lalu.

najib and malaysia peopleAntara lain, kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.

Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib menangani dan memngendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Lim juga berkata MCA tidak bersetuju dengan kajian badan itu yang mendapati sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan terus merudum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan