Rabu, 27 Julai 2011

SATU ORTODOKS....SATU PEMBELIT...LIDAH BERCABANG2....DAH SETUJU DAKWAT KEKAL...DAH BELI.TIBA2 DIBATALKAN..AKHIRAT AKAN TERSELAH KEBENARAN DAN PENIPUAN

‘Bila kita nak, dia tak nak’



KUALA LUMPUR: “Bila kita nak, dia (Pas) tak nak. Cara pemikiran itu terlalu ortodoks,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini dengan penggunan sistem biometrik.

“Kalau dulu ada cadangan untuk guna dakwat kekal dalam pilihan raya, tetapi kita tahu hal sebegini berbangkit masalah tertentu, malahan hanya di negara yang kurang maju saja sistem itu digunakan. Jadi cadangan yang dibuat SPR untuk menggunakan biometrik adalah satu cara menyelesaikan sebahagian besar masalah itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sekolah Dalam Hospital di sini, semalam.


Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Timbalan Perdana Menteri menambah, sistem biometri dapat memperbaiki sistem pilihan raya dan SPR sudah menjelaskan bahawa terdapat beberapa langkah lain seperti daftar pemilih dikemaskinikan dan pemutihan dilakukan yang dijangka dapat memperbaiki beberapa aspek pengundian.


Katanya, sistem biometrik adalah satu cara untuk mengesahkan seseorang individu ialah pemilik asal atau orang lain selain menentukan pengundi di dalam daftar pemilih yang layak mengundi di satu-satu kawasan.


“Jangan terlalu terburu-buru. Elok bagi cadangan kepada SPR untuk kemukakan cadangan, lepas itu SPR akan panggil parti-parti dan pihak yang berminat untuk mengetahui bagaimana sistem itu digunakan. Itu pun Perdana Menteri kata beri masa yang cukup dan sebagainya. Jadi, kita kena faham,” katanya Muhyiddin berkata, semua pihak sewajarnya tidak mengambil apa yang dilakukan SPR itu sebagai satu pendekatan politik kerana ia mungkin akan membantu masyarakat menilai betapa sistem berkenaan adalah lebih baik daripada sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan