| Aziz Muda | ||
| KUALA LUMPUR, 27 April: Salah seorang pelopor akhbar Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani, 68, meninggal dunia sekitar jam 8.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, di sini.
Kematiannya di luar jangkaan isteri dan anak-anaknya kerana sebelum itu Allahyarham kelihatan sihat, malah rancak berbual-bual dengan ahli keluarganya. (Gambar: Salahuddin Ayub bersama para petugas mengkafankan jenazah Allahyarham Ustaz Mashhudi. Foto: Wan Zahari) Pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sekadar mengejutkan seluruh ahli keluarga dan seluruh kakitangan Harakah, malah kesemua rakan-rakan yang mengenalinya. Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Selamah Hussain, 59, dan 9 orang anak merupakan petugas awal akhbar Harakah sejak akhbar itu mula diterbitkan, manakala jawatan terakhirnya di Harakah adalah sebagai Pengarang Rencana. Beliau berhenti dari berkhidmat sepenuh masa di akhbar Harakah sekitar empat tahun lalu kerana menghidapi strok, tetapi masih terus terlibat sehingga ke akhir hayat bagi pengisian kolum 'Mauidzah' Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semasa hayatnya, Allahyarham turut menyumbangkan masa, tenaga dan kebolehannya bagi kerja-kerja penyusunan buku, terutama buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan unit buku Harakah. Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, Sungai Penchala dan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penchala. Selain kakitangan Harakah dari kesemua bahagian di ibu pejabatnya di ibu negara, antara pemimpin PAS terawal yang menziarahinya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Subky Latif. Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut mengimami solat jenazah. Anak ketiga Allahyarham, Nasrullah, 35, menjelaskan, kematian Allahyarham diterima dengan reda oleh kesemua ahli keluarganya kerana ia sudah termaktub dalam ketentuan Allah. "Walaupun pemergiannya merupakan satu kehilangan amat besar kepada kami, tetapi kami bersyukur kepada Allah kerana arwah ayah meninggal dunia dengan senang atau dalam keadaan mudah," jelasnya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 27 April 2011
MASING2 NAK TUNJUK BERSIH....DAN MUSUH KOTOR...SAPE BERKUASA MUNGKIN MENANG...AKHIRAT DUA2 TIADA KUASA...SABIT TERIMA AJE HUKUMAN
Pelopor Harakah meninggal dunia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Allahyarham yang menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anaknya di rumahnya setelah mengadu sesak nafas secara tiba-tiba.
Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, bahkan Gerakan, MCA dan SUPP dianggap oleh Umno sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan mereka dalam pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak.

Penunjuk perasaan yang menyelinap di kalangan pelajar Universiti Malaya di luar Dewan Tuanku Canselor di kampus berkenaan sambil membawa kain rentang berbunyi 'Selamat datang PM Wen'.
Ramai yang enggan beredar dan mendakwa tidak ada salah bagi mereka hanya duduk di situ. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran kecil dan polis kemudiannya bertindak mengheret mereka.
Eskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.
Eskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

“Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?” katanya.
“Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia?
“Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.
Menurut beliau lagi, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
Rozan Azen berkata, kecurigaan itu timbul memandangkan blog papagomo.com itu turut memuatkan pautan ke laman Umno Online dan juga PERKASA.
"Dalam keterangan saya, saya beritahu bahawa kali terakhir saya melawat laman papagomo ialah pada pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan