Sabtu, 23 April 2011

BOLEHKAH BERLAWAK

alam

Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-

i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"

ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "

Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk


assalam

al-Jawab:

Hukum lawak jenaka dalam Islam:

Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."

Komentar al-Hafidz Ibn Hajar (alFath, X/543), lawak jenaka yang haram cuma bila ia dilakukan secara berlebihan dan konsisten kerana ia melalaikan dari sikrullah dan urusan-urusan agama; hati pula menjadi keras, tertimpa pelbagai penyakit hati dan menghilangkan kewibawaan seseorang."

Itulah konsep dan pandangan Islam terhadap lawak jenaka. Menjawab soalan anda secara ringkas:

i) Tindakan syaikh di USA yang membuat lawak jenaka dalam isu teroris dan pengeboman sejak isu Sept 11.

Jawab: Ini adalah termasuk lawak jenaka yang diharamkan oleh Islam kerana akibat buruknya akan kembali kepada 6 juta umat Islam yg menjadi warga US yang akan terus mengalami trauma dan diskriminasi kerana angkara 9/11.
Dalilnya: "janganlah kamu mencela dirimu sendiri" (AQT 49:13), Kata al-Qurthubi, maksud mencela diri sendiri ialah akibat dari lawak jenaka itu, ia akan menimbulkan kesan negatif kepada umat Islam di US yang hanya satu komuniti minoriti berbanding 300 juta warga non-Muslim.

Dalil hadith: Dari Abd Rahman Abu Layla, bahawa Nabi saw bersabda, " tidak halal seorang muslim menimbulkan rasa takut seorang muslim yang lain."
Maksudnya natijah dari lawak jenaka teroris dan bom, akan terus menimbulkan rasa ketakutan warga Islam US, sedangkan mereka tiada kaitan langsung dgn 9/11 dan keganasan antarabangsa.

ii) Mengenai lawak jenaka kenapa Nabi tidak diturunkan di tanah melayu kerana kat rantau sebelah sini dah ramai Nabi.
Jawab: Ini juga termasuk lawak jenaka yang tercela. Ini kerana urusan perlantikan Nabi-nabi bukanlah bahan lawak jenaka. Ini kerana Allah menempelak lawak jenaka tersebut:
" di antara Rasul-Rasul itu ada yang Kami perturunkan kisahnya kepada mu dan ada juga yang Kami tidak kisahkan."AQT 40: 78

Lawak jenaka seputar Nabi melayu itu termasuk lawak agama yang tercela..lihat ayat-ayat berikut:
AQT 6. 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia

AQT 7. 51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka

AQT 9. 65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

sekian


Nak berlawak boleh ?

As’salamualaikum , sememangnya dalam kehidupan seharian kita memerlukan hiburan . Lucu , kelakar dan ketawa adalah perbuatan dan kata-kata yang dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain yang mendengar dan melihatnya . Membuatkan orang lain senang hati itu adalah termasuk dalam amal kebajikan yang dituntut .



ADAB-ADAB BERJENAKA DALAM ISLAM :


Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah S.A.W , ayat-ayat Al-Quran , ahli keluarga Nabi , sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W dan golongan ulama .


Gurauan tersebut bukan memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangan atau kecacatan diri seseorang itu .


Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendahkan-rendahkan maruah .


Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan dalam kehidupan sehariannya .


Isi dalam jenaka adalah cerita yang benar-benar berlaku dan tidak dibuat-buat bagi membolehkan orang ramai ketawa .


Bersesuaian dengan masa dan tempat kerana tidak manis jika bergurau ketika seseorang itu dalam kesedihan . Usahlah buat lawak ‘kurang pandai’ di tempat yang tidak sepatutnya misalnya di majlis kematian .


Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain atau diri sendiri ketawa secara berlebihan ( ketawa terbahak-bahak)


Rasulullah S.A.W apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja , bukan ketawa berdekah-dekah , terkekeh-kekeh atau mengilai-ngilai bak Pontianak .

Ramai di antara kita yang gemar menggunakan isu agama dalam lawak-lawak mereka . Walaupun sekadar jenaka , tetapi ia amat sensitif . Ada di antaranya yang suka mengeksploitasikan lawak dengan mempamerkan watak yang tidak sepatutnya . Bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Arab pula , adakalanya suka berlawak dengan menggunakan bahasa tersebut tanpa mengetahui maksud perkataanya . Bagi yang faham Alhamdulillah tapi bagaimana dengan sebaliknya ?

Islam memang tidak melarang kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa . Cuba lihat sejarah bagaimana kisah Rasulullah S.A.W bergurau dengan seorang wanita tua .

Wanita tua itu berkata kepada baginda : “ Doalah kepada ALLAH agar DIA memasukkan aku ke dalam syurga “

Baginda menjawab : “ Wahai ibu , sesungguhnya orang tua tidak akan masuk ke syurga “ Perempuan itu kemudian balik dan menangis .

Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke syurga dalam keadaan masih tua “


ALLAH berfirman : “ Sesungguhnya , KAMI mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru . KAMI jadikan mereka dalam keadaan dara , yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya “ (Hr Tirmizi dan Al-Baihaqi dengan sanad yang hasan )

Abu Hurairah telah meriwayatkan :

Para sahabat berkata : “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami “

Baginda menjawab yang bermaksud : “ Ya memang aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar belaka “ (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)



ULAMA MELETAKKAN 5 ETIKA YANG PERLU DIPATUHI DALAM KITA MELAWAK


Tidak menggunakan cerita yang bohong sebagai alat untuk membuatkan orang ketawa .
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa . Celakalah dia , celakalah dia “ (Hr Ahmad dan ad-Darimi)

Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan jika diizinkan oleh orang tersebut .
Firman ALLAH : “ Wahai orang yang beriman . Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain , kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina . Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina “ (Al-Hujarat : 11)

Melawak yang tidak menakutkan orang lain .
Rasulullah S.A.W bersabda : “ Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam “
Rasulullah S.A.W bersabda : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul “ (Hr Ahmad-sahih)

Usah melawak di tempat yang serius dan usah serius di tempat melawak .
Nabi S.A.W bersabda : “ Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius . iaitu nikah , cerai dan membebaskan hamba “ (Hr Abu Daud , At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan .
Nabi S.A.W bersabda : “ Janganlah kamu banyak ketawa . Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati “ (Hr Ahmad dan Ibn Majah)


Said bin Al-‘As berkata : “ Bersederhanalah dalam melawak . Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang yang bodoh akan berani terhapadmu . Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang yang berdamping denganmu akan berasa rimas “


Menurut pandangan Islam , bergelak ketawa yang keterlaluan adalah makruh hukumnya . Oleh itu , seseorang yang sihat akal dilarang bergelak ketawa secara berlebihan kerana mereka yang suka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat . Orang yang banyak menangis di dunia akan banyak ketawa di akhirat .



Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi ada 4 perkara yang menghilangkan ketawa seseorang mukmin :

  1. Kerana memikirkan akhirat
  2. Kesibukan mencari keperluan hidup
  3. Risau memikirkan dosa
  4. Apabila tibanya musibah dan bala


p/s : Oleh itu marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kembali bertaubat . Banyakkanlah menangis (kerana ALLAH) daripada ketawa (yang sia-sia) . Ingatlah , hendak berlawak , berlawaklah tapi janganlah sampai merendahkan kesucian Islam ataupun mana-mana agama sekalipun . Walaupun niat kita hendak bergurau tetapi dikhuaitiri akan menjerumuskan kepada haram jika tidak berhati-hati dalam penggunaannya . Walahualam .


Etika berlawak dan bergur

au


Mari kita lihat lawak dalam Islam…

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Bagaimana Rasulullah SAW bergurau?

Seorang wanita tua berkata kepada Nabi, “Tolong berdoa kepada Allah supaya Dia memasukkan saya ke dalam syurga.”

“Ya ibu, orang tua tidak boleh masuk syurga…” Jawab Nabi. Perempuan itu pulang sambil menangis-nangis.

Tetapi kata Nabi lagi, ertinya.. “Sila beritahu kepadanya, dia tidak akan masuk ke syurga dalam keadaannya yang masih tua. Allah berfirman ”Sesungguhnya Kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan masih dara, yang amat menyintai suaminya dan sebaya pula sesamanya.” (Hadith riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi dgn Sanad yang hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, ” Ya Rasulullah, kamupun bergurau dengan kami…”

“Ya aku bergurau, tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar!” Jawab Nabi. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam lawak atau bergurau..

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.


Nabi SAW bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!” (Hr Ahmad dan Ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah, “Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)

Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.


Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat: Jangan ambil barang orang dengan niat melawak.


Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)


Kelima: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebas hamba.

Jadi, anda kajilah sendiri, bagaimana hukumnya, melawak seperti yang di dalam pertandingan merebut Raja Lawak dalam persembahan di tv, pementsan sekarang dan lain-lain. Wallahu ‘aklam. (IH)

diambil dari http://muhdhazrie.wordpress.com/2010/05/12/lawak-boleh-dihukum-penjara-di-israel/


KEAIBAN ORANG BUKAN MODAL UNTUKBERLAWAK


Rasulullah bersabda maksudnya : “ Celakalah orang yang berbicara lalumengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketikaberbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikanbahan ketawa. Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau sendamemeng boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan ataumenggelikan hati orang lain. Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullahjuga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Bergurau sendamempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam. Antaranya:


Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka sepertimempersendakan sunnah Rasulullah.


Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan sepertimemperlekehkan orang laindengan menyebut kekurangannya.


Guraun itu bukan ghibah (mengumpat) seperti meburukkan seseorangdengan niat untuk merendah-rendahkannya.


Tidak memberi gelaran yang tidak sesuai seperti nama haiwan atausebagainya yang tidak digemari oleh individu tersebut.


Tidak menjadikan jenaka atau gurauan itu sebagai satu kebiasaan.


Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.


Bersesuaian dengan masa ,tempat dan orangnya kerana adalah tidak manisbergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.


Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebih-lebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkancahaya hati.


Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkanbarisan gigi hadapannya, bukan ketawa yangberdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh Seungguhnya, kita perlulah muhasabah diri sendiri adakah kita pernah menjadikanaib sahabat-sahabat kita sebagai bahan jenaka atau menggelarkan sesuatu yang buruk kepada sahabat kita. Jika pernah, kita perlulah meminta kemaafan daripada mereka agarpersahabatan yang terjalin akan kekal selama-lamanya



bahaya gelak ketawa


Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh... .

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh... . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. "Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka." Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid Alqadari (seorang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara tentang ilmu, aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu." Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka ia dicintai." (Hadis Sahih).

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa.Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa. Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata: "Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang di sekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di sekitarnya." Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya di akhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail''. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok- olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).

Dalam Hadis itu Rasulullah S.A.W. mengulang kalimah "neraka wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak tertawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat hilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan dia. Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-

(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.
(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.
(5) Melupakan mati dan akhirat.
(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.
(8) Akan banyak menangis di akhirat.

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".



Tiada ulasan:

Catat Ulasan