Khamis, 28 April 2011

TUGAS YANG BERAT...YANG SUDAH TENTU DIPERTANGGUNG JAWAB DIAKHIRAT ....NANTI....BENAR...ALHAMDULLULLAH...JIKA TIDAK...BAHAYA MENUNGGU...

Tahniah Ketua Pengarah JAKIM Baru, Terima Kasih Yang Lama

TAHNIAH KETUA PENGARAH JAKIM BARU,
TERIMA KASIH YANG LAMA

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Laman web Minda Tajdid ini ingin mengucapkan tahniah kepada Pengarah JAKIM yang baru al-Fadhil Ustaz Othman Mustafa dan terima kasih Pengarah yang lama Dato Wan Muhammad bin Dato Syeikh Abdul Aziz. Rasanya belum terlambat. Walaupun saya tidak sempat menghadiri jemputan JAKIM ke majlis serah terima tugas Ketua Pengarah JAKIM pada 21 April lepas disebabkan kehadiran Imam Masjidil Haram ke tempat saya IQ, tapi secara peribadi saya telah pun mengucapkan ucapan tahniah kepada beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baru.

Saya sempat mengucapkannya dan bersembang dengan beliau semasa perasmian Seminar Berpegang Kepada al-Quran dan al-Sunnah oleh DYTM Raja Muda Perlis dan juga semasa menghantar al-Syeikh ‘Abd al-Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram pulang baru-baru ini. Ustaz Othman Mustafa seorang yang mudah tersenyum dan berbudi bahasa. Mempunyai pengalaman yang lama dalam pentadbiran.

Kita mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk menguruskan JAKIM dalam era yang mencabar ini. Semoga beliau akan menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan ukhuwwah antara kaum muslimin dalam negara ini. Bahkan semoga di bawah kepimpinannya imej Islam akan diangkat dan JAKIM akan disayangi rakyat di setiap lapisan, muslim dan bukan muslim.


Gambar: Saya dan al-Fadhil Ustaz Othman Mustafa, Pengarah JAKIM baru.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhammad bin Dato Syeikh Abdul Aziz. Beliau adalah sahabat saya. Kuat semangat Islamnya. Zahir pada pergaulannya budi dan santun. Semasa saya menjadi Mufti Perlis, beliaulah Pengarah JAKIM. Kadang-kala kami berbeza pandangan dan pendapat. Saya akur, semasa itu saya pun ‘berdarah muda’, di samping ‘cabaran’ yang datang pun bukan sebarangan. Namun, bak kata lagu ‘barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang…’. Apa yang penting, walaupun ada perkara yang saya berbeza dengan beliau, namun persaudaraan atau ukhuwwah islamiyyah tetap tersemat di hati sanubari kami, insyaAllah.


Gambar: Dato Wan Muhammad, bekas Pengarah JAKIM sedang bergurau dengan saya dalam train KLIA.

Kami tetap beramah mesra setiap kali bertemu, tersenyum dan ketawa. Masih sempat mengajak makan dan minum bersama. Kali terakhir, sebelum tamat jawatannya, beliau menjemput saya yang sudah tidak berjawatan ini memberikan ceramah kepada kakitangan JAKIM di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan. Terima kasih banyak atas kesudian itu.


Gambar: Saya dan Dato Wan. Ukhuwwah Islamiyyah tetap terjalin.

Kita doakan beliau walaupun pencen, agar terus dapat menyumbang ke arah kebaikan umat ini. Beliau beritahu saya beliau berminat dengan aktiviti ‘relief’ untuk membantu mereka yang memerlukan dan sekaligus menyebarkan dakwah. Selamat berjuang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan