Khamis, 28 April 2011

NGERI...ZAMAN FITNAH...DAN BUKA AIB ORANG...KESANNYA MUNGKIN BANYAK LAGI VIDEO2 SUMBANG PEMIMPIN DIKELUARKAN...AWAS PADA SEMUA...TAKUT...


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu bagi memberikan sampel DNA beliau serta memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. -fotoBERNAMA

Bahagian dua rakaman video seks


BEBERAPA imej rakaman dalam klip video seks yang tersebar dalam Internet semalam.


KUALA LUMPUR – Bahagian kedua rakaman video seks hitam putih yang pelakunya didakwa seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang bersama pelacur China mula tersebar di Internet semalam.

Rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu dipercayai rakaman akhir selepas pasangan itu dipercayai melakukan hubungan seks.

Klip video itu memaparkan gelagat pelaku lelaki yang mulanya memakai tuala seolah-olah baru mencuci badannya. Dia berbogel sebelum mengenakan pakaian dan meninggalkan bilik tersebut.

Si wanita pula berbogel sebelum masuk ke bilik air.

Dalam klip itu, bahagian alat sulit pasangan itu dikaburkan.

Klip video yang tersebar dalam Internet bermula pukul 2 petang semalam dipercayai susulan daripada rakaman video seks yang mula tersebar dalam Internet pada 3 April lalu.

Rakaman sebelum ini memaparkan imej lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baru memasuki sebuah bilik.

Klip video yang dimuat naik dalam Internet tiga minggu lalu dihentikan sebelum pasangan itu melakukan hubungan seks.

Mengenai penyebaran klip video semalam, maklumat yang diperoleh daripada laman YouTube menunjukkan rakaman video itu dimuat naik oleh seorang bernama Wakparjosudorno ke dalam YouTube.

Mengikut maklumat mengenai Wakparjosudorno dalam laman pengguna YouTube, individu berusia 37 tahun itu membuka akaun tersebut kelmarin dan berasal dari Indonesia.

Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman itu kemungkinan di muat naik.

Rakaman yang dimuat naik itu turut memaparkan tarikh 21 Februari 2011. Rakaman bermula pada masa 22:43:51 dan tamat pada 22:45:35.


Satu lagi klip video seks dimuat naik



KUALA LUMPUR: Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang dimuat naik dalam laman Internet, tengah hari semalam tetapi ditarik balik beberapa jam kemudian.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita bertuala bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.


Klip video itu dimuat naik dalam laman ‘You Tube’' dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan komen gagal.

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet
Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman Youtube petang Rabu.

PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube 'wakparjosudorno'.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang tadi, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.

Sebelum itu, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang di sini.

Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'.


Shazryl Eskay serah DNA


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Zailani Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2011/04/28

Datuk Shazryl Eskay Abdullah
Datuk Shazryl Eskay Abdullah
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam hadir di Bukit Aman untuk menyerahkan sampel DNA.

Shazryl Eskay berkata, beliau dihubungi polis kira-kira jam 8 pagi semalam memaklumkannya supaya hadir di Bukit Aman untuk memberikan keterangan lanjut berhubung rakaman video itu dan memintanya menyerahkan secara sukarela sampel DNA bagi mempercepatkan proses siasatan.
“Saya ke Bukit Aman jam 10 pagi dan secara sukarela menyerahkan sampel DNA dan menjawab beberapa soalan untuk membantu siasatan polis. Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung sampel DNA itu akan saya dedahkan pada sidang media esok kira-kira jam 2 petang,” katanya kepada pemberita sejurus keluar daripada pekarangan Bukit Aman.
Pada 21 Mac lalu, sekurang-kurangnya 15 pengarang dan wartawan dipertontonkan rakaman video aksi seks individu didakwa Anwar bersama seorang wanita, dipercayai warga China di sebuah premis di ibu negara.

Sehari selepas itu, tiga individu, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video berkenaan kepada media.

Mereka mendakwa memperoleh rakaman video itu secara kebetulan, selain seutas jam tangan mewah Omega dipercayai milik Anwar yang tertinggal dalam bilik perlakuan itu dirakam.

Di SHAH ALAM, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar enggan mengulas mengenai perkara itu, sebaliknya berkata, ia adalah proses siasatan dan polis hanya akan memaklumkan perkembangan terkini siasatan jika perlu.
Khalid juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada Shazryl Eskay diminta hadir atau hadir secara sukarela ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu.

Ditanya sama ada penyerahan sampel DNA mempunyai kaitan dengan jam tangan Omega yang menjadi antara dua barang bukti, selain rakaman video seks yang diserahkan kepada polis, beliau berkata: “Tak tahulah saya”.

Video seks: Siri kedua di YouTube


RAKAMAN bahagian kedua berdurasi satu minit 47 saat yang dimuat naik ke laman sosial YouTube, semalam.


KUALA LUMPUR 27 April - Sebahagian lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul Papa Nurul Izzah Part II dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.

Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.


Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 5 April lalu, memaparkan siri pertama.


Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.

Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.





Nurul Izzah: Itu bukan Anwar

Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya.

nik nazmi nik ahmad book launch 210310 nurulNurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri
teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini.

Untuk apa pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim?



Tak habis-habis kes YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ini. Lepas satu kes, satu kes lain lagi. Bermula dengan peristiwa 1998, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dihujani perlbagai kes salah laku. Dari salah laku kuasa, sehinggalah salah laku seks. Dan ramai anak muda yang bangun menentang arus kerajaan sehingga 4 buah negeri di Malaysia diperintah oleh parti pembangkang dek kerana marahnya rakyat kepada kerajaan.

Hari ini, kes YB Dato' Seri Anwar Ibrahim masih tidak berhenti, bahkan semakin laju dan semakin rumit. Ramai anak muda yang kian berbalik pegangan kali ini bila video seks salah laku YB Dato' Seri Anwar Ibrahim disiarkan. Ini kerana wajah yang ada pada video itu hampir 90% menyerupai dengan wajah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Namun bloggers sentiasa mencari bukti-bukti untuk menafikan wajah di dalam video itu adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Taniah kepada bloggers Milo O suam yang diantara penyokong dan pencari bukti yang kuat untuk mempertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Untuk apa kita pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Aku pernah ditanya apakah aku yakin dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim jika dia menjadi perdana menteri. Bekum sempat aku menjawab, si penanya telah menjawab dan memberitahu aku bahawa YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ini tidak layak. Tambahnya lagi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah banyak kali diserang. Diantaranya ialah dengan budak yang tidak cukup pointer dan terbaru dengan pengedar vcd lucah. Dan serangan itu hampir mengubah lanskape politik YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Seperti mana juga dengan serangan oleh pengedar vcd lucah, ramai anak muda yang dulunya penyokong kuat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim kini semakin longgar menyokong dan ada juga yang langsung meninggalkan dunia politik kerana kecewa kerana percaya video itu memamg sah adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun kesahihan video itu masih samar-samar, namun jika apa yang ditulis dalam blog milo o suam yang memperlihatkan potongan rambut YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika sehari sebelum beliau berada di mahkamah dan semasa berada di mahkamah memang ada bezanya. Dan tidak lojik untuk perkara itu berlaku bagi manusia biasa.

Rujuk link ini http://milosuam.blogspot.com/2011/04/video-seks-anwar-ibrahim-bahagian-kedua.html

Namun bagi aku, untuk apa kita pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mudah, memang betul kata kawan aku itu, memang YB Dato' Seri Anwar Ibrahim diserang setiap penjuru. Namun itulah politik, letaklah siapa yang menjadi ketua pembangkan, beliau akan diserang habis-habisan sehingga berkubur karier politiknya. Bukan kerana taksub kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, namun kebencian terhadap perjuangan jahat dan fitnah yang membuat ramai anak-anak muda terus mempertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada pun selepas ini YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan lagi ketua pembangkan dan ianya diganti dengan orang lain, jika kebenaran berada ditempatnya, mata dan kepercayaan kami ada didalam dirinya, kami akan pertahankannya, bukan kerana batang tubuhnya, tapi kerana kebenaran dan kebencian kami kepada sesetengan perjuang umno yang menggunakan cara busuk untuk mempertahankan dan mengekalkan kedudukannya.

Kami bukan benci pada UMNO, tapi kami benci perjuang kotor dan kami bukan taksub pada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, tapi kami pertahankan keadilan dan menjunjung tinggi Islam agama kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan