Sabtu, 30 Julai 2011

DAH TAK LAKU BUAT CARA TAK LAKU..KITA SEMUA ADA TARIKH LUPUT PENYOKONG DAN MATI...SEDAR2LAH DIRI...JANGAN NAK MATI BARU SEDAR...BERTAKWALAH

PERKASA batal himpunan - elak Melayu bertembung
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 29, 11
10:07am

Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

NONEDakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut.

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai.

NONE"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.

"Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Keputusan 'berani'

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

bersih rally petaling street 090711Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA,” dakwanya.

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

bersih rally petaling street 090711Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Ibrahim ali mengugut kaum cina, simpan makanan elakkan rusuhan , beri amaran cina, jalan sertai BERSIH.
    Hari BERSIH ,, ,, puluh ribu anak Cina masuk jalanraya. Perkasa sembunyi di taman titiwangsa....sudah nampak melayu cina india... sema anak bangsa malaysia. Perkasa paling takut anak bangsa malaysia. Bersatu la rakyat. anak anak malaysia semua.
  • Deansmen Dean · Top Commenter · CEO at Self Employed Contractor
    NKO LA YANG SAKIT , BODOH DAN BANGANG BERAHIM.....NKO TAK TENGOK YOU TUBE KE BERAHIM BERAPA BANYAK ORANG CHINA DAN INDIA YANG HADIR DALAM PERHIMPUNAN BERSIH TU.....INI BUKAN PERHIMPUNAN MELAYU LA BANGSAT....INI PERHIMPUNAN BETUL2 1 MALAYSIA...SPY LEMAN YANG NKO HANTAR MASUK MENYELINAP DALAM PERHIMPUNAN BERSIH TU TAK MELAPORKAN KAT NKO DENGAN BETUL LA BERAHIM.....DEPA DAPAT DUIT NKO LEPAS TU DEPA PERGI DANGDUT TAKPUN DEPA PI MINUM TODI.....TU SEBAB CHINA RAMAI..INDIA RAMAI MEREKA TAK NAMPAK BERAHIM....MATA SPY LEMAN NKO TU DAH BERPINAR2 PEKENA TODI KAT SENTUL MARKET.....NKO NI MEMANG PENGECUT LA BRAHIM..SEKURANG2 PATRIOT PEMUDA UMNO TU PUN OK GAK LA WALAUPUN DEPA IMPORT BANGLA JADI PENYOKONG DEPA....PATRIOT UMNO MAI LA JUGAK DEMO....NKO NI BRAHIM DOK RUMAH GOYANG KAKI PEKENA NASI KERABU KE BRAHIM.....PERKASA TAKDA PENYOKONG TAK YAH LE NKO BERDEGAR2 KATA DAH ADA DAFTAR 15000 ORANG NAK MAI.....BUDAK INGUSAN NKO BOLE LA AUTA......UDAH2 LER TU BRAHIM SEMAKIN NKO BUAT KENYATAAN SEMAKIN HAPRAK NKO JADI BRAHIM...ORANG MELAYU PUN TAK NAK JOIN PERKASA NKO BRAHIM....SEBAB NKO BUAT PERKASA SEBAB NAK NAIK KAN NAMA NKO JER BUKAN SEBAB NAK MEMBELA MELAYU...UMNO DAH TAK NAK NKO...PAS DAH TAK NAK NKO....KEADILAN TAK MUNGKIN NDAK KAT NKO....TAK TAU LA KALAU PARTI TUPPERWARE NDAK KAN NKO...CUBA2 LAH BRAHIM.......
  • Azurabumble Aziz · Friends with Yob Tualang Sekah
    Sah spy c Katak ni tak boleh pakai! Bukan pada hari itu, Lim Kit Siang ada bersama sebaris Khalid Samad ker? Ini lah taktik BN bila menahan pemimpin melayu agar senang mereka membuat cerita bahawa pemimpin cina tidak turun pada hari itu. Yg jelas bacul dan pengecut adalah pemimpin yg menyokong UMNO. Mana Mahaguru dgn kerusi rodanya? Mana Ibrahim ALi? oops.. ibrahim ali terlampau berani sehingga melepaskan sekawanan katak di titiwangsa!
    • Nor Wahid · Top Commenter
      Mana ada title Datuk lagi Bro...yang tinggal Brahim Alkataki jer lagi....
    • Waris ImamSyafie · Friends with Zul IsLam
      katak xleh duk kat org ramai takut kena pijak. nt sia2 mati katak
    • Adrian Ng · Works at Plumber
      for a moment i had respect for this si katak...i taught he back down for peaceful reasons...mana tau sekarang u-turn dan cakap tentang kaum india,ciina dan lain lain? betul betul racis to the max! malu betul orang malaysia ini
  • Tokbathin Bathin · Top Commenter · Sek men vokasional nibong tebal
    Diamlah! lepas 2 minggu berlalu rally BERSIH2.0 tok him baru buka mulut"memang kamu ketinggalan dalam semua segi, dah sah perhimpunan itu aman, dia masih buat statement katak, memalukan diri sendiri".
    • Front End · University of Mumbai
      si katak cuba bawak agama melayu kottt....buddduuhhhh
    • Mark Kok Wah · Top Commenter · University of Malaya
      Dalam dunia alam Katak Kodok ada kut mailaikat depa tanya... :)
    • Masnita Hashim · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
      hai brahim,brahin,brahim..kala​ u kau hidup zaman nabi ibrahim,,nabi ibrahim pun malu kau guna nama dia..nabi sanggup korban diri untuk agama,,kau sanggup korbankan ahli kerna penting diri,,,elok kau pencen dok surau tau masjid lg baik..bila kau bercakap,,satu malaysia bau haprak mulut kau...kau sruh cina india simpan makanan..tapi kalu berlaku huruhara aku ingat kau yg akan minta makanan kat cina dan india..sbb takde melayu nak bg kau makan..
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    CAKAP BELAKANG MERMANG PERANGAI BVERAHIM - PEGI DAAAAA - TAK ADA PENGIKUT NAK CAKAP SOMBONG ..... apa macam?
    • Saudara Kita · Universiti Ilmu
      haha...tggu BERSIH 3.0........tumbang be end...terbukti per.10 perlembagaan....kita berhimpun bukan nuta kecoh..bangkitlah rakyat.....
    • Matcangkul Mamat · Top Commenter · Profesional at Private
      aku masih ingat kata2 berahim katak...walau apa terjadi ,jika bersih terus kan perhimpunan perkasa tetap akan buat jugatak kira apa nak jadi...tapi bila bersih buat sungguh2 mana perkasa nya? kecut...londeh...pastu beri la macam2 alasan nak tunjuk kan dia betul...dia benar...dia baik...porraaaaaaaah...kat​ak ni memang kaki putar belit...kaki putar alam...cakap macam hero...tapi apa pun tarak...kat kampung boleh jadi tukang halau lembu masuk ladang jagung je...sebab dia kaki gertak no 1 kat malaysia...aku cadang kan katak ni kawin banyak2...sebab hanya bini nya je yg mungkin takut dengan gertakan dia ni...sah aman rumahtangga sebab dia kaki gertak...
    • Abu Bakar · Top Commenter · George Town, Malaysia
      Ibrahim ni x de pengikut. pengampu ade lh. sama lh dgn umno, mic, mca dan gerakan. down line dh lari dh kt pakatan.

Polis rampas komputer dan modem blogger
Susan Loone
Jul 29, 11
12:52pm

Polis mengeledah rumah penulis blog Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung tweet yang dihantarnya bulan lalu.

NONEChan (kiri), seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

iMac computer seized lillian chan tweet twitter penang carDitanya pemberita mengenai rampasan komputer Chan, Ridzuan enggan mengulas dan beredar dari situ.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar kerana menyuarakan fikiran saya."

Bercakap kepada pemberita kemudiannya di luar rumahnya, Chan bertegas beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghasut sesiapa, "tweet saya terhad kepada (900 ahli) tetapi privasinya telah disalahgunakan."

Chan, yang merupakan kakitangan sementara di sebuah unit kerajaan Pulau Pinang, bertekad tidak akan berhenti menggunakan tweet kerana dia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan