"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.
Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.
Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".
Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.
Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".
Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.
"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.
Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.
"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh.
"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.
Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.
"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.
Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.
Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.
"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah.
- Mohd Hafizan Mazuki · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekahkepala hotak. aku bersama kumpulan dato seri. kami disembur dgn gas pemedih mata di kL sentral.
- Mohd Hafizan Mazuki · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
- Zukhairy Abu Bakar · Puchongsekarang baru aku tau kenapa dia dpt jadi ketua polis...
script yg sama aje...
Presiden PAS dibebaskan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi. Kesemua mereka masih ditahan dan besar kemungkinan terpaksa tidur di pusat tahanan malam ini. |
Mangsa gas pemedih mata meninggal
Harakahdaily | ||
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya. Jenazah beliau kini masih berada di HKL. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Laporan lanjut menyusul. Bersih berjaya capai matlamat
Peserta Bersih Meninggal Dunia Ketika Hambatan Polis di KLCCSeorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59 meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini. KEJAYAAN GEMILANG BERSIH - TERBUKTI TIADA SENJATA DAN MOLOTOV COCKTAILDS Anwar cedera ditumbuk bersama Pengawalnya Oleh: WFAUZDIN NS SEMPURNA sudah Perhimpunan Bersih 2.0 hari ini dengan kejayaan paling gemilang. Meskipun diugut, diancam malahan terlebih awal lagi beberapa tangkapan telah dilakukan oleh rejim namun Perhimpunan BERSIH berjaya menembusi kubu yang dikatakan paling kukuh dan berstrategi oleh PDRM itu. Lebih 50,000 berada di tengah Ibu Kota petang tadi berjaya menggagalkan sekatan setiap penjuru alam. Jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu lagi yang terkandas di pertengahan jalan menuju ke K.Lumpur akibat sekatan jalanraya di lebuh-lebuh raya samada dari Utara, Timur dan Selatan yang bermula awal pagi semalam lagi. Apabila melihat sendiri suasana kehadiran ramai pejuang-pejuang BERSIH yang langsung tidak menghiraukan amaran mengarut oleh KPN malam tadi, saya tertanya-tanya di mana PERKASA dan Ibrahim Ali? Difahamkan kumpulan mereka sekitar 20 orang sedang enak menjamu selera di sebuah restoren sambil menonton TV yang melaporkan keadaan semasa di lokasi perhimpunan. Di mana pula Omar Din, Guru Silat Lincah beserta anak-anak buahnya yang sebelum ini menyalak setiap malam di kaca TV kununnya ingin berada di barisan hadapan menentang kemaraan BERSIH? Biar saya realistik dan tidak `double standard.' Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan `Patriot' di bawah Ketua Pemuda Umno, KJ yang berani merealisasikan perhimpunan secara aman ini. Meskipun kumpulan beliau hanya sekitar 300 orang berbaju merah, namun setidak-tidaknya mereka lebih `jantan' dari PERKASA dan kumpulan Omar Din. BERSIH tidak bertempur pun dengan Patriot kerana masing-masing tahu erti yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan hak berhimpun secara aman. Timbul pertanyaan setelah semuanya selesai sebentar tadi, iaitu mana dia parang, senjata merbahaya atau `molotov coktail'? Mana dia pemimpin yang berjiwa `komunis' yang ingin merampas kuasa? Berapa bijikah bangunan atau kereta yang dibakar? Bayangkan jika di dalam keadaan perhimpunan tersebut diprovokasi oleh pihak Polis dan FRU, tiada apa pun yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, adakah jika perhimpunan ini dibenarkan secara aman di Stadium Merdeka akan berlaku kejadian-kejadian tersebut? Syabas BERSIH, syabas rakyat dan syabas Patriot. Takziah buat Perkasa, Omar Din dan anak-anak buahnya serta PDRM. Masa akan tiba rejim pasti tumbang./wfauzdin.blogspot.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan