Isnin, 18 Julai 2011

ADA YG KATA ASYIK CAKAP...TAK NAMPAK ORANG BEKERJA...ADA ASYIK MENAFIKAN...MACAM IA SENTIASA BETUL...MACAM YG ORANG LAIN TAK ADA OTAK LAGI BODOH


Pembantu Teresa Kok, 3 lagi ditahan pakai baju BERSIH
Jul 17, 11 8:32pm
Seorang pembantu ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok dan tiga rakannya ditahan polis semalam di Cameron Highlands selepas mereka didapati memakai baju-T BERSIH 2.0 di dalam bilik hotel mereka. Menurut laporan, aktivis DAP Teh Hong Keat dan rakan-rakannya itu sedang bercuti dan berada di dalam bilik hotel mereka apabila anggota polis mengetuk pintu malam tadi dan menahan mereka. Mereka belum lagi keluar memakai baju-T yang memaparkan logo BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Penyambut tetamu hotel, nampaknya, telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak polis mengenai remaja yang memakai baju tersebut. Teh dan rakan-rakannya dibebaskan beberapa jam kemudian selepas merakamkan kenyataan mereka di balai polis berhampiran.
Ibrahim Ali bangga jadi 'dinosaur Melayu'
Jul 17, 11 9:35pm

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menghentam editor akhbar the Star, Datuk Wong Chun Wai kerana menggelarnya sebagai "dinosaur politik". "Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali."

NONEDalam SMS kepada pihak media, Ibrahim berkata, beliau bangga menjadi dinosaur Melayu yang akan melindungi dengan apa sahaja daripada mereka yang cuba hendak menulis 'kontrak sosial' yang baru untuk Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau mengulas kolum tulisan Wong yang disiarkan hari ini yang bertajuk 'Talk less listen harder'. Wong menulis: “Kita tidak berminat dengan bangunan 100 tingkat, pertelagahan bodoh politik, sama ada isteri perlu taat kepada suami mereka di bilik tidur atau kecaman perkauman dari dinosaur politik seperti Ibrahim Ali dari PERKASA." Menjawab tulisan tersebut, Ibrahim berkata: "Maaf, saya juga tidak berminat dalam kecaman perkauman dari kolumnis bapa buaya seperti Wong Chun Wai dari Star." Beliau mendakwa Wong menulis mengenai perkara-perkara yang sensitif dan secara halus cuba untuk memusnahkan negara dan "perlembagaan asasnya". Sambil memberi amaran kepada Wong supaya menjaga pelakuannya dan menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik, Ibrahim (kanan) menambah, 'Jangan cuba meminta lebih-lebih. Cukup-cukuplah."]

TPM: Siar segera rakaman video perhimpunan 9 Julai
Jul 17, 11 1:53pm

Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas, kata timbalan perdana menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro-pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan. "Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putarbelit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan itu Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan itu. Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka "tahu apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang." . Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini. "Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman. "Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya. Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal BERSIH yang kini sudah beralih kepada isu lain. - Bernama

  • Abot Bobot · Friends with Maba Budu
    lamenye 'edit'... org dah tengok sejak dari selesai perhimpunan lagi! dari aljazeera pun dah puas tengok.. appara! baru nak kuar ke.. simpan je lah buat kenangan.. esok2 bile dah turun bolehla kenang2kan balik.. 907 sweet memory!
    • Hamzi Zainol
      diorg nk edit bg diorg d phak yg benar la tu...hahahaha...
      pdhal rkyat dh tau smuanya.....diorg nk tnjuk kbodohan diorg la tu..isk..isk..
    • Abot Bobot · Friends with Maba Budu
      :) org akan percaye yg 'live' mule2 keluar.. bukan yg baru nak keluar lepas peristiwa berakhir.. dah jadi sejarah..baru nak hegeh-hegeh tunjuk bukti. bebal!
    • Hamzi Zainol
      tu nme nye nk mnipu kyat..xabh2 lg tpu...nk tpu lg...org pn xpcye video yg kluar saat2 akhir...nti diorg kta la nie la video yg paling tulen...kahkah...lawak btl.....PM...TPM..PDRM... sama2 bangang....kahkahkah

SPR: Pembangkang hanya bercakap sahaja...
Jul 17, 11 1:40pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat ini pembangkang tidak membawa bukti atau petisyen mengenai pengundi hantu.

"Mereka hanya bercakap sahaja," tulis beliau dalam Mingguan Malaysia hari ini.

NONE"Sepatutnya mereka membawa mereka yang dikatakan pengundi hantu untuk diambil tindakan.

"Mereka hanya membawa senarai tetapi bila diperiksa, nama-nama tersebut adalah pengundi yang sah," tulisnya di halaman 6 akhbar mingguan tersebut.

Menurut Abdul Aziz, apa yang dikatakan pengundi hantu adalah pengundi yang tidak tinggal di tempat mereka mengundi.

"Apabila hari mengundi, mereka balik mengundi. Mereka ini tidak memaklumkan kepada JPN atau SPR. Tetapi mereka ini adalah pengundi yang sah.

"Pengundi hantu sebenarnya adalah mereka yang menggunakan pengenalan diri orang lain," tambahnya.

Dalam tulisannya itu, Abdul Aziz berkata, pada mulanya penganjur BERSIH datang berjumpa dengan SPR akhir tahun lalu dan menurutnya, itulah pertama kali mereka memohon untuk berjumpa dengan suruhanjaya tersebut.

Katanya, mereka membawa 17 tuntutan dalam perjumpaan tersebut yang berlangsung dalam suasana baik "dan saya sebagai pengerusi SPR menerangkan satu demi satu, dan ada yang mereka tidak puas hati".

"Selepas itu tidak ada perjumpaan lagi., Pada April lalu mereka mahu berjumpa dengan SPR tetapi ketika itu di pihak SPR sibuk kerana pilihan raya Sarawak," katanya sambil menambah SPR mencadangkan perjumpaan diadakan selepas pilihan raya negeri tersebut.

"Bila tidak dapat mengadakan perjumpaan dengan SPR, saya mendapat berita mereka akan mengadakan demonstrasi jalanan. Mereka mengambil tindakan lain, iaitu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya difahamkan daripada 17 tuntutan itu, hanya tinggal lapan tuntutan sahaja. Kerana itu saya fikir tujuan mereka untuk menambahbaikkan sistem pilihan raya yang ada hanya dalih saja," katanya.

Dalam lapan tuntutan tersebut, kata Abdul Aziz, hanya empat sahaja yang ada hubungan dengan SPR - pertama membersihkan daftar pemilih; kedua, mengenai undi pos; ketiga, penggunaan dakwat kekal; dan keempat, tempoh berkempen 21 hari .

"Sebenarnya setiap hari SPR membersihkan daftar pemilih. Tetapi SPR tidak boleh membersihkan sendiri sebaliknya memohon kepada pengundi sendiri.

"Kalau ada yang tidak betul, tolonglah mengisi borang A. Ini kerana sebarang pindaan mesti dibuat secara teratur dan ditandatangani sendiri oleh pengundi itu," katanya.

Abdul Aziz berkata, bila ada tandatangan tersebut, barulah SPR membuat tindakan dan perlu menyemak nama-nama pemilih dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengenai undi pos pula, beliau berkata, SPR tidak boleh menghapuskan sama sekali undi pos kerana banyak anggota tentera, polis serta rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan mereka ada hak untuk mengundi.

Katanya, SPR membuat penambahbaikan untuk dijalankan pada pilihanraya umum ke-13, iaitu.

- Undi undi awal - mengundi awal dua atau tiga hari daripada hari mengundi;

- Tidak lagi menggunakan sampul surat A atau B;

- Tidak menggunakan borang identiti tetapi mengundi seperti pengundi lain pada hari mengundi; dan

- Pengundian akan disaksikan oleh wakil parti yang bertanding.

"Sekarang ini, undi pos hanya lebih kurang 200,000 daripada 12 juta pengundi," kata Abdul Aziz sambil menambah, di kawasan yang diadakan undi pos, kebanyakannya dimenangi pembangkang.

Menurutnya, teradapat 19 kerusi parlimen kerusi yang mempunyai bilangan undi pos yang ketara - Perak (7), Selangor (1), Pulau Pinang (1), Kedah (1), Negeri Sembilan (2), Kuala Lumpur (6) dan Sarawak (1).

Daripada jumlah tersebut, kata beliau, 14 daripadanya dimenangi oleh pembangkang.

"Di Kuala Lumpur, ada sebelas kawasan parlimen, sepuluh dimenangi oleh pembangkang dan hanya satu oleh BN. Adakah ini menunjukkan pilihan raya kita tidak demokratik.

"Begitu juga banyak kerusi pembangkang yang tidak pernah kalah seperti di 14 kerusi parlimen," katanya sambil menambah, begitu juga dengan 16 pilihan raya kecil di mana lapan daripadanya di menangi pembangkang dan dalam pilihan raya Sarawak DAP dapat 12 kerusi, berbanding enam sebelumnya.

Mengenai pengunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan Perlembagaan Malaysia.

"Sebab dalam perlembagaan Malaysia, individu yang tertentu saja yang tidak boleh mengundi tetapi tidak tercatat mereka yang ada dakwat di jari. Tidak ada dalam perlembagaan kita, orang yang ada dakwat di jari tidak boleh mengundi," jelasnya.

Sebagai pilihan, katanya, SPR mencadangkan penggunaan sistem biometrik yang lebih ke depan dan berteknologi tinggi.

Mengenai tempoh berkempen 21 hari, Abdul Aziz berkata, sebenarnya SPR tidak menolaknya tetapi boleh dibincangkan, bagaimanapun, bukanlah 21 hari seperti yang dituntut.

  • Ahmad Wiraputra · Pengulas Tertinggi · Software Engineer di UPSI
    Hang bercakap mcm ni pn dh membuktikan hang berat sebelah..mcm mana rakyat nk pcaya ke SPR. PR menang banyak kerusi di KL cukup nk buktikan praya adil? Bodoh ke apa ko ni? Katakan A bertumbuk dgn B, tp A ditutup mata dan B tidak, kebetulan A jugak menang. Boleh ke kita kata perlawanan tu adil hnya sbb A menang?
    • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      kerana itulah kita perlukan bersih, kita perlu tumbangkan bn/umno..
    • Nasrul Najmie · Pengulas Tertinggi
      BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!BERSIH! Bersih! BERSIH! Bersih!
    • Wan Zarir · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      SPR bekerja utk BN.. Keldai tunggangan.

Pulau Pinang timbang beri RM100 untuk bayi baru lahir
Jul 17, 11 2:24pm
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberi RM100 kepada bayi yang dilahirkan mulai tahun ini kepada salah seorang ibubapa yang merupakan pengundi di negeri itu.

Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan pendapatan isirumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pada 2010, kerajaan negeri melancarkan 'Program Penghargaan Warga Emas RM100' setiap tahun dan RM1,000 untuk urusan jenazah kepada waris warga emas bagi mengenang sumbangan warga melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Katanya, kejayaan program tersebut, menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik.

"Sungguhpun pemberian RM100 oleh kerajaan negeri Pakatan adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta dibelanjakan setiap tahun untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka.

Ketua menteri berkata, program penghargaan itu cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, tetapi usaha mereka gagal apabila kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telah mendaftarkan diri.

"Sumber kewangan program baru “Anak Emas Pulau Pinang” adalah sama dengan program penghargaaan warga emas, iaitu daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan Pakatan melaksanakan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

"Program baru “Anak Emas Pulau Pinang” akan dibentangkan dalam mesyuarat Eco negeri minggu ini dan dijangkakan memerlukan perbelanjaan antara RM5-RM10 juta setiap tahun," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan