Jumaat, 15 Julai 2011

BILA KESEDARAN MEMUNCAK....PENIPUAN TAK DAPAT DIBENDUNG...SATU DEMI SATU PERKARA PELIK BERLAKU...JUJUR DAN TELUSLAH...JANGAN BUAT NAYA...

Mat Sabu selamat jalani pembedahan
Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 11
6:06pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.

NONE"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya.

Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya.

Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar.

Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad.

"Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi.

Liow: Ada orang cuba kenakan saya
Jul 15, 11 5:57pm

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan serangan polis ke atas Hospital Tung Shin supaya memberi tekanan kepadanya meletakkan jawatan.

NONEDalam kenyataannya hari ini, beliau juga menafikan spekulasi bahawa pemberian RM2 juta kepada hospital adalah bagi menutup kejadian itu.

Menurut Liow, khabar angin yang tersebar di internet dan dilaporkan secara meluas di akhbar Cina sebagai “mengarut” dan percubaan “memalukannya”.

"Semua ini mengarut, yang jelas bertujuan memalukan saya dan Hospital Tung Shin."

Timbalan presiden MCA itu juga menegaskan lawatannya ke Tung Shin pada 11 Julai lalu hanya bertujuan memenuhi tanggungjawabnya sebagai menteri kesihatan yang meninjau aspek keselamatan hospital dan pesakitnya.

Dakwanya ada pihak yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan laporan berita 2010 bagi menyokong hujah mereka bahawa lawatan 11 Julai lalu itu bagi menyampaikan sumbangan RM2 juta dengan tujuan menutup isu berkenaan.

NONE"Hakikatnya, saya memang ke Hospital Tung Shin Hospital pada 12 Januari 2010 untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka dan juga Hospital Bersalin Cina.

"Adalah jelas bahawa ada pihak yang cuba menggelitukan orang ramai dengan memainkan isu RM2 juta ini.

"Ini menunjukkan niat jahat mereka yang menyebarkan khabar angin ini. Ini mendedahkan bahawa mereka mahu memaksa saya meletakkan jawatan,” kata Liow.

BERSIH: Pelajar M'sia dikhuatiri dibuang Al-Azhar
Salhan K Ahmad
Jul 15, 11
6:07pm

Seorang pelajar Malaysia dikhuatiri telah dibuang oleh pentadbiran Universiti Al-Azhar ekoran penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir pada 9 Julai lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berkata pelajar tahun akhir jurusan usulludin itu dikhuatiri telah dibuang dikatakan atas arahan pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

"Dia dituduh menggerakkan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah... Kita sedang siasat lagi, harapnya bukan begitulah (dibuang)," katanya.

Ketika ditanya, Dr Rani berkata, beliau mendapat tahu perkara itu setelah dihubungi oleh seorang pegawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negara itu.

Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.

Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya minta dia cari surat rasmi yang kata dia dibuang.

"Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.

"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," katanya ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir.
'Bercempera' di Puduraya, Hospital Tung Shin
Jul 15, 11 3:32pm

SAKSI Jika saya mahu menceritakan pengalaman saya pada hari berkenaan dari A sampai Z, ia akan mengambil masa separuh hari! Jadi, saya hanya akan menceritakan pengalaman kami berdepan dengan pihak berkuasa di Puduraya dan Hospital Tung Shin.

SNONEelepas bergerak di sepanjang jalan-jalan kecil di luar Masjid Jamek, kami terdengar suara ratusan orang datang dari kawasan Chinatown, sekitar waktu tengah hari.

Melihat adik-beradik saya berjalan dan melaungkan bersama-sama hanya beberapa meter dari situ, saya mendapat keberanian untuk melucutkan jaket dan baju-T saya untuk mendedahkan baju-T BERSIH yang saya pakai.

Kawasan itu sangat aman, orang ramai membawa bunga, belon dan seorang wanita muda mengedarkan pelekat BERSIH buatan sendiri.

Kami berjalan ke persimpangan Jalan Pudu dan berhenti seketika.

Sudah ada sekumpulan besar di sana. Kami menunggu sedikit masa lagi dan saya kagum melihat satu lagi kumpulan besar tiba menyertai kami.

rally proceeds to Pudu IPK police cordonSaya sentiasa menghantar mesej kepada rakan penari saya, suami rakan karib ibu saya dan seorang ahli PSM, untuk mengetahui apa yang
berlaku di tempat mereka. Mereka semuanya berada di tempat yang berlainan.

Saya berfikir, orang ramai di Pudu sudah cukup besar, tetapi terdapat kumpulan-kumpulan lain di seluruh KL.

Betul-betul di hadapan kami, kami dapat melihat anggota FRU sedang menunggu beberapa meter dari Hospital Tung Shin. Setelah semua
orang berkumpul, kami berjalan ke arah stesen bas Puduraya. Apabila sampai di sana, kami berhenti seketika, kami menyanyikan lagu
Negaraku.

Terdengar orang menjerit "Patriot! Mereka datang!". Kumpulan warna
merah (Saya enggan memanggil mereka patriot!) itu berada di sana, tetapi jumlah kami begitu ramai dan menyebabkan mereka berpatah balik.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeberapa minit kemudian, kami terpaksa berpatah balik kerana anggota FRU datang terlalu dekat. Kami hanya dapat bergerak beberapa meter, dan kita diberhentikan lagi. Dang! Pihak polis telah mengepung kami! Kami kini terperangkap di tengah-tengah, dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Kemudian datang arahan supaya kami duduk secara aman. (Saya dapat tahu malam tadi, dari blog Marina Mahathir, bahawa polis yang memberi arahan tersebut, mungkin untuk memudahkam kami menjadi mangsa).

Kami menunggu arahan selanjutnya dibuat. Saya beranggapan tiada
sebarang perkara buruk akan berlaku kerana pihak polis tidak akan berani berbuat apa-apa kerana kami jelas merupakan sekumpulan peserta protes secara aman. NONESaya silap sama sekali. Tiga atau empat kali (Saya tidak ingat berapa
kali), mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, cukup untuk membuat kami bertempiaran lari.

Terdapat juga sebuah helikopter yang terbang sangat rendah untuk melepaskan gas ke atas kami. Anehnya, setiap kali berlaku serangan, hujan akan turun renyai-renyai.

Kemudian datang serangan terakhir, di hadapan stesen bas, begitu besar sehingga kami terpaksa lari menyelamatkan diri. Saya berlari ke tepi, di mana terdapat kedai-kedai, untuk berlindung. Gas terlalu tebal. Pernafasan menjadi amat sukar. Saya tidak dapat membuka mata...

Rakyat M'sia di Amerika juga sokong BERSIH 2.0
Jul 15, 11 1:07pm

Solidariti antarabangsa menyokong himpunan BERSIH 2.0 berterusan dengan rakyat negara ini di Amerika Syarikat menghantar memorandum dan tandatangan kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC.

Dokumen menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pembaharuan pilihan raya dikemukan oleh Phebie Thum dan diterima oleh Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Khair Bahari Ahmad yang mewakili Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaludin Jarjis yang tidak hadir.

NONESabtu lalu, selain Kuala Lumpur, perhimpunan BERSIH 2.0 turut diadakan di Washington DC, New York City, Los Angeles, San Francisco, Chicago dan Portland.

Sekitar 350 rakyat Malaysia berkumpul bagi meluahkan sokongan kepada rakan-rakan BERSIH 2.0 di Malaysia manakala 270 menandatangani memorandum itu.

Selain menyokong tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka juga mahu semua aktivis BERSIH, termasuk enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dibebaskan.

Rakyat Malaysia juga mahu SPR membenarkan mereka yang bekerja di luar negara mengundi secara pos.

Tiga ahli parlimen Pakatan - Johari Abdul (Sungai Petani ), Jeff Ooi (Jelutong) dan S Manikavasagam (Kapar) - serta ADUN Perak Chang Lih Kang (Teja) hadir bersama.

PKR: Ada 1,607 pengundi lebih 100 tahun di Perak
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 15, 11
9:57am

Jika dahulu, Perak terkenal dengan bijih timah, kali ini ia dikatakan sebagai negeri yang mempunyai warga emas yang terbanyak di Malaysia. Ini berikutan deakwaan PKR yang mendapati 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu.

NONEIsu itu ditimbulkan oleh ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.

Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Lee berkata jumlah pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.

Sehubungan itu, PKR menggesa SPR menyiasat pengundi berkenaan. Mereka juga mecadangkan badan pilihan raya itu melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik - yang dituntut oleh gabungan BERSIH 2.0 yang didakwa mereka boleh menyelesaikan masalah senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.

“Pendaftaran automatik boleh menyelesaikan banyak masalah SPR, jadi mereka boleh fokus pada kerja-kerja penting yang lain,” kata Lee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan