Ahad, 24 April 2011

JATUHNYA KERAJAAN MELAKA...DISEBABKAN...BANYAKNYA RASUAH....FITNAH...LEMAHNYA KEPEMPINAN SERTA TIADA PERPADUAN...PERPADUAN BIARLAH BERDASAR AKIDAH...

Filem Omega yang tercicir...
Hishamuddin Rais
Apr 21, 11
12:47pm

Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan.

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.

Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier?

"Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya.

Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu.

Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar.

Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.

"Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.

"Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus.

"Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong."

"Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.'

Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.

"Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah.

"Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'

Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat.

Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.

"Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… "

Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu."

Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk.

Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?'

Aku mengeleng kepala.

"You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.'

Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.

"Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.

"Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir...


Adab songsang cari kebenaran
Wira Arjuna
Apr 14, 11
10:07am

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

NONEAdab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.

Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

azlanRuntuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

NONESetelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Rejam sampai mati

Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

NONESyor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang “amat rendah moralnya”.

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.

Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang “rendah moralnya” mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

NONESebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang editor kanan beberapa media harus perdana sebelum ini dan beliau kini melihat sesuatu berita daripada perspektif berbeza.


K'jaan S'gor tak paksa Hafarizam menghadap JKHK DUN
Apr 24, 11 10:20pm

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 29 April ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Mohd Hafarizam ialah peguam Umnl dan beliau boleh cakap apa dia suka.

"Cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Mohd Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke JKHK berhubung kesalahan menghina dewan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis anugerah pelajar cemerlang di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Abdul Khalid diminta mengulas mengenai keengganan Mohd Hafarizam untuk menghadap JKHK kerana menganggap arahan tersebut "terletak di luar peruntukan undang-undang".

Jumaat lalu, Mohd Hafarizam berkata tindakan DUN Selangor itu adalah "penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dan tindakan menyaman beliau hadir menghadap JKHK adalah ugutan politik".

Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya JKHK tidak menarik balik saman itu dengan serta-merta.

Pada 1 April lepas, Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk ke JKHK atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas kepada Speaker Dewan Datuk Teng Chang Khim yang didakwa mengandungi bahasa yang amat tidak "senonoh, biadap dan mengugut".

Badrul Hisham bagaimanapun berkata beliau akan menghadap JKHK selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian.

Ditanya mengenai dakwaan Mohd Hafarizam bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu, Abdul Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.

"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

Pada 18 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Hakim Zaleha membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.


Kepimpinan adalah amanah, bukan kebanggaan

Nasrudin Hassan
ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام

"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .

salam perjuangan dari saya

Nasrudin bin Hj Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah?

Dr Dzulkefly Ahmad
Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.

Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.

Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.

Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.

Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.

Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.

Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.

Inilah maudhu’ sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.

Lebih penting adalah supaya ‘penegasan-keinsafan’ nanti bakal menjadi ‘ingatan sempadan’ agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!

Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan.

Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006.

Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri ‘simpanan tetap’ dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa.

Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak.

Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP.

Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah ‘petanda’ segala yang buruk.

Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian.

Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa?

Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai ‘sandaran’ atau ‘baseline’nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas?

Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau ‘upward-trend’nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.

Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepatah guru pengurusan: ‘Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya’.

Dalam bahasa ‘Pelaburan atau Investment’, Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya “Upsides atau Potensi” yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah ‘tepu’.

Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan “undang-undang pulangan mengecil” atau tahap keluk “diminishing return”, di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau ‘return’nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan.

Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL’alamin – lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini.

Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, ‘goodwill’ dan ‘sangka-baik’ rakyat dan pengundi.

Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat.

Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja?

Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya.

Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya ‘upsides’ atau ‘potensi’ untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang ‘gagal’ kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU -13 akan datang.

Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yang cuba dijual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang ‘perdana’.

Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaiki.

Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti-parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambahan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu.

Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir kerana amat munasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya.

Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan tidak punya objektif strategik yang disepakati, sama ada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan.

Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUN Sarawak.

Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik “Grand Coalition” bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi “Potensi atau Upsides” yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang. Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN.

Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, ‘pendatang baru’ seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politik Sarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.

Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.

Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prejudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik Pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik.

Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaiki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya di kacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh Persekutuan Malaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.

Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan “Grand Coalition” untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang.

Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar “Perubahan Besar” mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua!

Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat.


Trio Umno perlu didakwa
Subky Latif

MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.

Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.

Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki.

Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu.

Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu.

Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan.

Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya.

Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu.

Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu.

Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi.

Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun.

Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya?

Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu.

Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya.

Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya.

Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga.

Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa.

Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu.

Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara.

SPR harus di'BERSIH'kan

Mohd Rashidi Hassan
Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang baru berlangsung minggu lepas memperlihatkan kepada kita betapa sistem demokrasi di Malaysia, masih ditahap yang mencurigakan.

Pertikaian terus kedengaran terhadap ketelusan dan kesahihan pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

SPR memperlihatkan ianya tidak bebas dan masih lagi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Antara yang masih menjadi pertikaian ialah mengenai kebersihan senarai daftar pemilih, sistem undi Pos, had kempen parti-parti politik, penggunaan jentera kerajaan untuk kepentingan BN, rasuah kepada pengundi dan banyak lagi.

Pertikaian ini tidak akan berbangkit sama sekali jika pilihan raya dijalankan secara adil.

Sejak Dun dibubarkan, SPR berura-ura untuk mengehadkan tempoh berkempen hanya selama tujuh hari. Namun selepas dibantah dipanjangkan sedikit kempen untuk tempoh 10 hari.

Percubaan menghadkan tempoh kempen atau memendekkan tempoh kempen ini sebenarnya, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada parti yang memerintah.

Kedua, pada hari penamaan calon di Muara Tuang, calon BN yang juga adik kepada Ketua Menteri Sarawak, dengan jelas melakukan kesalahan pilihan raya iaitu tidak mengemukakan borang laporan kewangannya pada pilihan raya 2006.

Sepatutnya PAS menang percuma kerusi tersebut. SPR menunjukkan dengan jelas ia memihak kepada BN dengan mempergunakan kuasanya melengah-lengahkan pengumuman calon sehingga lebih satu jam dari tempoh masa yang ditetapkan.

Kelambatan pengumuman calon diambil kesempatan oleh pihak yang berpihak kepada BN untuk menyiapkan segera penyata kewangan tersebut.

Sepanjang kempen pilihan raya, media massa dipergunakan sepenuhnya, secara berleluasa untuk menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat, sedangkan ruang Pakatan Rakyat, hanya dipentas ceramah disusahkan.

Pemimpin tertinggi negara dibenarkan merasuah rakyat secara terbuka, rasuah pembinaan hospital, peruntukan masjid, pembinaan jambatan segera, bantuan untuk sekolah dan lebih ketara lagi didedahkan rasuah pembelian kertas undi secara terbuka.

Malah di hari kempen, wujud dakwaan secara terbuka pihak-pihak yang memakai tag nama SPR secara jelas dilihat mengajar pengundi, khususnya golongan tua untuk memangkah simbol dacing.

Di samping itu wujud pertikaian berkenaan borang 14 yang dikatakan enggan ditangani oleh pegawai SPR yang bertugas.

Keseluruhannya, kita mendapati sistem pilihan raya di negara kita masih meragukan. Banyak terdapat ruang-ruang yang perlu diperbaiki bagi menjamin ketelusan dan keadilan.

Pakatan Rakyat menghadapi kesukaran kerana segala peruntukan perundangan yang ada dikuasa SPR boleh dipergunakan oleh BN kerana mereka tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat tidak mampu mengubah kebobrokan ini sendirian. Hanya ada dua cara untuk mengatasi masalah ini. Pertama, perjalanan pilihan raya mesti dipantau masyrakat antarabangsa, iaitu melalui badan bebas yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kedua, dengan sokongan rakyat. Rakyat harus bangkit untuk menegur SPR. Hanya Perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja yang mampu mengubah keadaan ini.

Pakatan Rakyat harus bertindak sebelum terlambat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan