Rabu, 20 April 2011

SEX DAN SKANDAL MUNGKIN PEMIMPIN LAIN ADA TERLIBAT...MUNGKIN TERLIBAT TAPI DILINDUNGI....AKHIRAT AKAN DIBUKA..

Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara
Apr 20, 11 1:53pm

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh limabtahun berkuat kuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000.

- Bernama


'Felda akan dibubar, tanah diserahkan kepada ANAK'
Aidila Razak
Apr 20, 11
1:41pm

Pakatan Rakyat akan membuktikan keseriusan mereka bagi memenuhi ikrar Buku Jingga bahawa semua perladangan Felda akan dibubarkan dalam tempoh 100 hari Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Sebagai gantinya tanah seluas 367,000 hektar milik Felda akan diagihkan kepada sekurang-kurang 79, 000 orang di bawah Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK).

NONEPengerusinya, Mazlan Aliman (tengah) berkata NGO itu bersedia menjalankan pendaftaran bulan depan bagi menyaring permohonan anggotanya untuk mendapatkan tanah.

"Kami sedar proses saringan mungkin mengambil masa, jadi kami akan edarkan borang permohonan pada perhimpunan kami 28 Mei ini dan membuat saringan selepas itu.

"Kami akan bekerjawasama jawatankuasa kemajuan kampung (JKKK), agensi parti (komponen Pakatan) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk memungut permohonan dan melakukan saringan,” kata Mazlan pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, anak-anak peneroka di bawah lingkungan pendapatan tertentu dan bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah apabila mereka bersara yang menyertai skim itu akan diberikan keutamaan.

"Jika kita beri 10 ekar setiap orang, sekitar 79,000 orang akan mendapat faedah tetapi kita sedang mempertimbangkan memberi lima ekar kepada setiap orang supaya lebih ramai dapat memiliki tanah,” kata Mazlan.

Beliau juga berkata ANAK akan mencadangkan kepada Pakatan supaya memasukkan dalam manifestonya bahawa semua hutang oleh peneroka kerana kos menanam semula melalui Felda dimansuhkan.

"Beberapa bulan lalu, seorang lelaki di Negeri Sembilan menunjukkan kepada saya bahawa hutangnya telah bertambah kepada RM95,000... ini sesuatu yang membebankan," katanya.

Video seks: Siapa 'whistle blower' sebenarnya?
Wira Arjuna
Apr 20, 11
9:53am

Sejak 21 Mac, gandingan' Datuk T' diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk PERKASA dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi.

azlanPada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menayangkan sebuah video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai “whistle blower” semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil “whistle blower” kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar.

NONE“Whistle blower” adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau.

"Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung” yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Datuk Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.

Terbongkar

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

NONESejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim dan Shuib berhubung video itu terbongkar sedikit demi sedikit.

Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi “whistle blower” supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ia amat berkait dengan agenda besar Umno untuk menumbangkan Anwar.

Benar, “whistle blower” harus dllindungi, tetapi siapakah “whistle blower” dalam kes ini, mahupun dalam politik negara?

NONEJawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.

Najib tidak menjawap

Sehingga hari ini, perdana menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

azlanIni termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi ketua pembangkang Ogos 2008.

azlanKebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya ketua pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang “whistle blower” bernama Anwar Ibrahim.

Tsunami fitnah

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Ummi Hafilda dikitar semula manakala “pejuang-pejuang bangsa” seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

NONEApabila “tsunami fitnah” Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar kerana orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang “obor kebenaran” Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

NONEApakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan “whistle blower” terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.


Nuklear: Pengajaran buat Malaysia - Bahagian 2
Ronald S McCoy
Apr 20, 11
1:45pm

Sinaran radiasi tidak dapat dilihat dan tidak boleh ditarik balik. Dalam sesuatu krisis nuklear, akan ada banyak soalan yang timbul tentang
sinaran radiasi. Sepertimana yang sedang dialami rakyat Jepun sekarang, ianya merupakan satu mimpi ngeri untuk memahami ketidakpastian tersebut. Antara persoalannya ialah:

1. Bagaimanakah anda tahu bila anda dalam bahaya?

2. Berapa lama bahaya itu akan berterusan?

3. Bagaimana anda boleh mengurangkan bahaya kepada diri dan keluarga anda?

4. Apakah tahap pendedahan yang selamat?

5. Bagaimanakah anda mendapat akses kepada maklumat penting dalam tempoh yang singkat, untuk menghalang atau meminimakan
pendedahan?

6. Apa potensi risikonya terhadap kesihatan dan akibat daripada pendedahan tersebut?

7. Maklumat manakah yang anda boleh percaya?

8. Bagaimanakah anda membina semula satu cara hidup yang sihat selepas ditimpa malapetaka nuklear?

Soalan-soalan ini adalah sukar untuk dijawab, malah menjadi lebih menyulitkan lagi apabila kerajaan dan industri nuklear mengawal ketat maklumat, operasi teknologi, penyelidikan saintifik, dan pengajaran bio-perubatan yang membentuk respons terhadap kesihatan awam.

Transparensi dan kebertanggungjawaban

Transparensi dan kebertanggungjawaban tidak serasi dalam satu industri yang ketagih menapis maklumat. Ini menjelaskan mengapa tidak ada konsensus yang jelas mengenai akibatnya kepada kesihatan manusia di peringkat tempatan dan global di Fukushima.

NONETidak ada ambang yang selamat untuk sinaran radiasi. Dakwaan
bahawa pendedahan kepada tahap radiasi yang rendah tidak memberi risiko kepada kesihatan, adalah satu mitos, yang diwar-warkan oleh kerajaan dan industri nuklear.

Semasa perlumbaan senjata nuklear ketika Perang Dingin, hasil kajian saintifik mengenai risiko kesihatan akibat luruhan nuklear yang bercanggah dengan cerita rasmi, telah ditapis. Ahli sains yang berintegriti dihukum atau disenaraihitamkan.

Pada 1994, suruhanjaya penasihat Amerika mengenai ujian radiasi terhadap manusia, menyimpulkan bahawa tulisan mengenai radiasi dan kesihatan sewaktu Perang Dingin, dibersih dan diskripkan untuk menenangkan bantahan orang awam.

Dekad penapisan rasmi memperkukuh lagi mesej teras palsu: Manusia telah berevolusi dalam sebuah dunia di mana sinaran latar radiasi memang telah wujud dan ianya semula jadi, dan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana pendedahan radiasi, berlaku sekali-sekala dan kemalangan berlaku akibat pendedahan pada tahap yang tinggi.

Terdapat sumber-sumber data lain yang lebih konklusif yang membolehkan satu tafsiran yang berbeza dibuat mengenai bahaya kesihatan akibat malapetaka nuklear. Ini termasuk beberapa rekod yang deklasifikasi mengenai eksperimen radiasi manusia oleh AS dan Rusia, rekod suruhanjaya korban bom atom, penyelidikan jangka panjang mangsa Chernobyl yang terselamat, dan prosiding Tribunal Tuntutan Nuklear Marshall Islands.

Dari rekod-rekod tersebut, beberapa fakta penting telah muncul. Misalnya, luruhan nuklear dan pencemaran radioaktif di lautan dan daratan, akhirnya akan memasuki rantaian makanan dan badan manusia, dan oleh itu, mengakibatkan risiko kesihatan yang signifikan.

Pendedahan kronik kepada radiasi, mengakibatkan lebih daripada sekadar risiko kanser. Ia mengancam sistem imunasi, memburukkan keadaaan terdahulu, menjejaskan kesuburan, meningkatkan kadar kecacatan kelahiran, dan boleh menyebabkan terencat pembangunan fizikal dan mental.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan