| Harakahdaily | ||||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. “Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. “Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama. Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam. Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi. “Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. “Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya. Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. “Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi. Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. “Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 8 Ogos 2011
JADIKAN KERAJAAN BERSIH..BERMARUAH...BUKAN KERAJAAN YANG BERMAIN AUTA2...CUMA AUTA2 NI TAK LAGI LAKU DIPADANG MAHSYAR..YANG TERLIBAT AUTA2 NI..DIHUKUM
Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih
PERMATANG PAUH, 8 Ogos: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengamalkan sikap 'menang-menang' dalam usaha mengatasi masalah para peniaga di up town, Bandar Perda, kata yang dipertuanya, Maimunah Sharif (gambar).
Pas - Parti Aloh Sokmo - begitulah bunyi tajuk artikel timbalan menteri agama yang terkenal ini.
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat rasmi kepada Datuk Seri Najib Razak bagi meminta Perdana Menteri itu memanggil satu sidang khas parlimen berkaitan isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara segera dan berdaftar sebagai pemilih.
TEMERLOH, 8 Ogos: Sempena bulan Ramadan, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin
RANTAU PANJANG, 8 Ogos: Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit.
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub hari ini masing-masing memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka pada 9 Julai lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan