Sabtu, 16 April 2011

TABUR WANG ITU KEMAMPUANNYA...TAPI HATI MANUSIA SEMUA DALAM KEKUASAN ALLAH...'KUN' KATA ALLAH MAKA JADILAH

Malaysiakini bertahan, buat laporan langsung esok
Apr 15, 11 10:11pm

Server Malaysiakini kekal bertahan walaupun serangan penafian perkhidmatan (DDOS) masih berterusan.

Serangan yang bermula Selasa lalu, memaksa Malaysiakini mewujudkan satu set server baru di pusat data alternatif.

NONEPasukan teknologi Malaysiakini telah berjaya memulihkan kandungan utamanya - dalam empat bahasa serta video. Bagaimanapun, perkhidmatan tertentu seperti halaman komen belum pulih.

Ekoran trafik yang tinggi, Malaysiakini beroperasi pada 'lean mode' dengan halaman muka depan yang ringkas.

Malaysiakini juga boleh diikuti melalui Wordpress.

Untuk hari pengundian pilihan raya Sarawak esok, Malaysiakini membuat persediaan untuk menampung lebih sejuta pengunjung.

"Seperti pada tahun 2008, kami menjangka kebanyakan rakyat Malaysia akan melayari Malaysiakini untuk mendapat keputusan terkini. Dalam 2008, server kami bertahan sehingga jam 11 malam sebelumnya operasinya terjejas.

"Kali ini kami berharap ia akan bertahan sepanjang malam walaupun berdepan dengan serangan siber,” kata CEO Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini akan membuat liputan langsung mulai jam 8 pagi esok apabila pusat pengundian di seluruh negeri Sarawak dibuka. Proses pengundian tamat jam 5 petang dan keputusan pertama dijangka diketahui sekitar 8 malam.

“Kami akan meneruskan liputan langsung sehingga keputusan sepenuhnya diketahui,” tambah Chandran.

Malaysiakini
juga akan menggabungkan Twitter di dalam muka depannya, mengikut kata-kunci seperti #Sarawak, #srwk dan #Sarawak4change.


20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching
Andrew Ong
Apr 15, 11
8:34pm

Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Chong Snr ceramah in kuchingPara penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Crowd outside dap sri aman ceramahPolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

Dap ceramah in MiriDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

Kes Altantuya: Kolonel tentera digantung tugas
Apr 15, 11 7:03pm

Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan tugas-tugas rasmi Kol Azmi Zainal Abidin digantung berikutan pendedahan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa pegawai kanan tentera itu membekalkannya dengan maklumat berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

najib rosmah and altantuya murder caseMenurut laporan Bernama yang memetik Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin berkata pihak tentera sedang menyiasat penglibatan pegawai itu.

"Maklumat yang disampaikan pegawai tersebut kepada penulis blog Raja Petra Kamarudin adalah palsu dan maklumat itu tidak pernah wujud dalam simpanan pihak tentera," katanya.

Menurut Azizan siasatan pihak tentera mendapati bahawa tindakan pegawai itu melibatkan diri dengan seorang pemimpin pembangkang adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan ATM.

Beliau berkata siasatan terhadap dakwaan oleh Raja Petra yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

NONE"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," kata Azizan.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau berkata kenyataan bersumpahnya sebelum ini hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu beliau mendedahkanya.

Raja Petra semalam dalam blognya berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.





Siaran Radio Free S'wak pula disekat
Apr 15, 11 7:26pm

Radio Free Sarawak (RFS), yang dipancarkan ke kawasan pedalaman negeri itu dan satu-satunya platform yang menyiarkan suara pembangkang menjelang pilihan raya negeri esok, telah disekat siarannya.

NONEMenurut satu kenyataan, pengasas RFS, Clare Rewcastle berkata,
sekatan siaran itu berlaku semalam dan serangan itu dikesan dilakukan oleh seorang individu di Belgium.

"Dia telah mengaku diupah untuk memancarkan siaran pada masa yang sama dan dalam frekuensi yang sama dengan stesen kita," tambahnya.

Katanya, individu tersebut dibayar AS$108,000 untuk menyekat siaran RFS menjelang pilihan raya negeri Sarawak esok.

Menurut Rewcastle, kegiatan tersebut melanggar semua perjanjian penyiaran antarabangsa dan merupakan satu pencabulan oleh seorang operator yang dihormati.

Bagaimanapun, tambahnya, individu berkenaan telah mengaku kontrak tersebut memberi ganjaran kewangan yang besar kepadanya, kerana diupah sehingga bulan Disember, walaupun ianya hanya jelas dikesan dua hari sebelum pilihan raya negeri Sarawak.

Rewcastle mendakwa individu berkenaan juga turut melancarkan operasi menyekat siaran stesen radio anti-Gaddafi sebelum ini.

Menurutnya, siaran RFS disekat melalui pancaran yang dibuat melalui Rusia.

Selain serangan siber ke atas beberapa lamanweb bebas, serta organ rasmi PAS - Harakah Daily, Rewcastle melaporkan rangkaian telefon bimbit di Sarawak juga turut mengalami gangguan, menjelang pilihan raya negeri itu esok.


Waran tangkap Norman Hakim dan Memey
Apr 15, 11 9:57pm

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan
pasangannya Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu setelah mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

Dalam prosiding itu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu, memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan telefon daripada Norman pagi tadi memberitahu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Bagaimanapun, katanya, Norman tidak memberi sebarang sijil cuti sakit.

Katanya Norman turut memberitahu beliau bahawa Memey berada di luar kawasan yang menyebabkan dia tidak boleh hadir ke mahkamah.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, yang juga seorang pelakon, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Salehan menetapkan 29 Julai ini bagi keputusan sama ada pasangan itu didapati bersalah atau tidak terhadap tuduhan itu dan memerintahkan kedua-duanya hadir pada tarikh berkenaan.

Pihak pendakwaan menutup kes itu pada Oktober tahun lalu selepas hampir dua tahun perbicaraan kes berkenaan yang memanggil lapan saksi pendakwaan termasuk bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, Azhar Noordin, 42.

Terdahulu, pendakwa Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap terhadap pasangan itu dikeluarkan atas alasan mereka sepatutnya mengutamakan kes mahkamah berbanding perkara lain.

- Bernama


Kes Sarbani: Polis tunggu laporan kimia, patologi
Apr 15, 11 4:51pm

Polis kini menunggu laporan kimia dan patalogi bagi menyiapkan kertas siasatan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

NONEKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan kes kini pada peringkat terakhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya minggu depan.

"Laporan kimia dijangka diperoleh Isnin ini, manakala laporan patologi hasil lakonan semula dua hari lepas di pejabat SPRM juga dijangka diperolehi minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara keagamaan di tokong Buddhist Mahavira, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed sebagai kes mati mengejut dan sehingga kini seramai 42 orang termasuk anggota keluarga mangsa, pegawai SPRM dan Kastam Diraja Malaysia sudah diambil keterangan.

Ditanya mengenai lakonan semula di pejabat SPRM dua hari lalu, beliau berkata ia adalah sebahagian daripada siasatan untuk melihat dengan lebih jelas dan secara visual bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

NONEDalam lakonan semula itu, pelakon lagak ngeri diminta membuat beberapa terjunan bagi mengenal pasti bagaimana Ahmad Sarbani terjatuh dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Bagi memastikan ketepatan, polis bukan saja memilih pelakon lagak ngeri yang mempunyai berat sama dengan mangsa tetapi juga dipakaikan dengan kemeja dan seluar yang sama dengan mangsa pada hari kejadian.

Sebanyak empat terjunan dengan pelbagai posisi dilakukan dan dirakam menggunakan empat kamera dari pelbagai sudut.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

SPRM anjur perhimpunan sokong anti rasuah
Apr 15, 11 4:58pm

Satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam usahanya membasmi gejala rasuah akan diadakan Julai ini.

azlanPerhimpunan yang dijangka dihadiri 10,000 orang itu adalah kemuncak kepada program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir bulan ini.

Presiden pertubuhan itu, Datuk Shahrul Nizam Yunos, berkata perhimpunan bertemakan 1Rakyat 1Integriti itu sebagai gelombang sokongan kepada SPRM untuk terus menjalankan tangungjawab tanpa takut dan tunduk kepada mana-mana pihak.

Beliau sebelum itu menyerahkan satu memorandum sokongan kepada SPRM di sini hari ini. Memorandum itu diterima oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Ahli pertubuhan itu yang hadir menyaksikan penyerahan memorandum itu melaungkan "Hidup SPRM" dan "Hapuskan Rasuah" selain membawa beberapa sepanduk untuk menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan dan kakitangan agensi itu.

- Bernama


Pakatan hantar 'perisik' pantau rumah panjang
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 15, 11
9:42pm

Bimbang berlakunya politik wang pada saat terakhir kempen, menyebabkan Pakatan Rakyat menghantar 'perisik' ke rumah panjang bagi mengutip bukti terhadap dakwaan itu.

Pembelian undi dikatakan selalu berlaku pada malam sebelum pengundian (malam ini), terutamanya di kawasan Iban.

Pengundi dikatakan akan berjaga malam bagi menunggu kedatangan wang tunai daripada ejen parti.

Semalam, memetik seorang kapitan, Malaysiakini melaporkan senarai nama diberikan kepada agen supaya wang dapat diagihkan.

Menurut pengarah kempen PKR dan DAP di pelbagai kawasan luar bandar, menyedari strategi 'carpet bombing' dengan menyuntik wang pada saat-saat akhir, Pakatan kini mempunyai cara mengatasinya.

"Mungkin kita boleh hantar orang ke rumah panjang, tetapi mesej penting yang hendak kita sampaikan pada lawan kita, 'kami melihat anda'," kata pengarah kempen PKR kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, DAP di Sri Aman mengambil pendekatan lebih agresif, dengan menawarkan hadiah wang tunai kepada pihak yang dapat mengambil gambar kejadian itu.


Polis belum ambil keterangan wanita
Apr 15, 11 9:48pm

Polis belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.

"Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS hari ini.

NONESehingga kini polis belum menemui wanita itu, katanya yang menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

"Kenyataan dalam akhbar (Bahasa Inggeris) hari ini adalah salah dan IGP (Ketua Polis Negara) tidak pernah berkata sedemikian," kata Acryl Sani yang bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Semalam Ismail berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap jam Omega, Acryl Sani berkata tempoh seminggu yang diberikan polis kepada syarikat yang mengedar jam mahal itu akan berakhir minggu ini.

NONEBeliau berkata bagaimanapun syarikat itu belum memberikan maklum balas.

"Pihak pengedar janji minggu ini tetapi masih belum diterima," katanya.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.




Video seks: 7 soalan yang perlu dijawab
Apr 15, 11 3:22pm

Berikut beberapa perkara yang mencurigakan berhubung pita video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

1) Catatan masa di vedeo: Sekejap ada, sekejap tiada

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendalangi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' menayangkan video berkenaan kepada Malaysiakini Hazlan Zakaria di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac, beliau menarik perhatian wartawan berhubung catatan masa yang dirakamkan pada video berkenaan.

NONE"Sila perhatikan tarikh dan juga kod masa,” kata Eskay (kanan) sambil menegaskan tarikh rakaman adalah pada 21/2/2011 dan kod masa video adalah 22:23.

Apabila versi yang disunting selama dua minit itu disiarkan di YouTube minggu lalu, kod masa telah ditampal dengan perkataan bahasa Thai yang berbunyi, "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".

Eskay agak berhati-hati dan mendakwa hanya beliau mempunyai satu-satunya rakaman video itu. Malah, wartawan yang dijemput menonton tayangan video berkenaan juga diminta meninggalkan telefon bimbit, pen dan buku nota di luar bilik. Mereka juga dikehendaki memakai jaket khas sehingga paras lutut.

Soalan No 1: Jika Eskay hanya mempunyai hanya salinan klip video itu yang kemudiannya diserahkan kepada polis, siapa yang membocorkan video yang telah disunting kepada YouTube? Dan kenapa ada perkataan bahasa Thai pada rakaman itu bagi menutup kod masa rakaman.


2) Buatan Malaysia atau Thailand?

"Video ini dirakamkan di sebuah spa di KL," kata Eskay, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Langkawi kepada Hazlan.

NONESebaik Eskay disiasat oleh polis, terdapat laporan mereka telah mengunjungi beberapa tempat sekitar Ampang bagi mencari bukti.

Wartawan Malaysiakini juga menunggu sehari suntuk di sebuah apartmen selepas diberitahu polis mungkin mengunjungi lokasi itu tetapi gagal merakamkan sebarang aksi.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan mereka telah menyiasat di tempat di mana video berkenaan dikatakan dirakamkan.

Walaupun polis agak liberal dengan maklumat siasatan video seks itu dan mengatakan video berkenaan adalah 'tulen' dan mereka sedang mencari pemilik jam Omega - tetapi polis membisu mengenai tempat video seks itu dirakamkan.

Visual berkenaan tidak mempunyai audio dan tidak diketahui jika tiga orang yang dirakamkan dalam tersebut bertutur dalam bahasa asing.

Yang menarik, Eskay mendakwa beliau dan Anwar telah melawat Thailand beberapa kali dan menuntut ketua pembangkang itu mendedahkan semua lawatan berkenaan.

Soalan No 2: Adakah video itu dirakamkan di Malaysia ataupun tempat lain?

3) Stamina lelaki 63 tahun

Eskay tegas mengatakan aksi seks itu dirakam pada 21 Februari 2011. Pada hari berkenaan, Anwar Ibrahim menghabiskan masa sepanjang hari menghadiri perbicaraan mahkamah kes dakwaan liwat - dari jam 8.35 pagi hingga 4.15 petang.

NONEMengikut catatan masa di video yang ditunjukkan oleh Eskay, aksi seks berlaku pada 10.23 malam hari berkenaan dan berlangsung selama 17 minit.

Menurut wartawan Malaysiakini, Hazlan - antara wartawan terpilih yang menyaksikan video berkenaan - pasangan itu terbabit dengan pelbagai aksi. Bermula dengan wanita itu di atas diikuti beberapa aksi lain di bahagian-bahagian tertentu katil.

Dipercayai lelaki itu 'sampai kemuncaknya' sebanyak dua kali tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Soalan No 3: Mampukah lelaki berusia 63 tahun dan pernah menjalani rawatan sakit tulang belakang melakukan aksi seks ganas, lebih-lebih lagi dengan kedudukan wanita di atasnya?


[Baca empat soalan lain]









Tiada ulasan:

Catat Ulasan