Sabtu, 16 Julai 2011

KEMANA SAJA....DIMANA SAJA...BAGAIMANA KEADAAN PUN...KENA SOLAT....BERSOLATLAH....

NGO Islam mahu Azizan tolak rundingan
Jul 16, 11 11:54am

Tindakan kerajaan Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan akan datang merupakan tindakan betul, bukan isu dan tidak perlu dirunding semula, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sudah sedia ada perlu dihormati setiap rakyat tanpa mengira kaum.

“Tindakan (Menteri Besar) Datuk Seri Azizan (Razak) adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang.

"Oleh itu, ISMA menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula.”

Abdullah berkata, sebagai menghormati Ramadan yang mulia, pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan pada bulan itu sahaja.

Mengulas tuntutan DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah berkata, menyatakan bahawa pelaksanaan undang-undang dan penegakan syiar Islam tidak perlu dirunding, sebaliknya harus dihormati semua pihak.

ISMA juga turut menyelar MCA yang menjadi pihak terawal membantah larangan itu.

“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri.

"Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau.

PAS minta MB perjelas 'larangan Ramadan'
Jul 16, 11 11:32am

Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga anggota jawatankuasa Pusat PAS telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa pusat PAS tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu," katanya ketika dihubungi.

Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan PAS supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.

Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, Mustafa berkata kepimpinan parti hanya akan memberikan reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, esok.

--Bernama

Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram
Susan Loone
Jul 16, 11
12:25pm

Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

cynthia gabriel and unknown man ops scorpeneDi Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.

Hukum demonstrasi di luar konteks sebenar
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 16 Julai:

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan bahawa kenyataan muka hadapan Utusan Malaysia yang disiarkan pada hari semalam berkenaan hukum demonstrasi sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteksnya yang sebenar.

Katanya, pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang Islam yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan.

Adapun, ujar beliau sekiranya keadaan sebaliknya, maka menjadi kewajiban kepada rakyat untuk menjalankan tugasan amar makruf nahi munkar di dalam kerangka syarak.

Menurutnya, konsep itu adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai check and balance dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah rakyat tidak ada pilihan untuk menegur kerajaan.

“Di parlimen suara kita dibakul sampahkan, bahkan kita telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pandangan kita, tapi Umno masih membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

"Hanya ini sahajalah cara untuk menarik perhatian pihak kerajaan, itu pun secara aman, peserta Bersih tak lakukan keganasan tetapi yang melakukan keganasan ialah pihak kerajaan,” tambah beliau yang juga Adun Manir.

Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya membaca kisah 'Ashabul Ukhdud' yang dinukilkan di dalam sahih Muslim, di mana seorang pemuda telah mengumpulkan orang ramai untuk menyaksikan kezaliman pemerintah di negara tersebut dan akhirnya ramai daripada penduduk negara itu yang beriman kepada Allah Taala setelah melihat apa yang berlaku.

Beliau merujuk kepada kisah 'Ashabul Ukhdud' (Sahih Imam Muslim).

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja: "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku, raja bertanya: "Apakah perintahmu?", Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian kau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu kau dapat membunuhku", Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman kepada Tuhan pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berbaris-baris, dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong (membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak".

Sila rujuk web Dewan Ulamak PAS Pusat untuk kisah penuh Ashabul Ukhdud di http://ulamak.pas.org.my


IPCMC mesti diadakan semula
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tragedi keganasan polis pada himpunan Bersih 9 Julai lalu menuntut Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) mesti diadakan semula.

“Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, polis sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa.

Menurutnya, pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan prosedur tangkapan.

Beliau berkata, penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam himpunan 9 Julai lalu.

Katanya, Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih.

Ini, ujarnya seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat

Menurut beliau, sekiranya Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam.

“Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahankan keamanan negara,” ujarnya.

Beliau menambah, suruhanjaya itu bukan sahaja untuk melihat tingkah laku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang.

“Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan Akta Polis,” katanya.

Menurutnya lagi, semasa mereka bertindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak mengambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak.

Akhirnya, kata beliau mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.

“Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN,” katanya.


Kekalkan jati diri Malaysia, kuningkan Bukit Jalil
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan bola sepak mengekalkan jati diri Malaysia dalam mana-mana perlawanan dengan pasukan luar.

Justeru, naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, komentar Ketua Jurulatih Pasukan Harimau Malaysia, Datuk Rajagopal terhadap sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan kebangsaan perlulah diambil kira.

“Tidak dapat disangkalkan bahawa pasukan-pasukan favourite seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Real Madrid dan banyak lagi kelab antarabangsa mempunyai peminat tegarnya tersendiri di Malaysia,” katanya kepada Harakahdaily.

Namun, katanya DPPM berharap para penyokong kelab-kelab antarabangsa itu tidak mengabaikan juga sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan beraksi hari ini dan akan datang.

Tambahnya, DPPM kesal apabila media elektronik dan cetak negara memberikan publisiti yang sangat melampau terhadap pasukan-pasukan antarabangsa sedangkan berita dan laporan pasukan kebangsaan dilihat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

“DPPM berharap dalam sukan bolasepak ini, rakyat Malaysia janganlah sehingga lupa akan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan kepada kelab bola sepak antarabangsa kesukaan mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, tidak dapat dinafikan kehebatan aksi dan permainan pemain-pemain antarabangsa itu sangat mengangumkan.

Justeru, kata beliau DPPM berharap agar kehadiran mereka di tanah air kita dijadikan motivasi dan visi baru rakyat Malaysia dalam menanamkan semangat kesukanan dan harapan kepada pasukan bola sepak negara.

Tambahnya, DPPM juga berharap dengan aksi-aksi pasukan kebangsaan bersama pasukan kelab antarabangsa, mutu sukan dan pengurusanya akan dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Rakyat juga, ujarnya kena terus memberikan sokongan kepada industri bola sepak negara yang dilihat sedang berkembang meningkat sejak akhir-akhir ini.

“Ayuh kita kuningkan Stadium Bukit Jalil petang ini, kuningkan padang Stadium Bukit Jalil dengan jersi Kuning Harimau Malaya,” ujarnya.


'Pelacur pun bercuti untuk sertai BERSIH'
Abdul Rahim Sabri
Jul 16, 11
10:44am

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.

NONE"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.


AZAB MENINGGALKAN SOLAT SUNGGUH MENGERIKAN..!!

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.

2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.

2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107







Tiada ulasan:

Catat Ulasan