Aziz Muda | ||||||||
KUALA LUMPUR, 28 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak lebih tegas dan adil dalam menangani masalah rasuah di negara ini, dengan turut mengambil tindakan terhadap pihak atasan atau menteri-menteri yang terbabit dalam rasuah. Sekiranya tangkapan yang dilakukan hanya membabitkan para penjawat awam dan pihak-pihak lain yang terbabit, tindakan yang dilakukan tidak akan memberikan kesan yang diharapkan kerana pihak atasan yang terbabit terlepas begitu sahaja tanpa mendapat pengajaran yang sewajarnya. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, sebaliknya, sekiranya tindakan ke atas pihak atasan yang terbabit tidak dilakukan, kenyataan SPRM bahawa mereka sudah semakin berjaya mengatasi masalah rasuah di negara itu tetap meragukan. Menurut beliau, malah pengakuan kejayaan itu hanya boleh ditertawakan oleh orang ramai kerana ia tidak boleh dikategorikan sebagai berjaya selagi tindakan tersebut hanya terbatas kepada para penjawat awam sahaja. Katanya, sedangkan masalah rasuah terbesar di negara ini diyakini membabitkan pihak atasan atau para menteri dan ia antara lain boleh dirujuk dalam kes kehilangan wang sebanyak RM800 billion dalam aliran keluar wang negara sejak 10 tahun lalu. "Kehilangan wang sebanyak itu tentunya termasuk dalam kategori rasuah. Perbuatan itu tentunya turut membabitkan menteri-menteri. Tetapi kenapa SPRM tidak bertindak ke atas menteri-menteri terbabit?" katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan SPRM hari ini yang membuat 944 tangkapan, berhubung kesalahan rasuah sepanjang tahun lepas, yang juga merupakan tangkapan tertinggi dalam sejarah sejak agensi pencegahan rasuah diwujudkan pada 1967. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 414 atau 43.8 peratus tangkapan adalah di kalangan pemberi rasuah dan ia merupakan peningkatan ketara berbanding tangkapan terhadap penerima rasuah seperti yang dicatatkan tahun-tahun sebelumnya. "SPRM memaklumkan bahawa buat pertama kali juga jumlah orang yang ditangkap kerana memberi rasuah dengan orang yang ditangkap kerana menerima rasuah sudah bersilang. "Ini merupakan satu peningkatan yang besar hasil daripada usaha kerajaan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam untuk mengambil tindakan atas mereka yang memberi rasuah,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama. Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan buku laporan tahunan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Beliau berkata, jumlah tangkapan yang berbeza terhadap mereka yang memberi berbanding yang menerima rasuah juga merupakan satu indikator tentang peningkatan integriti di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam bertambah baik sejak kempen ‘Hindar Menerima: Perangi Pemberi Rasuah’dilancarkan pada 26 April tahun lepas. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mujahid berkata, kenyataan SPRM itu juga, walaupun dikatakan satu kejayaan, tetapi ternyata masih begitu mengelirukan kerana ia tidak dinyatakan kes-kes tangkapan secara nyata dan jelas. "Begitu juga dengan jumlah rasuahnya. Berapakah jumlahnya? Adakah hanya RM1, RM2, beberapa ringgit, puluhan ringgit atau ratusan ringgit sahaja. Sedangkan rasuah yang membabitkan para menteri jauh berlipat kali ganda lebih besar daripada jumlah itu tetapi kenapa tak diambil tindakan, tak ditangkap dan tak dihadapkan ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman? "Jadi dengan itu, pengakuan kejayaan SPRM itu tentunya meragukan kerana ia ternyata hanya membabitkan para penjawat awam atau pihak-pihak lain sahaja, tetapi tidak menyeluruh sehingga ke peringkat atasan atau para menteri," tegasnya yang juga ahli Parlimen Parit Buntar. Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 28 April 2011
JANGAN SALAH GUNA KUASA DAH...BALA YANG DITERIMA BUKAN MESTI BENTUK AZAB...TAPI ALLAH TUTUP TAUFIK DAN HIDAYAH...NI JUGA KESAN SUMPAH
Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan