| Muhayat Jasmin | ||||||||||
|
Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam. Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan. Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu. "Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi. Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara. "Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat. "Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 5 Mei 2011
AKHIR ZAMAN....HAQ DIKATAKAN BATIL...BATIL DIKATAKAN HAQ...PI MENGAJI ISLAM TAK NAK..DAH NGAJI KEJAR DUNIA...
Sumpah dipermain, rumah Allah diperalat
SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.
Selepas kejadian, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ditohmah kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa mengenai masalah tanah mendap.
Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.
"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan