Beliau menggantikan Datuk Seri Husin Ismail yang bersara.
Selepas beberapa hari memainkan sentimen Pakatan Rakyat sebagai “parti semenanjung”, BN menggunakan media tempatan bagi mengiklankan 'propaganda' mereka, antaranya melalui Utusan Sawarak.
“Jom ubah? Baru Bian jadi ketua. Sik nyesalkah kita kelak! (Tidak menyesalkan kita nanti!),” iklan muka depan dalam akhbar yang popular bagi masyarakat Melayu, Melanau dan Iban itu dipetik.
Pendekatan itu merupakan yang pertama dibuat secara terbuka di dada akhbar selepas sembilan hari tempoh berkempen. Malah, tidak seperti PKR, ceramah dan kempen BN belum dikesan dan dilaporkan memainkan isu itu.
Bagaimanapun, satu lagi akhbar tempatan Utusan Borneo – pesaing utama Utusan Sarawak – tidak memuatkan iklan itu, sebaliknya memberikan satu muka penuh tentang manifesto BN dan pencapaian gabungan 14 parti komponen itu.
Utusan Sarawak juga mengambil pendekatan 'pelik' apabila memuatkan analisis berhubung masa depan Baru di Sarawak dan surat pembaca menyentuh kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di muka depan.
Kebiasaan akhbar di Malaysia meletakkan ruangan itu di muka surat dalam sahaja ekoran muka depan dianggap terlalu 'mahal'.
'Kau punya CM jaga betul hak kamu'
Artikel berjudul “Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak” mempertikaikan sejauh mana perkara itu akan menjadi realiti berdasarkan rekod PKR “tidak mengotakan janji”, antaranya melalui idea pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Manakala surat pembaca daripada Jitam Antin pula memetik pandangan seorang penduduk Sabah bahawa rakyat Sarawak beruntung memiliki ketua menteri sedia ada.
“Kau punya CM (ketua menteri) jaga betul-betul hak kamu orang Sarawak. Kami di Sabah berlawan sesama sendiri sekarang hilang semuanya. Semua decision (keputusan) kena refer (rujuk) pergi KL saja,” demikian menurut tulisan itu.
Sebelum ini, Pemuda PKR mendakwa isu itu hanya dimainkan di beberapa kawasan majoriti Melayu dan Melanau bagi menakut-nakutkan pengundi di kawasan itu. Bagaimanapun, hanya pengedaran poster Baru Bian dikesan.
Abdul Taib yang mentadbir Sarawak selama 30 tahun merupakan seorang Melayu/Melanau – antara kelompok minoriti berbanding masyarakat Dayak di negeri itu.
Di pihak PKR pula, isu Baru sebagai bakal ketua menteri memang dijadikan modal kempen mereka, terutamanya di kawasan majoriti Iban.
Cina hilang jawatan penting
Justeru, pendekatan BN hari ini dilihat ditujukan kepada masyarakat Melayu dan Melanau bagi mengekalkan sokongan kelompok itu yang dianggap tidak berganjak padanya.
Bacaan terkini menunjukkan undi Cina sudah 70 peratus memihak kepada Pakatan manakala undi Iban pula mulai 'goyang' dan berpotensi berubah.
Sementara itu, isu Pakatan sebagai parti semenanjung dan “orang luar” - yang dihangatkan oleh pemimpin penting BN dalam beberapa hari kebelakangan ini - diteruskan di dada-dada akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.
Iklan yang juga di halaman depan itu berbunyi: “CHANGE??? We may 'fight' among ourselves. But together we fight outsiders! And together we protect Sarawak's interest. Vote for state BN by truly Sarawakians.”
(Bermaksud: Perubahan? Kita mungkin 'berjuang' sesama sendiri. Tetapi akan bersama-sama menentang pihak luar. Dan bersatu mempertahankan kepentingan Sarawak. Undilah BN negeri, daripada anak jati Sarawak.)
Manakala ikhlan di akhbar-akhbar Cina pula dilaporkan memberi amaran, sekiranya SUPP tewas teruk, masyarakat itu akan hilang jawatan ketua menteri, menteri dan semua timbalan menteri serta kuasa melantik ketua masyarakat dan datuk bandar di Kuhcing dan Miri.
“Masyarakat Cina akan diketepikan dalam arena politik dan sosial,” iklan itu dipetik.
Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.
"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.
Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.
PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.
Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.
"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.
Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.
Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.
Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.
Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.
"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.
Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.
Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.
"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.
"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.
Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.
Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati wartawannya Hata Wahari bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.
Hata yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia berkata, panel berkenaan akan mengemukakan syor kepada pengurusan Utusan Melayu bagi mengambil tindakan ke atasnya.
"Dalam masa dua minggu lagi akan dapat keputusan (daripada pengurusan Utusan Malaysia)," kata Hata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Hata berkata, lapan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya itu adalah berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkan Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Hata yang juga presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.
Tambahnya, keputusan hari ini dibacakan oleh pengerusi panel siasatan berkenaan, Mohd Basir Abdul Rahim, hari ini.
Ketika ditanya, Hata berkata beliau tidak dapat menjangkakan hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya.
Wartawan berkenaan bagaimanapun telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh pengurusan Utusan.
Dalam satu siasat panel berkenaan pada awal bulan lalu ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak berkata wartawan kanannya itu mempunyai niat jahat terhadap akhbar tersebut.
ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.
Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.
Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.
Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut.
Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.
Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008.
Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata “jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus", katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya.
Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu.
Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: “Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat."
Bagimanpun belum sempat api memusnahkan akhbar berkenaan beliau tiba-tiba menangis dan berkata, “Oh, saya tidak boleh buat. Ini (The Rocket) adalah suara rakyat.”
Orang ramai dan wartawan terpegun melihat apa yang berlaku.
Hii tiba-tiba kemudiannya mencurah air ke atas akhbar yang terbakar itu dan memadamkan api.
Menoleh kepada wartawan, calon Bebas itu meminta maaf kerana membakar “suara rakyat”.
“Tuhan, tolong ampunkan saya... kerana lakukan ini,” katanya sambil menanggis.
Hii, 60 tahun adalah seorang aktivis sosial yang berhasrat menyertai DAP.
Namun setelah permohonannya untuk menjual The Rocket ditolak, dia menuntut pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng supaya mengambil balik 19 naskah akhbar berkenaan yang belum terjual.
Dalam kempennya, calon Bebas itu berkata sekiranya menang beliau akan meminta Dewan Undangan Negeri Sarawak menyediakan seorang penterjemah untuk dirinya.
“Perkara pertama saya akan lalukan bawa poster ini (tuntutan bagi mendapatkan seorang penterjemah), katanya.
Poster itu tertera perkataan, “Sila meletakkan seorang penterjemah untuk saya”.
Hii, yang tidak bekerja pernah menjual batu jed dan berkata beliau berhutang bagi membayar deposit RM8,000 bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya ini.
Pada pilihan raya Sabtu ini, Hii akan berdepan dengan calon BN-SUPP Chieng Buong Toon dan Wong dari DAP.
Sebaliknya, beliau mengutuk perbuatan tersebut dan mengalu-alukan siasatan polis serta menyalahkan SUPP yang didakwanya memperbesar-besarkan perkara itu untuk memancing undi simpati untuk Chieng.
Berikutan itu, Wong turut mendesak polis menyiasat kemungkinan tersebut.
"Chieng telah melakukannya (tiba-tiba menangis) dua kali, saya tidak akan terkejut jika episod ketiga berlaku," katanya dalam sidang akhbar hariannya.
Wong juga menggesa Chieng untuk supaya tidak mengulangi (menangis) dan bersaing secara betul dan jujur.
Calon DAP bagi DUN Dudong, Yap Hoi Liong pula mengecam perbuatan membeli undi, dan mengatakan parti itu telah memasang "pengintip" untuk mengesan pembelian undi di setiap rumah panjang.
"Saya ada menerima banyak aduan, kami akan mengumpul butirannya dan membuat laporan polis," katanya dalam satu sidang akhbar DAP.
"Kami akan menubuhkan sebuah pasukan petugas dan melantik dua hingga lima orang untuk memantaunya," tambahnya.
Wong juga mendedahkan yang beliau telah menerima tujuh hingga lapan aduan yang mendakwa "polis" mengugut untuk menangkap pengundi yang mengundi menentang BN.
Bagaimanapun, kata Wong, belum masih belum dapat mengesahkan sama ada aduan itu benar-benar membabitkan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan