Sabtu, 30 Julai 2011

BIOMETRIK NAK GUNA....BAGAIMANA KAWASAN PENDALAMAN TIADA LETRIK...NAPE TAK GUNA DAKWAH CELUP...CAM DE UNDANG SEBALIK BATU JER....

Umno gagal tunjuk teladan Islam
Fakhri Ali

SUNGAI PETANI, 30 Julai: Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.

Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.

Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara.


EO6: Tak perlu ucap terima kasih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat,” tambah beliau yang juga Adun Manir.

Kata beliau, nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut.

Beliau berkata, aktivis tersebut mempunyai haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan kerajaan tidak berhak merampas hak tersebut.


Salahuddin, Mahfuz fail saman kerajaan
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya kepada Harakahdaily.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.

Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.

Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur?

"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang," ujarnya.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya," katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.


Syabas EO6
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 30 Julai: PAS mengucapkan syabas kepada enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan dari tahanan polis jam 5.30 petang semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS mengucapkan 'syabas' kepada keenam-enam mereka di atas ketahanan mereka menghadapi segala dugaan sepanjang berada dalam tahanan pihak polis.

Menurut beliau, berada dalam tahanan polis atas Ordinan Darurat (EO) bukanlah sesuatu yang mudah sehingga terpaksa menghadapi pelbagai dugaan, tetapi kejayaan mereka menghadapinya pasti membanggakan semua pihak termasuk para pemimpin PAS.

Katanya, selain terpaksa mempunyai kekuatan mental dan fizikal pada diri sendiri, mereka juga terpaksa merasai sama kesusahan yang ditanggung oleh isteri, anak-anak atau seluruh keluarganya.

"Pada hal, mereka ditahan tanpa sebarang kesalahan. Mereka sebenarnya ditahan kerana nak halang penyertaan mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 anjuran Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

"Ini bermakna mereka sebenarnya bukan ditahan di bawah EO, tetapi ISA, tetapi diselindungkan di bawah EO bagi mengelabui mata orang ramai," katanya ketika ditemui Harakahdaily, semalam.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.

Tindakan penahanan ke atas mereka ditentang keras oleh PAS, PSM, PKR, DAP atau Pakatan Rakyat, Bersih 2.0 dan ratusan NGO di tanah air, di samping Dr D Jeyakumar sendiri yang turut menunjukkan protes kentalnya dengan mengadakan mogok lapar mulai semalam bagi menentang pendirian pihak polis berhubung penahanan ke atas mereka.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Bersih 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.

Mereka ditahan secara tidak sah di bawah EO selama 28 hari dan dibebaskan pada jam 5.30 petang semalam di Balai Polis Jinjang.

Sepanjang tempoh penahanan mereka, peguam dan aktivis masyarakat tidak putus-putus membuat desakan terhadap pihak polis agar membebaskan mereka. Antara protes yang diadakan termasuklah mengadakan perhimpunan dengan menyalakan lilin di beberapa tempat pada setiap malam termasuk di pintu depan Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman.

Pembebasan mereka disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh para pemimpin Pakatan Rakyat, Bersih 2.0 dan puluhan NGO di tanah air.

Sebagai meraikan pembebasan mereka, lebih 50 orang aktivis PSM, parti politik dan NGO menunggu ketibaan mereka di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan (KLSCAH), di sini, sejak petang semalam.

Bekas tahanan pertama tiba di KLSCAH, Dr D Jeyakumar kira-kira jam 8.15 malam semalam dengan kenderaan yang dipandu peguam, Edmund Bond dan disambut dengan laungan ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat’, manakala Choo Chon Kai, M. Sukumaran, M Sarasvathy, AP Letchumanan dan R Sarat Babu tiba sekitar jam 8.45 malam.

Antara kepimpinan Pakatan Rakyat yang turut menyambut pembebasan mereka termasuklah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut menyeru hadirin supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan EO. Turut berada di KLSCAH termasuklah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Keadaan di dalam dewan penuh dan di luar dewan, vigil terus diadakan bagi memperingati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini yang meninggal dunia ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media berkata, berikutan pembebasan mereka itu, tindakan selanjutnya ke atas mereka akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurut Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, pembebasan mereka itu adalah hasil perjuangan rakyat. Jadi pembebasan mereka itu adalah kemenangan rakyat.

"Namun dugaan mereka yang berjuang di luar tahanan tentunya tidak sama dengan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh keenam-enam aktivis PSM itu.

"Kita sememangnya amat kagum dengan ketabahan keenam-enam mereka. Jadi, sudah sewajarnyalah keenam-enam mereka itu disambut dengan ucapan 'syabas' oleh setiap rakyat negara ini yang sedang berjuang menuntut keadilan," tegas beliau.

Dengan pembebasan mereka itu, katanya, PAS turut berharap agar mereka dapat bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangan pada masa akan datang.


Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.


BN nak gunakan biometrik,hari ni kerahkan PATI daftar biomentrik

Emmmmmmmmmmmmmmm...apa ni?patutlah beria ia nak gunakan biometrik!!rupannya dah kasi kad pengenalan kepada pendatang asing rupanya.BN akan buat apa sahaja untuk menang PRU13,hingga sanggup menggadai negara kepada orang asing.terbaru.Arahan kepada PATI agar mendaftar biometrik supaya sistem biometriknya nanti sepadan dalam sistem SPR?siap tahu?adakah data data yang kita tak nampak yang hujung data tu di jaga oleh SPR yang mengelardirinya atas pagar,tapi kelihatan condong kepada BN.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

NONEWan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

NONEBercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

NONE"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

NONESeorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir semua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

NONEWan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan