Sabtu, 30 April 2011

BENDA DAH BERSUMPAH...SAMA2 KITA BERDOA...AGAR ALLAH BALAS SETIMPAL..DENGAN KEJAHATAN MEREKA..KITA TUNGGU..HUKUM ALLAH MEREKA LANGGAR..NI KAN SUMPAH

Pemimpin Pemuda Umno Sabah tuntut penjelasan
Apr 29, 11 7:56pm

Sekumpulan naib ketua Pemuda beberapa bahagian Umno di Sabah menuntut penjelasan berhubung rasional di sebalik penyingkiran serta-merta ketua Pemuda Umno negeri, Azman Roslan.

Ketua kumpulan itu, Mohd Razali Razi, yang juga naib ketua Pemuda Umno bahagian Sepanggar, menyuarakan rasa terkejut berikutan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat untuk menggantikan Azman.

Beliau berkata Azman, seorang peguam, merupakan pemimpin Pemuda yang berwibawa dan diterima oleh Pemuda Umno negeri.

"Pengaturan masa membabitkan penyingkiran beliau tiada kewajarannya jika mengambil kira hakikat bahawa kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan dalam usaha mendekatkan parti untuk memenangi kepercayaan rakyat.

"Jika tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung penyingkiran ini, kami menggesa agar Azman diberi semula jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Mohd Razali berkata penyingkiran itu akan mewujudkan kesimpulan bahawa kedudukan Ketua Pemuda Umno Sabah adalah perkara eksklusif yang terletak pada budi bicara Ketua Pemuda Umno, tanpa perlu berunding terlebih dahulu dengan Pemuda Umno Sabah.

Sementara itu, Azman mengesahkan mengenai penyingkiran beliau dan berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pada Isnin lepas melalui sepucuk surat yang dihantar menerusi faks ke pejabat Umno Sabah.

Kata Azman, beliau akur dengan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat dan berikrar untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam Umno.

Beliau turut mengesahkan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan Pemuda Umno Sabah, dan menambah naib ketua Pemuda Umno negeri Awang Kadin Tang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pergerakan itu di negeri ini.

- Bernama



Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat
Jimadie Shah Othman
Apr 29, 11
4:38pm

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

NONEBagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay, Rahim dan Shuib mengerjakan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu.

Pintu ditutup

Beliau kemudiannya memegang senaskhah Al-Quran dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONESebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut. Ketiga-tiga Datuk T kelihatan tenang dan mendengar syarahan pendeknya sebelum diberikan senaskhah buku berjudul Qazaf.

Selepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku lagi kekecohan kecil apabila beberapa penyokong AMK yang melangkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis. Eskay, Rahim dan Shuib beredar pantas tanpa memberikan peluang kepada pihak media bertanyakan soalan.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Datuk T itu beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

Sebelum itu, pelbagai kekecohan dan drama berlaku sejak jam satu petang antara penyokong PKR dan pihak yang tidak selesa dengan tindakan membuat bantahan di dalam ruang solat masjid.





Isu video seks, Najib tempelak Anwar
Salhan K Ahmad
Apr 29, 11
7:44pm

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang untuk menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan ketua pembangkang itu menjawab isu-isu yang dikaitkan dengan satu tayangan video seks.

Ketika ditanya, Najib berkata rakyat akan dapat menilai sendiri mengapakah Anwar sering melenting apabila ditanya sama ada akan memberikan DNA kepada polis.

Najib juga ditanya demikian memandangkan Anwar sering melenting apabila ditanya berhubung seutas jam tangan berjenama.

"Saya tak payah ulas, kita sendiri boleh (fikir). Soalnya sama ada kita nak jawab atau tak nak jawab.

"Bila kita serang balik, maknanya kita tak nak jawablah.

"Soalnya kenapa kita tak nak jawab? Ini rakyat kena fikir. Rakyat kena buat kesimpulan kenapa dia tak nak jawab," kata Najib lagi.

Ditanya lanjut, Najib turut menafikan dakwaan Anwar bahawa isu video seks itu ditimbulkan bagi membolehkan beliau terus berkuasa.

Anwar sebelum ini mendakwa media seperti TV3, Utusan Malaysia dan Agendadaily telah diperalatkan Umno bagi tujuan itu.

Mengulas dakwaan itu, Najib berkata isu video seks yang melibatkan beberapa tokoh lain sebelum ini juga telah disiarkan akhbar

"Ini bukan perkara baru, dulupun ada isu video seks juga. Keluar dalam surat khabar juga kan?

"Takkan tak keluar dalam suratkhabar. Jadi bila dikaitkan dengan seorang tokoh, suratkhabar kena buat liputan.

"Tapi ini bukan atas kehendak kita dan melibatkan Umno dan sebagainya. Ini soal pihak tertentu saja bukan Umno," katanya lagi.

Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR
Regina Lee
Apr 29, 11
3:44pm

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

NONEPada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONERakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

NONEGambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

azlanMereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.





Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet
Apr 29, 11 1:00am

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.

alleged four full sex videos on youtube 290411Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 18Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Video aksi saksi ini juga mempunyai sarikata dalam bahasa Thai.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

azlanSerentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.


PAS: Jangan permainkan sumpah laknat
Apr 29, 11 10:38am

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manNaib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.

NONEBeliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Harussani ZakariaSebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.

JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat
Apr 29, 11 11:20am

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) membenarkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini selepas solat Jumaat hari ini, lapor Utusan Malaysia Online.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

NONEBagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.

''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang.

''Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya pada sidang akhbarnya semalam.

azlanBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.


Melacur kerana hutang Ah Long
Apr 29, 11 12:38pm
Tidak serik-serik. Inilah sikap buruk sesetengah anggota masyarakat negara ini yang suka sangat berhutang.

Tewas kepada rasukan nafsu untuk berjudi dan berjoli, mereka ini juga sanggup berhutang dengan ah long atau ceti haram meksipun bayaran balik yang melambung-lambung tinggi jumlahnya.

NONEIni antara keluhan Datuk Micheal Chong, Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA sendiri telah menghabiskan 25 tahun daripada usianya untuk menangani isu ah long.

Nada suaranya berselang-seli antara emosi geram dan marah. Mana tidaknya bukan sekali dua berhutang dengan ah long, ada yang sehingga lima hingga enam kali datang berjumpanya untuk mendapatkan bantuan apabila dihambat ah long.

Setelah bertahun-tahun berdepan dengan isu ah long, Chong memberitahu penulis yang beliau masih meneruskan usahanya bukan kerana kasihankan 'peminjam' yang sebahagian besarnya disifatkannya sebagai 'penipu'.

"Belas kasihan saya adalah untuk isteri, anak dan ibu bapa. Ini yang membuatkan saya masih mengendalikan kes-kes ah long ini. Saya tak boleh tengok orang kena buli.

"Saya juga ingatkan ah long jangan sekali-kali menganiayai orang-orang ini. Jika mereka lakukan juga, bukan saya sahaja yang akan cari mereka, MCA juga akan cari mereka," kata Chong kepada Bernama dalam satu wawancara di pejabatnya di Wisma MCA, Jalan Ampang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jalan mudah


Tidak mahu bersusah-payah tetapi mahu hidup senang. Menurut Chong inilah lagi contoh sikap buruk sesetengah rakyat negara ini.

NONE"Tengok orang jadi kaya, mereka pun nak jadi kaya. Orang lain membanting tulang, mereka cari jalan pintas untuk dapatkan banyak wang.

"Mereka tak tahu orang lain bersusah-payah nak cari wang. Semuanya nak cepat. Semuanya nak jalan senang. Apa lagi carilah ah long," kata Chong.

Profil peminjam ah long ini daripada pelbagai lapisan kehidupan dari peniaga, kontraktor kecil, pekerja restoran dan malahan suri rumah!

Perlukah pinjam dari Ah Long?

Bercakap mengenai peminjam Cina, katanya ada kes yang tulen di mana mereka terpaksa meminjam daripada ah long untuk menampung keperluan perniagaan.

Kata Chong, tanpa pinjaman ah long mereka mungkin terpaksa gulung tikar.

Beliau memberi contoh kontraktor kecil yang terpaksa meminjam daripada ah long untuk bayar upah pekerja mereka.

foreign workers 201107"Kebanyakan pekerja mereka adalah pekerja asing dan mereka ini akan bertindak liar jika tak dapat duit mereka.

"Kontraktor kecil ini tak ada pilihan. Kontraktor utama ada wang tapi tak mahu bayar kontraktor kecil ini.

"Duit yang kontraktor utama ini ada dibelanjakan untuk beli kereta besar. Kontraktor utama ini seorang Datuk, memalukan sahaja. Ada wang tapi tak mahu bayar.

"Orang yang mendapat anugerah Datuk sepatutnya menjadi seorang yang dihormati tetapi sebaliknya dia tidak berhati perut," tegasnya dengan nada marah.

Menurut Chong, dalam banyak kes yang melibatkan peminjam seperti ini, mereka bernasib baik kerana mendapat pertolongan saudara-mara dan sahabat-handai.

"Mereka ini mesti tolong, mereka tak biarkan orang yang bersusah-payah berniaga dan kemudian mengalami nasib malang ini begitu sahaja.

malaysian chinese community people 170807 sundry shop"Ah long yang meminjamkan wang kepada orang seperti ini juga tahu mereka ini bukan meminjam untuk berjudi dan akan cuba mencari jalan untuk membantu," katanya.

Bagaimanapun Chong mengingatkan mereka yang berniaga, perlu pandai menguruskan wang mereka.

"Memanglah kalau kita berniaga, ada masa untung, ada masa rugi. Bila untung mestilah pandai simpan dan kawal perbelanjaan.

"Kalau pun rugi, mesti pandai juga macam mana nak urus kerugian," kata Chong.

Joli dan judi

Pinjam dari ah long untuk berjoli dan berjudi. Alasan meminjam dari ah long yang seperti ini cepat menaikkan darah Chong dalam mengulas lanjut tentang pinjaman ah long.

NONE"Tengok kawan simpan perempuan, dia pun nak simpan perempuan. Mahu hidup berfoya-foya, ikut nafsu, tak kisah walau pun terpaksa pinjam wang daripada ah long.

"Bila perempuan ni balik ke negara mereka, apa yang tinggal? hutang berlambak dengan ah long," kata Chong.

Mengulas mereka yang meminjam untuk berjudi, beliau berkata majoriti yang datang ke pejabatnya mendakwa ada formula yang bagus untuk menang.

Hendak kaya kena berjudi, hendak berjudi tidak ada wang. Tidak ada wang pinjam dengan ah long.

gambling gamble 220207 mahjong"Mereka ini fikir mereka bijak. Mereka kata tak kan sekali pun tak boleh menang.

"Masalahnya bila menang sekali, mereka jadi tamak, tak berhenti, duit habis," kata Chong.

Chong mengeluh panjang apabila bercakap mengenai perempuan Cina yang berhutang dengan ah long.

Peminjam perempuan

Statistik yang dikumpul Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan 25 peratus daripada peminjam ah long orang Cina adalah perempuan.

"Soalan pertama yang keluar daripada mulut saya ialah mengapa perlu pinjam daripada ah long?

factory workers sweatshops 090107 delicate"Saya katakan kepada mereka tak ada alasan langsung untuk mereka meminjam daripada ah long kecualilah kalau suami mereka sudah tak mahukan mereka lagi atau mereka dicerai dan terpaksa hidup sebagai ibu tunggal.

"Atau mereka ada suami yang sememangnya tak boleh diharap langsung. Suami yang tak bekerja dan hanya mengharapkan isteri keluar bekerja.

"Kalau pun mereka terpaksa bekerja, tak ada sebab langsung pinjam duit daripada ah long! Mereka tahu benar akibatnya meminjam daripada ah long, " kata Chong.

gambling gamble 220207Beliau memberitahu Bernama, kebanyakan perempuan Cina yang datang ke pejabatnya untuk menyelesaikan masalah hutang ah long terperangkap dengan tabiat suka berjudi.

Chong menyebut satu kes melibatkan hutang ah long mencecah sehingga suku juta ringgit.

Menurut beliau, ada yang meminjam daripada ah long untuk menampung kerugian yang dialami ketika berjudi. Mereka membuat hutang baru untuk terus berjudi dengan harapan akan menang.

Melacur kerana hutang

Chong berkongsi satu kes melibatkan seorang isteri yang baik terpaksa melacurkan diri kerana berhutang dengan ah long.
"Saya ada beberapa kes yang macam ini terpaksa melacurkan diri kepada ah long. Kalau ah long ini tak boleh terima perempuan ini dia akan bagi kepada kawannya dan kawannya akan bagi perempuan ini kepada kawannya. Begitulah yang berlaku.

human trafficking tip report 131607 prostitute held"Dari isteri yang baik menjadi pelacur kerana meminjam dengan ah long. Ini yang saya tahu. Bagaimana pula kes-kes yang ada tetapi saya tak tahu?" keluh Chong panjang.

Dalam kebanyakan kes Chong akan menghubungi ah long yang berkenaan supaya tidak terus mengganggu perempuan-perempuan tersebut.

"Saya katakan kepada mereka kalau mereka tak berhenti saya akan buat laporan mereka memperdagangkan manusia. Biasanya ah long ini akan bagi saya banyak alasan dan menyalahkan perempuan itu," kata Chong.

Peminjam Melayu

Bila bercakap tentang ah long, lazimnya orang akan mengaitkan ceti haram ini dengan orang Cina.

mee seller stall hawker 141006Anggapan ini tidak tepat. Chong sendiri menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyoal "Saya tak faham mengapa orang Melayu terutama perempuan Melayu pinjam wang dari ah long dan bilangan kes meningkat berbanding orang Cina. Tolonglah kaji perkara ini."

Menurut Chong, daripada 10 orang Melayu yang datang ke pejabatnya kerana masalah hutang dengan ah long, empat adalah perempuan dan mereka berhutang dengan ah long kerana disuruh suami masing-masing!

Berbanding peminjam Cina di mana hanya dua atau tiga sahaja perempuan daripada 10 peminjam Cina yang datang ke pejabatnya.

"Itu pun angka-angka yang saya ada hanyalah segelintir daripada yang ada di luar sana," katanya.

Profil peminjam Melayu yang ada dengan Chong menunjukkan kebanyakan mereka pengusaha kecil gerai dan pekerja restoran.

NONEJumlah pinjaman antara RM20,000 dan RM30,000 dan ada juga sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

"Orang Melayu meminjam bukan untuk berjudi, ramai yang lebur kerana skim cepat kaya.

"Mereka nak jadi kaya cepat, nak hidup mewah", kata Chong sambil menambah orang India juga berhutang dengan ah long untuk tujuan yang sama seperti orang Melayu.

Statistik pinjaman

Berdasarkan perangkaan kes ah long yang dikumpul Chong, terdapat penurunan terutama, katanya pada 2009 apabila Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik Menteri Dalam Negeri.

NONE"Kes ah long jatuh mendadak kerana beliau mengisytiharkan perang ke atas ah long. Jumlah kes ah long yang kami kendalikan pada 2009 hanya 487 kes dan 2010, 302 kes," kata Chong.

Angka-angka tersebut jelas lebih rendah berbanding 503 kes pada 2006, 539 kes pada 2007 dan 636 kes pada 2008.

Menurut Chong, kes ah long terus menurun pada 2010 kerana ramai ah long yang 'gulung tikar', sebahagian besarnya kerana banyak hutang tidak dibayar.

Daripada 10 yang meminjam daripada ah long, dua atau tiga orang, katanya akan cabut, tak bayar hutang.

"Bagi saya orang yang macam ni bukan peminjam. Mereka juga bukan mangsa. Mereka sebenarnya adalah penipu. Mereka ambil duit ah long dan cabut lari tak bayar.

ah long loan sharks 3 children deaths 061206 childrens"Yang menjadi mangsa kemudiannya ialah isteri, anak-anak dan ibu bapa mereka.

"Persoalan sekarang siapa mangsa? Siapa penipu? Prinsip sejagat pinjam duit orang mesti bayar balik, " kata Chong sambil menambah dalam kebanyakan kes beliau akan membantu berbincang dengan ah long tentang bayaran balik hutang.

Tak bagi muka

Bagaimanapun, beliau menegaskan dalam banyak kes, dia tidak bagi muka kepada mereka yang berhutang dengan ah long.

"Jangan datang jumpa saya dengan macam-macam alasan. Saya dah lali dengan semua itu. Nak menangis? Nak guna air mata? Ini semua tak boleh lembutkan hati saya.

wisma mca building"Datang jumpa saya mesti bawa duit. Jangan datang kata akan bayar bila ada kerja atau nak cari kerja dulu baru nak bayar.

"Ada orang cakap nak jumpa Micheal Chong mesti ada duit atas meja. Memang betul. Tak ada wang tak boleh bincang. Kalau tak ada wang macam mana saya nak berunding dengan ah long.

"Dah banyak kali saya kena main. Ada yang minta tempoh seminggu untuk bayar, kemudian lesap dan ah long datang beratur depan pejabat saya, macam saya pula yang berhutang," tegas Chong.

- Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan