Khamis, 14 Julai 2011

BILA KETAKUTAN WARNA KUNING DAN PERKATAAN BERSIH....ADAKAH KITA BENAR2 BESALAH ATAU BENAR SEGALA TUDUHAN DAN TUNTUTAN...JANGAN TERPERANGKAP....

'Sabtu kuning' beri masalah pada persatuan kanser
Jul 14, 11 4:25pm

Kempen memakai baju BERSIH 2.0 setiap Sabtu menimbulkan masalah kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menganjurkan larian berpakaian kuning bagi menyokong pesakit itu.

Dalam "Larian Untuk Kehidupan" di Bangi pada Sabtu dan Ahad ini, pesakit akan memakai baju ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju bewarna kuning - warna popular bagi program kanser.

Tindakan itu menimbulkan tanggapan bahawa persatuan tersebut menyokong 'Sabtu kuning' yang akan dimulakan dua hari lagi.

Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan bagaimanapun tampil menafikan bahawa acara tahunan itu mempunyai kaitan dengan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, menurut beliau, kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan sudah masuk tahun ketujuh penganjurannya, lapor Utusan Malaysia.

"Saya berharap tidak ada pihak yang salah faham atau cuba mengambil kesempatan di atas kebetulan ini kerana kami hanya menjalankan tugas murni untuk membantu pesakit kanser dan berharap orang ramai turut memberi sokongan yang sepenuhnya," katanya.

Harian itu juga melaporkan, selain kuning, warna lain yang sering digunakan dalam kempen melawan kanser antaranya merah jambu, hijau dan biru.

Dalam program itu, setiap peserta akan berjalan 16 jam tanpa henti di trek sebagai lambang usaha berterusan melawan kanser.

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 14, 11
2:31pm

Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.

Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.

NONEKatanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa,sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.

Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).

NONEPengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak serta anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

BERSIH: Suhakam siasat dakwaan keganasan polis
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 14, 11
12:35pm

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengumumkan ia akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini.

NONEBagaimanapun, ia sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee mengumumkan demikian selepas menerima memorandum dari peserta perhimpunan BERSIH yang diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Mahkamah kekal pengharaman buku Zunar
Regina Lee
Jul 14, 11
1:26pm

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan pengharaman oleh menteri dalam negeri ke atas beberapa buku kartun karya Zulkiflee Anwar Ulhaq (Zunar).

Hakim Rohaya Yusuf turut mengenepikan semakan kehakiman yang kemukakan oleh syarikat yang mewakili kartunis berkenaan, Sepakat Efektif Sdn Bhd serta penerbitnya Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Katanya, beliau memutuskan bahawa langkah menteri berkenaan dalam mengharamkan buku tersebut adalah betul, dengan mengambil kira sensitiviti di negara ini.

Beliau juga memutuskan demikian setelah melihat kepada kenyataan dan afidavit yang dikemukakan menteri berkenaan.

Dalam keputusannya pagi ini, Rohaya berkata beliau tidak melihat bahawa keputusan pengharaman itu dibuat dengan melanggar logik ataupun sewenang-wenangnya.


"Saya dipukul ketika dalam tahanan SPRM"
Hazlan Zakaria
Jul 14, 11
2:56pm

Seorang pegawai kastam memberitahu inkues yang menyiasat punca kematian timbalan ketua pengarah Kastam Selangor Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad bahawa beliau dipukul ketika ditahan bersama rakannya itu.

"Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik.

NONE"Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul,” kata Abdul Rahim Abdul Kadir (kiri).

Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues itu yang diketuai oleh majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner.

Katanya, beliau merasakan kesakitan yang menucuk di kepalanya selepas itu. Namun beliau tidak diberi rawatan berhubung kecderaannya itu.

Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang jumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 6 lalu selepas didakwa terjatuh.

Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B.

Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April.

AS pandang berat tindakan keras atas perhimpunan
Jul 14, 11 3:56pm

Amerika Syarikat memandang berat tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap peserta perhimpunan yang disokong pembangkang hujung minggu lalu dan berkata ia akan memantau perkembangannya.

Polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya Sabtu lalu dan menangkap lebih 1,600 orang.

Seorang lelaki meninggal dunia semasa perhimpunan tersebut. Keluarganya berkata dia pengsan selepas lari untuk mengelak gas pemedih mata, manakala polis berkata dia meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

"Kita mempunyai beberapa kebimbangan," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita. "Kami... terus menyokong hak rakyat untuk bebas menyuarakan aspirasi demokratik masing-masing dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

"Kami akan terus memantau rapat keadaan tersebut," kata Toner.

Malaysia telah berjanji untuk menyiasat dakwaan terhadap keganasan polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertahankan polis, dengan berkata perhimpunan itu merupakan satu muslihat untuk mencemarkan imej negara.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengecam tindakan keras tersebut dan menggesa Amerika dan negara-negara lain supaya mengenakan tekanan ke atas Malaysia untuk memastikan akauntabiliti.

"Kerajaan Malaysia perlu menjalankan segera siasatan yang adil dan telus terhadap dakwaaan kekerasan yang melampau dan tangkapan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York dalam satu kenyataan.

Malaysia sedang berusaha untuk membina hubungan erat dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mendekati rantau Asia Tenggara.

Malaysia dan Amerika telah lama menjadi rakan dagangan utama tetapi hubungan politik antara keduanya tidak selesa, terutama semasa 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik lantang dasar luar negara Amerika.

Amerika juga memandang berat layanan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan sekali lagi berdepan dalam perbicaraan mengenai dakwaan liwat, yang merupakan satu kesalahan di negara majoriti Islam ini.

Anwar berkata tuduhan itu bermotifkan politik.

Obama menjemput Najib ke Washington pada April 2010 untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear dan menemui beliau di luar persidangan tersebut. Setiausaha Negara Hillary Clinton melawat Malaysia pada bulan November.

- AFP

Polis benarkan 3 MP lawat Jeyakumar esok
Kow Gah Chie
Jul 14, 11
1:43pm

Selepas rundingan yang berlarutan, polis hari ini memberi kebenaran untuk tiga ahli parlimen melawat ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, yang sedang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ketua polis negara (IGP) membenarkan hanya tiga ahli parlimen untuk melawat Jeyakumar pada jam 11 pagi esok.

Mereka ialah Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan R Sivarasa (Subang), kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Menurut Guan Eng, IGP juga telah menulis kepadanya, mengatakan bahawa Jeyakumar telah keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 2.30 petang semalam.

Jual barang BERSIH, polis akan ambil tindakan
Jul 14, 11 4:16pm

Polis akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo berkaitan perhimpunan haram Sabtu lepas kerana ia menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-t atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya ada laporan yang dibuat.

"Sesiapapun tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penjualan tali leher mempunyai logo perhimpunan haram itu sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan