Jumaat, 29 Julai 2011

SEJARAH GULUNGAN AGAMA YANG BELAJAR DI MESIR..BALIK..MEREKA MENCETUS IDEA MERDEKA YANG DIDAPATI MESIR MULA MENUNTUT KEMERDEKAAN KETIKA ITU

Najib mahu bela rakyat bila dekat pilihan raya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Di antara tanda pilihan raya dekat apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barangan, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Selain itu, katanya setiap hari ada ahli PAS menyertai Umno.

Hari ini pula, ujarnya media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.

“Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

“Ini adalah petanda pilihan raya sudah hampir. Dekat pilihan raya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Datin Rosmah pula, ujarnya tidak tahu berapa harga gula sekilo.

“Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang,” katanya.

Baginya, malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan proaktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat.

Soalnya, kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik.

Katanya, sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihatkan kerajaan supaya jangan meninggalkan industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia, ujar beliau sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan.

Sebaliknya, tambah beliau Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat Umno BN, biar pun rakyat yang terbeban.

Contohnya, kata beliau pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990.

Beliau menambah, pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

“Apabila dekat pilihan raya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat.

“Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus,” ujarnya.

Ini, ujarnya telah dibuktikan di Kelantan walaupun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat.

Beliau berkata, sepatutnya pemimpin BN kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.

Najib: Jangan buta sejarah dan tak kenang budi
Jul 28, 11 2:57pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sejak Gagasan 1Malaysia diperkenalkan, ia berjaya meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional di kalangan rakyat negara ini yang berbilang keturunan, agama serta budaya.

NONE"Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia berpindah daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Konsep toleransi tak begitu bermakna... kalau kita berganjak kepada konsep penerimaan dapat kukuhkan perpaduan nasional," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat Alor Setar serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.

Najib tiba pagi ini untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kedah.

Bercakap kepada Bernama, katanya, kerajaan mengamalkan dasar yang begitu tepat sekali untuk kepentingan Malaysia dan membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan semakin hari semakin tinggi kejayaan serta pencapaiannya.

"Salah satu keputusan yang mencerminkan sikap kita yang terbaik dan liberal adalah dengan memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa di negara ini memilih jenis sekolah dan aliran yang hendak dihantar anak-anak mereka.

declaration of indepence"Ia sesuatu keputusan yang dibuat pengasas-pengasas negara kita sejak negara merdeka... pemimpin-pemimpin Perikatan pada masa itu telah buat keputusan itu. Pemimpin parti lain menentang keputusan tersebut," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Perikatan faham bahawa cara itu amat sesuai apabila memberi kebebasan dan bersikap terbuka serta liberal terlebih dahulu daripada pihak lain, dan kerana itu lahirlah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dalam negara ini.

"Kerajaan mengekalkan sekolah-sekolah yang patuh (mengikut) kurikulum sekolah kebangsaan atau sekolah persendirian Cina yang masih wujud hingga sekarang. Tiada negara lain di dunia yang amalkan sikap terbuka seperti ini.

"Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini. Kalau pemimpin-pemimpin Perikatan dulu tak buat keputusan ini takkan ada sekolah Cina hari ini. Jangan jadi bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi," katanya.

may 13 riots 041004 police check pointBeliau berkata Malaysia mengamalkan demokrasi sejak dulu dan mana-mana pihak yang mendakwa memperjuangkan demokrasi, golongan itu sebenarnya menafikan demokrasi yang dilaksanakan oleh pemimpin yang melahirkan sekolah jenis kebangsaan.

"Dia buta sejarah kerana (demokrasi) dah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Kita mahu baiki sistem demokrasi kita tetapi jangan sampai menafikan tak wujud demokrasi di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri meminta rakyat di negara ini beralih daripada amalan toleransi kepada amalan penerimaan yang mampu mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.

"Dalam amalan toleransi ada lagi tembok-tembok pemisah dan ada rasa tidak sama antara kita."

azlanKatanya berbanding amalan penerimaan, ia adalah meraikan kepelbagaian antara rakyat dan menggunakan kekuatan semua tanpa mengira kaum.

"Ia satu kekuatan untuk negara kita. Seperti bermain bola sepak, kita daripada pelbagai kaum akan membantu sesama sendiri memastikan pasukan kita berjaya.

"Kalau satu posisi score gol sendiri pasti akan kalah, nilai ini amat penting bagi kita tidak kira apa warna kulit dan rupa kita," katanya.

  • Amar Afiq Harun · Universiti Pendidikan Sultan Idris
    kah kah kah! najib ckp pasal demokrasi! kau phm ke demokrasi tu najib? kau pena bace sejarah ke? kah kah kah!
    • Shahrul Amin · Top Commenter
      ko ni tak tahu hargai orang ker...ada ker ajaran islam yang menyuruh kita lawan pemimpin yang seagama kita. ko nak melutut bawah DAP ker.apa guna bangsa melayu dan agama islamla ko
    • Asmael Ramli · Top Commenter · Friends with Canoy De Purplepooh
      UNtung kerajaan Selangor meningkat. kata pemimpin UMNO tak pandai memerintah. Adakah anda percaya dakwaan pemimpin UMNO? Sesiapa yang percaya berani saya cakap ANDA ORANG PALING BODOH DI DUNIA.....!!
    • Rozain Zin · Sekolah menengah putra
      lu bodoh x tau sejarah sama macam najib shahrul....
  • Saravanan Chandira Sekeran · Top Commenter · Linton Institute of Technology
    Buku sejarah najib mesti tebal gila punya....cerita pasal kapal selam, mongolia, C4 , khasakstan , 1st lady dan terbaru Cincin 1st lady.
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Pemimpin UMNO dan ko ni Najib yg tak kenang budi setelah rakyat memberi ruang memerintah selama 53 tahun namun ternyata mengecewakan rakyat malaysia dgn berbagai kezaliman dilakukan..
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      semua rkyt Malaysia sudah tau sejarah kotor kamu berdua Najib & Rosmah......!!! hanya kamu saja yg buat buat tak sedar.....!!!!
    • Shahrul Amin · Top Commenter
      ko ni tak tahu hargai orang ker...ada ker ajaran islam yang menyuruh kita lawan pemimpin yang seagama kita. ko nak melutut bawah DAP ker.apa guna bangsa melayu dan agama islamla ko
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    "Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi".

    Kesihan sya dengar najib cakap seperti ini.tak ke perkataan ini terkena bada batang hidung dia sendiri.bukan ke Najib dan pemimpin bn yang yak kenang budi.wahai Pak cik najib yang Mudah melatah.bukan rakyat yang tidak kenang budi.tapi kau dan parti pimpinan kau tu yang tak kenang budi dan undi Rakyat malayasia sejak dulu lagi... nasib kau lah untuk tersungkur pada PRU13 ini....cakap tak padang kiri kanan, depan belakang dan atas bawa.ini lah sikap seorang ketua pemimpin yang tiada peri kemanusiaan dan tamak halubah.tak reti-reti mengucap syukur dengan rahmat dai Ilahi.
  • Darnie Afzaidees Ahmad · Top Commenter · Politeknik Kota Bharu, Kelantan
    Pakcik najib nie berbicara soal DEMOKRASI lah pulak.........dalam waktu yang sama DEMOKRASI di Malaysia kita telah dicabul kehormatannya oleh puak puak lintah darat nie........dia yang buta sejarah atau rakyat yang dibutakan mata dan hati tentang sejarah penubuhan MALAYSIA? sapa yang buta perut?
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Sbb ko tengok malaysia main bola...malaysia kalah...hehehe..bawa sial buat rakyat malaysia.
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    3 aspek demokrasi yang antara terpenting iaitu kebebasan akhbar(freedom of press), kebebasan kehakiman (independence of judiciary) dan pilihanraya yang bersih (fair election)? adakah ketiga-tiga aspek demokrasi ini diamalkan dalam negara? sekian!
    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      tahap demokrasi di Malaysia mungkin masih di peringkat permulaan/tadika dll? biar rakyat yang cerdik pandai menilai sendiri. sekian!
    • Gubir Labua · 41 years old
      siapa yg buta sejarah dan tidak mengenang budi najib....????,awak tulah yg buta sejarah dasar golongang bangsawan penjilat bigmama siolllllll. Bodoh dan teramat bangang lemah dan teramat dayus pun boleh jadi perdana menteri inilah kelebihan umno tangkap muat saja memilih pemimpin,sudahnya tergadai dan memeualkan negara.....
    • yong gua like your comment!

Pembantu MP kecam dikait dengan keganasan
Aidila Razak
Jul 28, 11
1:32pm

Setiausaha politik kepada ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin - Fareez Kamal Intidzam - hari ini mengecam kempen dalam talian oleh penulis blog pro-Umno yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pengganas selepas penangkapannya di KL Sentral semalam.

NONEFareez Kamal menyifatkan penulis blog tersebut sudah
melampau apabila menuduh beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hab pengangkutan itu.

Fareez - ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) - serta sembilan orang lagi, ditahan selepas mereka - sebahagian besarnya berpakaian kuning - cuba mendekati Najib untuk menyerah memorandum tuntutan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0.

"Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang," katanya.

NONEMalah, katanya, ada juga mengatakan beliau merancang untuk mencedera atau membunuh perdana menteri kerana beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia.

"Dear PM, nama saya Fareez. Dan saya bukan seorang pengganas," katanya merujuk kepada sebuah filem popular Hindi di mana seorang lelaki bertemu presiden Amerika Syarikat untuk menunjukkan bahawa tidak semua umat Islam adalah pengganas.

  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    jgn pegang bndera...tu pisau bg pncacai UMNO...pegang bendera blh d label penggns. org UMNO je blh pegang bendera, al-maklum semua dorg yng punye...bgunan kerajaan dia kata UMNO yg punye, bntuan kerajaan dia kata UMNO yg punye, apa saja kerajaan semua hak UMNO, cincin berlian je Rosmah yg punya bukn UMNO yg punye.
  • Sepetang Dsipitang · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
    "Dear pm kami rakyat malaysia Dan kami bukan pengganas".
KREDIT...YOB TUALANG SEKAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan