Sabtu, 23 Julai 2011

ALLAH MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN...ALLAH MAHA BERKUASA...JIKA ALLAH NAK BONGKAR DAN HUKUM TIADA SAPE BOLEH HALANG...SENDIRI MAU INGAT.....

Peguam Scorpene: Misi dedah kebenaran tetap utuh
Susan Loone
Jul 22, 11
11:36pm

EKSKLUSIF Walaupun ditahan di Sepang, peguam Perancis William Bourdon berikrar untuk meneruskan misinya bagi mendedahkan kebenaran di sebalik kontroversi urusniaga melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Urusniaga yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat gergasi Perancis, DCNS, dikatakan membabit sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi di Malaysia.

Menurut undang-undang Perancis, sogokan itu menyalahi undang-undang dan boleh dihukum.

NONEBercakap kepada Malaysiakini kira-kira sembilan jam selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Bourdon (kiri) menegaskan bahawa "kesediaannya untuk berkhidmat kepada pelanggannya tetap utuh walaupun dinafikan masuk ke dalam negara ini".

"Saya ingin memberitahu rakan-rakan saya di Malaysia bahawa saya akan meneruskan misi saya untuk berkhidmat kepada mereka. Saya tidak akan menyerah kalah.

"Saya ingin memberitahu mereka supaya menjaga diri mereka dan mempunyai keberanian untuk meneruskan perjuangan untuk keadilan," katanya.

Bourdon berkata beliau bingung dengan keputusan kerajaan untuk mengusirnya secara tiba-tiba kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan datang ke negara ini sebagai memenuhi tugasnya kepada pelanggannya, Suaram - sebuah NGO tempatan yang sah.

Bagaimanapun, apabila pesawat yang dinaikinya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA pada kira-kira 11.40 pagi tadi, pegawai Imigresen menahannya dan membawanya ke pusat tahanan, di mana beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam mengenai lawatannya ke negara ini.

"Saya ditanya tujuan lawatan saya dan apa yang saya buat di Pulau Pinang. Saya memberitahu mereka apa yang saya buat kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Saya telah disoal oleh tiga orang pegawai, yang cukup mesra dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kepada saya dengan sempurna mengapa saya ditahan di pusat tersebut," katanya.

Peguam 'Scorpene' dihantar pulang malam ini
Susan Loone & Joseph Sipalan
Jul 22, 11
12:19pm

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang malam ini selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonBeliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon tiba semalam tetapi tidak melalui imigresen KLIA kerana beliau dalam penerbangan transit ke Pulau Pinang.

Peguam berusia 55 tahun itu dijadual berucap di majlis makan malam untuk mengumpul dana di Petaling Jaya malam ini dan satu lagi majlis makan malam di Ipoh esok.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · umur 17 tahun
    Oii Penakut Punya Regim NAJIB! Kalau betui Najib Tak Bersalah kes Scorpeon Yellow Submarine dan kes Bunuh Altantuya.. awat Nak tangkap.. tahan Peguam Pranchise tu Bangang! Ini BUKTI YG NAJIB TERLIBAT DALAM RASUAH DAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA! POLIS JGN JADI BARUA REGIM UMNO!
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Rosmah : Elakkan mat saleh ini masuk malaysia.
    Najib: Ok ikut arahan , imigresen standy , haramkan.
    Rosmah: Jangan main , kalau dia masuk. kita kena c4.
    Najib: Kita ada pdrm pun tak tahan dengan bom mat saleh ini.
    Rosmah : I takut lah , nanti meletup satu dunia. mana kita sembunyi.
    Najib: BUkankah kita sudah cari Kazatstan... menantu kita di sana?
    Rosmah... ya,, satu strategi yang baik. haramka mat saleh ini masuk malaysia.
  • Syed Zul · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAH
    Peguam yg tak bersalah ditahan, pembunuh altantunya masih bebas..
    • Malek Ridzuan
      bodo budok amir ni... masuk rajalawak pn cm bodo...sini pn nk wat cter bodo...nate beruk demo nih
    • Jejaka Kesunyian · Penang, Malaysia
      Kau lah manusia paling bengap.amir...............​.kalau pandai sgt pegilah tgkap endon yg tak ada permit tuhhhhhh huhhh......huhhh........ke​ldai akaq punya amir dan umno.........
    • Kamarul Nizam · Pengulas Tertinggi · Mentakab
      bengap btoi laa.... patutla org UMNO BN ni benggap.. semua dibuat oleh UMNO disokong... kata demokrasi..... nak bercakap pun tak bole... apa tanggapan org luar... mgg bengap la kau nih

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene
Susan Loone
Jul 22, 11
6:21pm

EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

NONEBourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

altantuya razak baginda mongolian murder 020707 short hairPemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.


Zahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene
Jul 23, 11 11:11pm
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

- Bernama


Polis: Rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'
Hafiz Yatim
Jul 22, 11
10:03am

Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONESebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

NONEMenurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

funeral baharudin vanSalleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

funeral baharudin bersih protesterSehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

  • Asyraf Corrigan · Pengulas Tertinggi · UTM
    belajar kat mana wat CPR sampai patah tulang rusuk org? tak tau lak masuk tiub dlm mulut boleh patah gigi? harap ada keadilan utk keluarga allahyarham.
  • Bugis JB · Pengulas Tertinggi
    En Salleh bin Mat Rashid..kenapa susah sangat nak sebut Maaf & kami simpati..dan kami akan siasat..dari mula sampai hari ini tetap menafikan..tidak mengapa kalau benar memang PDRM tak salah..tetapi jika sebaliknya Allah akan balas cash diatas kezaliman kalian semua...Ya Allah andai ini dugaan Mu buat kami di akhir zaman ini..kami redha ya Allah..sesungguhnya Kekasihmu Muhammad SAW lebih hebat diuji berbanding kami Ya Allah..berilah hidayah mu pada saudara-saudara kami in Ya Allah..
    • SyahifulMaizam Bin Maaroff · Pengulas Tertinggi · Polimas
      jgn dok layan org yg xtahu objektif sebenar tuntutan BERSIH diadakan...klu dok layan jgk org bodo..dgn kita pun bodo sama....species UmnoNgok mmg smuanya sama pemikiran depa ni....
    • Hanim Jabar · Pengulas Tertinggi
      si basri ni masih tak faham lagi rupanya...berjaya juga doktrin umno pada dia. apa nak kata kalau dah banggang, banggang juga....
    • Rijaalul Ghaib · Pengulas Tertinggi
      tau tak kenapa??sbb ego..ego y teramat tggi..setinggi org gila y tidak waras akal fikiranya..sbb org gila pun xakan mengaku dia gila bila di ajukan soalan..''kau ni gila ke?'' malah org gila tu pasti akan ckp.."kau la yg gila,sbb ckp aku gila'' ;)

PM 'gempur' lubuk Pakatan
Jimadie Shah Othman
Jul 22, 11
5:28pm

Selepas lebih seminggu di luar negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus turun padang sekitar Subang - antara parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

NONEMengelak menyentuh 'tekanan' yang dihadapi kerajaan - antaranya, kritikan terhadap layanan polis dalam perhimpunan BERSIH dan laporan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock - Najib sebaliknya mengambil peluang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Mereka (Pakatan) beri RM100 riuh sekampung. Kita sudah beri berbilion ringgit pada rakyat. Cuma pihak sebelah sana pukul gendang lebih kuat saja," katanya.

Berucap di hadapan lebih 1,000 orang di sebuah sekolah di Subang, Najib menegaskan semula pemberian subsidi kerajaan dalam pembelian barangan harian, antaranya petrol RON95 dan tepung.

Katanya, kerajaan tidak pernah melupai keperluan seharian rakyat yang harus dibela di mana setakat ini sebahagian permasalahan mereka dapat ditanganinya dengan baik.

azlan"Ada orang tanya pada saya, apa kerajaan buat, seolah-olah dia kata dia belum rasa lagi apa kerajaan buat untuk dia.

"Saya tanya balik pada dia, saudara ada tak isi minyak dalam kereta saudara, isi dengan RON95, setiap liter, 80 sen itu (adalah) subsidi kerajaan, dalam tepung yang digunakan untuk ulit roti canai, pun ada subsidi, dalam minyak masak ada subsidi, dalam beras ada subsidi, malah anak-anak pergi ke sekolah ada juga subsidi di mana pendidikan hampir percuma dalam negara kita," katanya.

Hanya RM100

Perdana menteri berkata kerajaan tidak pernah merasa bangga atas kebaikan yang dicurahkan kepada rakyat berbanding pembangkang yang akan 'riuh sekampung' walaupun hanya memberikan RM100 kepada rakyat.

Sehubungan itu, Najib menggesa orang ramai tidak menilai prestasi sebuah kerajaan berdasarkan populariti, sebaliknya menilai rancangan jangka panjangnya.

azlan"Semasa saya di Turkmenistan, Petronas melabur lebih AS5 bilion untuk pelantar gas asli di Lautan Caspian... Seratus pakar jurutera Malaysia kini berada di Turkmenistan.

"Bukankah ini bagus, beri peluang pekerjaan pada anak-anak dan saudara kita. Inilah pandangan jauh ke depan," katanya yang pulang ke Malaysia pagi tadi.

Untuk penduduk Subang sendiri, kata Najib, "pandangan jauh" itu akan memberikan faedah langsung kepada penduduk setempat, antaranya melalui projek Greater Kuala Lumpur.

"Ini adalah tranformasi besar kerana kepimpinan kerajaan dokongan kita, BN," kata perdana menteri sambil menegaskan rakyat bawahan tidak dilupakan.

Najib berkata, sesebuah parti yang hanya mengejar populariti demi sokongan ketika pilihan raya, akan sanggup mengorbankan prinsip jangka panjang dan juga kepentingan masa depan negara di
mana pada akhirnya rakyat sendiri yang akan menderita.

azlanMenurutnya, kerajaan yang bertanggungjawab tidak hanya bijak menyelesaikan isu semasa tetapi mesti juga mempunyai perancangan dalam menentukan supaya masa depan negara tidak terjejas.

"Kita tidak janji yang kita tidak boleh tunaikan dan kita tidak janji yang tidak berpijak di bumi nyata, kita tidak janji hari ini berkuasa, esok harga minyak turun, ini janji untuk meraih populariti semata-mata, tidak ada perancangan untuk jangka masa panjang negara tercinta.

"Kita tidak boleh bersifat sedemikian, kita mesti melihat bagaimana kita boleh mengimbangi antara kepentingan meniti proses globalisasi dan memberi pertimbangan dalam negara kita," katanya.

Cikgu Zabedah

Sebelum menamatkan ucapan 30 minitnya, Najib juga sempat menyebut permintaan "Cikgu Zabedah" yang meminta komputer untuk makmal sekolah tempat lawatannya hari ini.

"Tak apalah cikgu, insya-Allah, kita bawakan komputer," katanya sambil disambut tepukan orang ramai.

NONENajib, yang baru tiga jam pulang ke tanah air daripada lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, turut menyatakan rasa bangga dengan kehadiran ramai tetamu pada majlis itu walaupun notis majlis dibuat dalam tempoh terhad dan berharap semangat itu dapat diterjemahkan ketika pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak tahu apa kesimpulan daripada kehadiran yang begini meriah, sama ada ini petanda baik ataupun tidak, sama-samalah kita tunggu.

"Saya berbangga sokongan mereka yang hadir dalam majlis ini, mudah-mudahan sokongan ini dapat diterjemahkan bila sampai ke masanya tetapi jangan tanya saya bila masanya itu," kata Perdana Menteri.

Sebelum beredar Najib sempat mengedarkan sampul 'bantuan' kepada orang ramai daripada tangannya sendiri sambil bersalaman.

Malaysiakini
difahamkan sumbangan secara rawak itu merupakan wang tunai sebanyak RM200.

Sebelum itu, pengerusi majlis mengumumkan, sebanyak RM165,000 daripada Yayasan 1MNDP akan diedarkan kepada 33 keluarga sekitar Subang.

Sebelum itu, Najib tiba seawal jam 1.30 petang untuk solat Jumaat dan makan tengah hari bersama penduduk setempat.

Menariknya, tanpa layanan istimewa, Najib sendiri dilihat menyeduk makanannya daripada tempat buffet untuk orang ramai.


Ungku Aziz
Banyak lah kau Najib...
David Anthony · Pengulas Tertinggi · Klang
Hoi Pembangkang! Keluar!
Ini Selangor.... Negeri pemerintahan Pakatan!
  • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
    pm kata Pr bg rm100 dah memekak..tp Bn bg berbillion xde plak memekak...ni nk bgtau....PR bg rm100 xde plak mereka kebas berbillion2...yg bg bagi berbillion tp kebas plak berjuta2 billion...apa kes....cincin kat tgn berjuta2 hasil duit menabung sejak kecilll....sape pun xpercaya....sehari berapa RM yg d tabungnya utk mendapat nilai tu dalam usia 60 thun.....
  • Didie Arshad · Pengulas Tertinggi · Sek Men Temenggong Kati
    kesian kesian tgk jangnada nih...alahaiiiii abe jang...bagus kalau tau byk bahasa ni...tah la tak reti nak ckp pe dh pasal abe jang nih...bila tgk je muka abe jang yg tetiba muncul dikhalayak komenter ni mesti nak tegelak...abe pakai ilmu pe? nak belajo bleh?

PM Britain tanya Najib tentang perhimpunan 9 Julai
Jul 22, 11 7:26pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

najib visit united kingdom 150711 najib and protestorsDalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung.

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

azlan"Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib.

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut "pembaharuan pilihan raya".

"Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah.

"Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat," katanya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Beliau berkata, perdana menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

"Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih," kata Najib.

- Bernama

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Pm British : Najib , pasal apa kena hantar water canon dan pemedih mata?
    Najib:jalanraya KL lama tak cuci, KL banyak nyamuk.
    PM Bristish: Kenapa demo aman tidak dibenarkan , malaysia sebuah demokrasi.
    Najib: Kami tak nak malaysia jadi Mersir.
    PM British: Kenapa polis lakukan kezaliman terhadap pendemo?
    Najib: Polis Malaysia , polis yang terbest , semua ikut SOP.
    PM British : Kalau ada SOP kenapa nampak youtube ada gambar polis sepak orang.
    Najib: Biasa lah , di Malaysia ramai meninggal dunia dilokap. ini gejala biasa.
    PM British : Apa dia SOP? tapi nampak zalim saja?
    Najib: SOP itu Samseng of Polis. SOP lah.
    PM British: Tahniah , tunggu masa rakyat bangkit runtuhkan umno. kami akan sokong kebebasan bersuara.
    • Masron Matnor · Jawa tulen
      nak kte apa lg,,klu dh melayu bodoh..yg penting bkn semua melayu bodoh..jgn la emosi sgt bro...dia hanye kte melayu bodoh jer bro..bkn semua melayu BODOH....
    • Akmal H Harith · Pengulas Tertinggi
      lemah sgt hujah tu jangnada. kalau pelaburan british banyak kat malaysia, dan james cameroon takut kat najib, ape perlu najib pegi mengadap diorg? siapa yang takut siapa sebenarnya ni??
    • Masnita Hashim · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
      PM BRITAIN;mr.Najib!!..saya ada baca malaysiakini..ada seorang komentar bernama jangnada mengatakan kami takut dgn malaysia kerna pelaburan kami banyak kat negara awak..betul ke?..NAJIB;;eeerrrr..minta​ maaf bg pihak dia..sebenarnya dia tu pencacai jee.dia tak tahu apa2..lg pun orang mcm ni banyak menyokong saya..apa saya cakap mereka percaya..sbb mereka ni bodoh sikit..rakyat yg pandai2 semua ikut ckp bersih..sbb tu saya suruh polis ajar mereka!!..PM BRITAIN;..oooooo..ini pencacai kalau kasi kerja cuci jamban saya bolih kah??..NAJIB::..baiklah ..demi menjaga hubungan dua hala..saya akan cadangkan pd kerajaan..PM BRITAIN;;ok..ok..terima kasih..

'Polis didakwa guna media pertahan diri sendiri'
Elissa Helmy
Jul 22, 11
7:02pm

PAS Melaka mendakwa tindakan polis menayangkan video perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini sebagai usaha polis menggunakan media untuk mempertahankan diri sendiri.

NONEPesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, tindakan sedemikian boleh dilihat sebagai tuduhan pihak berkuasa bahawa dakwaan rakyat mereka dikasari semasa perhimpunan 9 Julai lalu satu pembohongan.

Menurutnya, daripada membuat penafian untuk mempertahankan diri sendiri, polis sepatutnya menyiasat dakwaan polis menggunakan kekasaran dan kekerasan.

"Mereka sepatutnya menyiasat dakwaan berkenaan untuk memastikan sama ada Standard Operating Procedure (SOP) diikuti anggota semasa menjalankan tugas.

"Apabila mereka menggunakan media untuk membuat penafian sebegini, ia memberi gambaran seolah-olah polis sudah berpolitik," katanya.

Beliau hari ini mengulas tindakan polis menayangkan video perhimpunan 9 Julai lalu kepada wartawan di Kuala Lumpur bagi menjawab tuduhan yang dibuat pihak tertentu.

Menurut Adly, tindakan polis ini akan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

NONEMenurutnya, beliau tidak menafikan polis mempunyai hak membuat penafian. Tetapi ianya perlu disertakan dengan siasatan sama ada tindakan diambil adalah mengikut SOP.

"Bagaimanapun, tindakan menayangkan video ini hanya akan mengelirukan rakyat kerana ianya mengambarkan seolah-olah polis menuduh rakyat menipu.

"Dakwaan penggunaan kekerasan bukan sahaja dibuat pemimpin yang mengambil bahagian dalam Bersih 2.0 tetapi juga rakyat secara keseluruhannya," katanya.


"Perwatakan lemah" Teoh tiada dalam laporan
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 22, 11
3:37pm

[LAPORAN SURUHANJAYA] Semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja yang mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, beliau berkata mereka mendapati “perwatakan beliau yang lemah” telah menyebabkan beliau berbuat demikian.

NONEKenyataan bertulis itu dibacakan oleh Nazri semasa sidang media, semalam. Namun semakan Malaysiakini mendapati “perwatakan beliau yang lemah” itu langsung tidak disebut dalam laporan setebal 124 muka surat berkenaan.

Menurut kenyataan bertulis yang dibacakan oleh Nazri berbunyi: “Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa TBH bukan dibunuh tetapi beliau yang merasa terbeban and tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri.”.

Apabila ditanya mengenai percanggahan antara kenyataannya dengan laporan suruhanjaya itu, Nazri menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa kenyataan “perwatakan beliau yang lemah” itu adalah hasil rumusan sendiri daripada beberapa perenggan yang disediakan oleh pegawainya.

Katanya, mereka merujuk kepada perenggan 229 dan 233 dalam laporan itu.

Perenggan 229 berbunyi: “Apabila disoal-siasat yang keempat atau peringkat tearkhir selesai, TBH hampir-hampir menjadi orang yang kesihatan fizikal atau mentalnya dalam keadaan teruk. Apabila Ashraf mengambilkannya segelas air (diminta oleh TBH dengan cara yang tidak sopan) TBH dikatakan bergerak dengan amat perlahan apabila dia hendak menegakkan badannya.”

azlanPerenggan 233 pula “Setelah diseksa dengan keadaan ini, TBH mengalami perubahaan pada keadaan mindanya. Dan dalam beberapa jam, perubahaan ini mengubahnya daripada berada dalam keadaan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi...”

Nazri juga berkata rumusan juga adalah berdasarkan keterangan psikiatri forensik Paul Edward Mullen yang bagaimanapun tifdak dipetik dalam laporan itu.

Profesor dari Universi Monash, Australia itu dibawa oleh Majlis Peguam bagi membantu siasatan berkenaan.

  • Asyraf Corrigan · Pengulas Tertinggi · UTM
    setakat report camni aku pun bleh fikir... "dia rasa tension dengan tekanan soalsiasat, sebab tu dia nampak tingkap terus terjun"... alahai senangnya... baik la tak payah buat suruhanjaya...
  • Hadi Kamaruzzaman · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
    Ini br nmy komunis, menyeksa secara agresif d mn tlh mndtgkn kematian sec psikologi. mgsa trpaksa memilih samada, d bunuh, terbunuh atau bunuh dr. SPRM cuba trgkn bgimna siasatn yg agresif ini d lakukn. samada dgn sepak terajang, hantuk kpla ke dinding, d cabut kuku, d tarik rmbut, d picit telur, kejutn elektrik, atu dgn cr menghumbn mgsa dr tgkp?
  • Ramdan Mohd · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
    Belum lg aku terpikir secara logik ada orang sanggup bunuh diri kerana RM2000 jer...tolong aala aku utk logikkannya!
    • Syed Nasrulwan · Pengulas Tertinggi
      KO TOLONG R PERCAYE...X KESIAN KAT AJIB & KAK ROS KITE KEW???
      CIAN KANN...BEK KO PERCAYA...
      HAK HAK HAK...
    • Ramdan Mohd · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
      ok bro.. kerana ko mintak tolong aku percaya..makanya aku percaya.. yalah..sian gak kat najib n geng SPR ni.. kan..kan..kan!
    • Syed Nasrulwan · Pengulas Tertinggi
      GUD JOB...MACAN NI LA BRU BETULLL...KITE AMPU NAJIB MACAM YG LAIN2 TUH...BARU LA SENANG IDOP KITE NANTI...
      =D
  • Nur Liza
    “Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa TBH bukan dibunuh tetapi beliau yang merasa terbeban and tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri.”..kputusan yg x boleh d trime pakai!
  • Noriah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Sciences Inc.
    Kalau Datuk Seri Mohmd Nazri kata Teoh Beng Hock bunuh diri kenapa pegawai yang ada kat situ tidak menghalangnya dari terjun, tak kan lah pegawai tu dok tegok aje kan.Ini semua tak masuk akal hanya kelentong kini dulu dan selamanya............
    • Mizan Musa · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      pejabat sprm adalah pejabat kerajaan..byk rahsia sulit kerajaan ada di situ..mana boleh biarkan org awam bebas dlm pejabat...
    • Nizam Mohr Ramli
      cetek punya pemikiran
    • Boon Ng
      mereka buka tingkap luas luas bagi signal kat TBH ..woi hang boleh lompat dah...tutup semua cerita....hangpa ingat rakyat bodoh ka!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan