| Harakahdaily | ||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat kesal dengan sikap pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang gagal memainkan peranan untuk menjaga kebajikan pelajar di sana. Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kemelut pelajar Malaysia di Mesir yang menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyertai himpunan aman Bersih di sana. “Pihak kedutaan dilihat mewakili Umno dan bukannya rakyat Malaysia. Saya ingin mengingatkan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia bahawa pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar di Mesir adalah lantikan kerajaan dan bukannya lantikan politik. “Gaji mereka dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan Umno yang membayarnya,” ujar beliau lagi. Menurut beliau, pegawai yang dilantik oleh kerajaan hendaklah beramanah dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan dan bukannya menjadi orang suruhan Umno. “Takutlah doa orang yang dizalimi, di Terengganu kita telah mengadakan solat hajat agar kemelut pelajar kita di Mesir dapat diselesaikan segera,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu. Mengulas kenyataan pimpinan Umno sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat, katanya ia menunjukkan mereka amat terdesak. Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin Umno jangan bercakap bohong kepada rakyat. Katanya, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh Umno yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja. Selama ini, ujarnya segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan Umno. “Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita , tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal. “Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali Umno tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni Umno, ahli Umno di Malaysia pun tertindas,” ujar beliau lagi. Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman Umno dan sudah tiba masanya saat kejahatan Umno dikuburkan dalam PRU yang akan datang.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 2 Ogos 2011
BIAR MENANG BERMARUAH...KALAH PUN BERMARUAH....JANGAN SEBALIKNYA...DUNIA TAK SELAMAT ...AKHIRAT LAGI TAK SELAMAT...ALLAH HUKUM KERANA MENIPU DAN ZALIM
Kemelut pelajar: Kedutaan bukan wakil Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PUTRAJAYA, 2 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) telah melengkapkan proses mewujudkan rantaian komunikasi secara rasmi dengan agensi kerajaan berhubung bantahan rakyat terhadap pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng dengan mengunjungi Perdana Menteri di Putrajaya pada 29 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tindakan Dawama Sdn Bhd memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerjanya ekoran masalah kewangan membuktikan projek penswastaan kerajaan BN menemui kegagalan.
"Kita nak tahu betul ke Dawama menghadapi masalajh kewangan dan minta kementerian terbabit bentangkan akuan Dawama di Parlimen," kata beliau yang juga ahli Parlimen Gombak.
Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).
Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.
Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan