Sabtu, 16 April 2011

SARAWAK OH SARAWAK....JUGA BUMI ALLAH...JAGALAH MENGIKUT KEHENDAK ALLAH...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH....

P'raya S'wak tenang, tak seperti semenanjung
Jimadie Shah Othman
Apr 16, 11
1:05pm

Suasana hari pengundian dalam pilihan raya negeri Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar amat berbeza dengan keadaan yang biasa berlaku di Semenanjung Malaysia.

Tinjauan Malaysiakini mendapati hampir tiada perayu undi – sama ada dari Pakatan Rakyat atau BN – dikesan di beberapa pusat pengundian di Pusa, dalam DUN Beting Maro.

NONETurut diperhatikan, hanya Pakatan Rakyat yang mendirikan 'pondok panas' di sini sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan larangan bagi menghalang tindakan memancing undi dijalankan di hari pengundian.

Larangan berkenaan mula dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil pada Mei 2009 melalui penguatkuasaan Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, suasana juga tenang apabila pengundi dilihat terus berangkat pulang apabila selesai membuang undi.

Tiada jeritan, sorakan dan kata mengata berlaku di antara kumpulan para penyokong yang lazimnya berkumpul di luar pusat pengundian, seperti yang biasa diperhatikan di semenanjung.

NONEKeadaan ini mungkin disebabkan hubungan kemasyarakatan yang lebih erat antara satu sama lain di kawasan ini.

Para pengundi dilihat berpusu-pusu keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi lagi dan banyak pusat mengundi telah ditutup seawal jam 11.30 pagi ini.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak layak mengundi hari ini di 71 kerusi DUN yang ditandingi oleh 213 orang calon.

Proses pengundian itu dijalankan hari ini di 1,749 pusat pengundian yang dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna di seluruh negeri.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.


Pakatan mula kerja akhir PRN dengan ceria
Harakahdaily

KUCHING, 16 April: Pakatan Rakyat memulakan kerja akhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan sasaran untuk menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dun Sarawak.

Semua calon-calonnya bergerak ke tempat mengundi masing-masing dengan penuh ceria ekoran laporan awal Pakatan mempunyai harapan besar mencapai sasaran itu.

Ketika ada anggaran kerajaan BN akan jatuh dalam PRN ini, pemimpin Pakatan merendahkan sedikit anggaran mereka kepada menafikan kuasa dua pertiga BN.

"Saya meletakkan sasaran menafikan dua pertiga itu sebagai boleh diterima tetapi tidak menolak untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau tidak menolak ramalan yang dibuat oleh Zentrum Future Studies yang meletakkan Pakatan akan mendapat sehingga 49 peratus sokongan berbanding dengan BN hanya 27 peratus, Snap 20 peratus dan Bebas empat peratus tetapi ramalan itu bagi beliau terlalu tinggi.

(Gambar: Pola pengundian berdasarkan anggaran akhir yang dibuat oleh Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction and Tomorrow?)

Zentrum dalam laporan akhir mereka meramalkan, Pakatan akan mendapat 34 kerusi, BN 19, Snap 14 dan Bebas 4.

"Bagi saya, yang lebih boleh dipercayai buat masa sekarang adalah 28 kerusi untuk Pakatan," kata beliau.

Beting Maro

Sementara itu, wakil Harakahdaily di Beting Maro, Nazri Abdullah melaporkan, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memulakan lawatan ke pusat pengundian pagi ini di Sekolah Menengah Beladin.

Beliau yang dilihat ceria dan bersemangat, tiba di sini kira-kira jam 7.45 pagi selepas mengharungi sungai dengan menaiki bot dari pengkalan jeti Beladin.

Turut mengiringi beliau ketika ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rakman. Beting Maro adalah harapan utama PAS untuk menang.

(Gambar: Keluar awal untuk mengundi di Beting Maro. Pengundi berbaris jam 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Muton)

Abang Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Abang Handsome' di kalangan penduduk di sini sejak hari penamaan calon 5 April lalu, kemudiannya akan ke Sek. Keb. Semarang sebelum meneruskan lawatan ke Sek. Keb. Sepinang.

Beliau yang juga anak tempatan di sini, turut akan membuang undi di Sek. Keb. Spaoh iaitu selepas pulang dari Sek. Keb. Sepinang.

Selepas itu, Abang Ahmad akan ke SRJK Cina Pusa, SK Kalok, SK Tambak dan SK Muton.
Dun Beting Maro mempunyai sejumlah 7,868 orang pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada pilihan raya negeri 2006 lalu, PAS melalui calonnya Alem Din tewas hanya dengan majoriti 895 undi kepada calon BN Bolhassan Haji Di.

Alem mendapat 1,901 undi manakala Bolhassan mendapat 2796 undi.

Beting Maro juga mempunyai pecahan penduduk Melayu Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya kali ini PAS bagaimanapun dijangka mampu merampas kerusi Dun ini.

(Gambar: Calon PAS Beting Maro, Abang Mat [tengah] di atas feri menunju kawasan pengundian)

Sejak hari penamaan calon lagi, banyak pihak menjangkakan PAS boleh menang di kerusi ini.

Selain faktor kemarahan rakyat kepada kepimpinan negeri, ianya juga dibantu faktor calon muda PAS yang juga seorang peguam.

Faktor lain yang dijangka turut memberi kelebihan adalah perbalahan dalaman BN di sini yang memprotes calon bukan pilihan mereka, Razaili Gapur.


Nama @swak4chg terhangat di Twitter
Harakahdaily

KUCHING, 16 April: Akaun kempen untuk DAP di Sarawak, @swak4chg merupakan nama yang paling hangat disebut di Twitter pagi ini, lapor Politweet.org, satu laman yang menyelia dan mengumpul data-data kempen Sarawak di Twitter.

Sehingga pagi ini, @swak4chg mendahului akaun Twitter Barisan Nasional, @BN4Sarawak dan juga @BN4Miri dengan 2461 kali digunakan (mention) oleh pengguna Twitter berbanding 878 kali.

Sementara itu, SNAP dengan akaun @ngebalan di tangga ketiga dengan angka 818 kali mendahului akaun PKR @bgu_sarawak pada tangga keempat dengan 404 kali.

Lebih menakjubkan lagi, pada malam terakhir kempen pilihanraya Sarawak semalam, akaun DAP @swak4chg melonjak apabila digunakan sebanyak 498 kali berbanding BN @BN4Sarawak pada 151 kali, SNAP @ngebalan 121 kali dan PKR @bgu_sarawak sebanyak 68 kali.

Data itu dilihat seiring dengan peningkatan hadirin ceramah di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh DAP di Sibu, Miri dan Kuching – terutamanya semalam di mana para penganalisa politik menyifatkan tapak ceramah bertukar menjadi Dataran Tahrir di Mesir dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang inginkan perubahan politik.


Pengundian Senadin rancak di waktu pagi

Harakahdaily

SENADIN, 16 April: Proses pembuangan undi di Dun Senadin rancak pada waktu pagi dan mulai perlahan sekitar jam 10.00 pagi dalam cuaca cerah.

Tinjauan Harakahdaily sekitar Dun ini sejak pagi mendapati para pengundi tidak perlu lagi beratur untuk membuang undi selepas waktu itu sebaik sahaja menyemak nama di barung SPR.

Mereka terus ke saluran masing-masing bagi memilih Adun kawasan ini antara calon PKR dan BN.

Para petugas SPR yang ditemui di beberapa pusat mengundi memberitahu, ada kalanya proses pembuangan undi rancak kembali pada waktu makan tengah hari dan petang.

Namun begitu, lazimnya pengundi di Dun ini lebih suka datang pada waktu pagi.

Sehingga tengah hari ini, tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tadun masih kelihatan para pengundi dari pelbagai peringkat umur datang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Dun ini mempunyai 22,432 pemilih berdaftar melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Dr Michael Teo Yu Keng dari PKR dengan calon BN-SUPP, Datuk Lee Kim Shin.


Pakatan mampu kuasai Miri - YDP PAS
Ismail Hashim
MIRI, 16 April : Pakatan Rakyat mempunyai harapan besar untuk menang di Miri dan Sarawak secara keseluruhannya dengan menang atau PR mampu menafikan penguasaan 2/3 BN.

"Saya yakin PR boleh menang dengan syarat tiada sebarang penipuan di saat-saat akhir," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie.

Haji Jofri yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sarawak berkata, sambutan pengundi Cina memang memihak kepada Pakatan sejak sebelum ini, semakin hebat selepas penamaan calon hingga kini.

"Mereka dengan jelas menunjukkan menerusi pakaian, bendera, kenderaan, cenderung untuk hadir ramai-ramai termasuk sumbangan wang ringgit dan tenaga.

"Kerana itu, tidak hairan jika kutipan untuk satu malam sahaja di Kuching, Sibu dan Miri mencecah sebanyak RM30 ribu membuktikan masyarakat Cina khususnya sangat benci pada BN, tegasnya.

Mengenai perasan takut dan ugutan, beliau berkata, satu lagi unsur tambahan, perasaan sukar untuk berubah dalam kalangan pengundi Melayu adalah kerana mereka sudah biasa sangat dengan BN.

Ditambah lagi dengan sentimen perkauman yang acapkali dimainkan media pro-BN yang menyelitkan perasaan bimbang amat sangat jika BN kalah, yang akan menimbulkan masalah pada orang Melayu.

Sewajarnya, tambah beliau lagi, mereka hendaklah melihat contoh bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat di Semenanjung seperti di Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang tidak timbul sebarang masalah perkauman.

Namun begitu, jelasnya, pengundi dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar lebih terbuka untuk menerima perubahan ke arah Sarawak Baharu berbanding orang Melayu di kampung-kampung.

Beliau memberikan satu contoh di mana ketika calon Keadilan, Dr Teo menunaikan jemputan penduduk Kampung Muhibbah, ada suara-suara 'tidak cerdik' berkata kepada Dr Teo, "ini jalan BN, kenapa kamu guna?"

Menurutnya, Dun Piasau dan Pujut, BN boleh kalah namun di Senadin bergantung kuat kepada undi pos melibatkan jumlah 1,000 dari pasukan askar dan polis.

Begitu juga dengan undi dari pengundi Melayu yang dikira sedikit bermasalah ekoran dari jumlah pengundi Senadin berjumlah 22000, 6000 adalah Melayu dan Cina pula 11000 di mana kalangan Melayu menjadi undi penentu.

Menurutnya jika pendirian penduduk semua kawasan setinggan di sekitar Bandaraya Miri kekal dengan bertambah menyokong PR, sudah pasti keputusan malam nanti akan memihak kepada PR.

Masalah 30 tahun tidak mendapat geran tanah sah, bekalan elektrik dan bekalan air sempurna seperti di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Kuala Baram telah beberapa kali disuarakan HarakahDaily.

Haji Jofri berkata, semua kawasan setinggan yang dibiarkan hidup bermasalah sejak sekian lama merupakan kawasan pembangkang yang boleh jadi menjadi penyebab kepada penderitaan mereka selama ini.

Sementara itu, proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Luak, dekat sini berjalan dalam keadaan tenang berdasarkan jumlah rakyat yang keluar mengundi hingga saat ini baharu sahaja mencecah 600 orang.

Menurut Haji Jofri, daripada 2,000 pengundi berdaftar di sini, hanya sekitar 30 peratus sahaja yang berbuat demikian.

Haji Jofri telah menunaikan kewajipan mengundinya berkata, entah apa sebabnya keadaan jadi begini, sedangkan cuaca begitu baik dan berharap pengundi akan segera keluar sebelum hujan pada sebelah petang.

Jelasnya, keadaan ini bukan sahaja menyelubungi pihak Pakatan Rakyat yang bertanding di situ, diwakili calon Keadilan, Dr Teo Yu Keng tetapi juga berlaku kepada pihak BN.

Katanya, pihak media menunggu kedatangan Dr Peter Chin meskipun tidak bertanding tetapi beliau turut mengundi di sekolah tersebut namun sehingga jam 11.30, masih belum kelihatan.

"Suasana seperti tiada apa-apa berlaku ini boleh jadi disebabkan SPR hanya membenarkan pihak mereka sahaja mendirikan barong bertujuan menyemak nama dan saluran mengundi.

"Kerana itu, tidak nampak sangat suasana meriah merayu undi di saat-saat akhir," jelasnya yang memang sedia maklum keadaan ini sejak sekian lama.

Masa pusat pengundian di sini dibuka seperti biasa bermula pukul 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang nanti.


Tak kisah majoriti, janji menang
Nazri Abdullah
BETING MARO, 16 April: Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee tidak kisah berapa majoriti yang bakal diperolehinya asalkan beliau dapat memenangi pilihan raya di Dun ini kali ini.

Katanya, soal majoriti tidak penting baginya kerana yang lebih penting adalah semangat perubahan yang ada pada rakyat di Dun ini buat masa ini.

"Kita tak kisah berapa majoriti, janji kita menang.

"Kelantan dulu dua kerusi pun boleh memerintah,"katanya kepada media yang turut menjangkakan beliau boleh menang kali ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan semasa melawat tempat mengundi di SRJKC Chung Hua, Hilir Pusa di sini.

Katanya lagi, beliau sehingga sekarang masih positif memandangkan sokongan rakyat terhadap PAS jelas kelihatan.

"So far Alhamdulillah, sangat positif...simbol 'peace' yang kita perkenalkan memang menjadi ikutan disini.

"Sehinggakan lawatan kita ke rumah panjang pun disambut 'hidup bulan',"katanya.

Yakin undi meningkat

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang turut menemani calon berkata, beliau yakin undi terhadap PAS kali ini akan meningkat berbanding pilihan raya 2006 lalu.

"Kita lihat mood rakyat kali ini sangat lain. Kalau dulu kita datang mereka sambut kita dengan Parang, tapi sekarang tak ada kawasan yang kita tak boleh masuk,"ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau turut yakin pengundi muda juga turut bersama Pakatan Rakyat.

"Untuk lima Dun yang kita tanding ini, insyaAllah kita akan jadikan tapak untuk kita teruskan tugas dakwah kita di sini,"katanya.

Bot percuma ke seberang Pusa

Dalam pada itu, penduduk sekitar Dun Beting Maro khususnya di Pusa boleh menikmati perkhidmatan bot percuma sempena hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Kemudahan itu diberikan kepada mereka yang mahu menyeberangi Sungai Saribas ke tiga perkampungan di seberang.

Difahamkan, bot-bot ini telah disewa sehari oleh parti-parti bertanding.


Pengundi keluar awal di Muara Tuang
Hazayani Zakaria

MUARA TUANG, 16 April: Calon PAS di N15 Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah optimis pengundi mahu membuat perubahan apabila melihat peratusan keluar mengundi yang meningkat berbanding pilihan raya lepas.

Beliau berkata, setelah melawat lima tempat membuang undi di Dun tersebut, beliau dapat melihat situasi yang positif dari sudut kesedaran untuk keluar mengundi.

"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan situasi pengundian di sebelah pagi ini.

"Saya yakin pengundi mahu membuat perubahan kerana saya difahamkan sebelah pagi ini sahaja, peratusan keluar mengundi di Dun ini sudah lebih 40 peratus," kata beliau ketika ditemui di Sekolah Menengah Muara Tuang.

Cuaca baik pagi ini juga membantu pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Terdahulu Noraini turut membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh pada jam 8.15 pagi.

Selepas ini beliau akan melawat beberapa lagi tempat membuang undi sebelum berehat untuk solat Zuhur.


Keluar awal nak 'nyonteng' bulan

Nazri Abdullah

BETING MARO, 16 April: Rata-rata penduduk di sini hari ini keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Tinjaun Harakahdaily di beberapa tempat pembuangan undi mendapati, kebanyakan penduduk menunggu sejak awal pagi sebelum pusat pengundian dibuka.

Ramai di kalangan mereka turut membawa kipas tangan hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS dan lambang bulan.

Bagaimanapu, petugas SPR mengarahkan mereka meninggalkannya di luar kerana sebarang lambang parti tidak dibenar dibawa masuk dalam kawasan 50 meter dari tempat pengundian.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, keadaan yang ramai keluar sejak awal pagi ini sangat berbeza dengan pengundian tahun 2006. Beliau yang juga seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank di sini berkata, mereka hari ini keluar awal kerana tidak sabar mahu 'nyonteng' (pangkah) PAS.

"Saya sudah lama menyokong BN, ramai sini dulu sokong BN, hari ini kami keluar awal mahu nyonteng bulan,"katanya.

Ditanya apa faktor yang mebuatkan beliau mahu meninggalkan BN, beliau memberitahu kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan negeri perlakukan terhadap mereka.

Ianya merujuk kepada isu tanah yang gagal diselesaikan kerajaan BN malah ada tanah yang diusahakan mereka dirampas.

"Tanah belakang rumah saya, saya tanam macam, dah dirampas dan tidak dibenar masuk lagi," katanya.

Semua 5 adik beradiknya juga katanya turut membuat perubahan sama.

Isu tanah antara isu paling besar, bukan sahaja di sini malah seluruh kawasan di Sarawak.

Ianya menjadi kemarahan setiap masyarakat di sini yang juga menjadi pencetus kepada kemarahan mereka terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abang Ahmad dikerumun

Sementara itu, calon BN Raizali Gapur didakwa kurang mendapat sambutan di sini. Semalam beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Baru Beladin, iaitu tempat sama dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Beliau juga turut menyediakan makanan dan minuman percuma yang siap dibungkus kepada ahli jemaah yang hadir.

Bagaimanapun, selepas selesai solat Jumaat, penduduk dilihat tidak berminat bertemu beliau malah calon PAS pula menjadi tumpuan mereka.

Abang Ahmad ketika ditanya berhubung perkara itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyerang peribadi calon lawan dan melihat sokongan teradap beliau itu pentanda baik untuk perubahan Sarawak.


Cuaca cerah tetapi pengundian di Miri perlahan
Harakahdaily

MIRI, 16 April: Cuaca cerah dan cantik di Kampung Masjid, Kuala Baram pagi ini masih tidak dapat membantu pengundi dari Kampung Muhibbah untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab.

Mereka adalah antara 372 pengundi yang bakal berbuat demikian di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 1, dekat sini.

"Pengundi di sini amat perlahan, belum sampai 30 peratus," jelas Ustaz Fauzi.

(Gambar: Kereta yang menunggu pengundi di Kuala Baram)

Mereka, terangnya, akan menaiki perahu berenjin dan kemudiannya berkereta sejauh 1km ke pusat pengundian.

Semua kos dua kenderaan itu hari ini dibayar oleh BN.

Di sini pengundian bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Kelihatan dalam gambar, petugas berkereta masih menunggu pengundi datang dengan perahu berenjin dari Kampung Muhibbah.

Calon Pakatan Rakyat dar DAP bagi kawasan Piasau, Ling Sie Kiong malam tadi berharap semua pengundi khususnya di dalam kawasan beliau bertanding dapat memberikan undi keemasan bagi membantu Negeri Sarawak untuk buat perubahan dalam pilihan raya umum esok hari.

Ling, 28, adalah seorang peguam lulusan dari London. Beliau merupakan seorang pelajar bijak yang dididik khas untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai orang muda yang bertenaga, beliau dilihat akan dapat mengatasi undi lawannya.

Ketika menemubual beliau selepas majlis penamaan calon pada 6 April lalu, beliau menyebutkan akan berusaha mengajak rakyat mengambil peluang terbaik ini untuk membuat perubahan politik Sarawak.

Dua kali beliau menyatakan "dengan rendah diri, saya berharap rakyat di kawasan ini akan memilih saya untuk membawa suara mereka yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri'.

Dalam satu himpunan besar-besaran di Bandaraya Miri minggu lalu, beliau masih mengenali penulis untuk pertemuan kali kedua. Malam itu beliau membawa bersama dan memperkenalkan tunangnya, Florence Lau Bern Ee, 23, graduan niversiti dan kini sebagai seorang pegawai eksekutif sebuah bank.

(Calon Pakatan, Ling Sie Kiong (kiri) dan Dr George Chan (BN) di hari penamaan calon)

Sebentar tadi untuk kali ketiganya, kami bercakap di telefon. Katanya, malam ini hujan di Miri. Beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah. Bila ditanya tentang harapan beliau untuk hari esok, katanya, "Tidak mustahil untuk mencapai kemenangan" dan dua kali menyebut Insya Allah.

"Saya yakin dengan janji pengundi-pengundi yang berkata mereka akan memilih Pakatan di masa sama, saya juga percaya Tuhan pun akan tolong kita," jelasnya dengan ceria.

Di akhir kalimat tadi, beliau meminta disampaikan salam perjuangan pada semua Muslimin Muslimat di Sarawak dan di Malaysia agar mendoakan kemenangan berpihak kepada pejuang kebenaran dan penentang ketidak-adilan.

Seperti mana diketahui, lawannya bukan calang-calang orang. Siapa tidak kenal dengan George Chan. Sebut sahaja nama itu, semua orang akan teringat pada Miri. Ingat Miri akan teringat juga pada George Chan. Begitulah sinonimnya nama dan tokohnya.

Namun dalam pilihan raya Negeri Sarawak pada 16 April (esok), tokoh veteran yang kini sebagai Presiden SUPP, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan dalam masa sama, memegang dua portfolio penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri; dicabar oleh seorang anak muda.

Dr Chan terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum. Malah ketika penamaan calon pada 6 April lalu, tanpa segan silu kerana sudah biasa sangat menghadapi suasana begitu, beliau menggoncangkan kuat berkali-kali tangan pencabarnya, Ling Sei Kiong.

Sesiapa yang melalui satu bulatan besar di dalam Bandaraya Miri akan terperasan signboard memaparkan tubuh badan Dr Chan dalam keadaan sasa dan maskulin berpakaian sukan. Hebatnya beliau di gambar itu. Sedangkan di luar, saiz tubuhnya berbeza.

Ramai rakyat akan tersenyum malah ada yang menjadikan kisah beliau beristeri muda sama seperti Tan Sri Taib Mahmud, sebagai bahan gurauan bagi memulakan ucapan. Ramai wanita yang marah kerana pemimpin mereka tidak memilih rakyat tempatan dan bercitarasa wanita muda.

Sudah berapa lama Dr Chan menjadi wakil rakyat di Miri namun keadaan persekitaran dan kehidupan khususnya masyarakat marhaen di pinggiran Bandaraya Miri seakan terbiar begitu sahaja.

Kini datang hero muda dari Pakatan menawarkan diri untuk membawa perubahan kepada rakyat negeri Sarawak khususnya di Piasau dalam Parlimen Miri. Jika gambaran kebangkitan rakyat dapat diukur menerusi himpunan malam menjangkau puluhan ribu, keputusan malam esok, bakal menyebelahi Ling untuk Pakatan.


Diberi ambik, pangkah tetap bulan
Nazri Abdullah

BETING MARO, 15 April: Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berpuas hati dengan kempen beliau sepanjang 10 hari sejak hari penamaan 6 April lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Abang Handsome' ketika ditemui memberitahu, sambutan yang diterimanya sangat baik oleh semua kaum di sini.

"Kita boleh tengok jari 'peace' iaitu simbol calon nombor dua dilayankan oleh penduduk bila nampak saya dan lambang bulan,"katanya.

Beliau ditemui ketika selesai melawat satu kawasan dengan menaiki bot di Jeti Kampung Pusa di sini petang ini.

Hari ini merupakan hari terakhir kempen yang akan tamat jam 12 malam ini sebelum menjelang hari pengundian esok.

Ditanya tentang keyakinan untuk menang, beliau menyerahkan kepada pengundi esok apatah lagi berdepan kempen saat akhir pihak lawan.

"Parti lawan kita malam ini akan bagi beras, basikal dan macam-macam lagi.

"Kita harap penduduk di sini cekal hati, kita bagitahu apa yang diberi ambil, tapi pangkah tetap bulan,"katanya.

Abang Ahmad Kerdee akan ditentang calon BN Razaili Gapor.

Banyak pihak melihat PAS berkelebihan di Dun Beting Maro.

Ianya bukan sahaja dibantu faktor kebencian masyarakat di sini terhadap BN, malah juga faktor calon dari anak tempatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan