Intan Ahmad | ||||||
Inisiatif Emel 1Malaysia baru sahaja diumumkan, yang mana di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun emel rasmi. Saya ingin mencadangkan supaya rakyat Malaysia diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan perkhidmatan ini ataupun tidak. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tidak seharusnya diwajibkan menggunakan emel ini bagi sebarang urusan, termasuklah berhubung dengan kerajaan. Kebebasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan. Dengan demikian, Emel 1Malaysia nanti akan menjadi salah satu opsyen yang boleh dipilih oleh rakyat Malaysia bagi berkomunikasi dan bukannya menjadi perkara yang diwajibkan ke atas mereka. Pada masa yang sama, bagus juga jika satu lagi inisiatif dijalankan secara serentak dengan pewujudan emel 1Malaysia ini. Inisiatif yang saya maksudkan adalah pendaftaran pengundi secara automatik.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 21 April 2011
CAKAP SUSU DENGAN TUBA....BAGAIMANA PULA KITA DENGAN ALLAH....MELANGGAR SESUKA HATI HUKUM ALLAH...SEDANG ALLAH HIDUPKAN...
Tidak patut wajibkan rakyat guna emel 1Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan