Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"Wdalam media yang telah membuat 'dakwaan tidak berasas'.
"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.
Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air
ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.
"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala Universitydari BERSIH dan rakyat, hishamudin menghadapi tekanan dai dalam dan luar negara.
Reporter : Datuk, macam mana buktikan PDRM tiada lakukan kekerasan terhadap demo.
Hisham: Kami juga tangkap video.
Reporter : Saya juga turun jalanraya , tak nampak polis ambil video.
Hisham: Kami ada bilik gerakan.
Reporter : Duduk dalam bilik gerakan upaya ambil video, setahu saya BERSIH mempunyai 1000 camera.
Hisham: Ini teknologi tinggi, tak payah gerak keluar dari bilik gerakan pun dapat ambil video.
Reporter: Kalau video seks saya caya lah, video dijalaraya macam mana?
Hisham: setiap kelongsong pemedih mata itu ada kepala video.
Reporter: Macam gambar 007 James Bond saja.
Hisam: Polis Malaysia polis yang terbaik di dunia.- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University- reporter : Datuk , adakah pdrm menembak pemedih mata masuk hospital Tung Sing?
Hisham: Setahu saya, musim aedes , kami pihak kementerian mengunakan pemedih mata untuk basmikan nyamuk aedes.
- Kenapa gunakan kaedah ini?
HIsham. : Mata nyamuk aedes dirosakkan , dan mengelakkan ia menyebar penyakit dangue
Serangan yang bermula pada jam 5 petang Jumaat lalu, serupa dengan serangan terhadap server Malaysiakini sewaktu pilihan raya Sarawak. Bagaimanapun, kali ini, server berita Malaysiakini kekal di talian sepanjang tempoh serangan tersebut.
"Terima kasih kepada pasukan teknologi kami, perubahan yang kita dibuat kepada server infrastruktur kami, mampu untuk menangkis serangan tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.
"Bagaimanapun, serangan masih menjejaskan perkhidmatan langganan Manage4me kami, jadi kami memutuskan untuk membuka akses kepada semua pembaca semasa serangan tersebut," jelas Premesh.
Malaysiakini akan mengembalikan semua perkhidmatan online petang ini.
Menurut Google Analytics, Malaysiakini dikunjungi 726,000 pembaca unik pada hari Sabtu. Ini termasuk 202,000 pembaca mengakses laman melalui peranti mudah alih.
Pembaca juga mengakses Malaysiakini di Facebook dan Wordpress, walaupun Malaysiakini tidak mengesan statistik laman-laman tersebut.
Video Malaysiakini juga sama popularnya. 'Yellow arrest' ditonton lebih 250,000 kali. Beberapa video BERSIH lain pada halaman YouTube Malaysiakini menerima lebih 100,000 tontonan.
- SuFie ZaiNiLayan Malaysiakini jer..BOIKOT smer akhbar dan majalah2 utusan dan berita harian..aku dah UNLIKE utusan dan brta harian online..SAY SORRY N NO TO PENCACAI UMNGOK!
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
- R Nabilah FarhanaJOM MAIN CLICK REFRESH PAGE NI------> http://www.facebook.com/pa
ges/100000-People-Request- Najib-Tun-Razak-Resignatio n/223344854372583. - Mannszar Czar · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang SekahCongrat 2 Malaysiakini.
http://amalakiherbs.blogspot.com/ - Ahmad Shah · Pengulas Tertinggi · Terengganuserangan lagi...huhuhuhu biasalah tu mesti Balaci upahan yg tak nak tgk berita BERSIH dilaporkan secara BERSIH..
- Guna-guna Hantu Pokmat · Pengulas Tertinggi · Uum sintok kedahsulat khabar lama, sulat khabar lama, sikalang org x bc sulat khabar ma! Baca malaysiakini maaaa.....!!!!
Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),
Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.
- Adi Dfb · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia28 juta rakyat Malaysia, sapa nak Najib letak jawatan sila 'LIKE' ini.
- Pidon Bangau · Pengulas Tertinggi
- Selamatkan Rakyat · Pengulas Tertinggi
- Hanisah Halim · Pengulas Tertinggi · UITMmula-mula BERSIH cuma nak PRU13 bersih dan adil tapi media kamu yg permainkan ISU kata BERSIH nak gulingkan kerajaan, Sekarang Suara mejoriti senyap minta kamu BERUNDUR. Apa rasanya? bagus kan!
- A Tam Sbk Rizal · Pengulas Tertinggi · Manager di Mafia Wars Assassins
Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial di daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu.
Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett.
Sementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.
"Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa diperolehi dengan membayar harga yang mahal," katanya.
Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.
Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima anugerah itu.
Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.
Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010), kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari (2008).
CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.
- Zaman Bujang · Pengulas TertinggiSeorang pemimpin Malaysia terima anugerah antarabangsa "Pemimpin Paling Takutkan Katun", yang pertama seumpamanya di dunia.
- Adli Zil Ikrambetul,, kena lawan kalau kita di pihak yang betul.
Mereka antaranya didapati tidak minat politik namun mempunyai harapan tinggi terhadap demokrasi, demikian dirumuskan dalam pembentangan kajian terhadap harapan golongan tersebut hari ini.
Kajian bersama Merdeka Centre dengan sokongan Goethe Institut itu dijalankan ke atas lebih 1,000 orang warga Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Lebih 66 peratus daripada responden berpendapat, kegiatan dalam politik merupakan aktiviti tidak popular.
Jumlah yang sama juga belum mendaftar sebagai pengundi, manakala lebih 50 peratus mengaku bosan dengan politik.
Seramai lebih 44 peratus berpendapat, hanya golongan berwang yang akan berjaya dalam politik, namun seramai hampir 74 peratus setuju bahawa rakyat berkuasa untuk mengubah kerajaan yang tidak disukai.
Hampir 87 peratus juga percaya, negara perlu dipimpin oleh seorang tokoh yang kuat dan lebih 71 peratus percaya demokrasi yang kuat memerlukan parti pembangkang.
Tolak zina, porno, homo 100%
Seramai lebih 85 peratus daripada golongan ini tidak aktif dalam parti politik, tetapi lebih 55 peratus lagi aktif dalam NGO, kelab dan persatuan.
Lebih 70 peratus juga aktif dalam kegiatan di sekolah dan kolej.
Tindakan yang lebih popular ialah berkahwin (lebih 68 peratus) dan mendapatkan pendidikan tinggi (lebih 78 peratus).
Turut menarik perhatian, hampir 70 peratus berpendapat pemakaian tudung di kalangan wanita Islam adalah wajib dan hampir 73 peratus tidak bersetuju dengan amalan poligami.
Seramai lebih 62 peratus juga menganggap Osama bin Laden sebagai pejuang kebebasan, namun mereka menolak keganasan.
Seks sebelum kahwin, pornografi dan homoseksualiti juga ditolak hampir seratus peratus, menurut laporan yang dibentangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
"Walaupun mengambil pandangan konservatif dalam isu agama dan moral, golongan muda Islam Malaysia tidak cermat dalam memenuhi keperluan agama seperti sembahyang lima waktu, membaca al-Quran dan puasa di bulan Ramadan," laporan tersebut dipetik.
Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 8.30 pagi ini.
Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya Datuk Abu Seman Yusop, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Ini lawatan pertama Najib ke negara itu sejak memegang jawatan perdana menteri dan ia bagi memenuhi jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov.
Semasa lawatan itu, Najib dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan Berdimuhamedov di ibu kota Ashgabat, selain merasmikan Terminal Gas Petronas di Kiyanli, Turkmenbasy, kira-kira 600km dari Ashgabat.
--Bernama
- Hanisah Halim · Pengulas Tertinggi · UITMWalau dimana dikau berada, Lihatlah internet hari2, agar dikau tahu Mejoriti Rakyat tidak menyukaimu lagi. Pegi Blahh..suh suh..
- A Tam Sbk Rizal · Pengulas Tertinggi · Manager di Mafia Wars Assassins
Tiada ulasan:
Catat Ulasan